Khamis, 18 April 2013

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)


Bayar minimum RM2000.00 wang pendahuluan dan ansuran bulanan hanya akan bermula selepas rumah sedia diduduki.

Itu salah satu kehebatan inisiatif yang ditawarkan kerajaan melalui Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di Hotel Everly, Putrajaya.

Saya berkesempatan menghadiri majlis berkenaan pagi tadi dan ternyata produk terbaru di bawah nama 1Malaysia ini sangat disyukuri oleh para hadirin yang merupakan penjawat awam.

Najib kelihatan sangat santai ketika berucap dalam majlis ini
PPA1M merupakan kesinambungan daripada inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar. Sebelum ini, program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah diperkenalkan dan ia kini telah dipanjangkan ke kawasan-kawasan bandar lain di seluruh negara. Berbeza dengan PR1MA yang terbuka kepada seluruh warganegara, PPA1M dikhususkan kepada penjawat awam.


PPA1M ini terlaksana hasil daripada keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 yang bersetuju agar satu inisiatif diwujudkan bagi membantu penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.

Lanjutan dari itu pada 27 Mac 2013 YAB PM telah mengumumkan 10,336 unit rumah bagi program PPA1M di Putrajaya. Harga yang ditawarkan bagi skim ini ialah antara RM150,000.00 hingga RM300,000.00 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi. Jika harga dan keluasan rumah dibandingkan dengan pasaran semasa di Putrajaya yang berharga lebih dari RM300,000.00 ternyata sangat beruntung mereka yang memiliki rumah di bawah skim ini.

Harga rumah bagi projek ini bergantung kepada keluasan seperti berikut:

1,000 kaki persegi - dari RM150,00 hingga RM220,000
1,200 kaki persegi - dari RM221,00 hingga RM260,000
1,500 kaki persegi - dari RM261,000 hingga RM300,000

Harga sebegini dapat ditawarkan kerana pihak kerajaan memberikan subsidi dalam bentuk premium tanah dan suntikan modal kepada pemaju yang dilantik. 

Menariknya, pemilihan pembeli adalah melalui kaedah cabutan secara undian bagi mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan sebagaimana yang dilakukan melalui PR1MA. Pembeli juga dikenakan moratorium yakni tidak dibenarkan untuk memindah milik atau menjual rumah yang dibeli dalam tempoh sepuluh tahun tanpa kebenaran kerajaan. 

Syarat-syarat untuk memohon PPA1M bagi projek pertama di Putrajaya ini adalah seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Keutamaan kepada pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8,000.00
  3. Terbuka kepada Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan-badan Berkanun Persekutuan
  4. Keutamaan diberikan kepada pekhidmat yang bekerja di Putrajaya
  5. Tidak diisytiharkan muflis

PPA1M diletakkan di bawah Perbadanan Putrajaya yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan 5,097 unit rumah manakala 5,239 lagi di bawah tanggungjawab Putrajaya Holdings. Bagi urusan merancang, membina, menjual, memilih pembeli dan menyelenggara rumah, ia akan diselaraskan oleh Perbadanan Putrajaya.


Bagi Fasa pertama pelaksanaan PPA1M ini terdapat tiga lokasi di Putrajaya yang dibangunkan. Ia terletak di Presint 17, Presint 11 dan Presint 5. Berikut saya sertakan keterangan dan model projek yang diambil ketika majlis perasmian tadi.

Presint 17
Jumlah rumah 1,000 unit
424 unit - 1,000 kaki persegi
288 unit - 1,200 kaki persegi
288 unit - 1,500 kaki persegi

Kemudahan: 1 unit tempat letak kereta / rumah, surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan yang lain.









Projek ini telah mula dijalankan dan majlis pecah tanah telah dilaksanakan oleh YAB PM awal pagi sebelum merasmikan PPA1M di hotel Everly. Ia terletak bersebelahan dengan Taman Warisan Pertanian. Pemaju bagi projek ini ialah SP Setia. Atas gesaan YAB PM, projek ini akan disiapkan dalam tempoh 18 bulan.




Presint 11
Jumlah rumah 256 unit
88 unit - 1,000 kaki persegi
168 unit - 1,200 kaki persegi

Kemudahan: 1 unit tempat letak kereta / rumah, surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan yang lain.












Presint 5
Jumlah rumah 1,062 unit
704 unit - 1,000 kaki persegi
246 unit - 1,200 kaki persegi
112 unit - 1,500 kaki persegi

Kemudahan: 1 unit tempat letak kereta / rumah, surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan yang lain. Projek ini akan dibangunkan pada kadar segera mengikut permintaan.













Borang permohonan boleh diperolehi pada pautan berikut:



Tarikh tutup permohonan bagi Fasa Pertama ini ialah pada 9 Mei 2013. Empat hari selepas PRU13. Jadi kepada mereka yang layak dan berminat, isi segera borang berkenaan sebelum balik bercuti untuk mengundi. Takut-takut terlupa nanti.

Borang yang lengkap perlu dikembalikan ke Pusat Khidmat Pelanggan, Perbadanan Putrajaya.

Jangan risau mengenai wang pendahuluan RM2,000.00 kerana ia bukan dikemukakan sewaktu memohon. Wang ini hanya perlu dibayar jika nama kalian naik dalam cabutan undi nanti.

Maklumat lanjut mengenai PPA1M ini boleh diperoleh dari portal Perbadanan Putrajaya atau melalui talian 1MOCC: 03-8000-8000.

Ini satu lagi bukti janji ditepati. Jom kita pilih!

Wassalam.

79 ulasan:

  1. Terima kasih!! bro.. Saya akan isi borang skrg.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana singgah. Moga berjaya dalam cabutan nanti :-)

      Padam
  2. Harap saya ada rezeki miliki rumah ni, untuk keselesaan anak2 yg ramai...cepatlah bukak permohonan sekitar johor..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya percaya dalam masa terdekat ia akan dipanjangkan ke bandar-bandar lain sebagaimana PR1MA.

      Padam
  3. trm kasih..sgt membantu..

    BalasPadam
  4. bila nak buka kat perak.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak dimaklumkan semalam bila akan dipanjangkan ke bandar lain

      Padam
  5. Tksh kerana sudi berkongsi maklumat.

    BalasPadam
  6. Bila tarikh pengundian dijangkakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semalam tidak dimaklumkan tarikh pengundiannya.

      Padam
  7. terima kasih...maklumat yg lengkap..moga diberkati hendaknya..

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Di Johor dan bandar lain akan makan masa sedikit sebab kerajaan pusat perlu runding hal ehwal tanah terlebih dahulu. Namun saya jangka dalam tahun ini juga akan dipanjangkan ke beberapa negeri.

      Padam
  9. DI JOHOR BILA NAK LANCARKAN PPA1M

    BalasPadam
  10. terima kasih atas usaha saudara berkongsi maklumat. Namun saya rasa lebih molek jika badan pelaksana mewar2kan projek ini dengan menghantar satu soft copy ttg projek pembangunan utk ditayangkan dlm morning prayer as the target market is govt servant.
    tak semua kaki internet. tak semua suka tengok tv. mcm kami di ibu kota lebih 8 jam di pejabat.balik rumah berita pun dh habis. Jadi harap selepas ini,harap lebih telus dan efisien. TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat setuju dengan Meloreyta. Adakala penjawat awam sendiri tak maklum mengenai inisiatif-inisiatif kerajaan. Elok setiap agensi main peranan tersebut.

      Padam
  11. Bagi yg pekerja swasta macam saya diabaikan? Dah la gaji pejawat awam tinggi dari pekerja swasta, kerajaan bagi rumah murah lagi. Memang tak ada keadilan langsung dalam kerajaan sekarang. Selalu sebut 1Malaysia. Ni ke yang satu malaysia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gaji tinggi atau rendah itu suatu yang subjektif. Bergantung kepada syarikat mana saudara/i bekerja. Sebelum menyatakan kerajaan tidak adil, saudara/i dah mohon Skim Rumah Pertamaku? PR1MA?

      Padam
  12. Alhamdulillah, suami saya penjawat awam bertugas di kargo KLIA selama 15 tahun yg kini tinggal di kuarters penjawat awam. Saya seorg surirumah berharap sangat sangat untuk memiliki rumah pertama kami ini (PR1MA @ PPA1M).......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Jangan lupa suruh suami mohon

      Padam
  13. dekat sekitar petaling jaya akan ada x nanti??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lokasi di luar Putrajaya belum diputuskan lagi

      Padam
  14. Macamana negeri sarawak...sudah ada perancangan...bila dan d mana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum lagi saudara/i. Projek di luar Putrajaya belum lagi diputuskan bila dan lokasi. Ini kerana ia perlu libatkan perbincangan dan kelulusan kerajaan negeri berkaitan isu tanah.

      Padam
  15. Maklumat yang sangat membantu, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana singgah di sini. Panjangkan kepada rakan-rakan lain. Moga ramai yang mendapat manfaat.

      Padam
  16. boleh saya tahu rumah PPA1M di putrajaya ni semua ade brape tingkat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada hari pelancaran tidak dimaklumkan tapi jika tak silap saya pada modelnya Presint 17 ada 17 tingkat, Presint 11 ada 21 tingkat, dan Presint 5 ada 18 tingkat.

      Padam
  17. Nak tnya kalau keje MAS boleh apply jugak ke? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. MAS bukan lagi sebuah badan berkanun

      Padam
  18. Kat Sarawak ada ke PPA1M ni? rumah kat sarawak terlalu mahal..sebagai kerani biasa memang tak mampu nak beli rumah..kalau betul PPA1M ni ada, i memang bersyukur sangat2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Sarawak dan negeri-negeri lain belum lagi dipanjangkan. ini baru pelancaran di Putrajaya.

      Padam
  19. hopefully tiada maintainance caj yg tinggi sebagaimana dikenakan ke atas rumah PR1MA presint 11 putrajaya yang mana caj dikenakan oleh pjh adalah tidak berpatutan dimana caj sebanyak 0.25sen bagi setiap kaki persegi bg maintenance bulanan, rm 100/bulan bagi parking berbumbung dan rm80/bulan bagi parking yang tiada bumbung,kepada kerajaan yang bakal memerintah di penggal akan dtg harap notis perkara ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya difahamkan kerajaan sekarang telah mengarahkan pjh menyemak semula kadar caj berkenaan.

      Padam
  20. alahai, rumah tak bertanah, tak berlaman, rumah 'tergantung' di ruang udara nama dia.


    apa dah tak cukup tanah lagi ke malaysia ni sampai rumah nak buat tinggi melangit? dinding kau dinding orang, lantai kau bumbung orang. bumbung kau lantai orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar apa yang saudara/i PTD nyatakan tetapi mampukah penjawat awam yang berpendapatan isi rumah bawah RM8000 memiliki rumah "bertanah" di kawasan yang tanahnya mencecah ratusan ringgit sekaki seperti di Putrajaya?

      saudara/i juga perlu memahami bahawa projek ini adalah inisiatif untuk penjawat awam yang tinggal di kawasan bandar. bukan luar bandar.

      Padam
    2. maaf lari topik sikit..saya kurang setuju dengan tempoh pinjaman perumahan dipendekkan seperti yg kita tau harga rumah makin mahal..pinjaman peribadi dipendekkan sy setuju sebab bnyak pinjaman peribadi dihabiskan duitnya beli benda benda yg x perlu,,tapi jika beli rumah harta yg paling bernilai

      Padam
    3. maaf lari topik sikit..saya kurang setuju dengan tempoh pinjaman perumahan dipendekkan seperti yg kita tau harga rumah makin mahal..pinjaman peribadi dipendekkan sy setuju sebab bnyak pinjaman peribadi dihabiskan duitnya beli benda benda yg x perlu,,tapi jika beli rumah harta yg paling bernilai

      Padam
    4. maaf lari topik sikit..saya kurang setuju dengan tempoh pinjaman perumahan dipendekkan seperti yg kita tau harga rumah makin mahal..pinjaman peribadi dipendekkan sy setuju sebab bnyak pinjaman peribadi dihabiskan duitnya beli benda benda yg x perlu,,tapi jika beli rumah harta yg paling bernilai

      Padam
  21. Ironic: middle management (RM8+++) kena beli rumah jauh2 kat nilai, seremban, sendayan and supporting staff + entry level officers will enjoy the benefit staying in putrajaya with its fantastic amenities.

    BalasPadam
    Balasan
    1. we also have PR1MA and Skim Rumah Pertamaku in Putrajaya. Don't forget about that.

      Padam
    2. They won't be able to apply for PR1MA and Skim Rumah Pertamaku in Putrajaya. So, if husband and wife is at grade 44 (household income roughly RM8+++ and I'm pretty sure there are plenty in Putrajaya), what are the options? Kena cari tempat jauh2 la jawabnya, while their staff have a decent house in Putrajaya.

      Padam
    3. berapa ramai sangat yg terpilih dengan skim PPA1M ni kalau compare dengan yang memohon? sedang anda membebel terpaksa beli rumah jauh daripada putrajaya tolong check berapa ramai staff anda yang langsung tak mampu nak membeli rumah hatta di sendayan sekalipun.

      kalau anda rasa dirundung malang. bayangkan pula kesusahan famili yang household income jauh lebih rendah daripada anda dan spouse. hidup ni bukan berputar di sekeliling anda sahaja. you give some, you get some.

      Padam
  22. Area sabah xda kew skim pr1ma n ppa1m ni?

    BalasPadam
  23. Bila pula giliran sabah......

    BalasPadam
  24. Terima kasih...sgt membantu sy n husband utk memulakan hdup baru di putrajaya

    BalasPadam
  25. salam...tarikh cabutan undi tu bila dan di mana ye.?mcmana nak tahu nama kita tersenarai ke x?

    BalasPadam
  26. Jangan risau rakan2-rakan penjawat awam, Insyaallah akan dibagitau kelak setelah semakan akhir dibuat. Cabutan undi akan dibuat. Setakat ini sambutan amatlah menggalakkan. Untuk dikawasan2 lain lanjutan sambutan PPA1M Putrajaya keputusan akan dibuat tidak lama lagi.

    BalasPadam
  27. Pelaksanaan bagi pemilihan akan dibuat dengan penuh telus dan integriti. Kita akan pastikan Amanah ini dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Pelaksanaan akan dibuat dalam masa 2 tahun (target). Akhir 2015. TQ

    BalasPadam
  28. Salam admin...nak tnye bile lg tarikh permohonan??sye bru nampak blog admin...

    BalasPadam
  29. da tutup ke?? umm.. cam nk apply je.. =(

    BalasPadam
  30. Tak berpeluang nampaknya-my hubby travel everyday-minyak+tol-sebulan RM900-blm maintance lg..dah tutup ke-skrg ddk rmh bertanah..hish..kena duduk kondo pulak..camno lah nak buat pilihan..

    BalasPadam
  31. bagaimana cara nk semak samada permohonan berjaya atau tidak?
    difahamkan semakan boleh dibuat selepas 4 jun 2013 bagi permohonan yg terbaru.
    bila ke laman web perbadanan putrajaya tiada link yg berkaitan.

    Harap dpt bantu.

    Terima Kasih

    BalasPadam
  32. bagaimana cara nk semak samada permohonan berjaya atau tidak?

    Terim kasih

    BalasPadam
  33. Saya dapati inilah blog yang paling lengkap membincangkan tentang Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia. Kepada kami yang tidak berkesempatan ke majlis pelancaran, blog ini telah membekalkan semua informasi lanjut yang diperlukan. Maklumat penting seperti seperti pelan lantai rumah, jangkaan masa projek siap dan sebagainya tidak terdapat di laman web Perbadanan Putrajaya sendiri. Syabas dan terima kasih banyak-banyak. Mungkin boleh update perkembangan projek pula selepas ini.

    BalasPadam
  34. sy pula lain ceritanya.. selepas menghantar borang permohonan.. langsung sy tak dapat apa2 berita tentang status sy.. semakan pun tidak dapat di buat.. bagaimana caranya.. sy ingin tahu.. adakah sy dapat rumah 1malaysia tersebut.

    BalasPadam
  35. Untuk semakan permohonan berjaya atau tidak, sila ke web www.putrajaya.gov.my...then klik icon perbadanan putrajaya. Then akan ada psl Semak Status PPA1M..Alhamdulillah..saya berjaya dapat 1500sqft.

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum..

    Bilakah permohonan baru akan dibuka?
    Kalau masih dibuka bagaimana cara memohon.
    Harap ada dapat membantu.

    BalasPadam
  37. Utk 2nd phase buka permohonn end disember..jgn lupa aply

    BalasPadam
  38. buat letih jer beratur memanjang...tapi jawapan yang menghampakan...buang masa jer mohon...lupakan lah. itu semuanya mainan politik semata-mata...indah khabar dari rupa...

    BalasPadam
  39. PADA PENDAPAT SAYA SEPATUTNYA TIDAK PERLU MENGUNDI UNTUK MENDAPATKAN RUMAH LIHAT PADA KRITERIA..BAGAIMANA PULA KALO NASIB YANG TIDAK SELALU MENYEBELAHI KITE SAMPAI KETUA LAH KITE TIADA RUMAH

    BalasPadam
  40. Tanpa Nama14 September 2013 8:44 PG
    kenapa anda kena beratur? orang lain mohon tak kena beratur pun. time nak hantar borang jer kena ambik nombor sebelum dilayan. tak sampai 15 minit pun. taknak mohon tak payah ler mohon dan tak perlu membebel pasal politik pulak.

    BalasPadam
  41. as salam, nak tnya brapa tingkat semuanya setiap blok PPA1M ni? Esp Blok B...

    BalasPadam
  42. bagaimana dgn pinjaman perumahan tersebut?

    BalasPadam
  43. saya cadangkan bagi keutamaan penjawat awam yang gred dan gaji dia tidak melebihi rm 3ribu ke bawah...tq..

    BalasPadam
  44. Salam, Saya amat berminat nak apply. Dimana nak apply?

    BalasPadam
  45. 2nd phase dh bleh apply ke? Xnk ktggalan dh kali ni..

    BalasPadam
  46. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  47. Bagi PPA1M Presint 5 Seruling, siapa developer yg dilantik Perbadanan? SP Setia juga ke?

    Lagi 1 soalan, saya kurang jelas dgn pernyataan "bayar minimum RM2000.00 wang pendahuluan dan ansuran bulanan hanya akan bermula selepas rumah sedia diduduki." Adakah projek ini dibiayai 100% oleh kerajaan tanpa pemohon terlebih dahulu membuat pinjaman perumahan?

    BalasPadam
  48. Blh tahu bila permohonan fasa ke-2 pula..? TQ admin

    BalasPadam
  49. syarikat mana yang mendapat tender di presint 11,?? 4 blok semua sekali 650 unit,,

    BalasPadam
  50. di johor ada tak projekni?

    BalasPadam
  51. saya dijemput untuk cabutan undian fasa 3 nanti. nak tau bole confirm dapat ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya jg dijemput. Besar kemungkinan dapat sebab cabutan undi tu untuk confirmkan unit.

      Padam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...