Memaparkan catatan dengan label SKMM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SKMM. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Februari 2013

Tempoh sah rebat telefon pintar RM200 dilanjutkan kepada 3 bulan


Sebagai makluman kepada para belia yang sedang memikirkan untuk menebus rebat telefon pintar, sukacita dimaklumkan pihak SKMM telah memanjangkan tempoh sah rebat berkenaan dari satu bulan kepada tiga bulan mulai 6 Februari 2013.

Selaras dengan perkembangan ini, ruangan Soalan dan Jawapan Lazim (FAQ) bagi soalan 6 turut telah dikemaskini seperti berikut:


Selasa, 22 Januari 2013

Rebat Telefon Pintar: Jangan tertipu dengan wakil telco tidak jujur


Mereka yang layak untuk menebus rebat telefon pintar RM 200 harus berhati-hati ketika melaksanakan urusniaga di wakil sah telco. Ini kerana keghairahan untuk memiliki telefon pintar boleh mengakibatkan mereka tertipu oleh wakil telco yang sah tetapi tidak jujur.

Pengalaman yang dialami oleh seorang rakan pembaca, Tanpa Nama22 Januari 2013 8:20 PG, mengenai muslihat wakil sah sebuah telco yang meletakkan harga permulaan telefon pada kadar yang lebih tinggi wajar dimaklumi dan dikongsikan agar hasrat murni Kerajaan ini tidak diambil kesempatan oleh kapitalis tamak.

"Sya nak ingatkan kawan2 supaya berhati2 guna rebate rm200 tu sebab tu duit rakyat gak jangan tertipu dengan penjual2 cina yang mark up hrga phone untuk membolehkan guna rebate...
sya da pergi 3 lokasi area sentosa,city plaza kedah, n perlis...semuanya adalah dealer2 yang tersenarai dalam tune talk..

Sabtu, 12 Januari 2013

Rebat Telefon Pintar: Hanya kad pengenalan diperlukan jika tiada nombor rujukan


Maklum balas yang diterima daripada rakan pembaca mendapati semakin ramai di kalangan mereka yang mendaftar permohonan rebat telefon pintar tidak memperoleh nombor rujukan walaupun status permohonannya berjaya.

Begitu juga dengan sebahagiannya yang tidak dapat mencetak slip pengesahan berkenaan kerana tidak mempunyai pencetak ataupun disebabkan masalah teknikal.

Saya cuba menyemak perkara ini dan didapati, pihak SKMM telah melakukan pindaan kepada soalan dan jawapan lazim (FAQ) nombor 7 mereka. Berikut soalan dan jawapan yang dimaksudkan:

Jumaat, 4 Januari 2013

Panduan Permohonan Rebat Telefon Pintar RM200



"Boleh dapat ke rebat ni kat Low Yat?"

"Mana-mana kedai telefon pun ada rebat ni kan?"

Itu antara kekaburan yang saya dapati di kalangan beberapa orang rakan yang ditemui dua tiga hari lepas. Mereka ini layak untuk memperoleh rebat telefon pintar RM200 yang diberikan kerajaan.

Menurut mereka, maklumat yang cuba dicari melalui laman web SKMM tidak berjaya memandangkan ia tidak dapat dicapai kerana sering down. Maklumlah, bottleneck barangkali. 

Bagi membantu mereka, saya cuba untuk mencapai laman web berkenaan malam semalam dan ia berjaya. Itu pun setelah beberapa kali mencuba.

Sebagai kemudahan kepada rakan-rakan yang masih kabur mengenai permohonan rebat telefon pintar ini, berikut saya telah print screen laman web Pakej Komunikasi Belia untuk panduan semua.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Mengapa SKMM masih membisu kenaikan caj Astro walaupun diarah Kabinet untuk mengambil tindakan?

 
Kelmarin, buat kali kedua, saya menerima bil Astro yang mengenakan caj baru yang lebih tinggi selepas pelarasan harga yang mereka laksanakan bermula 11 Julai 2011. Saya percaya, rakan-rakan lain yang turut melanggan Astro telah ataupun bakal menerima bil kedua berkenaan.

Saya sebenarnya amat kecewa dengan SKMM yang gagal menangani isu kenaikan harga ini walaupun telah diarahkan Kabinet untuk mengambil tindakan terhadap Astro kerana ia membebankan pengguna.

Sebelum ini, telah beberapa kali saya hubungi talian aduan SKMM untuk mengetahui status semasa tindakan mereka namun alasan retorik yang senantiasa didendangkan oleh Pegawai Khidmat Pelanggannya ialah, "Perkara berkenaan sememangnya dalam perhatian kami" dan "SKMM masih berbincang dengan Astro".

Rabu, 24 Ogos 2011

Jawapan rasmi SKMM terhadap aduan group mempromosi murtad di facebook


 Klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas

Saya telah menerima surat jawapan rasmi dari pihak SKMM berhubung aduan mengenai kewujudan group mempromosi murtad di facebook. Surat berkenaan ditandatangani oleh Pemangku Pengarah Kanan, Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri SKMM bertarikh 16 Ogos 2011.


Selasa, 9 Ogos 2011

6 langkah mudah untuk laporkan group mempromosi murtad di Malaysia kepada Admin Facebook. Mohon laksana dan sebarkan!

Klik pada gambar untuk membaca komen-komen menghina Islam

Pertama sekali saya ingin bertanya, apakah perasaan anda setelah membaca komen-komen di atas? Marah, sakit hati atau tidak berasa apa-apa?

Sebenarnya, itulah "keterbukaan" yang cuba ditonjolkan oleh golongan murtad yang mempelopori usaha untuk mempromosikannya di negara ini melalui Facebook. Saya telah mengulas perkara ini di dalam posting terdahulu.

Hari ini, saya telah menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan PDRM untuk mendapatkan status tindakan mereka terhadap aduan saya mengenai kewujudan group yang mempromosikan murtad ini. 

Isnin, 1 Ogos 2011

Group mempromosi murtad di Malaysia: Mohon seluruh umat Islam laporkan kepada SKMM dan Polis

Di kala umat Islam bergembira dengan kehadiran Ramadhan bermula hari ini, saya berasa amat marah dan kecewa apabila membaca posting yang dibuat oleh seorang rakan mengenai satu group yang diwujudkan untuk mempromosikan murtad di Malaysia dan Singapura. 

Klik gambar untuk baca dengan jelas

Group berkenaan yang bertajuk Murtads in Malaysia and Singapore secara jelas dan berani menyatakan tanpa berselindung kenyataan berikut bagi menggambarkan agenda mereka:

"Kumpulan ini terbuka kepada mereka yang murtad dari Islam di Malaysia dan pihak-pihak yang ingin menyumbangkan sokongan moral kepada mereka yang murtad. Objektif kumpulan ini adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia."


Selasa, 12 Julai 2011

Astro ingkar larangan Kabinet: Harga tetap dinaikkan bermula 11 Julai!


MENGECEWAKAN!

Itu luahan yang dapat saya nyatakan selepas menerima jawapan daripada Pegawai Khidmat Pelanggan Astro (bernama Liana) bahawa penyelarasan harga Astro (hakikatnya KENAIKAN kepada saya dan majoriti pelanggan) akan tetap diteruskan bermula dari 11 Julai 2011 mengikut surat yang telah diedarkan kepada semua pelanggannya sebelum ini.

Berulang kali saya bertanyakan kepadanya adakah pihak Astro telah mendapatkan kelulusan SKMM memandangkan Kabinet sebelum ini telah membuat ketetapan untuk tidak membenarkan kenaikan harga tersebut.

Jawapan yang diberikan adalah YA, Astro telah mendapat kelulusan dari SKMM! Apabila ditanyakan bilakah kelulusan berkenaan diperoleh, beliau memaklumkan ia sebelum dari 11 Julai lagi.

Bagi mendapatkan kepastian, saya terus menghubungi SKMM di talian 1-800-888-030 dan bercakap dengan Puan Erni. Saya memaklumkannya telah menghubungi Astro dan diberitahu bahawa SKMM telah memberikan kelulusan kepada pihak mereka untuk menaikkan harga.


Selasa, 28 Jun 2011

ASTRO contoh terbaik kapitalis tamak di Malaysia!


Membaca surat yang baru diterima semalam dari Liew Swee Lin, Ketua Pegawai Pemerdagangan Astro mengenai kenaikan harga langganan pakej yang dilanggan dari RM 71.95 ke RM 82.95 amat menyakitkan hati.

Surat ini sebenarnya menampakkan sikap angkuh dan bongkak Astro yang tidak mempedulikan kelulusan yang seharusnya mereka perolehi terlebih dahulu dari SKMM untuk menaikkan harga. Perkara ini menyebabkan Menteri Penerangan sendiri terpaksa untuk mengeluarkan kenyataan bahawa notis yang dikeluarkan Astro itu sebagai TIDAK SAH!

Kenaikan harga Astro ini bukan saja ditentang oleh rakyat kebanyakan dan NGO-NGO malah turut dibahaskan di Parlimen. Semua peringkat lapisan rakyat nampaknya sudah bosan dengan sikap tamak Astro yang secara semberono mahu menaikkan harga.

Jika dibaca surat oleh Swee Lin, alasan kenaikan harga ini adalah “akibat tekanan kos yang berterusan, termasuk kos kandungan global dan tempatan serta hak-hak siaran”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...