Ahad, 7 September 2014

JAWAPAN ASPIRASI BALIK PULAU TERHADAP TUDUHAN MENGHADANG BANNER PROGRAM HARI KELUARGA PKR

Sangat tidak wajar isu banner ini dikaitkan dengan Melayu.
Awal malam ini saya menerima mesej daripada beberapa orang rakan yang bertanyakan mengenai isu yang dibangkitkan oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama Mat Bond. Isunya ialah mengenai kain pemidang (banner) ucapan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara daripada Aspirasi Balik Pulau yang dikatakan sengaja dipasang bagi menghadang banner Program Hari Keluarga PKR yang akan diadakan esok di Kompleks Sukan Balik Pulau. Lokasi banner berkenaan ialah di hadapan KKTM Balik Pulau.

Apabila saya membaca posting yang dibuat Mat Bond dan komen-komen sinis yang dilontarkan kepada bangsa Melayu (menyasarkan kepada UMNO), saya rasa adalah perlu untuk dijelaskan senario yang berlaku kepada semua demi menjaga nama baik Aspirasi Balik Pulau.

Pertama sekali ingin dijelaskan bahawa Pertubuhan Aspirasi Balik Pulau merupakan sebuah NGO yang bersifat terbuka dan rentas kepartian. Kami sememangnya meraikan mana-mana pihak sama ada daripada parti politik UMNO, PKR, DAP, PAS, NGO-NGO atau orang perseorangan yang melaksanakan apa saja program dan aktiviti kemasyarakatan di kawasan Parlimen Balik Pulau.

Ini kerana manfaat yang akan diperoleh daripada program yang dianjurkan adalah untuk masyarakat Parlimen Balik Pulau sendiri. Semakin banyak program yang dibuat (tidak kira oleh siapa pun) makin banyak faedah buat orang Balik Pulau. Itu pegangan kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...