Ahad, 13 Januari 2013

Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat wajar segera menebus rebat telefon pintar!

Pasca Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Stadium Merdeka semalam menyaksikan rantaian gambar disebarkan sama ada melalui twitter, facebook, blog mahupun portal berita. Refleksi ini adalah usaha di kalangan para penyokong DAP, PKR dan PAS bagi mengekalkan momentum kebencian terhadap Barisan Nasional menjelang PRU13.

Mereka tidak mahu kepuasan berpesta di Stadium Merdeka berakhir begitu saja. Ia perlu dikekal dan dipanjangkan ke seluruh pelusuk negara. Jika tidak, sia-sialah usaha yang dilakukan pasca PRU12 melalui siri-siri perhimpunan BERSIH, HIJAU dan OREN sebelum ini.

Namun, sama ada rakyat (lebih tepatnya pengundi) terkesan atau pun tidak dengan momentum himpunan jalanan berkenaan, malam PRU13 kita semua akan tahu.


Dalam banyak-banyak gambar himpunan semalam yang berlegar di ruang maya, salah satu yang menjadi bualan ramai ketika ini adalah gambar di atas.

Pro-kerajaan mengkritik dan pro-pembangkang mempertahan. Dua persoalan utama yang dibangkitkan ialah mengapa ada beberapa orang imam bersolat serentak? Dan pada masa yang sama, saf-saf berkenaan mengadap ke arah kiblat yang berlainan.

Mulanya saya berasa was-was akan kebenaran gambar ini namun video berikut membuktikan adanya kejadian berkenaan:


Isu ini jika bijak dimainkan oleh pro-kerajaan, ia akan menenggelamkan sebahagian sisi yang menguntungkan pembangkang dalam himpunan berkenaan. Di pihak pro-pembangkang pula, walaupun ia tidak akan menjadi kudis namun mereka pasti terpaksa mencari nas-nas yang dapat mempertahankannya.

Saya percaya, dalam beberapa hari dan mungkin sepanjang minggu ini, jika tiada isu yang dilencongkan (seperti penggunaan kalimah Allah untuk menutup kes Ngeh Koo Ham mengenai isu tanah di Kelantan ), pasti ia akan menjadi topik utama perbahasan.

Di kesempatan ini elok juga saya nasihatkan kepada penyokong pembangkang berkelayakan khususnya yang beragama Islam untuk menebus rebat telefon pintar RM200 yang ditawarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Jika tidak pasti caranya, boleh rujuk panduannya di sini.

Selepas memperoleh telefon pintar yang dihajati, jangan lupa untuk memuat turun aplikasi arah kiblat yang boleh didapati secara percuma. Berikut merupakan contoh aplikasi arah kiblat yang paling popular untuk telefon pintar Android.


Harapnya, dengan kemudahan ini, dapatlah kalian menentukan arah kiblat yang sebenar dalam himpunan-himpunan jalanan yang akan datang.

Cuma tinggal masalah satu lagi. Yang itu tiada teknologi boleh atasi. Kena tanya iman sendiri, bukannya pemimpin parti.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...