Isnin, 4 Julai 2011

Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) untuk Golongan Berpendapatan Sederhana di Bandar


Tengahari tadi saya telah menghadiri Majlis Pelancaran Program Perumahan 1Malaysia di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Uparacara perasmian dan majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.

Jika diimbas kembali, pelancaran ini sebenarnya menepati janji YAB Perdana Menteri ketika beliau menjadi tetamu undangan di HotFM pada awal Mei lalu. Ketika itu, beliau mengumumkan mengenai inisiatif kerajaan untuk membantu golongan pertengahan yang tinggal di kawasan bandar untuk memiliki rumah. Dan hari ini, kata telah dikota!

Sebelum ini, di kawasan bandar, kerajaan banyak menumpukan kepada pembinaan rumah dan bantuan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah seperti Program Perumahan Rakyat (PPR). Pihak swasta pula lebih menumpukan kepada pembinaan rumah mewah kerana menjanjikan pulangan lumayan. Maka dengan itu, golongan berpendapatan sederhana seolah dilepas pandang dalam isu pemilikan rumah di bandar.


Melalui Program Perumahan 1Malaysia ini, rumah berkos sederhana akan dibina dengan kerjasama diantara pihak kerajaan dan swasta. Sektor swasta selaku pemaju perumahan akan membina rumah berkonsep sebegini sama ada di tanah mereka sendiri atau tanah yang disediakan oleh kerajaan. Kerajaan juga akan memberikan bantuan dalam bentuk dana kepada pemaju-pemaju ini selain daripada mempercepat dan mempermudahkan proses kelulusan daripada PBT dan agensi-agensi yang berkaitan.
 
Secara keseluruhannya, setiap unit rumah 1Malaysia ini berkeluasan di antara 800 hingga 1,400 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Harganya pula dalam lingkungan RM150,000.00 hingga RM300,000.00 bergantung kepada lokasi dan saiz rumah. 

Jika dilihat kepada harga yang mencecah sehingga ke RM300,000.00 pasti ramai yang akan mengeluh kerana ia bukan lagi bertaraf "sederhana". Namun, apa yang perlu difahami ialah, kos berkenaan adalah untuk rumah di atas tanah di bandar.

Saya difahamkan oleh pemaju-pemaju yang mengambil bahagian, sebahagian besar rumah yang akan dibina di kawasan bandar adalah apartment. Kosnya akan lebih rendah. 

Sebagai contoh, rumah pertama Program Perumahan 1Malaysia yang dibangunakan Putrajaya Holdings di  Presint 11 hanya berharga RM120,000.00 sahaja. Dengan dilengkapi kemudahan seperti dewan orang ramai, surau, taman permainan kanak-kanan, pusat komersial dan kemudahan letak kereta, pasti ia akan menarik minat sesiapa saja untuk memilikinya.

Kelayakan untuk membeli rumah PR1MA ini adalah untuk mereka yang berpendapatan isi rumah di antara RM2,500.00 hingga RM6,000.00 sebulan. Dan, ia mestilah rumah pertama yang ingin dimiliki bagi program ini. Sekatan dikenakan kepada para pembeli dengan mereka tidak boleh menjualnya dalam tempoh 10 tahun selepas pembelian. Selain itu, pembeli juga wajib menduduki rumah yang dibeli. Pinjaman disediakan sehingga 105% oleh bank-bank yang mengambil bahagian. Tempoh pinjaman sehingga 30 tahun.

Fasa pertama pelaksanaan PR1MA (2011 hingga 2015) akan melibatkan pembinaan di kawasan-kawasan berikut:

Presint 11, Putrajaya                      - Putrajaya Holdings
Bandar Aindsdale, Seremban              - Sime Darby Property
Putra Heights                                 - Sime Darby Property
Elmina East                                    - Sime Darby Property
Taman Ikan Emas, Bandar Tun Razak - SP Setia Bhd
Bandar Malaysia, Sungai Besi            - 1MDB
Cyberview, Cyberjaya                    - Cyberview Sdn. Bhd
Seremban Sentral                           - MRCB Resources Bhd

Berikut merupakan gambar-gambar di booth-booth pemaju yang mengambil bahagian yang sempat saya rakamkan:

Senarai penuh lokasi PR1MA setakat ini. Klik pada imej untuk lihat dengan lebih jelas.

 Lakaran konsep PR1MA Presint 11, Putrajaya 

 
PR1MA pertama yang bakal dibangunkan Putrajaya Holdings

 
 Rekabentuk dalaman PR1MA pertama di Malaysia



 
 PR1MA Taman Ikan Emas, Bandar Tun Razak, Cheras yang dibangunkan oleh SP Setia


 Lagi model PR1MA Taman Ikan Emas


Rekabentuk dalaman PR1MA Taman Ikan Emas


 PR1MA yang bakal dibangunkan Sime Darby Property


 Tarikh-tarikh pelancaran PR1MA oleh Sime Darby


 Konsep bandar Elmina yang bakal dibangunkan


 Rekabentuk dalaman untuk apartment


Rekabentuk bagi rumah PR1MA yang akan dibina oleh Sime Darby di kawasan bandar


 Model perumahan berkelompok


Prasarana lengkap dalam model pembangunan PR1MA oleh Sime Darby

Menurut YAB Perdana Menteri ketika ucapan perasmiannya, satu unit khas di bawah JPM akan ditubuhkan untuk menyelaras permohonan pembelian dari orang ramai bagi memastikan ketelusan dalam pengagihannya kepada mereka yang layak. Saya ada bertanyakan kepada wakil SP Setia, dan beliau memaklumkan, sekiranya orang awam yang berminat dengan rumah PR1MA ini, pertanyaan dan permohonan perlu dikemukakan melalui Sekretariat PR1MA di bawah Unit Perancang Ekonomi.

YAB Perdana Menteri turut menyatakan bagi merancakkan industri perumahan berkonsepkan sebegini, satu akta khas akan dibentangkan dalam sidang parlimen yang akan datang bagi membolehkan penubuhan Perbadanan Perumahan 1Malaysia. Ia dijangka akan merancakkan industri perumahan mampu milik untuk segenap lapisan masyarakat secara besar-besaran, tidak kira sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.

Buat rakan-rakan yang belum memiliki rumah sendiri, inilah peluang terbaik untuk memiliki rumah pertama. Gunakan kesempatan ini untuk kesenangan masa hadapan.

34 ulasan:

  1. 1- Betul ke pinjaman bleh dapat 105% tu?
    2- Bukan ke dalam Brochure tu tulis, syarat, "Belum pernah memiliki rumah bagi PROGRAM INI.." Means, dah ada rumah lain pun takpa, asalkan belum pernah ada rumah utk PROGRAM INI..??

    BalasPadam
  2. terima kasih atas info sangat bermakna ini. hebahan program kebajikan utk rakyat perlu diperluaskan...tq again

    BalasPadam
  3. Anonymous 18:32,

    1-Betul pinjaman boleh dapat sehingga 105% kerana ia meliputi yuran guaman dan wang proses. Duti setem untuk rumah ini dimansuhkan. Ia dinyatakan oleh PM sendiri ketika ucapan perasmian.
    2-Saya telah semak semula Brochure dan betul ia dinyatakan sedemikian. Pembetulan telah dibuat. Terima kasih atas teguran tuan.

    BalasPadam
  4. planning Kota Elmina tuh dah cantik tp sungai buloh la pulak, jauh bini gua nak gi keja. any other landed properties ka bro? high rise ni xbrp berkenan la den limited parking

    BalasPadam
  5. Terima kasih tuan Panglima. Apa saja yang bermanfaat Insyaallah akan saya kongsikan.

    BalasPadam
  6. Ramzul, kalau berdasarkan model yg ada semalam, setakat ni hanya ada bawah Sime Darby (Kota Elmina Sg Buloh & Shah Alam) dan CyberView (Cyberjaya) untuk rumah landed. Yang lain strata. Cuma saya tak pasti sama ada di Sg Besi, tapak TUDM sekarang ni, akan ada rumah landed ke tak. Modelnya tak ditunjuk semalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello Zairi,
      saya baru nak apply Pr1ma nih..
      wats d update for landed property in selangor?
      kindly fwd to my email kalu ada kelapangan yeah..
      yaza_rioze@yahoo.com

      Thanks.

      Padam
  7. terima kasih atas segala info...kalau ada info berkenaan permohonan, boleh lah update. :D

    BalasPadam
  8. Fadzly, Insyaallah saya akan update bila dapat maklumat penuh mengenai prosedur permohonan.

    BalasPadam
  9. Zairi, kt gmbr yg list project smua2 tu die tulis Ara Damansara 2015.. tp gmbr yg tulsi project by SimeDarby die tulis 2012 Q2

    mne satu betul ye?
    tq

    i kalo dpt nk beli situ la..prime location..lgpon dkt tmpt kje

    BalasPadam
  10. adie, sefaham saya, yang gambar list semua projek tu adalah Jangkaan Mula Projek. gambar tu dari booth EPU.

    saya dah semak dalam Brochure, untuk Ara Damansara tarikh Jangkaan Mula Projek memang dinyatakan suku kedua 2015. Tapi dalam senarai projek Sime Darby tu, Tarikh Pelancaran pada suku kedua 2012.

    Saya rasa Sime Darby akan lancarkan pada 2012 dan booking boleh mula dibuat masa tu. Di pihak EPU pula itu mungkin hanya jangkaan mereka sebelum ini.

    Elok booking awal-awal nanti bila dah keluar prosedur permohonan tu. Maklum la, macam ramai ja yang tengah tunggu.

    BalasPadam
  11. zairi, ada tak dinyatakan cara2 untuk book? sebab berminat untuk beli

    BalasPadam
  12. Salam Zairi,

    sgt berminat !!! boleh dapatkan cara n bila boleh booking untuk cyberjaya? since merata2 saya cari info tapi tak jumpa

    BalasPadam
  13. Iyrin & Aidil, sewaktu pelancaran tu sy ada tanyakan kepada pemaju bagaimana nak booking dan dinyatakan semua permohonan perlu melalui sekretariat PR1MA di Unit Perancang Ekonomi. Oleh kerana ramai kengkawan nak tahu, Insyaallah esok saya akan call EPU untuk dapatkan kepastian dan akan update dalam blog ni ya.

    BalasPadam
  14. Adakah program milik pertama hanya kepada project yang tersenarai di atas? Bolehkah kita beli rumah yang dah siap sedia? Dimana kami dapat menyemak butir-butir bagi Programe ini seperti website?

    BalasPadam
  15. aison, PR1MA hanya untuk projek yang tersenarai di atas dan yang akan diumumkan di bawah program ini sahaja. setakat ini belum ada website khusus namun sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada EPU. ini websitenya: www.epu.gov.my, 03-8872 3333

    BalasPadam
  16. thanx zairi.
    if ada update nnt share ye :)

    BalasPadam
  17. Iyrin dan kengkawan semua, sy telah kemaskini maklumat mengenai tempahan rumah PR1MA di posting tekini. Baca di sana ya :)

    BalasPadam
  18. mudah-2 la sampai kt sabah... cz kt sini perumahan mahal.. kecian kt kami ni yg xde uma lg huhuhuhuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya percaya akan sampai sebab semua bandar akan mempunyai PR1MA

      Padam
  19. terima kasih dengan maklumat tersebut.. kat mana yer kita nk tok showroom di atas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada showroom sebenarnya. Ini ketika pelancaran.

      Padam
  20. Tanpa Nama 15 Oktober, PM kata akan diperluas ke seluruh negara termasuk sabah dan sarawak. Insyaallah akan sampai juga. Harapnya adalah pemaju yang mahu bekerjasama.

    Tanpa Nama 19 Oktober, gambar di atas saya ambil ketika hari pelancarannya. Saya menjangkakan, showroom akan dibuat ketika pelancaran projek PR1MA di tapak2nya kelak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagaimana sya ingin memohon..

      Padam
  21. yang rumah dekat putra heights subang telah ditutup ke? landed property ke?

    BalasPadam
  22. tolong bag link utk pergi entry mcm mane nak book rumah ini?..i cannot fyn.tq.

    BalasPadam
  23. SAYA NAK MOHON RUMAH 1 MALAYSIA TOLONG TERANG SELANJUT..........

    BalasPadam
  24. Erin, pendaftaran untuk putra heights belum dibuka sebab belum dilancarkan lagi. bila dilancarkan baru akan dibuka.

    amethiest dan Tanpa Nama, rujuk di link berikut,
    http://www.pr1ma.my/bm/index.html

    BalasPadam
  25. Saya merupakan penduduk Taman Ikan Emas. Bilakah projek di Taman Ikan Emas akan dimulakan. Saya telah bertanya dengan DBKL tapi mereka jawap mereka pun tak tahu. Siapa yang boleh membantu saya? Adakah rumah lama saya akan dirobohkan?

    BalasPadam
  26. Sy nak mohon mcmana ye...tapi sy ddk kat kl

    BalasPadam
    Balasan
    1. saudara/i masuk ke laman web prima. isi borang permohonan di sana.

      Padam
  27. sy nak mohon isi borang ni cara mcmana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daftar atas talian di sini:
      http://www.pr1ma.my/howtoapply.html

      Padam
  28. saya apply tak dpt pun... pilih kasih gak ker..?

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...