Memaparkan catatan dengan label PPA1M - Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPA1M - Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. Papar semua catatan

Selasa, 25 Jun 2013

Semakan Status Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)


Bagi rakan-rakan yang telah memohon rumah di bawah skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), status semasa permohonan kalian boleh disemak di laman berikut:




Buat masa ini, status permohonan hanya akan memaparkan mengenai maklumat dokumen yang dihantar sebelum ini sama ada lengkap ataupun tidak.

Berikut status semasa yang akan diterima setelah dimasukkan nombor kad pengenalan:

Permohonan anda telah lengkap dan telah berjaya didaftarkan. Tarikh semakan lanjut status permohonan ialah 30 Ogos 2013

Saya telah bercakap dengan pegawai yang mengendalikan permohonan ini dan dimaklumkan mereka yang menerima status berkenaan layak untuk diundi. Maknanya, yang tak dapat status berkenaan, gagal dalam permohonan mereka.

Keputusan undian sama ada dapat ataupun tidak rumah Fasa 1 di Presint 17 akan diperoleh pada 30 Ogos 2013.

Kita harus memahami bahawa pihak mereka harus melakukan tapisan dengan betul agar yang benar-benar memenuhi syarat ditetapkan akan termasuk senarai akhir untuk diundi. 

Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Mei 2013 yang lalu. Rumah ditawarkan di Fasa 1 sebanyak 1,000 unit dan mereka yang memohon kira-kira 14,200 orang. 

Saya berpandangan kita harus rasional dalam tempoh masa yang diperlukan mereka untuk mengendalikan permohanan ini. InsyaAllah, ada rezeki rumah itu milik kita.

Sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut, hubungi talian berikut 03-88878046 / 8212.

Semoga berjaya. 

Wassalam.

Khamis, 18 April 2013

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)


Bayar minimum RM2000.00 wang pendahuluan dan ansuran bulanan hanya akan bermula selepas rumah sedia diduduki.

Itu salah satu kehebatan inisiatif yang ditawarkan kerajaan melalui Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di Hotel Everly, Putrajaya.

Saya berkesempatan menghadiri majlis berkenaan pagi tadi dan ternyata produk terbaru di bawah nama 1Malaysia ini sangat disyukuri oleh para hadirin yang merupakan penjawat awam.

Najib kelihatan sangat santai ketika berucap dalam majlis ini
PPA1M merupakan kesinambungan daripada inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar. Sebelum ini, program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah diperkenalkan dan ia kini telah dipanjangkan ke kawasan-kawasan bandar lain di seluruh negara. Berbeza dengan PR1MA yang terbuka kepada seluruh warganegara, PPA1M dikhususkan kepada penjawat awam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...