Memaparkan catatan dengan label Parti UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parti UMNO. Papar semua catatan

Khamis, 23 Januari 2014

Warga Balik Pulau harus responsif terhadap jentera Lim Guan Eng!

                               
Bukan lagi satu rahsia Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng amat mendambakan kemenangan pilihan raya di Parlimen Balik Pulau khususnya tiga DUN di dalamnya, Pulau Betong, Bayan Lepas dan Teluk Bahang. 

Walaupun dalam PRU12 BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen akibat kesilapan meletakkan calon, namun ketiga-tiga kerusi DUN kekal dimenangi oleh BN. Setelah memperbetulkan kesilapan tahun 2008, dalam PRU13, BN kembali merampas kerusi Parlimen dan terus dominan di DUN-DUN berkenaan.

Parlimen Balik Pulau sangat penting buat Guan Eng memandangkan kemenangan PR di sana akan membolehkan beliau mendabik dada bahawa pengundi Melayu kini bersama DAP. Hal ini dinyatakan sendiri beliau tahun lalu apabila menganggap kekalahan PKR dalam PRU12 di Balik Pulau sebagai petanda kelemahan pentadbirannya di Pulau Pinang.

Sabtu, 2 Februari 2013

Panduan Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

 Kredit Gambar Utusan Online


Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) merupakan inisiatif yang dijana oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia. Ia sebenarnya telah dimulakan pada tahun lalu dan hasil dari kejayaan program perintis di Pahang itu telah mencetuskan idea untuk dipanjangkan ke seluruh negara.

Pelancaran BL1M secara rasmi telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri di Kedah, Khamis lalu. Beliau menjangkakan 500,000 orang akan mendapat manfaat darinya.

Rabu, 10 Oktober 2012

Pasar Lama Balik Pulau menagih janji YB Yusmadi


Semalam saya ada terbaca di NST Online mengenai cadangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk mengubah wajah tapak Pasar Lama Balik Pulau, yang lebih dikenali sebagai "Market Lama Kongsi" di kalangan penduduk setempat. Artikel berkenaan terus membuatkan saya tersengih sendirian kerana ia mengingatkan saya kepada saudara YB Yusmadi Yusoff, Ahli Parlimen Balik Pulau.

Kemenangan Yusmadi pada tahun 2008 sebenarnya memeranjatkan banyak pihak kerana dalam PRU 12 itu, BN melalui UMNO menyapu bersih ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di dalam Parlimen Balik Pulau. Beliau menewaskan seorang calon ternama, Datuk Dr Norraesah Mohamad dengan majoriti 708 undi.

Isu utama yang dimainkan pada ketika itu untuk menghentam Dr Norraesah ialah beliau digambarkan sebagai "orang luar', bukan anak Balik Pulau. Walaupun hakikatnya bekas Pengerusi Bank Rakyat itu anak kelahiran Bayan Lepas dan merupakan salah seorang AJK UMNO Bahagian namun beliau yang lebih banyak menonjol di peringkat Pusat terpaksa akur kepada penolakan bukan saja di kalangan pengundi, bahkan juga di dalam parti sendiri yang mahukan calon "tempatan".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...