Jumaat, 4 Januari 2013

Panduan Permohonan Rebat Telefon Pintar RM200



"Boleh dapat ke rebat ni kat Low Yat?"

"Mana-mana kedai telefon pun ada rebat ni kan?"

Itu antara kekaburan yang saya dapati di kalangan beberapa orang rakan yang ditemui dua tiga hari lepas. Mereka ini layak untuk memperoleh rebat telefon pintar RM200 yang diberikan kerajaan.

Menurut mereka, maklumat yang cuba dicari melalui laman web SKMM tidak berjaya memandangkan ia tidak dapat dicapai kerana sering down. Maklumlah, bottleneck barangkali. 

Bagi membantu mereka, saya cuba untuk mencapai laman web berkenaan malam semalam dan ia berjaya. Itu pun setelah beberapa kali mencuba.

Sebagai kemudahan kepada rakan-rakan yang masih kabur mengenai permohonan rebat telefon pintar ini, berikut saya telah print screen laman web Pakej Komunikasi Belia untuk panduan semua.

Pertama sekali, semestinya perlu diketahui mengenai syarat kelayakan untuk memperoleh rebat telefon pintar berkenaan.


Seterusnya, bagi memahami dengan lebih jelas, elok dibaca soalan dan jawapan lazim (FAQ) mengenainya.

Soalan 3 menjelaskan, walaupun tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2013, namun ia tertakluk kepada peruntukan RM300 juta yang disediakan kerajaan. Ini bermakna ia adalah atas dasar siapa cepat dia dapat. Oleh itu, mereka yang layak perlu memohon segera agar tidak terlepas memperoleh rebat ini.


Soalan 5 dan 8 menjelaskan mengenai lokasi untuk menuntut rebat ini. Ia bermakna hanya di wakil-wakil penyedia perkhidmatan telekomunikasi berkenaan yang sah boleh dituntut rebat ini. Berikut penyedia perkhidmatan yang terlibat:


Berdasarkan Soalan 10 dan 11, ia bermakna pakej jalur lebar adalah wajib dilanggan bagi membolehkan rebat ini diperolehi. Rebat untuk telefon one-off dan tiap bulan perlu bayar langganan jalur lebar. Ini perlu difahami agar tidak berlaku salah faham dan menanggap ia sebagai bebanan kelak.





Berdasarkan kepada Soalan 20, perlu difahami permohonan atas talian hanya dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam sahaja.


Saya juga telah cuba untuk mengisi borang atas talian yang disediakan untuk membolehkan rakan-rakan mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenainya. Terdapat dua kategori borang iaitu untuk mereka yang bekerja dan bergelar pelajar. Bagaimana jika bekerja sambil belajar? Isikan saja mana yang dirasakan lebih mudah untuk kalian.





Saya tidak submit borang ini ya! Baca akuan pengesahan di atas, "Sekiranya saya didapati memberikan maklumat tidak benar atau palsu, saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) dan boleh juga dikenakan denda". Jangan cari pasal :-)

Sebagai kemudahan juga, berikut saya sertakan link untuk capaian kepada pemberi perkhidmatan yang berkenaan:








Wassalam.


Kemaskini:
Terdapat soalan tambahan yang dikemaskini di ruangan FAQ oleh pihak SKMM. Soalan dan jawapan yang ditambah adalah seperti berikut:


Sehingga jam 7.00 pagi 8 Januari 2012, jumlah permohonan rebat diluluskan seperti yang dicatatkan dalam laman web berkenaan ialah 81,130. Ini bermakna sebanyak RM 16,226,000.00 telah diagihkan daripada RM 300 juta yang diperuntukan.

110112 - Ada satu soalan baik dari rakan pembaca. Beliau baru habis belajar dan masih belum bekerja tetap. Borang mana yang perlu diisi? Jawapannya Borang Pekerja dan pada ruangan "Pekerjaan" pilih "Bekerja Sendiri". Abaikan ruangan nombor fail LHDN memandangkan ia tidak wajib diisi. Ini juga terpakai untuk mereka yang belum dapat pekerjaan/ menganggur.

Notakini:
150213 Tempoh sah rebat telefon pintar dilanjutkan kepada 3 bulan
220113 Rebat Telefon Pintar: Jangan tertipu dengan wakil telco tidak jujur
160113 Panduan mendapatkan slip permohonan telefon pintar bagi yang hilang atau lupa cetak
120113 Rebat Telefon Pintar: Hanya kad pengenalan diperlukan jika tiada nombor rujukan

285 ulasan:

  1. assalamualaikum
    saya ingin bertanya
    kurang jelas pada prepaid dan postpaid
    pada siapa kita nak daftar jalur lebar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. kena daftar online dan kemudian pergi ke wakil sah syarikat telco (maxis, celcom, digi atau yang lain seperti di artikel). dengan mereka perlu daftar jalur lebar. jika dah ada langgan, tak perlu langgan lagi. jika belum langgan, kena langgan dengan mana-mana pakej ikut kemampuan. macam saya tulis di atas, RM200 tu one-off tapi selepas dapat telefon, tiap bulan kena bayar langganan jalur lebar.

      Padam
    2. dpt free rm200 tapi tiap bulan kena bayar.. ermm.. baik x yah kan..

      Padam
    3. itu bagi mereka yang ingin terus langgan bulanan. dicadangkan ambil pre-paid sahaja. mungkin 2, 3 bulan rasa tak puas hati boleh tamatkan :)

      Padam
    4. Inilah susah jenis sesetengah maknusia, bila nak diberikan bantuan, awal2 lagi dah tak suka. Mereka ni jika boleh seluar "dalam" nak kerajaan beri dan pakaikan...

      Padam
  2. Maksudnya kena pakai postpaid ke...klau tukar prepaid xboleh ke..kalau kita dah pkai prepaid sebelum ni nak kena tukar ke postpaid la...risiko tinggi la kalau tempat kita tu xde coverange..tiap2 bulan stil kena bayar... khai

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh guna pre-paid. tak perlu tukar. boleh rujuk contoh link Maxis di atas yang menawarkan pre-paid Hotlink.

      Padam
  3. maksud nyer..lepas dh dftar online..mereka perlu bawa borang daftar tu ke kedai yang ade mnawarkan rebat ni la kan...selepas tu hanya berurusan dengan kedai je la kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul. senarai kedai kena rujuk dengan syarikat telco. urusan seterusnya termasuk pilih telefon dan langgan jalur lebar di kedai berkenaan.

      Padam
  4. ok faham ..terima kasih en zairi..saya aka war warkan di mini rtc nanti .. so mana yang biasa pakai prepaid tu kita daftar kan mereka prepaid je la kan ..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum..saya nak tanya,saya dah mendaftar tp saya x mencetak status permohonan tersebut..boleh mohon juga ke kalau guna no rujukan je dan xde bukti permohonan tu berjaya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. boleh. nombor rujukan sahaja sudah mencukupi. Rujuk soalan FAQ no 7 di atas.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  6. Salam. saya save kat bookmark je status berjaya tu, ingat nak print esok, tiba-tiba bila bukak balik dah tiada. macamana nak tengok balik ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. kalau di bookmark rasanya memang tak boleh retrieve. kalau saudari ingat nombor rujukan yang diberi, itu sudah memadai untuk dibawa ke wakil telco. saya cadangkan hubungi skmm atau emelkan mereka dengan memberikan nombor ic jika tidak simpan nombor berkenaan.

      Padam
    2. boleh saudara zairi nyatakan email skmm?

      Padam
    3. komunikasibelia@cmc.gov.my
      Jika ia berkaitan nombor rujukan, rujuk posting terkini saya.

      Padam
  7. akum..nak tanya kalu kita dah isi sudah melanggan jalur lebar -post paid celcom..maksud nye kita kena beli telefon tu kat kedai celcom je ke?tapi kedai celcom kat mana je yg ade?konfuis..

    BalasPadam
  8. Waalaikummusalam. kalau tuan berminat untuk teruskan dengan celcom, kena beli di kedai celcom (Blue Cube CapSquare). tapi katakan tuan nak tukar langgan guna post-paid maxis, pergi ke wakil maxis yang terlibat, dan maklumkan nak langgan dengan guna nombor sama. senarai wakil yang sah bagi setiap telco perlu rujuk dalam link bagi laman web yang disertakan di atas. mereka akan kemaskini dari semasa ke semasa.

    BalasPadam
  9. asalam....sy confius lah..sy dah dpt rebate tu..tp kan...skrng sy ad pakai broadband maxis..tu dikira kite dh melnggan ke?lagi satu...sy dh check kt maxis, telefon yg ditawarkn just galaxy Y saje...n harganye rm169...169 tu kite patot tambah ke atau guna je rebate yg kite dpt tu..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang dikira adalah langganan data (internet melalui telefon), bukan yang guna usb device. jadi saudara kena langgaan phone data. kalau harganya RM169, sepatutnya saudara tak perlu tambah apa-apa bayaran lagi sebab rebatnya RM200. elok tengok kepada penyedia pekhidmatan lain atau tunggu sehingga maxis tambah jenis telefonnya.

      Padam

    2. tak best lah mcm tu..maxis tk de pilihan ..sedng carik Note 1 sebenarnye..tp kene langgan data pulak... ade pon kt telco lain.kt maxis tk de.. tk kn nk lnggan data n beli sim baru semate2 nk hf yg dicari tu... harap maxis akn ada telefon lain...

      Padam
  10. KALAU DI AREA KUALA TERENGGANU MANA NK DAPAT PENEBUSAN REBAT NI

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan buka link setiap telco yang saya sertakan di atas dan semak lokasi wakil mereka yang sah. ada dinyatakan di sana.

      Padam
    2. herm..boleh tak kalau sy dh daftar rebat tu..tp xnk gune..rase cm leceh lak nk kene langgan2 bagai..

      Padam
    3. boleh sebab lepas sebulan kalau tak tebus akan terbatal dengan sendirinya

      Padam
  11. salam..sy nk tanya....kalau saya sekarg guna maxis broadband..tu dh kira berdaftar plan data ke? dan lagi satu..kate knlah kalu itu dikire berdftar. boleh tak sy guna rebate tu untuk tebus di u-mobile...sebb byk pilihan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummusalam. tuan kena langgan pakej data telefon. bagi kes kedua, jika dah langgan maxis, kena pergi ke wakil maxis. jika ke wakil telco lain, kena langgan pakej mereka pula.

      Padam
    2. terima kasih...boleh tak kalau sy daftar di u-mobile n rebate tu tp guna yg prepaid..then sy tk aktifkan no yg sy daftar di u-mobile tu?

      Padam
    3. boleh. tapi saya tak pasti sama ada u-mobile tetapkan tempoh tertentu wajib guna. rasanya tak ada.

      Padam
    4. okey..terima kasih...:)

      Padam
  12. Assalamualaikum
    sy pengguna sedia ada simkad jalur lebar 1Malaysia (prepaid)
    jd kalau nak beli telefon pintar je tanpa pakej jalur lebar boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. tak boleh. perlu langgan pakej jalur lebar.

      Padam
  13. salam,

    saya cuma nak bagi info sahaja... kepada sesiapa yang ingin tebus tak payah takut kena ambik plan telekomunikasi yang dicadangkan..sebenarnye kat mana yang boleh tebus terus je pergi.. kalau g tebus kat maxis, digi atau lain2 lagi mereka akan cadang kan tuan puan untuk beli prepaid yang berharga RM8.50 saja.. tapi bagi yang dah ada line telifon tu anda tidak akan di minta suruh ambik pakage plan data atau kena ikat kontrak.. kalau tak faham terus je pergi centre telekomunikasi yang terdekat untuk anda tebus dan tanye... saya pun dah tebus tak sampai 20minit dah siap.. dan tak banyak kerenah seperti yang di gemparkan... jangan malu nak bertanya nanti sesat jalan... ok... yang penting bawak photo copy ic dgn slip permohonanan, bagi pelajar sila bawal ic, kad pelajar dan slip permohonan... sekian salam 1malaysia

    BalasPadam
  14. salam..nak tanya..kalau contoh nak beli hp kat kedai biasa boleh ke guna rebate nie..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. tertakluk sama ada kedai tu wakil telco yang sah atau tidak. kalau wakil telco boleh saja. kalau tidak tak boleh tebus jawabnya.

      Padam
  15. macam mana nk tau dh dpat rebat ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sewaktu selesai permohonan online akan terus dapat keputusannya berjaya atau tidak.

      Padam
  16. Salam,terima kasih atas penerangan..sangat bermakna..saya ada 1 soalan,saya baru tamat belajar dan kerja masih belum tetap..macam manaye?mohon penjelasan..terimakasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. gunakan form bekerja. pada ruangan "Jenis Pekerjaan" pilih "Bekerja Sendiri". Jangan risau, no fail LHDN tidak wajib diisi. alamat pejabat guna alamat rumah. selamat mengisi :)

      Padam
  17. Hp blackberry tak boleh beli ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu bergantung sama ada telco-telco terlibat senaraikan blackberry dalam senarai telefon yang boleh ditebus atau tidak. Yang menjadi kesulitan sedikit adalah senarai telefon ditentukan telco. pilihan terhad kepada apa yang ditawarkan.

      Padam
  18. Td sy g mine n ty telco digi n umobile. Dorg mmg tak trime pun rebate ni. So da tatau mne na cr kdai yg trime rebate ni. Geram gile ngan amoi2 telco tu. sy ty sbb na kpastian. Tp jwb mrh2. Last2 sy blah cmtu je. Kalau da ta trime rebate ni, ta pyh la na join n iklan bagai. Da tu amoi digi tu suruh sy angkt smsung note kalau rebate tu dpt tebus kt situ. Suke hati je. Sy da la student. Dpt rebate 200 tu sy brsyukur. So na la cr fon yg balance dy sy kne byr bwh 300.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergi yg kat kedai jual hp mmg xdpt..pergi kat center dia..
      bukak web umobile atau digi tu,pastu tgok area mana ada kawasan anda.bukan kedai yg jual topup atau hp tu..

      Padam
    2. nurli, sebagaimana yang dikatakan faz mys, benar bahawa rebat tu hanya boleh ditebus di wakil-wakil sah telco. mungkin kedai telco digi dan umobile tu tak tersenarai untuk penebusan. seperti juga celcom, bukan semua bluecube boleh ditebus, hanya yang disenaraikan. untuk senarai wakil-wakil sah berkenaan, nurli buka link yang saya sertakan di atas. senarai tu sentiasa dikemaskini.

      Padam
  19. baru je daftar kat https://komunikasibelia.skmm.gov.my/
    dapat isi semua..dan akan try..kalau berjaya saya akn kongsi kat sini kesusahan atau kesenangan tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah faz mys! terima kasih kerana mahu berkongsi pengalaman menebusnya di sini untuk rujukan rakan-rakan lain. jika sudi, karang dan emel kepada saya. saya akan postingkan artikel khusus atas nama saudara berkaitan pengalaman berkenaan. jika tidak berkesempatan, kongsikan di ruang ini pun amat membantu. terima kasih.

      Padam
  20. salam zairi..

    sy dah isi td..
    tp dia tulis mcm ni..tahniah,permohonan anda telah diterima....
    xde no rujukan...
    mcm mana nak tau kite berjaya ke x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. Seharusnya ditulis penuh:

      "Tahniah, permohonan anda telah diterima. No rujukan permohonan anda ialah XXXXXXXXX."

      ia juga akan nyatakan tarikh luput.

      walaubagaimanapun saya percaya rekodnya telah ada dalam database dan berjaya dapat rebate berkenaan. cuma tentang nombor rujukan tu perlu dapatkan semula dari SKMM. telefon atau emelkan mereka. boleh juga cuba ke mana-mana wakil telco dan kemukakan nombor kad pengenalan jika diterima.

      Padam
    2. tarikh luput ada diberi...cuma no rujukan tu xde

      tahniah,permohonan anda telah diterima.

      mcm tu je dia tulis...septtnye ada no rujukan dibelakang tukan..

      anyway tq ye

      Padam
    3. kalau begitu printkan saja borang tersebut. boleh digunakan sebab ia adalah apa yang diperoleh dari sistem berkenaan.

      Padam
  21. salam..saya nk tanye sy ada isi untuk adik saya tpi sy xprint n emel yg sy masukkan slh mcm mana ye nk buat?satu lg mcm mana nk ambik rebet tu..saya ada baca kena bayar dulu..baru kita leh tebus..betul ke?cube terang sikit.adakah masa nk tebus rebet bawak photo copy ic n slip terus dapat atau sebaliknya..tolong jelas kan..terima kasih

    BalasPadam
  22. salam..boleh terang kan mcm mana tebus rebet ni..dn mcm mana kalau kita slh bg emel..sbb sy tersalah letak emel..sy x print slip tu..

    BalasPadam
  23. rebet ni kena ada line internet jek ke leh tebus kalo xde kena daftar dulu ke?di melaka kat mana nk tebus

    BalasPadam
  24. ne..prmohonan sya da lulus...masalah nya xda no rujukan...lg pla masa sya daftar x dpt print coz..rumah xda printer...cm mana mw wat pnebusan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya perlu bawa kad pengenalan jika status permohonan berjaya. rujuk posting saya terkini.

      Padam
  25. seperti kes d atas..sya pn x no rujukan...hanya bertulis...tahnia anda berjaya..dan tarikh luput sja..print pn xda cm na tue ,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya perlu bawa kad pengenalan jika status permohonan berjaya. rujuk posting saya terkini.

      Padam
  26. Sy pon sme jgk..
    Slhnye sbb gne hp wt prmohonan .lngsng tiada no.rjukan n trikh luput..bahkan borang 2pn kosong..
    Pening2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya perlu bawa kad pengenalan jika status permohonan berjaya. rujuk posting saya terkini.

      Padam
  27. sy dh cuba isi...dia mintk tarikh lhir..sdgkn tarikh lhir x dpt klik...bgang btul d buat nya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. saudara hanya perlu isikan nomborkan pengenalan dan ruangan tarikh lahir memang tak dapat klik sebab ia akan keluar automatik. diambil dari nombor kad pengenalan.

      Padam
  28. yo cik zairi.tmpny tnya.skrg sy guna postpaid plan.dlm pakej 2 udah da data utk internet.perlukah sy langgan broadband plan utk mndptkan rebat

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin acid terkeliru maksud broadband tu. sebenarnya, pakej postpaid data yang acid sedia langgan itu juga merupakan broadband. jadi, tidak perlu melanggan pakej yang baru. hanya isikan borang dan pergi ke wakil yang sah untuk mendapatkannya.

      Padam
    2. thank bro zairi.memang agak keliru.

      Padam
  29. ne sya nak kongsi pengalaman semasa berada d wakil yg sah...bla sya tyakan tentang rebet tu..mereka kata mereka mwkan slip yg telah d print..mereka x menerima no rujukan selain slip yg telah d print..ada sorang tu..bg no rujukan tanpa slip yg kna print..kata wakil tu mereka x terima..bla adk tu ckp yg mereka boleh rujuk no tu..mereka kata..tu bkn keja kmi..apakan lg bla membawa kad pengenalan sahaja...lg mereka x trima...lg pla promosi yg mereka wat hanya sbulan shja...cm na tu..bingung lar......

    BalasPadam
  30. menurut kata pekerjanya..itu arahan bos nya dan mereka turuti...arahan bos...lokasi d sandakan,sabah Telco CSL,yang terletak d pusat bandar sandakan..stakat ne hanya satu2 nya wakil yg sah...dan mempromosi hp rebet yg berjenama Ninietology..ne alamat sy sertakan mengikut katalog yg d beri kpda pelanggan,ENCORE MOBILE TECHNOLOGY LOT 10 B,BLOK 25,TINGKAT BAWAH,JALAN 2,SANDAKAN SABAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau begitu maknanya maklumat tidak sampai ke kedai berkenaan. hairan bagaimana mereka tidak update syarat baru. ada dinyatakan dalam FAQ no 7

      Padam
  31. jika wakil yg d sebut kan d atas tetap jg xdk menerima kad pengenalan sja sebagai menebus hp rebet...maknanya ramai la yg x boleh menebus rebet mereka...lg pula promosi terhad...tentu ramai permohonan yg lulus tp xdk dpt menebus...kasihan mereka..apatah lg bg pelajar2 dan yg kurang mampu tuk memiliki hp 3G dan melayari internet bg meluas kn lg pengetahuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat setuju. ini yang dikatakan hasrat kerajaan sangat baik tapi pelaksanaan lemah. SKMM perlu lihat komunikasi sesama mereka.

      Padam
  32. salam admin..
    sy nk tnye..kalau belia yg da habis belajar,tapi belom bekerja,mcm mna nk apply ye?
    adakah sy boleh apply?dlm syarat takde pon
    kalau sy boleh,sy perlu isi diruangan mne?pekerja atau pelajar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh mohon. gunakan Borang Pekerja dan pada ruangan "Pekerjaan" pilih "Bekerja Sendiri". Abaikan ruangan nombor fail LHDN memandangkan ia tidak wajib diisi. Ini juga terpakai untuk mereka yang belum dapat pekerjaan/ menganggur.

      Padam
  33. salam..sy nk bg info..yg dh abis belajar leh apply tuk bekerja n kat ctu klik bekerja sndiri...erm..kat maxis melaka senang jek..p cna dorang akan terang kan apa pakej kita nk ambik..kalo kita nk contrac kena sign contrac selama setahun..tgk pada pakej la..dorang mesra sekali..kalo saudara n saudari xpaham pasal rebet telefon leh p terus kat centre dorang akan terangkan..

    BalasPadam
  34. salam.. nak tanya, kalau kita jawab YA pakej plan data tu, tp kita blum dftar, dan nak dftar kmudian.. boleh tak? kalau kita jawab tidak, still boleh dpat ke rebate tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Jika Shima jawab Ya tapi belum ada, itu dah dikira menipu. boleh kena tindakan. jangan risau. pilih tidak sebab waktu tuntut rebate kalau belum langgan akan disuruh buat terlebih dahulu. memang akan dapat

      Padam
    2. alhamdulillah.....wakil jualan sandakan sabah yg saya sebut kan.ne...da ok perkhidmatan mereka..malah membantu tk mbuat pndaftaran hanya bg ic jer,..dan bg yg xdpt print tue..mereka bantu jg tk dapat kn app sbagai rujukan.. :-) tq

      Padam
    3. Alhamdulillah. Tahniah, nampaknya dia baca keluhan saudara/i tu :-)

      Padam
  35. Siapa yang dah daftar dan terlupa no rujukan atau dah bookmark, tapi dah hilang, tak pe. Nanti akan diemelkan butir2 tapi lambat sikitla.. Saya pun baru dapat emel tadi, tapi daftar awal masa mula2 lancar tu.. Sebenarnya kan, saya dah habis belajar dan tak kerja lagi tapi isi borang bahagian pelajar.. Tak tau nak isi mana satu.. Emel pengesahan pun dah dapat.. Kiranya, berjayala kan??? Tak menipu kan???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas info. dalam kes itu tak dikira menipu, terkeliru je :-) Apa pun anda layak untuk tuntutnya.

      Padam
    2. Salam saya nk tny mcm saya ni dh daftar tp x print plak slip rebat 2..blh x Bantu saya untuk dapatkn slip 2.n klu x bleh dpt slip 2 bleh x saya g tebus rebat 2..plzzzzz

      Padam
  36. sy nk tnya,mksud pakej data hp tu cmne yer?xsm ngn bband yg dguna?
    n kalo dh lnggan bband tp bkn under nem kte cmne ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk makluman, pakej telefon ada dua, suara dan data. suara tu pakej untuk panggilan telefon biasa. pakej data pula untuk layari internet. pakej data juga adalah broadband (jalur lebar). cuma saudara/i mungkin terkeliru broadband yang guna USB untuk komputer. itu dikira lain. jadi perlu langgan pakej data untuk telefon. jangan risau. ada yang prepaid semurah RM8.50.

      berkaitan soalan dua, jika atas nama orang lain, tak boleh claim atas nama kita.

      Padam
  37. saya dah cetak slip tapi tak ade pun no.rujukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ini ramai yang mengalami situasi berkenaan. boleh bawa slip berkenaan dan tunjukkan kad pengenalan. ia diterima. rujuk posting terkini saya.

      Padam
  38. fredd : bwa jer slip tu or chck emel nnt kne sent ctu

    BalasPadam
  39. If keje sendiri..tp takde no epf...boleh apply ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. guna form pekerja. ruangan epf atau no lhdn bukan wajib diisi. jangan risau.

      Padam
  40. nk tnye... if kte dh ade data plan still nk kne beli hp di tempat seperti di atas ke?? kedai2 handphone biase xleh ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada data plan Celcom, kena ke Celcom. Tapi katakan nak telefon yang ditawarkan digi, kena convert ke plan digi. tebus rebat hanya di wakil yang sah. kalau kedai2 handphone biasa berdaftar sebagai wakil. boleh tebus di situ.

      Padam
  41. SALAM
    nak bertanya betul kew maxis,celcom,digi dan u mobile kena pakej data baru blh dapat rebate hp tu?
    betul kew tune talk tak kenakan pakej data?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Semua perlu langgan pakej data samaada postpaid atau prepaid

      Padam
  42. dh aply rebat dh print slip ..pastu td p celcom centre wawasan plaza kota kinabalu,dorg ckp kne p blue cube kt suria sabah or kt 1borneo,p la sna ..tup2 staff ctu ckp dorg lom launch lg ..err?? dorg tgu arahan big boss bru launch ..nnt dorg akan sms gtw bla dh ble dtg n tunai kn. smpai bla kne tgu?? smpai slip tu dh expird??ermmm ...

    BalasPadam
  43. Salam.sy da isi borang rebat rm200 tu n da dterima tpi tak de no rujukan nye gak.lg stu sy da guna tm@unifi kat umah n hr tu sy da aply prepaid je so cm ne kena langgan gak ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh bawa dan tunjukkan ic sahaja walaupun tanpa nombor rujukan. kat rumah tak dikira. Kalau pakej data telefon, walaupun prepaid ia diterima.

      Padam
  44. salam,, sy dah isi.. borg tu,, n dah ber jaya... masalahny
    1- sy xprint
    2-sy x taw no.rujukan..
    3- blh ker sy pergi ke tmpat penembusan sekadar tunjuk ic dan kad pelajar?

    BalasPadam
  45. Salam... Sya ada 2rebat yg berjaya...1 atas nma sya.. 1 lg ats nma adik... Klu sya guna 2rebat tu tuk bli 1tefon bleh x..? Tq...

    BalasPadam
    Balasan
    1. xbolehh ..1belia 1 hp je tuk rebat tu

      Padam
    2. Waalaikummussalam. Sebagaimana dikatakan Tanpa Nama 638, rebat atas nama saudara/i, hanya untuk anda. adik punya hak beliau. jadi satu rebat hanya untuk satu telefon ;-)

      Padam
  46. salam sy dah mohon rebat rm200 masaalahnya sy rasa sy silap isi maklumat komunikasi, sy jawab ya..n ingatkan prepaid biasa yg sya gna skrg..n sy slalu laggan mobile broadband internet..ia blh dikira pelan data?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. prepaid internet plan pun diterima. telefon ada dua plan. satu voice, satu data (internet). tapi kalau broadband guna USB tu tak dikira.

      Padam
  47. Sya nak ingatkan kawan2 supaya berhati2 guna rebate rm200 tu sebab tu duit rakyat gak jangan tertipu dengan penjual2 cina yang mark up hrga phone untuk membolehkan guna rebate...sya da pergi 3 lokasi area sentosa,city plaza kedah, n perlis...semuanya adalah dealer2 yang tersenarai dalam tune talk..tapi bila nk beli samsung s3 mini harga yang ditawarkan 1399 after rebate rm1199 or harga tawar 1299 after rebate 1099...padahal harga samsung s3 mini retail price di mana2 telco hanya rm1199 after rebate rm999..so hati2 jangan tertipu..ada plak yang try menipu cakap set original padahal phone tu set ap...jangan terpedaya...better beli kt maxis senderi or celcom or seng heng..,jangan beli dekat dealer tune talk..menipu je...nasib baik saya x tertipu....manusia ni rakus da untung nak lagi untung lagi..jual dengan harga x logik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maklumat yang sangat berguna. moga semua berhatia-hati. terima kasih atas perkongsian.

      Padam
  48. saya cuba isi borang dan tik saya setuju, tapi tiada printer tume tu,so saya keluar balik, macam mane saya nak log in balik untuk print slip pengesahan itu .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ridzuan rujuk posting saya terkini mengenainya:

      160113 Panduan mendapatkan slip permohonan telefon pintar bagi yang hilang atau lupa cetak

      Padam
    2. https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/Success?ic=90102011****

      Padam
  49. saya kecewa dgan pihak celcom..harga asal RM169 tpi dia surh bayar RM199..mmang dia bagi topup RM30 tpi dia kate kena melanggan internet satu minggu..sedangkan maxis tak ade pom syarat mcm ni..harap pihak berwajib ambil cakna sikit bab-bab mcm ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. internet sememangnya perlu dilanggan sama ada prepaid atau postpaid.

      Padam
  50. betul ke harga hfon murah giler mcm tu?saya tengok samsung galaxy w tu sampai harga rm128.00 betul ke x ni?atau tu harga diskaun je?

    BalasPadam
  51. Beli je under u mobile..dpt simcard free...30sms free, 100minit call free, internet unlimited 1bln free...atau kat maxis..tpi xtau la kalau maxis kena byr ke x untuk simcard

    BalasPadam
  52. assalamualaikum...sye juga penerima rebet hf berstatus pelajar...masalahnye sye dh try col n perg sndr ke cawangn maxis yg trsenrai mngmbil bhgian dalm rebet nie...diowng mng xtrime n mnyebbkn sy mkin tencion krna rebet sy akn berakhir pd 1/2/2013...boleh xspe2 yg dok area bandar kuala terengganu yg pernh menebus rebet ini..tlng bg info sedkit tmpt yg patt sye tebus supaye memudahkn urusan selain dr celcom centre...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. boleh tahu kenapa mereka tak terima rebat tu? Untuk senarai wakil sah telco, rujuk link setiap syarikat seperti yang saya nyatakan dalam posting 4 Januari.

      Padam
  53. di bawh maxis...stiap senrai wakil cmpny yg mnerima rebet ini tidak mnyediakan dan hnya sedkit shja yg mnerima..mlah kbnykn stok sudh kehbisan mnyebbkn ramai belia yg cube menebus di tempat yg sye pergi juga agak kecewa..septutnya setiap wakil yg telah dipertnggungjwbkn perlu ambil serius akan stok yg kehbisan...krna ini akn mnyukarkan kami yg trpkse berulang alik untuk pergi ke stokis trsebut semata2 tok menebus rebet...dan yg paling sye trkilan apbila pergi ke wakil DG di KT, mereka langsug tidak trlibt dan hnya di negeri kelntn n kuntan shja mereka terlibt...bg sye ini tidak adil kerna sprt yg tertera di website...DG juga trsenarai dalm penerimaan rebet...diharapkan pihak berkenaan tlng atasi segala kesulitan yg dialami tok kepentingan semua pihak.
    ...

    BalasPadam
  54. Salam..kalau tempoh rebat tu dah tamat, tak boleh lanjutkan lagi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika tamat perlu mohon semula selepas satu bulan dari tarikh tamat.

      Padam
  55. salam..
    saye dah daftar n dah pon pergi ke maxis center and u-mobile center..
    tapi telefon kene tempah lak dulu...
    hmpir 2 mnngu dah xde apa2 berita pon....
    yang ada pon smrtphone yang hrga 1k keatas jew yang ade...
    mcm ner tuh.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam Afiq, memang kebanyakan kedai sekarang terpaksa ambil tempahan kerana ketiadaan stok. sebelum ada pemberian rebat ini pun memang kalau ambil pakej bawah maxis/celcom perlu tempah memandangkan syarikat telefon bekalkan kepada mereka ikut kuota.

      Padam
  56. kalau dh ada langgan internet prepaid,,mcamana ek,,kna lggn lg ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. internet prepaid yang mana? untuk telefon atau untuk komputer? kalau telefon tak perlu langgan lagi tapi kalau yang ada tu untuk komputer, dayang perlu langgan.

      Padam
  57. salam...cmne kte hndk mngisi psl mklmt komunksi 2..sye krng phm la..leh tlng trngkn pde sye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam.

      Pertama sekali saudara/i perlu faham telefon mempunyai dua pakej iaitu pakej suara dan pakej data. pakej suara adalah untuk panggilan telefon biasa. pakej data adalah untuk layari internet.

      Sama ada pakej suara atau pakej data, ia datang dalam dua bentuk, prepaid atau postpaid.

      Untuk mengisi maklumat komunikasi, soalan pertama yang ditanyakan itu bermaksud adakah sekarang ini saudara/i telah melanggan pakej data dengan menggunakan telefon bimbit.

      Soalan kedua bermaksud, jika telah langgan, adakah ia prepaid atau postpaid. jika tidak langgan dari jawapan soalan pertama, soalan kedua ini tidak akan muncul.

      Soalan ketiga juga tidak akan muncul jika saudara/i tidak melanggan sekarang ni.

      Untuk profail laman sosial, boleh abaikan sahaja. :-)

      Padam
    2. ok..thanks ats mklmt yg dbri..sye de soaln agi..klu kita brkerja sndri dan tidak mmpunyai KWSP..adkh kte leh mmhn rebat ni..

      Padam
    3. boleh. akan ada option bekerja sendiri dan KWSP tak wajib diisi

      Padam
  58. Salam, nak tanye, berapa lama mgambil mase untuk borang permohonan itu berjaya apabila sudah didisi dan diterima? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. saudara/i akan dapat terus keputusannya lepas hantar borang berkenaan. terus dapat lepas tekan butang daftar. ;-)

      Padam
  59. saya lahir 1993 boleh dapat kat

    BalasPadam
  60. sy nk tanya sy dh tgk dekat laman Maxis - https://www.hotlink.com.my/hotlink/pkb/
    dan sy dh tgk dekat Dealers Location..so nama kedai dlm dealers location tu leh la kite g sana n tebus rebate tu kn?

    BalasPadam
  61. salam..sy nk tnye,sy bru je dpt sms dari hotlink.die ckp pkej komunikasi belia,nikmati rebat rm200 ini dgn rangkaian data terpntas &terluas.dptkan telifon pintar anda di pusat maxis terpilih..ade kah sy brjaya dpt twran rebat nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. tidak. itu hanya promosi dari Maxis. ayu perlu mohon dahulu. bila dah berjaya baru tuntut rebat berkenaan.

      Padam
  62. salam nk tnye prepaid pling rndah brpa rm??

    BalasPadam
  63. salam.. nak tanya mcm mna nk semak status prmohonan ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Ratna rujuk artikel saya dalam link berikut:

      http://notakanan.blogspot.com/2013/01/panduan-mendapatkan-slip-permohonan_16.html

      Padam
  64. Salam.. sy sudah terima e-mel, yg menyatakan "permohonan anda telah diterima dan akan diproses" Adakah maknanya status permohonan sy berjaya? tq

    BalasPadam
  65. Waalaikummussalam. Pada slip sewaktu memohon adakah dikatakan berjaya? jika ya anda sudah dapat rebat berkenaan. semak semula slip berkenaan mengikut langkah-langkah pada link berikut:

    http://notakanan.blogspot.com/2013/01/panduan-mendapatkan-slip-permohonan_16.html

    BalasPadam
  66. suri rumah xley mohon ke..... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. suri rumah pun boleh mohon asalkan penuhi syarat. mohonlah segera.

      Padam
  67. SALAM..saya dah isi form rebat nie.dan saya klik YA pada penggunaan pakej pelan data..mgkin d sini ada kekeliruan sbb yg saya faham pakej pelan data ni penggunaan internet broadband (sbb saya ada guna celcom broadband)dan bkn internet pada telefon..jadi saya takut dikira menipu..1)mcmna nk kemaskini atau batalkan permohonan ni? ke tunggu saja slip penebusan saya tamat tempoh automatik dikira batal sbb tamat tempoh pada 14/2/2013 dan isi semula lepas dua bulan dari tarikh permohonan..n 2)kalau saya isi semula kali ke 2 adakah maklumat diri saya sedia ada atau dikira permohonan baru? terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Dalam situasi ini masalah timbul sebab kekeliruan saudara/i. jika mahu terus gunakan pun tiada masalah asalkan membeli dari wakil sah Celcom (sebab tentunya memilih Celcom ketika mengisi bukan?) dan ketika itu boleh langgan pakej data yang ada. sekiranya mahu tunggu pun boleh dan mula mengisi pada 15.3.2013. ketika itu saudara/i hanya perlu kemaskini maklumat yang telah sedia ada dalam pangkalan data.

      Padam
  68. salam...postpaid n prepaid tu cm ne yew...kalau pakai number maxis yang bli topap kt kdai biasa tu blh tak guna rebate tu kt maxis...tak payah nak langgan pelan internet...aci tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Postpaid bermakna guna dulu bayar kemudian. tiap bulan kena bayaran tetap. prepaid bermakna bayar dulu guna kemudian. habis kuota perlu topap.
      Pelan internet/data wajib langgan sama ada secara postpaid atau prepaid. jika tidak tak dapat

      Padam
  69. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  70. da jumpa apa yang saya nak tahu.. terima kasih..

    BalasPadam
  71. salam..saya dah melanggan mobile internet prepaid..tapi simkad tu register atas nama orang lain..adakah dianggap tidak melanggan mobile internet?sbb saya still nak guna no simkad ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. Kalau simcard atas nama orang lain, itu dikira hak beliau. saya cadangkan fatin tukar pemilikan talian internet tersebut kepada nama fatin sendiri.

      Padam
  72. salam.. nak tya.. sy mcm org lain gak ade msalah bila bjaya sya punya slip mcm borg kosong xde name, tarikh n smua la kosong. then, 10/2 tamat tempoh slip, 9/2 bru sya dpt email bg slip rebate tu. habisla,.. mana sempat. mmg xley dpnjgkan tempoh ke sbb mmg sistem lembab btul then bg masa sebulan je mcm tak ikhlas pulak nak bg. jd skg dah tamat tempoh tp kene tggu 2 bulan bru ley dftar. agak frust :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. Untuk makluman saudara/i sebenarnya tempoh tuntutan telah dipanjangkan untuk tiga bulan. saya akan kemaskini maklumat berkenaan seketika nanti.

      Padam
  73. saya dah mohon . boleh tak amik hp yang berharga 200 sahaja ? bermakna sy takpayah keluar duit apa apa .dan macam nak tebus rebet ney ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau harga telefon bawah 200, tak perlu bayar apa-apa. untuk cara tebusnya azman baca langkah2 yang saya jelaskan di atas.

      Padam
  74. kalu tak print borang tu terus g tebus cuma bawak i.c sahaja boleh ?

    BalasPadam
  75. slm...sy ada simkad celcom skmm n dh dftr ats nma sya sendri..lps tu adakah dia sudah melanggan pakej jalur lebar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. ya, itu dah dikira melanggan sendiri jika simcard itu untuk kegunaan telefon. jika untuk kegunaan USB, itu tidak dikira.

      Padam
    2. ok2 trima kasih ye...

      Padam
  76. salam sye nk tnya sye bru hbs belajar bln 1 2013 tpi dh terisi msih belajar?

    BalasPadam
  77. Salam tuan..nak tye..13.02.2013 genap umr sy 21 thun..lyak ke nk mohon ni..

    BalasPadam
  78. bile nak tebus rebat tu, apakah yg perlu dibawah ketika nak tebus reat tu????

    BalasPadam
    Balasan
    1. kad pengenalan dan kad pelajar jika masih belajar

      Padam
  79. salam.. bile kita dah dpt email yg mengatakan permohonan kite lulus or berjaya.. apa lg yg harus kite buat selain dpt email tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. cetak emel tu dan bawa bersama kad pengenalan ke wakil sah telco. langgan pakej data (prepaid atau postpaid) pilih telefon yang diminati dan bayar baki harga telefon tersebut jika harganya lebih RM200.

      Padam
  80. Assalamualaikum saudara Mohd Zairi..

    Disini saya ada beberapa soalan :

    1. Adakah harga yg tertera di website pemberi perkhidmatan ini adalah harga selepas ditolak dengan rebat atau sebelum ditolak dgn rebat.

    Cth : Maxis - Iphone 4 (8gb) - Rm 499 : adakah harga ini sebelum ditolak dengan nilai rebate ini ? so bermakna saya hanya perlu bayar Rm 299 ?

    2. Bagi pakej Maxis IPHnoe 4 (8gb) ini perlu melanggan pelan data Talkmore28+1GB. adakah 1GB itu termasuk dalam bayaran rm28 sebulan atau cas lain ?

    Terima kasih,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam.
      1. Harga telefon yg ditawar dalam pakej adalah sebelum rebat. Saudara/i kena pastikan sama ada ia masuk dalam pakej atau tidak.
      2. RM28 hanya untuk pelan suara. 1GB caj lain pelan data.

      Padam
  81. assalamualaikum....
    nk tnye...klu penganggur kn...
    almt pjbt ltk almt rumah kn....
    kalau nama majikan tu mcmmne plak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Saudara pilih bekerja sendiri. Gunakan alamat rumah

      Padam
    2. Waalaikummussalam. Saudara pilih bekerja sendiri. Gunakan alamat rumah

      Padam
  82. assalamualaikum....
    nak tanye?kat kelantan area mane kedai tel yang ada rebat ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. untuk senarai wakil sah kedai telefon ikut negeri, saudara/i kena semak dalam laman web setiap laman telco. Link ke laman web tersebut ada dalam artikel di atas.

      Padam
  83. Assalamualaikum, ada beberapa soalan :

    1) saya tersilap mengisi borang SKMM kerana keliru - sepatutnya saya mengisi borang pekerja tetapi saya isi borang pelajar memandangkan waktu itu saya baru graduasi.


    2) Saya juga tersalah mengisi pakej pelan data sebab kurang memahami istilah pakej pelan data tersebut.

    Adakah saya boleh mengisi borang ini semula ? saya isi pada awl januari lepas, setelah menunggu 2 bulan (untuk isi form semula memandangkan saya diberitahu ia akan luput setelah 2 bulan), namun, saya diberitahu borang saya dilanjutkan sehingga bulan 4.

    Bagaimana ye?

    BalasPadam
  84. Waalaikummussalam. Rebat itu boleh dituntut. Ketika di kedai, maklumkan sewaktu permohonan dibuat, saudara/i masih belajar. Bagi masalah kedua, saudara/i perlu pergi ke wakil telco yg dimasukkan maklumat jenis broadband yg dilanggan dan kemudian langgan pakej datanya.

    Option kedua, tunggu rebat itu luput ( 4 bulan) dan mohon semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, dah beli smartphone gune rebat tu. Beli handphone murah je sebab handphone tu satu-satunya kat kedai tu boleh gune rabate dan prepaid.

      takde masalah pon, hanya bagi salinan ic, dan salinan kad pelajar (walaupun dah graduasi)..dia terima je.

      satu lagi, tersilap tulis pelan tu tiada masalah pon. sy tersilap tulis ya untuk pakej pelan data dan telco celcom. tapi dia siap bagi sim maxis lagi.

      so takde masalah pon jika salah tulis. =)

      Padam
  85. salam,,, nak tanya. bagaimana kalau kita tersilap daftar on9 pakej plan Celcom tapi mahu tebus guna Plan u-mobile?? boleh ke bro??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. boleh tapi kena langgan u-mobile pula.

      Padam
    2. okey terima kasih ats informasi

      Padam
  86. assalam... saya nk tnya,klo kita mohon atas 3 nama berlainan tp gna alamat email yg sma... bleh ke ye... ke kna gna 1 nama,1 alamat email tersndri...

    BalasPadam
  87. lg 1.. jikalau dlam snarai tlfon brharga 299... adakah di cwangan trpilih pn hrga 299...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena semak juga sebab ada telco yang letak 299 tu harga selepas rebat. ada yang sebelum rebat. bergantung kepada telco.

      Padam
  88. di dalam slip ini tarikh luput... shngga bln5..
    tp bila sya cek blik... slip ini akan diterima dlam msa 30hari... yg mna stu btul ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh guna sehingga 3 bulan. maknanya sehingga bulan 5

      Padam
  89. boleh x kalo saya langgan plan data, kemudian bila saya dah dapat telepon tu, sy nk tukar ke pelan biasa balik. ok x camtu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. kalau nak mudah ambil saja yang prepaid. nanti tak perlu gunakan lagi :-)

      Padam
  90. Email tu mcm mna plak ye.. Bleh ke 3 nma gna email yg sma..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Tapi sebaiknya asingkan

      Padam
    2. klau pemohon tu sndri x mempunyai alamat email tsndri mcm mna ye... adakah pemohon trsebut tidak layak mnerima..

      Padam
  91. Salam...rebat ni msh leh mohon agi ke skrg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusala. boleh, sepanjang tahun ini dibuka sehingga kuota peruntukan habis. mohon segera

      Padam
  92. assalam... boleh ke klau mohon atas nma suami.. tp istri yg tebus rebat 200 tu...???

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...