Selasa, 25 Jun 2013

Semakan Status Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)


Bagi rakan-rakan yang telah memohon rumah di bawah skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), status semasa permohonan kalian boleh disemak di laman berikut:




Buat masa ini, status permohonan hanya akan memaparkan mengenai maklumat dokumen yang dihantar sebelum ini sama ada lengkap ataupun tidak.

Berikut status semasa yang akan diterima setelah dimasukkan nombor kad pengenalan:

Permohonan anda telah lengkap dan telah berjaya didaftarkan. Tarikh semakan lanjut status permohonan ialah 30 Ogos 2013

Saya telah bercakap dengan pegawai yang mengendalikan permohonan ini dan dimaklumkan mereka yang menerima status berkenaan layak untuk diundi. Maknanya, yang tak dapat status berkenaan, gagal dalam permohonan mereka.

Keputusan undian sama ada dapat ataupun tidak rumah Fasa 1 di Presint 17 akan diperoleh pada 30 Ogos 2013.

Kita harus memahami bahawa pihak mereka harus melakukan tapisan dengan betul agar yang benar-benar memenuhi syarat ditetapkan akan termasuk senarai akhir untuk diundi. 

Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Mei 2013 yang lalu. Rumah ditawarkan di Fasa 1 sebanyak 1,000 unit dan mereka yang memohon kira-kira 14,200 orang. 

Saya berpandangan kita harus rasional dalam tempoh masa yang diperlukan mereka untuk mengendalikan permohanan ini. InsyaAllah, ada rezeki rumah itu milik kita.

Sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut, hubungi talian berikut 03-88878046 / 8212.

Semoga berjaya. 

Wassalam.

42 ulasan:

  1. alhamdulillah..semakan telah dibuat..permohonan berjaya..Tunggu kalo ada rezeki boleh dapat untuk undian..berapa ketinggian kesemua rumah ini. tq.

    BalasPadam
  2. informasi yang sangat menarik terima kasih sudah dismapiakan salam kenal aja gan !

    BalasPadam
  3. Pasti ke undian dilakukan adalah telus? tiada unsur kroni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dan dua lagi rakan sejawat Berjaya dalam undian, saya dan dua rakan sejawat saya tu bukan kroni... mereka buat kerja mereka...fikir lah positif

      Padam
    2. Alhamdulillah.. sy pun dpt.. sy pcaya pd rezki Allah bkn pd kroni.. sprti dpt join gov.. 2 pun krn rzki dr Allah walau ramai kata dpt keje krn kroni..

      Padam
    3. Sy pengundi kerajaan tp x dapat juga so tang mana kroni nie bro?
      Dlm kerajaan skrg nie byk penyokong pr tang mana yg kroni nie?
      Yg penting bergantung pada rezeki dan byk2 berdoa insyaallah ada rezeki utk kita.

      Padam
    4. Sy pengundi kerajaan tp x dapat juga so tang mana kroni nie bro?
      Dlm kerajaan skrg nie byk penyokong pr tang mana yg kroni nie?
      Yg penting bergantung pada rezeki dan byk2 berdoa insyaallah ada rezeki utk kita.

      Padam
    5. Sy pengundi kerajaan tp x dapat juga so tang mana kroni nie bro?
      Dlm kerajaan skrg nie byk penyokong pr tang mana yg kroni nie?
      Yg penting bergantung pada rezeki dan byk2 berdoa insyaallah ada rezeki utk kita.

      Padam
    6. Saya tidak tersenarai dalam undian ini. Agak sedih tp nama saya di bawa untuk undian akhir tahun ini. Harapnya ada rezeki kami sekeluarga...Amin...

      Padam
    7. Saya tidak tersenarai dalam undian ini. Agak sedih tp nama saya di bawa untuk undian akhir tahun ini. Harapnya ada rezeki kami sekeluarga...Amin...

      Padam
  4. yey...!!! semoga ada rezeki kat cni.. amin!

    BalasPadam
  5. Tanpa nama oi..ko asal itu je kroni..ini je kroni..pemikiran jumud sangat..buang le pemikiran negatif tu..org buat semua salah..ko je betul..idop dlm utan bro..terbaekk

    BalasPadam
  6. Salam tuan-tuan, proses undian telah dibuat dengan sangat telus melalui pemerhatian audit luaran dari awal sehingga terkunci semua box undian. Doakan projek ini siap sepenuhnya dan berjalan dengan lancar.

    BalasPadam
  7. Telah semak awal pagi ini dan nampaknya tidak berjaya untuk cabutan kali ini. Redha kerana tiada rezeki dan semoga ada peluang pada masa akan datang. Tahniah kepada yang berjaya.

    BalasPadam
  8. status saya pagi ini :

    Status: Permohonan anda telah berjaya di sesi cabutan undi PPA1M (Fasa 1) yang telah diadakan pada 29 Ogos 2013.
    Surat Makluman Keputusan Undian boleh dicetak pada 30 September 2013 melalui laman ini.

    Ni maksudnya saya dapatlah rumah tu ek? ke ada cabutan undi lagi?

    BalasPadam
  9. dh check tp x dpt..xpe la xde rezeki lg nk beli umah..tgu fasa kedua..yg dpt tue mmg confirm ke dpt kat presint 17?

    BalasPadam
  10. tahniah pada yang berjaya. saya tak berjaya untuk cabutan pertama ni dan nama dibawa ke fasa ke 2.Kena tunggu cabutan kedua yg akn diumumkan 30 disember nanti.

    BalasPadam
  11. As salam, di mana nak semak status berjaya atau tidak? Cuba buka laman web ppj tapi tidak dapat masuk..ade link lain tak? Thanks

    BalasPadam
  12. BUKAN SETAKAT X BOLEH SEMAK TELEFON PUN X BERJAWAB MEMANG TGH SIBUK TAHAP GABAN NI STAFF PERBADANAN..... TUNGGU JELA ADA REZEKI ADALAH KAN KUN FAYA KUN

    BalasPadam
  13. tuan/puan....Guna link nih


    http://www.putrajaya.gov.my/community/news/keputusan_cabutan_undi_ppa1m_fasa_1

    BalasPadam
  14. Yang Berjaya tu Tahniah.. Kalau yang tidak dapat dan akan dibawa ke Cabutan Undi PPA1M (Fasa 2)tu confirm ke akan dapat nanti, atau hanya untuk menyedapkan hati aje..

    BalasPadam
  15. cabutan kedua itu comferm dpt ker...? yang cabutan kedua itu bersama dgn pemohon yg baru ker atau yg layak sebelum itu...?

    BalasPadam
  16. tunggu cabutan kedua nanti...jgn riso..ni bkn projek gula-gula..ni projek utk membantu ummah...tp jgn lupa kerajaan...

    BalasPadam
  17. dah check.saya pun xdpat utk Fasa 1.kena tnggu Fasa 2.good luck yg dpt..rasanya kena standby la RM2k rasanya utk proses2 berbagai.rasa saya la..sory klau silap info.tgh bersabar nie nk tnggu Fasa 2.klau xdpt jg,kempunan la nk beli rumah.dhla rmh skg mhal..huhu...

    BalasPadam
  18. alhamdulillah...berjaya...:)
    cuma nk ty, kat mana ye nk tgk pelan lantai umah ni?

    BalasPadam
  19. tidak berjaya juga.tguu fasa 2. :(

    BalasPadam
  20. tak berjaya juga... sad....

    BalasPadam
  21. Tidak berjaya.. belum rezeki nmpaknya.. redha aje..namun mengharapkan undian fasa 2.. harap rezeki disitu nanti.. amin..

    BalasPadam
  22. Rumah Presint 17 tiada balkoni. Rumah Presint 5 & 11 ada balkoni. Macam terkurung je rumah tanpa balkoni.

    BalasPadam
  23. Dh boleh tau ke dpt presint bape yer utk fasa 1 ni or kna tunggu 30 hbln..

    BalasPadam
  24. Bila permohonan un5uk fasa ke 2 pulak

    BalasPadam
  25. Bila permohonan un5uk fasa ke 2 pulak

    BalasPadam
  26. Rasanya Fasa 2 ni bukan dari permohonan baru. Tapi dari permohonan yang dulu, yang tarikh tamat pada 18 Mei tu. Ada 10,000 unit rumah keseluruhan. Yang cabutan Fasa 1 ni untuk +1000 unit. Yang lebihan +9000 unit tu untuk cabutan kali kedua. Fasa 1 ni, untuk Presint 17 & Presint 11, if I'm not mistaken.

    BalasPadam
  27. Fasa 2 sudah dibuat cabutan undi baru2 ni. Mengikut Harian Metro bertarikh 21 Disember 2013 10,500 permohonan PPA1M sudah diluluskan. Semua berjaya. Projek siap tahun 2015. Marilah kita sama berdoa.

    BalasPadam
  28. xdapt pun.. projek gula2 ke... atau projek kroni

    BalasPadam
  29. ALHAMDULILLAH, semalam check status dapat cabutan Fasa 1 Siri 2 di Presint 5. Selama ni ingatkan Siri 2 dapat di Presint 11, tapi still ok. Syukur sangat. Dan saya bukan kroni. Bersangka baikla. Percayalah rezeki tu daripada ALLAH.

    BalasPadam
  30. Cabutan undi PPA1M siri 3 akan diadakan di Hotel Everly. Saya dijemput hadir. Tapi tak disebut pula projek tu di mana. Ada sesiapa yang akan pergi untuk cabutan undi?

    BalasPadam
  31. Cabutan siri 3...masih belum ada rezeki...
    nampaknya kena pikir2 cari rumah lain...umur makin meningkat, kalau lambat
    buat loan rumah...byk plk potongan bulanan nanti...

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  33. sadah hampir 13 tahun tinggal diputrajaya jadi berhajat untuk tinggal dirumah sendiri..APA agaknya criteria until memilikinya he?

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...