Pihak Kerajaan memutuskan untuk membenarkan mereka yang layak untuk terus memohon BR1M 2.0. Tarikh akhir permohonan ialah pada 15 Mac 2013.
Dikala ramai belia yang berkelayakan berpusu-pusu mengisi borang pendaftaran rebat telefon pintar ketika ini, tidak harus dilupa juga esok, 15 Januari 2013, merupakan tarikh akhir bagi permohonan BR1M 2.0.
Bagi mereka yang berkelayakan dan belum mengisi borang berkenaan, ia boleh dicapai melalui pautan berikut:
Ada yang bertanyakan kepada saya bolehkan mereka yang memohon BR1M 2.0 memohon pula rebat telefon pintar? Begitu juga sebaliknya.
Jawapannya YA! BR1M 2.0 dan rebat telefon pintar (Pakej Komunikasi Belia) adalah dua inisiatif berbeza dan tidak berkaitan antara satu sama lain. Tetapi harus diingat, syarat-syarat permohonan bagi kedua-duanya perlu dipenuhi bagi membolehkan kelulusan diberi.
Pembayaran BR1M 2.0 akan bermula pada bulan Februari 2013 selepas selesai agihan bantuan persekolahan RM100 untuk para pelajar.
Semoga inisiatif-inisiatif dari Bajet 2013 ini memberi manfaat berguna kepada kumpulan sasaran.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.