Isnin, 5 Mei 2014

Sekretariat Mahasiswa Aspirasi Balik Pulau akan dilancarkan Ramadhan ini

Insya Allah, Pertubuhan Aspirasi Balik Pulau akan mewujudkan Sekretariat Mahasiswa Aspirasi Balik Pulau yang akan menghimpunkan mahasiswa dan mahasiswi yang berasal dari kawasan Parlimen Balik Pulau. Pelancarannya akan dibuat di Pulau Pinang pada bulan Ramadhan nanti ketika kebanyakan IPT sedang cuti semester.

Tujuan Sekretariat Mahasiswa ini diwujudkan adalah bagi menyediakan platform kepada mahasiswa dan mahasiswi Parlimen Balik Pulau untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan ketika mereka masih menuntut di menara gading. Selain itu, ia juga bagi menghimpunkan golongan pemimpin masa hadapan Parlimen Balik Pulau di bawah satu naungan yakni Aspirasi Balik Pulau.

Sekretariat Mahasiswa ini akan cuba untuk menghimpunkan seramai mungkin mahasiswa-mahasiswi dari Parlimen Balik Pulau mengikut institusi pengajian dan seterusnya mewujudkan rangkaian sesama mereka agar ia memudahkan urusan pembelajaran. Kumpulan mahasiswa-mahasiswi di setiap IPT ini akan diketuai oleh seorang Pengerusi yang akan merancang secara bersama program-program yang dapat dijalankan di institusi pengajian mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...