Isnin, 21 November 2011

Benarkah Ustaz Haron Din pernah memindahkan jin guna bas dari tapak kampus UUM, Sintok dan UKM, Bangi?

Kisah mengenai Ustaz Haron Din memindahkan masyarakat jin di UUM Sintok menggunakan bas ketika pembinaan kampus bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka yang pernah menuntut di sana. Bukan setakat pelajar mempercayai dan menyampai-nyampaikan cerita berkenaan, malah sebilangan pensyarah pun turut sama. 

Apa yang menariknya, kisah berkenaan turut mempunyai persamaan dengan versi di UKM, Bangi. Saya mendengarnya dari seorang rakan.

Tidak diketahui apa agaknya hasrat orang yang menciptanya. Mungkin beliau berniat baik agar pelajar di UUM/UKM tidak bimbang untuk beraktiviti di kampus. Atau mungkin juga orang itu berniat untuk meningkatkan lagi nama Ustaz Haron Din yang telah sedia disegani itu. Wallahualam.

Apapun, mari kita dengar penjelasan Ustaz Haron Din sendiri mengenai perkara berkenaan.


Saya kongsikan di sini bukan kerana apa, saya juga pernah mempercayainya :)

Wassalam. 

Jumaat, 18 November 2011

Kajian Ilham Center mengenai kepimpinan Melayu Pulau Pinang: The Star melapor, Malaysiakini memanipulasi


Sangat menarik jika dibuat perbandingan terhadap laporan oleh Malaysiakini dan The Star mengenai kajian yang dilakukan oleh Ilham Center berkaitan kepimpinan Melayu di Pulau Pinang. Saya cuba mencari hasil kajian berkenaan untuk memahami sepenuhnya apa yang dilapor oleh Ilham Centre namun gagal ditemui.

Secara ringkasnya, dapat dilihat Malaysiakini kekal memainkan peranannya untuk memanipulasi berita dan memberikan persepsi positif kepada pembangkang khususnya Lim Guan Eng di Pulau Pinang apabila  menggunakan tajuk Guan Eng lebih dihormati dari pemimpin BN. Hakikatnya, Malaysiakini hanya memetik satu dari sebahagian besar laporan oleh Ilham Centre yang membincangkan mengenai kepimpinan Melayu di Pulau Pinang (jika dibaca dari laporan The Star).

Pengisian laporan berkenaan juga bersikap memilih-milih apabila hanya melaporkan hasil kajian yang mampu meningkatkan imej PR di mata pembaca. Akibatnya, ia gagal menjelaskan intipati sebenar yang cuba disampaikan oleh Ilham Centre. 

Sebaliknya, laporan yang dibuat oleh The Star lebih bersifat "melapor" dan gaya penceritaannya lebih memahamkan pembaca mengenai hasil kajian Ilham Centre. Ia juga dilihat lebih objektif dan tidak cenderung untuk memanipulasi.

Rabu, 16 November 2011

Guru Sandaran, Pekerja Sambilan Harian dan Kontrak kekal dapat bonus menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil 10 Tahun 2011


Keresahan sebahagian rakan-rakan yang berkhidmat sebagai Pekerja Sambilan Harian sama ada mereka turut mendapat bonus kedua sebagaimana yang diumumkan YAB PM ketika membentangkan bajet 2012 lalu akhirnya terjawab melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 10 Tahun 2011.

Berdasarkan Pekeliling berkenaan, mereka yang menerima bonus pertama pada bulan Ogos lalu akan turut menerima bonus kedua ini. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan.

Cuma harapnya janganlah terkeliru dengan pernyataan di perenggan kedua Pekeliling yang menyatakan "Kadar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi bagi keseluruhan tahun 2011 yang ditetapkan adalah sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.00."

Sebulan gaji atau minimum RM1,000.00 itu bermaksud untuk satu tahun, bukan untuk apa yang akan diperoleh melalui gaji bulan Disember nanti. Separuh telah dibayar pada bulan Ogos dan tinggal separuh lagi yang akan dibayar kelak.

Pekililing Perkhidmatan Bil 10 Tahun 2011 berkenaan boleh dilayari di sini dan soalan lazim berkaitan dengannya boleh dilayari di URL berikut: http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2011/10/FAQ_pp102011.pdf

Wassalam.

Notakini:
051211 Pekeliling SBPA: Jangan biar penjawat awam ternanti-nanti

Notalalu:
181011 Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
241011 Pengambilan Jawatan Baru dalam Perkhidmatan Awam dibekukan sehingga Januari 2012

Ahad, 13 November 2011

Pakatan serang Kedai Rakyat 1Malaysia lagi. Siapa di sebalik agenda ini?


Sehari selepas usaha mereka mencipta isu kononnya Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menipu rakyat telah dipatahkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Pakatan Rakyat tampil dengan tiga individu yang sama untuk melemparkan tohmahan terbaru terhadap KR1M.

Menurut laporan Sinar Harian, YB Tony Pua (DAP), YB Nurul Izzah (PKR) dan YB Dzulkefly Ahmad (PAS) mendakwa produk KR1M tidak berkualiti tetapi lebih jahat dari itu, Malaysiakini melaporkan ketiga-tiga ahli parlimen PR itu mendakwa susu segar yang dijual KR1M mempunyai virus E-Coli. Tony Pua mendakwa perkara berkenaan telah disahkan melalui ujian oleh makmal yang dilantik mereka. 

Apa yang menariknya, Pua tidak pula mahu mendedahkan nama makmal yang terlibat apabila didesak wartawan.  Persoalan timbul, adakah mereka benar-benar pasti makmal berkenaan telah mengikuti prosedur yang betul ketika ujian dilakukan? Juga, adakah orang yang mengendalikan ujian berkenaan mempunyai tauliah? Mungkinkah juga mereka sebenarnya telah kawtim terlebih dahulu dengan makmal berkenaan?

Umum mengetahui E Coli adalah virus yang boleh memudaratkan kesihatan sehingga boleh membawa maut. Berita ini pasti akan menyebabkan rakyat akan berfikir beberapa kali sebelum mengunjungi KR1M. Dan ia sudah semestinya akan mengurangkan jumlah pengunjung dan pendapatan KR1M.

Mengulas perkara ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membidas PR kerana tidak mengemukakannya kepada pihak Kerajaan tetapi memilih untuk mencari populariti. Ismail Sabri seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia menyatakan PR sebenarnya "berniat jahat dan berterusan memburuk-burukkan Kedai Rakyat dengan pelbagai fitnah"

Katanya lagi, "Inilah jahatnya pembangkang, apabila kerajaan sediakan alternatif terbaik untuk mendapatkan produk murah kepada rakyat, mereka buat pelbagai cerita bohong. Mereka tidak mahu rakyat beli di kedai yang murah."


Jumaat, 11 November 2011

Benarkah harga barang Kedai Rakyat 1Malaysia mahal dan menipu rakyat seperti dakwaan Pakatan?



Pada 9 November lalu, Pakatan Rakyat melalui YB Tony Pua (DAP), YB Nurul Izzah (PKR) dan YB Dr Dzulkefly Ahmad (PAS) telah senada mendakwa Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menipu rakyat dengan menjual barang pada harga tidak semurah seperti yang diwar-warkan.

Kenyataan mereka ini telah dilaporkan di dalam Malaysiakini dan mengundang komen-komen negatif di kalangan pembaca yang rata-ratanya percaya bulat-bulat dengannya tanpa usul periksa. Berikut merupakan petikan laporan berkenaan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...