Memaparkan catatan dengan label Parti Keadilan Rakyat - PKR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parti Keadilan Rakyat - PKR. Papar semua catatan

Ahad, 7 September 2014

JAWAPAN ASPIRASI BALIK PULAU TERHADAP TUDUHAN MENGHADANG BANNER PROGRAM HARI KELUARGA PKR

Sangat tidak wajar isu banner ini dikaitkan dengan Melayu.
Awal malam ini saya menerima mesej daripada beberapa orang rakan yang bertanyakan mengenai isu yang dibangkitkan oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama Mat Bond. Isunya ialah mengenai kain pemidang (banner) ucapan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara daripada Aspirasi Balik Pulau yang dikatakan sengaja dipasang bagi menghadang banner Program Hari Keluarga PKR yang akan diadakan esok di Kompleks Sukan Balik Pulau. Lokasi banner berkenaan ialah di hadapan KKTM Balik Pulau.

Apabila saya membaca posting yang dibuat Mat Bond dan komen-komen sinis yang dilontarkan kepada bangsa Melayu (menyasarkan kepada UMNO), saya rasa adalah perlu untuk dijelaskan senario yang berlaku kepada semua demi menjaga nama baik Aspirasi Balik Pulau.

Pertama sekali ingin dijelaskan bahawa Pertubuhan Aspirasi Balik Pulau merupakan sebuah NGO yang bersifat terbuka dan rentas kepartian. Kami sememangnya meraikan mana-mana pihak sama ada daripada parti politik UMNO, PKR, DAP, PAS, NGO-NGO atau orang perseorangan yang melaksanakan apa saja program dan aktiviti kemasyarakatan di kawasan Parlimen Balik Pulau.

Ini kerana manfaat yang akan diperoleh daripada program yang dianjurkan adalah untuk masyarakat Parlimen Balik Pulau sendiri. Semakin banyak program yang dibuat (tidak kira oleh siapa pun) makin banyak faedah buat orang Balik Pulau. Itu pegangan kami.

Selasa, 28 Januari 2014

Konflik PKR Selangor: Serah saja jawatan MB kepada PAS


Malang rakyat Selangor. Masalah PKR kini dijadikan masalah rakyat. Akibat sengketa kumpulan Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim, satu pilihanraya kecil perlu dibuat semata-mata hendak melantik Menteri Besar PKR yang baru. Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim!

Semalam bermati-matian Khalid Ibrahim menafikan Anwar akan bertanding dan ditabal sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Siap dengan menyatakan syarat-syarat menjadi calon DUN Selangor lagi. Hari ini, beliau pusing 360 darjah apabila mengumumkan Anwar sebagai calon untuk PRK DUN Kajang akibat perletakan jawatan "suka-suka" wakil rakyat PKR.

Sabtu, 6 Julai 2013

Solidariti kepada Dr Morsi bertukar menjadi fitnah terhadap TV3 dan Ally Iskandar


Mulai Khamis lalu, heboh di alam maya mengenai dakwaan TV3 telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan Dr. Morsi, Presiden Mesir yang digulingkan tentera di negaranya sebagai seorang diktator.

Sejak isu ini dimainkan, page TV3 Malaysia diserang bertalu-talu oleh penyokong PAS, PKR dan DAP. Saya cuba untuk mencari bukti khususnya melalui rakaman Buletin 1:30 dan Buletin Utama namun tidak jumpa.

Akhirnya, rakaman berikut tersebar dan ia dipanjangkan oleh blog-blog pro-Pakatan (Era Pasca misalnya) dan para penyokong mereka:


"Dilakukan ketika proses pilihan raya semasa dan juga perlu demokrasi juga bukan lepas tu lepas tu lepas dilantik terus jadi diktator balik ........"

Setelah menontonya, saya berasa agak sangsi lantas teringat kepada video tahun 2008 yang disebarkan beberapa hari sebelum PRU12 mengenai rakaman Tun Mahathir yang dikatakan "mengaku" telah menzalimi Anwar Ibrahim.


Ternyata apa yang saya sangsikan itu sangat berasas. Video di atas adalah suntingan daripada video di bawah :

Lihat minit 2:03

"Ada pihak pula ditemubual yang disiarkan di berita mengatakan bahawa memang pelantikan Morsi secara demokratik tetapi apabila memegang tampuk kuasa dia jadi diktator, itu yang mereka tidak suka. Maknanya kalau amalan demokrasi dilakukan ketika proses pilihan raya semasa dan juga perlu demokrasi juga bukan lepas tu lepas tu lepas dilantik terus jadi diktator balik ........"

Nampak kejahatan pihak yang edit video berkenaan?

Jika kita menonton tanpa menyelidiki kebenaran sebenar, pasti akan terpedaya dengan helah yang cuba dimainkan PAS, PKR dan DAP. Modus operandi mereka sejak dulu sama dan tidak pernah berubah. Sunting video agar dapat mengelirukan penonton dan seterusnya memberikan keuntungan politik.

Kali ini dengan menyunting video dia atas, apa yang cuba mereka terapkan di minda penonton ialah TV3, selaku media arus perdana di negara ini, telah melakukan satu kezaliman apabila menggelarkan Dr Morsi sebagai seorang diktator. Ia seterusnya akan mendatangkan kemarahan umat Islam di negara ini dan dengan sendirinya kerajaan Barisan Nasional akan dikaitkan.

Sangat malang apabila TV3 dan Ally Iskandar dipersalahkan sedangkan hakikatnya Ally sekadar membaca keratan akhbar mengenai laporan-laporan mengenai peristiwa di Mesir. Ini adalah rutin biasa dalam rancangan Malaysia Hari Ini setiap hari.

Menyedihkan di kala umat Islam seharusnya bersatu di seluruh dunia bagi menampakkan solidariti terhadap apa yang berlaku di Mesir, ada puak di negara ini yang hanya memikirkan kepentingan politik demi untuk merampas Putrajaya.

Kepada anda yang mungkin telah menyebarkan fitnah ini, sedarlah, kebathilan dan fitnah tidak akan dapat mengatasi kebenaran sampai bila-bila.

Wassalam.

Rabu, 10 Oktober 2012

Pasar Lama Balik Pulau menagih janji YB Yusmadi


Semalam saya ada terbaca di NST Online mengenai cadangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk mengubah wajah tapak Pasar Lama Balik Pulau, yang lebih dikenali sebagai "Market Lama Kongsi" di kalangan penduduk setempat. Artikel berkenaan terus membuatkan saya tersengih sendirian kerana ia mengingatkan saya kepada saudara YB Yusmadi Yusoff, Ahli Parlimen Balik Pulau.

Kemenangan Yusmadi pada tahun 2008 sebenarnya memeranjatkan banyak pihak kerana dalam PRU 12 itu, BN melalui UMNO menyapu bersih ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di dalam Parlimen Balik Pulau. Beliau menewaskan seorang calon ternama, Datuk Dr Norraesah Mohamad dengan majoriti 708 undi.

Isu utama yang dimainkan pada ketika itu untuk menghentam Dr Norraesah ialah beliau digambarkan sebagai "orang luar', bukan anak Balik Pulau. Walaupun hakikatnya bekas Pengerusi Bank Rakyat itu anak kelahiran Bayan Lepas dan merupakan salah seorang AJK UMNO Bahagian namun beliau yang lebih banyak menonjol di peringkat Pusat terpaksa akur kepada penolakan bukan saja di kalangan pengundi, bahkan juga di dalam parti sendiri yang mahukan calon "tempatan".

Khamis, 16 Februari 2012

Senyum, tak perlu kata apa-apa :)



Terlalu ramai yang komen gambar di atas melebihi teguran Mufti Perak.
Daripada pemacak bendera sehingga Ketua Umum semuanya tak putus kata.
Semalam, mufti jumpa PM, penjelasan diberikan. Selesai.
 

Gambar-gambar di bawah bagaimana pula? Ada sesiapa nak komen?
Mungkin pemacak bendera boleh mulakan?

Komen saya, senyum sajalah... tak perlu kata apa-apa :)

Selasa, 16 Ogos 2011

Politik Pulau Pinang: Imbasan Keputusan Pilihanraya Umum 2008 & 2004


Seorang rakan dari Kelantan bertanyakan pandangan saya mengenai rentetan isu-isu berkaitan umat Melayu Islam  di Pulau Pinang seperti larangan perarakan Maulidur Rasul, khatib menggantikan doa YDPA kepada Ketua Menteri, wang judi untuk warga emas, pilihanraya masjid dan terkini, larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di waktu subuh. 

Bagi menjawab persoalan tersebut, saya memilih untuk tidak menyatakan secara langsung kepadanya sama ada menyokong ataupun tidak tetapi sebaliknya saya menceritakan mengenai real politik dalam kerajaan Pulau Pinang hari ini berbanding kerajaan dulu. Di akhir perbincangan, beliau hanya menangguk-angguk berulang kali tanpa berkata-kata.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini bermakna, Majoriti Mudah di Pulau Pinang ialah 21 kerusi dan Majoriti 2/3 ialah 27 kerusi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...