Jumaat, 8 Julai 2011

Tempahan Rumah PR1MA (Program Perumahan 1Malaysia)

Posting saya terdahulu mengenai Pelancaran Program Perumahan 1Malaysia menyebabkan ramai di kalangan rakan-rakan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. 

Pelbagai soalan yang telah diajukan sama ada melalui blog ini, facebook, telefon mahupun secara lisan. Saya hanya mampu untuk menjawab berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang diperoleh pada hari pelancaran PR1MA Isnin lalu.

Soalan yang paling famous sudah semestinya mengenai cara untuk memohon rumah di bawah PR1MA ini.



Bagi mendapatkan kepastian yang sebenar, jam 3.00 petang tadi (7.7.2011), saya telah menghubungi Unit Perancang Ekonomi (EPU) melalui nombor telefon yang tertera di atas kertas yang diedarkan oleh promoter SP Setia pada hari pelancaran. Panggilan saya dijawab oleh Pegawai Khidmat Pelanggan EPU yang menamakan dirinya Jaja. 

Sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan, saya telah menjangkakan jawapan-jawapan yang akan diberikan oleh beliau sudah pasti akan standard dan skema :) Walau bagaimanapun, maklumbalas yang diterima sebenarnya sudah cukup untuk menjelaskan persoalan-persoalan umum mengenai PR1MA.

Mungkin disebabkan ada beberapa soalan yang agak mengelirukan ditanya oleh saya, Jaja mencadangkan saya bercakap sendiri dengan pegawai yang mengendalikan PR1MA. Bagi saya itu lagi bagus kerana akan dapat bertanya dengan lebih mendalam.

Talian telefon telah dipanjangkan kepada pegawai yang mahu dikenali sebagai Encik Lam, dan sudah semestinya soalan pertama yang saya ajukan kepada beliau ialah mengenai tatacara untuk memohon rumah PR1MA ini.

Encik Lam menjelaskan, pada hari Isnin lalu, apa yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri adalah PROGRAM Perumahan 1Malaysia. Di dalam PROGRAM berkenaan, ia meliputi beberapa aspek dan antaranya ialah pemilihan pemaju, pemilihan tapak, penetapan prosedur, tatacara dan sebagainya. Secara ringkasnya, pelancaran itu menandakan KICK OFF bagi PROGRAM ini.

Walaupun telah dilancarkan dengan rasminya, masih terdapat beberapa penelitian yang harus dilakukan oleh EPU. Ia termasuklah perkara berkaitan kelayakan pemohon. Ini bermakna, maklumat yang terkandung di dalam brochure (dan posting saya sebelum ini) yang diedarkan pada hari pelancaran bukanlah yang penamat, ia akan diteliti dan ditambah baik. Walau bagaimanapun, ia tidak akan jauh berbeza dari apa yang telah sedia ada.

Menurut Encik Lam, seperti yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri ketika ucapan perasmiannya, satu Perbadanan akan diwujudkan  dan dijangkakan badan inilah yang akan bertanggungjawab ke atas PR1MA. Prosedur, tatacara dan kaedah permohonan PR1MA yang dikemaskini dan yang sebenarnya akan digunakan bakal diuruskan oleh Perbadanan ini.

Untuk ditubuhkan Perbadanan pula, satu akta khusus perlu dibentangkan di Parlimen dan ia dijangka pada sidang akan datang. Oleh itu, tempahan rumah di bawah PRIMA ini hanya dijangka akan dapat dibuat pada suku pertama tahun hadapan (Januari - Mac). 

Di akhir perbualan, Encik Lam memaklumkan pihak EPU atau Perbadanan yang akan ditubuhkan itu akan menghebahkan kepada orang ramai apa saja perkembangan mengenai PR1MA terutamanya bila dan bagaimanakah cara untuk menempah rumah di bawah program ini.

Jadi, kita sama-samalah menantikan suku pertama tahun hadapan ya :)

Sementara menanti tu, akan ada lagi beberapa lokasi baru yang akan dimasukkan dalam program ini. Encik Lam maklumkan ketika ini mereka sedang mempertimbangkan lagi dua lokasi tambahan untuk dimasukkan di bawah PR1MA. Banyak lagi yang dijangka akan menyusul selepas itu. Makin banyak lokasi, makin banyaklah pilihan untuk kita. Bagus, bagus!

Inilah yang dapat saya kongsikan hasil perbualan saya dengan Encik Lam, pegawai EPU yang menerangkan kepada saya dengan penuh bersemangat. Tidak lupa juga Jaja yang berbudi bahasa dengan ayat-ayat skemanya :)

Semoga maklumat ini menyenangkan hati rakan-rakan semua.

23 ulasan:

  1. Tq zairi untuk penerangan :)

    BalasPadam
  2. thanks.. akhirnya..sedikit sebanyak telah diperjelaskn.. xsbr nk tempah ni :)

    BalasPadam
  3. Info yang berguna! Diharap projek PR1MA akan dipanjangkan ke seluruh negara terutamanya di Sabah di mana harga rumah sangat mahal!

    BalasPadam
  4. LAMAN WEB DAFTAR RUMAH PRIMA NIE APEW EA??COZ SY DAFTAR SPR KAT PUTRAJAYA..

    BalasPadam
  5. Salam sejahtera,

    Saya ingin tahu di mana & bagaimana cara untuk menyertai skim rumah pertamaku sejak dilancarkan dalam pembentangan budjet 2012. Kalau boleh, secepat mungkin sebelum terlambat. Sekian...

    BalasPadam
  6. Saya ingin tahu di mana & bagaimana cara untuk menyertai skim rumah

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama 15 Oktober, ketika saudara bertanya pada 15hb itu, permohonannya telah ditutup.

    Merkia, skim rumah pertamaku berbeza dari rumah yang ditawarkan di bawah PR1MA. Insyaallah saya akan kongsikan maklumat dan perbandingan di antara keduanya di dalam blog ini nanti.

    syah.civic, permohonan PR1MA telah ditutup. Insyaallah saya akan kongsiakan sebaik saja PR1MA baru dilancarkan.

    BalasPadam
  8. salam,

    Tumpang tanya, saya sangat berminat unuk register dalam project dekat kawan bandar tun razak, Cheras. Tapi saya tak berapa pasti bagaimana hendak register untuk projet tersebut.

    BalasPadam
  9. tq...bedah ak sgt umah itew

    BalasPadam
  10. PRIMA di Perak di mana dan bila?? Tarikh akhir utk pohon bila??

    BalasPadam
  11. Salam. Nak tanya umah prima di tun razak bila boleh register ye?

    BalasPadam
  12. bagaimana saya hendak mendaftar untuk pr1ma yer????

    BalasPadam
  13. Tuan Puan sekalian, saya mohon maaf kerana terlepas soalan yang ditanyakan. Pendaftaran untuk PR1MA sebenarnya dibuka mengikut projek. buat masa ini tiada pendaftaran lagi sehingga dimaklumkan kelak. ini bermakna sama di Bandar Tun Razak, Perak atau lain-lain semuanya perlu menantikan pelancarannya terlebih dahulu. Buat masa ini yang terbaru PM telah lancarkan di Negeri Sembilan. Pendaftarannya akan dibuka hujung tahun ini. Insyaallah saya akan update apabila dibuka nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak apply mcam mna

      Padam
  14. Salam, sy dh terima tawaran pr1ma presint 11 dan telah pun buat pmbayaran pd 9.10.12 yg lps. Tp yg amat merisaukan sy adalah yuran penyelenggaraan sebanyak RM252 dan parking pun kena bayar setiap bulan. So jumlah keseluruhan dalam RM300++ (maintenance + parking) ...itu belum masuk bayr rumah bulanan pd bank... mau dekat RM1000++...pening juga fikir...mampu ke nak survive...tak fahamlah projek ni untuk menyenangkan rakyat ke atau membebankan rakyat...

    BalasPadam
  15. salam...sy nak tau betul ke pendaftaran tuk prima di Negeri Sembilan akan dibuka hujung tahun ini? bolehkah sy tau bila?sy amat berminat tuk daftar prima di Seremban

    BalasPadam
  16. Norhafizi b md nor22 Oktober 2012 5:25 PG

    Salam..sya ingin mendaftar PR1MA di johor bahru..berikan sya maklumat jika pendaftarannya dibuka..sya amat berminat tentang projek ini..sya harap dapat beri bantuan secepat mungkin..terima kasih!

    BalasPadam
  17. boleh sye dptkn no tel pr1ma utk dhbngi...

    BalasPadam
  18. # Saya ingin mendaftar untuk projek di Sg. Besi. Ingin tahu sama ada permohonan untuk tempat ini sudah dibuka ataupun belum lagi dilancarkan? Terima kasih.

    BalasPadam
  19. yeke kena bayar parking nanti kt projek rumah prima presint 11?sy xtau pn..sy pn pembeli rumah prima disitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy baru dpt emel dari Putrajaya Homes memaklumkan caj maintenance telah dikurangkan kepada RM122 (815 k.p) / RM150 (1006 k.p) sebulan. Manakala parking tidak dikenakan bayaran dan caj ini akan dikenakan sehingga Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body [JMB]) untuk PR1MA Homes ditubuhkan. Lega rasanya buat masa ni....

      Padam
    2. tanpa nama 5 mei 2013, blh emel saya di ann_hamid@yahoo.com sy nk bertanya tentang lebih detail psl pr1ma ni..sbb sy hanya diberitahu melalui emel sblm pru13 yg suami sy dpt..tp smpi sekarang tiada apa2 maklumbalas dah..bila call, pr1ma ckp tggu,dlm proses..Tuan ni mesti dan jd pembeli dan telah selesai urusan pinjaman semua, betol?? tlg hubungi sy.

      Padam
  20. Telah mendaftar secara online untuk penempatan di Alam Damai,Cheras.
    Bagaimana hendak mengetahui sama ada permohonan itu telah diterima?

    Telah mendaftar no daftar untuk undian,
    Bagaimana caranya untuk saya mengetahui keputusan undian tersebut?

    Terima Kasih,
    Roslan

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...