"Boleh dapat ke rebat ni kat Low Yat?"
"Mana-mana kedai telefon pun ada rebat ni kan?"
Itu antara kekaburan yang saya dapati di kalangan beberapa orang rakan yang ditemui dua tiga hari lepas. Mereka ini layak untuk memperoleh rebat telefon pintar RM200 yang diberikan kerajaan.
Menurut mereka, maklumat yang cuba dicari melalui
laman web SKMM tidak berjaya memandangkan ia tidak dapat dicapai kerana sering
down. Maklumlah,
bottleneck barangkali.
Bagi membantu mereka, saya cuba untuk mencapai laman web berkenaan malam semalam dan ia berjaya. Itu pun setelah beberapa kali mencuba.
Sebagai kemudahan kepada rakan-rakan yang masih kabur mengenai permohonan rebat telefon pintar ini, berikut saya telah print screen laman web Pakej Komunikasi Belia untuk panduan semua.