Ahad, 3 Julai 2011

Karnival Usahawan Desa Zon Selatan 2011, Kuala Pilah, Negeri Sembilan (1 - 3 Julai 2011)


Pada 2 Julai 2011 telah berlangsung Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa Zon Selatan 2011 di Stadium Mini Kuala Pilah Negeri Sembilan. Ia telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Dato Hasan Malek, yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Pilah. Saya turut hadir ke majlis berkenaan bagi mewakili Bahagian. 

Perjalanan ke Kuala Pilah dari Lembah Klang sekarang ini tidak lagi berliku-liku. Ini kerana kewujudan Lebuhraya LEKAS dan jalan pintas yang memotong Bukit Putus telah menyingkatkan masa perjalanan.

Jika dulu kesesakan di sepanjang jalan berbukit di Ulu Bendul dan Bukit Putus menjadi suatu kemestian di hujung minggu tetapi sekarang jalan pintas tersebut bukan saja menyelesaikan masalah berkenaan malah menyediakan pemandangan yang indah. Menariknya, di laluan tersebut, kita juga akan melalui jambatan kedua tertinggi di Malaysia. Yang tertinggi sudah semestinya jambatan di Lebuhraya KL-Karak.


Berbalik kepada Karnival berkenaan, ia dianjurkan KKLW dan diurus setiakan oleh Bahagian Pengupayaan Ekonomi. Melaluinya usahawan-usahawan luar bandar berpeluang untuk memasarkan produk-produk yang dihasilkan mereka. Dengan pelbagai aktiviti sampingan yang dianjurkan seperti Forum Perdana dan Konsert Mini, sudah pasti ia akan meningkatkan pendapatan para usahawan yang terlibat dengan kehadiran pengunjung yang ramai.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya rakamkan di sekitar KUD Mini Zon Selatan:
 
 Pentas utama KUD Zon Selatan 2011


 YB Timbalan Menteri sedang memberikan ucapan perasmian


Produk dari usahawan Jabatan Kemajuan Orang Asli


Juga dari usahawan Jabatan Kemajuan Orang Asli



Giat Mara menampilkan pelatih-pelatih untuk menggunting rambut pengunjung secara percuma


Pengunjung turut diberi peluang untuk dimake-up oleh pelatih Giat Mara


Gerai-gerai usahawan yang mengambil bahagian


Seni ukiran kayu yang mengagumkan


Usahawan bunga-bungaan


Anak-anak pokok turut dijual di sini


Gerai makanan


Pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kebajikan Negara


Booth RISDA


Booth Giat Mara yang menampilkan hasil kerja tangan para pelatihnya


 
Booth KEJORA dengan hiasan buah-buahan tempatan


Usahawan makanan sejuk beku


Lagi usahawan yang mengambil bahagian.


Usahawan KEJORA


Mat Salai, jenama popular di Negeri Sembilan menurut pengunjung yang saya temui


Magik?

Selepas ini, KUD Mini akan diadakan di Sungai Petani bagi Zon Utara dari 22 hingga 25 Julai 2011. Karnival peringkat Kebangsaan pula dijangka akan diadakan pada bulan September nanti di Putrajaya. 

Semestinya para usahawan luar bandar khususnya mereka yang menerima bantuan dari agensi-agensi di bawah KKLW akan menerima manfaat secara langsung dari penganjuran Karnival Usahawan Desa ini. Semoga inisiatif ini akan meningkatkan pendapatan usahawan luar bandar dan seterusnya berjaya mengangkat mereka untuk memasarkan produk ke peringkat antarabangsa.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...