Isnin, 25 Februari 2013

Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 2 - Menangi wang tunai RM200


Seperti yang dimaklumkan semalam, tiada pemenang untuk Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 1. Justeru, hadiah wang tunai dari Siri 1 dibawa ke Siri 2 yang menjadikan jumlah keseluruhannya ialah RM200.

Bagi mereka yang belum maklum mengenai peraduan ini, ia merupakan kerjasama antara Notakanan dan Kelab Warisan Malaysia (KERIS).

Ahad, 24 Februari 2013

Keputusan Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 1

Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan pembaca yang telah menyertai Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 1 bermula dari 12 hingga 22 Februari 2013. Peraduan ini adalah kerjasama dengan Kelab Warisan Malaysia yang dapat diikuti suaranya di suaris.wordpress.com.

Banyak sekali borang peraduan yang telah diterima dan kesemuanya telah saya teliti satu persatu bagi memastikan tidak berlaku kesilapan dalam proses pengadilan.

Jumaat, 15 Februari 2013

Tempoh sah rebat telefon pintar RM200 dilanjutkan kepada 3 bulan


Sebagai makluman kepada para belia yang sedang memikirkan untuk menebus rebat telefon pintar, sukacita dimaklumkan pihak SKMM telah memanjangkan tempoh sah rebat berkenaan dari satu bulan kepada tiga bulan mulai 6 Februari 2013.

Selaras dengan perkembangan ini, ruangan Soalan dan Jawapan Lazim (FAQ) bagi soalan 6 turut telah dikemaskini seperti berikut:


Selasa, 12 Februari 2013

Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan - Peluang menangi wang tunai setiap dua minggu!

Bermula hari ini, 12 Februari 2013, Notakanan akan berkerjasama dengan Kelab Warisan Malaysia (KERIS) untuk menganjurkan peraduan Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan.

Untuk makluman rakan pembaca, KERIS merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang bergerak di seluruh negara bagi menerapkan nilai-nilai kenegaraan di kalangan warga Malaysia. Suara KERIS boleh dicapai di suaris.wordpress.com. Ia sentiasa dikemaskini dan banyak membincangkan isu-isu semasa negara sama ada dari aspek sosial, politik dan ekonomi. 

Berbalik kepada peraduan Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan, ia akan diadakan dalam beberapa siri dan untuk siri yang pertama ini, hadiah wang tunai yang ditawarkan ialah sebanyak RM 100.00.

Sabtu, 9 Februari 2013

Iklan Tahun Baru Cina Najib vs Ubah Roket Style: Mana lebih berkesan untuk tarik sokongan?


Iklan Tahun Baru Cina yang menampilkan Dato' Sri Najib sebagai pemain gendang Cina bagi memenuhi hasrat seorang anak kecil di hari perayaan kini menjadi bualan. Ramai yang memuji dan tak kurang juga yang menghentam.

Pada saya sama ada benar beliau yang bermain gendang sepenuhnya di dalam iklan berkenaan bukanlah satu isu. Sudah semestinya Najib hanya memainkan watak yang memalu gendang beberapa kali. Selainnya dimainkan sendiri oleh pakar gendang tarian singa. Bukankah ia satu iklan? Sedangkan filem pun digunakan stuntman.

Jumaat, 8 Februari 2013

Aku Janji Pelaksanaan Resolusi Kursus Transformasi Pengurus Mini RTC Zon Utara Siri 2


Bertempat di De Baron Resort Langkawi, Kursus Transformasi Pengurus Mini RTC Zon Utara Siri 2 telah diadakan dari 4 hingga 7 Februari 2013. Kursus ini merupakan kesinambungan dari empat kursus terdahulu yang diadakan bagi Zon Pantai Timur, Tengah, Utara Siri 1 dan Malaysia Timur.

Ia diadakan bagi menjelaskan kepada para Pengurus Mini RTC mengenai peranan yang perlu mereka mainkan setelah Medan Infodesa di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dinaiktarafkan sebagai Mini RTC. Mini RTC merupakan pelengkap kepada kewujudan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

Sabtu, 2 Februari 2013

Panduan Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

 Kredit Gambar Utusan Online


Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) merupakan inisiatif yang dijana oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia. Ia sebenarnya telah dimulakan pada tahun lalu dan hasil dari kejayaan program perintis di Pahang itu telah mencetuskan idea untuk dipanjangkan ke seluruh negara.

Pelancaran BL1M secara rasmi telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri di Kedah, Khamis lalu. Beliau menjangkakan 500,000 orang akan mendapat manfaat darinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...