Bersempena dengan pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 pada 20hb ini, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Balik Pulau dan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya akan menganjurkan Karnival Pendidikan Parlimen Balik Pulau 2014 pada 22 Mac 2014 (Sabtu) bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau.
Pameran ini dijangkakan akan bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Ia digerakkan dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Barat Daya, Majlis Amanah Rakyat Pulau Pinang dan Gabungan Aspirasi Balik Pulau.
Setakat saya menulis artikel ini, sebanyak 22 institusi pengajian telah bersetuju untuk menyertai pameran dan akan memberikan taklimat kepada para hadirin mengenai peluang-peluang yang ditawarkan mereka. Berikut merupakan institusi-institusi yang telah mengesahkan penyertaan setakat ini.