Memaparkan catatan dengan label YB Lim Guan Eng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YB Lim Guan Eng. Papar semua catatan

Khamis, 23 Januari 2014

Warga Balik Pulau harus responsif terhadap jentera Lim Guan Eng!

                               
Bukan lagi satu rahsia Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng amat mendambakan kemenangan pilihan raya di Parlimen Balik Pulau khususnya tiga DUN di dalamnya, Pulau Betong, Bayan Lepas dan Teluk Bahang. 

Walaupun dalam PRU12 BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen akibat kesilapan meletakkan calon, namun ketiga-tiga kerusi DUN kekal dimenangi oleh BN. Setelah memperbetulkan kesilapan tahun 2008, dalam PRU13, BN kembali merampas kerusi Parlimen dan terus dominan di DUN-DUN berkenaan.

Parlimen Balik Pulau sangat penting buat Guan Eng memandangkan kemenangan PR di sana akan membolehkan beliau mendabik dada bahawa pengundi Melayu kini bersama DAP. Hal ini dinyatakan sendiri beliau tahun lalu apabila menganggap kekalahan PKR dalam PRU12 di Balik Pulau sebagai petanda kelemahan pentadbirannya di Pulau Pinang.

Isnin, 17 Disember 2012

Kongres DAP, calon PRU Melayu dan feri



Semalam berakhir sudah Kongres DAP ke-16 yang berlangsung selama dua hari di Penang International Sports Arena (PISA) Pulau Pinang. 

Saya tidak berniat untuk memperkatakan mengenai keputusan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang menyaksikan tiada wakil Melayu mendapat tempat. Ia sememangnya telah dijangka. Sejak bila perwakilan DAP memilih wakil Melayu bagi menampakkan semangat "Malaysian Malaysia" atau "Middle Malaysia" yang mereka sendiri utarakan? Penggal lepas, hanya seorang wakil Melayu terlepas dari 20 tempat. Dan sepanjang beliau ada, macam juga tiada. Ada dalam tiada.

Walaupun wakil Melayu tidak mendapat tempat di dalam Jawatankuasa Eksekutif dalam pemilihan kali ini (terpaksa lantik dua orang untuk jaga imej), Guan Eng tetap bertegas untuk meletakkan calon Melayu DAP dalam PRU akan datang. Ini menarik untuk dibincangkan.

Jumaat, 18 November 2011

Kajian Ilham Center mengenai kepimpinan Melayu Pulau Pinang: The Star melapor, Malaysiakini memanipulasi


Sangat menarik jika dibuat perbandingan terhadap laporan oleh Malaysiakini dan The Star mengenai kajian yang dilakukan oleh Ilham Center berkaitan kepimpinan Melayu di Pulau Pinang. Saya cuba mencari hasil kajian berkenaan untuk memahami sepenuhnya apa yang dilapor oleh Ilham Centre namun gagal ditemui.

Secara ringkasnya, dapat dilihat Malaysiakini kekal memainkan peranannya untuk memanipulasi berita dan memberikan persepsi positif kepada pembangkang khususnya Lim Guan Eng di Pulau Pinang apabila  menggunakan tajuk Guan Eng lebih dihormati dari pemimpin BN. Hakikatnya, Malaysiakini hanya memetik satu dari sebahagian besar laporan oleh Ilham Centre yang membincangkan mengenai kepimpinan Melayu di Pulau Pinang (jika dibaca dari laporan The Star).

Pengisian laporan berkenaan juga bersikap memilih-milih apabila hanya melaporkan hasil kajian yang mampu meningkatkan imej PR di mata pembaca. Akibatnya, ia gagal menjelaskan intipati sebenar yang cuba disampaikan oleh Ilham Centre. 

Sebaliknya, laporan yang dibuat oleh The Star lebih bersifat "melapor" dan gaya penceritaannya lebih memahamkan pembaca mengenai hasil kajian Ilham Centre. Ia juga dilihat lebih objektif dan tidak cenderung untuk memanipulasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...