Selasa, 28 Jun 2011

ASTRO contoh terbaik kapitalis tamak di Malaysia!


Membaca surat yang baru diterima semalam dari Liew Swee Lin, Ketua Pegawai Pemerdagangan Astro mengenai kenaikan harga langganan pakej yang dilanggan dari RM 71.95 ke RM 82.95 amat menyakitkan hati.

Surat ini sebenarnya menampakkan sikap angkuh dan bongkak Astro yang tidak mempedulikan kelulusan yang seharusnya mereka perolehi terlebih dahulu dari SKMM untuk menaikkan harga. Perkara ini menyebabkan Menteri Penerangan sendiri terpaksa untuk mengeluarkan kenyataan bahawa notis yang dikeluarkan Astro itu sebagai TIDAK SAH!

Kenaikan harga Astro ini bukan saja ditentang oleh rakyat kebanyakan dan NGO-NGO malah turut dibahaskan di Parlimen. Semua peringkat lapisan rakyat nampaknya sudah bosan dengan sikap tamak Astro yang secara semberono mahu menaikkan harga.

Jika dibaca surat oleh Swee Lin, alasan kenaikan harga ini adalah “akibat tekanan kos yang berterusan, termasuk kos kandungan global dan tempatan serta hak-hak siaran


Jumaat, 24 Jun 2011

Masyarakat berbilang bangsa serbu Kedai Rakyat 1Malaysia!


Petang semalam saya berkesempatan untuk berkunjung ke Kedai Rakyat 1Malaysia di stesen LRT Kelana Jaya. Umum mengetahui ia baru dirasmikan kelmarin (22 Jun 2011) oleh YAB Perdana Menteri. Akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star ada membuat liputan mengenai upacara berkenaan.

Kunjungan saya ke kedai tersebut sebenarnya adalah secara kebetulan. Pagi semalam (7.15) saya dan rakan sepejabat (Liana) telah menaiki pesawat AirAsia dari LCCT ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar.

Setibanya di Alor Setar pada jam 8.15 pagi, kami disambut oleh Pegawai Pemantau KKLW Kedah/Perlis/Pulau Pinang (saudara Nizam) lalu terus bertolak bersama-sama ke Kampung Kok Klang, Chuping, Perlis untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Outcome dengan wakil Risda negeri dan JKKK.


Selasa, 21 Jun 2011

Penilaian Outcome Projek Pembangunan 2011 – Siri 1

Tahun ini saya bersama Puan Amilia, Puan Liana dan Cik Anisah telah diamanahkan untuk melaksanakan Penilaian Outcome Projek Pembangunan Bahagian. Ini merupakan pengalaman pertama saya terlibat dalam penilaian outcome.

Maklumlah, sebelum ini di Kementerian lama saya lebih menjaga hal ehwal dalaman berbanding sekarang yang terlibat secara langsung dengan program pembangunan di luar bandar. Oleh sebab itu, tidak banyak yang saya ketahui mengenai proses-proses dan perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam penilaian outcome.

Keterlibatan bermula apabila Setiausaha Bahagian menamakan saya untuk menghadiri Bengkel Penilaian Outcome Projek Pembangunan yang dianjurkan oleh Urus setia di Peringkat Kementerian di KEDA Resort, Kampung Bendang Man, Kedah pada 22 hingga 24 Mac 2011. Bengkel ini saya hadiri bersama Anisah.


Isnin, 20 Jun 2011

Tuntutan-tuntutan terkini CUEPACS: Wajarkah?


Semalam, 19 Jun 2011, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman semasa menghadiri Mesyuarat Agung Kesatuan Pegawai-Pegawai RISDA Kedah telah mengemukakan beberapa tuntutan terkini kepada pihak kerajaan.

Walaupun liputan yang diberikan oleh BERNAMA, Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk tuntutan berkenaan dilihat dari sisi yang berbeza, saya menyimpulkan ia meliputi perkara-perkara berikut:

    1.      Pengumuman bonus kepada 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2012;

    2.      Penyelarasan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 kepada semua penjawat awam;

    3.      Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan kepada RM350 dari RM180; dan

    4.      Penambahbaikan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang menggantikan PTK dengan lima elemen berikut:

i.                     Pegawai dinaikkan pangkat automatik selepas hadir kursus kompetensi.

ii.                   Kenaikan gaji tiga tangga setiap kali naik pangkat.

iii.                  Dua orang wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK.

iv.                 Penubuhan jawatankuasa pemantau CUEPACS-JPA untuk pantau pelaksanaan PROSPEK.

v.                   Semua perkara yang dipersetujui dalam MoU menggantikan PTK yang ditandatangani pada 1 Julai dipatuhi sebelum pekeliling baru mengenai PROSPEK dikeluarkan.

Langkah CUEPACS mengemukakan tuntutan-tuntutan ini sudah semestinya akan menimbulkan pelbagai persepsi. Penjawat awam pasti akan menyokongnya namun bagi sesetengah pihak, ia tidak wajar dilakukan. 


Khamis, 16 Jun 2011

Penjawat Awam Wajib Isytihar Status Pinjaman Pelajaran untuk Naik Pangkat

Semalam saya baru pulang dari Batu Pahat menjalankan kajian lapangan di lima buah sekolah di sekitar Rengit. Ketika di sana, saya sempat berjumpa dengan sahabat sebilik ketika menuntut di Matrikulasi dulu.

Banyak topik yang kami bualkan. Rakan-rakan lama, kenangan di UUM, kerjaya, politik, keluarga dan macam-macam lagi. Maklumlah, kali terakhir bersua pada 27 Ogos 2009, ketika mini reunion buka puasa di Putrajaya. Masa tu sahabat saya ni sanggup untuk turun dari Batu Pahat semata-mata untuk hadir ke reunion tu. Semangat kan? 

Antara topik dominan yang kami bualkan sudah semestinya perjawatan dalam skim perkhidmatan masing-masing. Kebetulannya sahabat saya ini juga penjawat awam (guru) maka topik yang dibualkan saling berkait.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...