Selasa, 28 Januari 2014

Konflik PKR Selangor: Serah saja jawatan MB kepada PAS


Malang rakyat Selangor. Masalah PKR kini dijadikan masalah rakyat. Akibat sengketa kumpulan Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim, satu pilihanraya kecil perlu dibuat semata-mata hendak melantik Menteri Besar PKR yang baru. Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim!

Semalam bermati-matian Khalid Ibrahim menafikan Anwar akan bertanding dan ditabal sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Siap dengan menyatakan syarat-syarat menjadi calon DUN Selangor lagi. Hari ini, beliau pusing 360 darjah apabila mengumumkan Anwar sebagai calon untuk PRK DUN Kajang akibat perletakan jawatan "suka-suka" wakil rakyat PKR.

Jumaat, 24 Januari 2014

Pertandingan Memancing Aspirasi Balik Pulau 2014 pada 15.2.2014 di Pantai Pasir Panjang


Insya Allah pada 15 Februari depan Gabungan Belia Aspirasi Balik Pulau dengan kerjasama Biro Tatanegara Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Pertandingan Memancing Aspirasi Balik Pulau 2014. Ia akan diadakan di Pantai Pasir Panjang, Balik Pulau yakni bersebelahan dengan Kem Bina Negara.

Borang penyertaan boleh diperoleh dari link berikut atau barisan Urus Setia seperti yang dinyatakan di atas:



Khamis, 23 Januari 2014

Warga Balik Pulau harus responsif terhadap jentera Lim Guan Eng!

                               
Bukan lagi satu rahsia Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng amat mendambakan kemenangan pilihan raya di Parlimen Balik Pulau khususnya tiga DUN di dalamnya, Pulau Betong, Bayan Lepas dan Teluk Bahang. 

Walaupun dalam PRU12 BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen akibat kesilapan meletakkan calon, namun ketiga-tiga kerusi DUN kekal dimenangi oleh BN. Setelah memperbetulkan kesilapan tahun 2008, dalam PRU13, BN kembali merampas kerusi Parlimen dan terus dominan di DUN-DUN berkenaan.

Parlimen Balik Pulau sangat penting buat Guan Eng memandangkan kemenangan PR di sana akan membolehkan beliau mendabik dada bahawa pengundi Melayu kini bersama DAP. Hal ini dinyatakan sendiri beliau tahun lalu apabila menganggap kekalahan PKR dalam PRU12 di Balik Pulau sebagai petanda kelemahan pentadbirannya di Pulau Pinang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...