Selasa, 23 April 2013

Undi Pos Polis: Usaha memburukkan imej SPR bagi meraih undi simpati telah bermula!


Petang tadi telah tersebar dengan meluas melalui Facebook gambar kertas undi dengan kenyataan yang saya anggap sebagai satu lagi cubaan untuk memburukkan SPR.

Setakat saya menulis artikel ini, sebanyak 1,566 orang telah like dan 5,224 share gambar dari page yang diuruskan oleh penyokong PAS, PKR dan DAP ini.

Sungguh hebat jentera psywar Pakatan dalam menyemai keraguan kepada pihak SPR. Apabila pengundi ragu kepada SPR, bermakna undi simpati akan diperoleh Pakatan. 

Ayuh kita lihat isu yang dibangkitkan dari gambar yang dimainkan orang-orang PAS, PKR dan DAP:


Pertama, Admin page Janji Dicapati cuba mengelirukan pembaca apabila mengeluarkan kenyataan berikut: 
Anggota Polis diarahkan mengundi hari ini..Kegilaan apakah ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).
Hakikatnya, Undi Pos dan Undi Awal adalah dua perkara yang berbeza. Admin berkenaan gagal membezakannya.

Panduan Pengundian Awal yang dikeluarkan SPR dan boleh dimuat turun melalui portalnya jelas menyatakan mereka yang layak untuk mengundi awal ialah:

1. Anggota tentera
2. Isteri atau suami anggota tentera
3. Polis
4. Isteri atau suami kepada seorang pegawai Polis yang berkhidmat dengan Pasukan Gerakan Am (PGA)

Namun, anggota tentera dan PDRM (tidak termasuk pasangan) yang bertugas dalam operasi sama ada di dalam atau di luar negara semasa Hari Undi Awal diberi kebenaran untuk mengundi secara pos. Undi Pos juga dibenarkan kepada petugas media dan petugas pilihan raya. Baca di portal PRU13 ini untuk lebih jelas.

Tarikh Undi Awal sememangnya telah ditetapkan pada 30 April 2013 tetapi Undi Pos, borangnya telah mula dikeluarkan semalam, 22 April 2013. 

Ini bermakna pengundi pos boleh memangkah bila-bila masa setelah menerima borang berkenaan asalkan ia dikembalikan sebelum jam 5.00 petang, 5 Mei 2013, yakni hari Undi Biasa.



Kedua
1) Undi pos sepatutny bermula 3 hari awal dr undi awam tp skrg ni baru berapa hari bulan
Hakikatnya, Undi Pos bukan bermula 3 hari awal dari undi awam. Undi Pos bermula lebih awal dari itu. Rujuk gambar di atas mengenai Notis Pengeluaran Undi Pos yang secara jelas menyatakan bagi Parlimen 111 Kota Raja, ia berlaku semalam, 22 April 2013. 13 hari sebelum Hari Undi Biasa, bukan 3 hari.


Ketiga
2)Undi tnpa ada pemerhati dari spr,hnya kantung undi sahaja yg ada
Hakikatnya, undi pos bagi polis dan tentera tidak semestinya perlu ada pemerhati dari SPR pada hari edaran kertas undi. Ini kerana pihak SPR akan menyerahkan sampul-sampul undi kepada wakil-wakil pengundi pos seperti "Courier" Polis dan "Courier" Tentera untuk kedua-dua anggota keselamatan berkenaan. Bagi mereka yang tiada wakil, sampul undi pos akan diposkan menggunakan pos berdaftar kepada pengundi yang layak. Jadi, sewaktu mereka mengundi, sememangnya di sisi mereka tidak perlu ada wakil SPR. Mereka hanya perlu mengembalikan sampul berkenaan tanpa perlu meletakkan setem.

Admin Janji Dicapati perlu memahami proses undi pos sebelum cuba mengelirukan pembaca untuk menagih simpati. Di portal PRU13 ada dengan jelas menceritakan langkah demi langkah bagaimana proses Undi Pos.

Jika penerima kertas undi yang berkenaan tidak selesa untuk mengundi pada hari ini, beliau tidak perlu memasukkan kertas undinya ke dalam kantung berkenaan. Beliau boleh mengundi di rumah, kedai mamak atau di mana-mana lokasi disukai asalkan dikembalikan kepada Pegawai Pengurus yang bekenaan sebelum jam 5.00 petang 5 Mei 2013.


Keempat,
3)Kertas undi ada no siri
Hakikatnya, kertas undi memang ada nombor siri. PRU-PRU sebelum ini pun memang sudah ada nombor siri. Kenapa perlu ada nombor siri? Tujuannya bagi memastikan jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi adalah tidak lebih dari kertas undi yang dikeluarkan. Baca di portal PRU13 untuk faham dengan lebih lanjut.


Kelima,
4)Sebelum pangkah undi,terdapat borang yg sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yg sama dgn kertas undi 
Hakikatnya, borang yang tertera nama pengundi berserta nombor IC itu adalah Borang 2 yakni Borang Pengisytiharan Identiti. Borang ini bukan baru dipakai pada tahun ini. Penggunaannya dalam pengundian pos dipersetujui oleh wakil-wakil parti politik termasuk PAS, PKR dan DAP yang berada dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC). Azmin Ali (PKR), Hatta Ramli (PAS) dan Loke Siew Fook (DAP) adalah anggotanya.


Keenam,
5)Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkn ke kantung undi 
Hakikatnya, pengundi pos perlu mengambil tindakan berikut terhadap borang-borang yang diterimanya:
  • Memasukkan kertas undi ke dalam Sampul A.
  • Memasukkan Borang Pengisytiharan Identiti ke dalam Sampul B.
  • Memasukkan Sampul A yang mengandungi kertas undi ke dalam Sampul B.
Oleh itu, secara teknikalnya borang berkenaan sebenarnya terasing dari kertas undi. 

Pada hari pengiraan undi pos di hadapan wakil-wakil calon parti bertanding, Pegawai Pengurus akan:
  • Membuka Sampul B dan menyemak sama ada butiran pada Borang Pengistiharaan Identiti di dalamnya diisi dengan lengkap. Ia bagi memastikan maklumat orang yang mengisi borang berkenaan yakni pengundi pos adalah sama dengan data yang dimiliki SPR.
  • Memastikan nombor siri kertas undi pada Borang Pengistiharan Identiti adalah sama pada Sampul A yang mengandungi kertas undi dan belum dibuka.
  • Memasukkan Sampul A yang belum dibuka ke dalam dulang Sampul A bagi menyelesaikan proses semakan terhadap semua sampul undi pos yang diterima sebelum pengiraan bermula.
Proses-proses pengiraan pengundian pos boleh dibaca dengan jelas pada Portal PRU13.


Ketujuh,
6)Undi tak rahsia langsung,siap ada no siri,kwn2 ada kiri kanan,bersepah2 undi..tiada tmpat khas utk mengundi!!
Hakikatnya, nombor siri sememangnya ada pada kertas undi sama ada kertas undi biasa, undi pos atau undi awal bagi tujuan perbandingan jumlah kertas undi yang dikeluarkan dengan kertas undi yang berada di dalam peti undi.

Jika pengundi pos tidak selesa disebabkan ada rakan-rakan di kiri dan kanan serta bersepah-sepah mengundi, beliau boleh memilih untuk membawa balik borang berkenaan dan memangkah apabila mahu. Sebagaimana yang dijelaskan, beliau boleh mengundi pada bila-bila masa dan di mana-mana saja mengikut keselesaan asalkan kertas undi lengkap dikembalikan kepada Pegawai Pengurus sebelum jam 5.00 petang 5 Mei 2013.

Itu jawapan saya terhadap kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh Admin page Janji Dicapati. 

Sangat malang di pihak SPR, mereka tidak mewujudkan satu pasukan khas bagi menangkis serangan-serangan sebegini di musim pilihan raya. Sepatutnya SPR mempunyai satu pasukan maya yang bertugas 24 jam sehingga selesai pilihan raya bagi memastikan tohmahan dapat dijawab on-the-spot, tanpa perlu menunggu untuk mengadakan sidang akhbar selepas beberapa hari isu dimainkan PAS, PKR dan DAP. 

Walaupun jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan ada di portal khas yang diwujudkan sempena PRU13, SPR tidak boleh sekadar mengharapkan orang awam akan mengunjunginya bagi mendapatkan maklumat.

Kita para pengundi harus berhati-hati dengan pelbagai tindakan gerak saraf yang cuba ditimbulkan sepanjang tempoh berkempen ini. 

Semoga kebenaran akan menenggelamkan yang bathil dalam PRU13. 

Wassalam.

52 ulasan:

  1. Assalam,
    Berdasarkan jawapan, penulis kelihatannya sangat arif dengan kes di atas. Satu pertanyaan sekadar untuk mengelakkan kekeliruan, adakah jari pengundi-pengundi pos juga akan dipalitkan dengan dakwat kekal? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Jari mereka tidak dicalit tetapi nama mereka telah ditandakan PP pada senarai daftar pemilih ketika proses pengeluaran sampul undi pos. Senarai ini dib
      eri kepada semua parti bertanding. Saudara/I bboleh semak proses undi pos di portal pru13

      Padam
    2. sebagai tambahan petugas SPR yg diberi kebenaran utk undi pos tidak lagi dibenarkan utk keluar dr kwsn mereka bertugas pd hari pengundian spt sblm2 ini... jadi xkan mungkin mrk boleh mengundi 2 kali...

      Padam
    3. Benar seperti yang dikata.

      Padam
    4. Terima kasih kerana memberi penjelasan kepada pertanyaan saya di atas. Semoga ianya akan jadi panduan kepada semua pihak yang masih tidak jelas dengan perkara ini dan seterusnya menangkis dakwaan yang ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.

      Padam
    5. Sungguh tidak bertanggungjawab Pakatan Rakyat membuat tuduhan sekeji ini. Kerana pasukan polis bukannya mengundi secara pos, tetapi mengundi awal seperti mana pasukan tentera. Malahan mereka akan dicalitkan jari mereka dengan dakwat kekal, tapi warna lain dari warna pengundi biasa.

      Malahan semasa sesi pengundian pos pun ada wakil dari parti yang bertanding yang hadir.

      Sah, bahawa Pakatan Rakyat suka putar belit itu dan ini untuk menipu masyarakat.

      Saya ingat lagi kes Encik Wan Ahmad bin Wan Omar seoran pekedai kopi yang merupakan seorang ahli UMNO di Pasir Mas yang telah dituduh sebagai Timbalan Pengerusi SPR. Hingga kini Saifuddin Nasution yang membuat tuduhan keji itu tak pernah minta maaf atas perbuatan beliau memfitnah orang itu.

      Inilah ajaran Pakatan Rakyat, orang lain semunya haram, tak boleh buat itu dan ini, tapi Pakatan Rakyat yang haram pun dihalalkan untuk kepentingan politik jijik mereka.

      Pakatan Rakyat: Menifesto Bukan Janji, Tapi Sekadar Nak Menipu Pengundi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Sedarlah rakyat Malaysia sekalian akan hakikat ini.

      Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

      Encik Mohamad.
      Nasionalis Melayu

      Padam
    6. KUALA LUMPUR: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13)semalam seperti didakwa beberapa blogger.

      Sehubungan itu, Penolong Ketua UrusetiaKetua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf, berkata polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebar dakwaan itu mengikut Seksyen 233 (1(a)) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
      "Menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada semalam (23 April) adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini, hari ini.


      Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pos pada 28 April,undi awal (30 April) dan hari pengundian pada 5 Mei ini.

      Beliau berkata, orang ramai yang membuat spekulasi mengenai undi pos yang disalah tafsir sebagai undi awal boleh dikategori sebagai memberi maklumat salah.

      Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit Aman menerima 245 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 632.

      Beliau juga memberitahu 1,430 aktiviti membabitkan PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (680), perjumpaan dan mesyuarat (219),kunjungan rumah ke rumah (44), kempen (199) dan lain-lain sebanyak 288.
      "Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 22 dengan tujuh tangkapan dibuat semalam termasuk dua di Perak dan lima di Negeri Sembilan melibatkan kesalahan pilihan raya," katanya.

      Beliau turut mengingatkan calon supaya tidak berkempen di balai polis seperti yang berlaku semalam.

      "Balai polis bukanlah tempat untuk memperkenalkan diri kerana kami mempunyai banyak lagi urusan lain terutama untuk menguruskan laporan mangsa sesuatu kejadian," katanya. - BERNAMA

      Padam
    7. Encik Mohamad, di mana anda berada selama ini? Lama tak beri komen di blog2 pro-BN. Jika anda pergi ke blog House PK, terdapat seorang pencacai haprak fucaktan yang suka menyamar menggunakan nama anda disitu. Saya harap Encik Mohamad lebih baik gunakan profil tetap dari Google, yahoo dsb supaya penyamar berkenaan tidak lagi sewenang-wenangnya menghantar komen yang teruk2 tetapi menggunakan nama anda diakhir komen tersebut. Beberapa pengomen menjadi mangsa kepada penipuan penyamar tersebut. Harap Encik Mohamad ambil tindakan yang sewajarnya atas perkara ini.

      -rakan seperjuangan dari blog GAP-

      Padam
  2. good article bro!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. haha.. banyak sangat kekeliruan dalam penulisan saudara. ataupun mungkin saudara agak lalok ketika membaca artikel ini http://www.pru13.gov.my/pdf/bukupanduan/BUKU_PANDUAN_PENGUNDIAN_AWAL.pdf

    Mohon fahami sebelum menulis. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu salah satu sumber rujukan saya sebelum menulis. malah pautannya turut saya sertakan di artikel ini. :-)

      harap saudara/i fahami perbezaan antara undi awal dan undi pos yang dijelaskan dalam buku panduan berkenaan. terima kasih kerana ke sini :-)

      Padam
    2. Saya perhatikan, komen2 negatif tentang perjalanan pilihan raya ini bukan dr ahli parti, tapi dr penyokong2 biasa yang tak pernah melibatkan diri dengan pilihanraya. Kalau pernah jadi ejen tempat mengundi, ejen undi pos, ejen kira undi, ejen pemerhati barung, ketua tempat mengundi, kerani pengundian dll, mereka tak akan komen sebegini. Percaya bulat2 pada blogger tanpa menyelidik fakta. Tapi memang sifat orang Melayu, malas membaca, malas menyelidik dan malas menganalisa. (tak semua, tapi kebanyakan begitu lah).

      Padam
  4. tarikh mengundi pos bagi pelajar di negara luar seperti saya adalah 28 April. Sekian. Jadi memang boleh undi lagi awal

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar. bagi pelajar di luar negara ialah pada 28 April.

      Padam
  5. Tak kira la undi pos ke undi mampos ke sebelum release kasi keluar berita la... kasi rakyat tau yang undi pos dah mula. bukannya bila dah tau sendiri dan kecoh baru nak keluar surat kabar... Rakyat malaysia perlu tahu setiap perjalanan PRU....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko bengap ke apa?.. SPR seniri da umum pasal undi awal & undi pos ni.. atau ko pekakkan telinga butakan mata x dgr pengumuman yg dibuat dalam berita...

      Padam
    2. Mane tak pekak, asyik tengok malaysiakini dengan haprakdaily je...

      Padam
    3. bodoh..baca lagi haprakhah,suara keldaian tu..tak pasal-pasal kena bodoh dengan aku..err..ni ko taknak salahkan umno ke sebab ko bengap?

      Padam
    4. Orang lain tahu, Tanpa Nama 10:08pg mcm mana boleh tak tahu? Ini mesti malas membaca.

      Padam
  6. Terima kasih atas penerangan .. saya terpanggil untuk share kan maklumat diatas dengan kawan2 agar mereka lebih jelas dengan apa yang berlaku. harap benarkan saya membuat pautan ke FB saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. silakan dstudio42, harapnya maklumat yang benar dapat disebarkan seluasnya.

      Padam
  7. Trima kasih..teruskan usaha melawan fitnah

    BalasPadam
  8. Err..betul ke nama calon xleh ada segala pangkat tu..cth kertas undi pos awal tu siap tan sri datuk seri lg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada peraturan spr yang melarang. Terpulang kepada calon dengan kelulusan spr

      Padam
    2. Oooo...sbb ada kertas undi tu nmpk sgt menipu .. katanya sbnrnya cuma boleh nama asal je...

      Padam
    3. sebenarnya calon dibenarkan untuk meletakkan nama gelaran dalam kertas undi. contoh "Cikgu Aziz", kerana nama calon berkenaan kalau dipanggil Cikgu Aziz orang tempatan kenal tapi kalau letak nama penuh yang mungkin Abdul Aziz Azizan,orang mungkin tak tahu. begitu juga dengan gelaran Ustaz.

      Padam
    4. Contoh di Parlimen Temerloh, Nasrudin bin Hassan guna nama Ustaz Nasrudin Tantawi. Rujuk Borang Penamaan Calon (Borang 4/4A) perenggan 3 iaitu nama yang dipilih untuk digunakan dalam Kertas Undi. Tak ada masalah. Memang dibolehkan sebab orang lebih kenal Ustaz Nasrudin Tantawi drpd Nasrudin bin Hassan. Begitu juga TPM, nama betul Mahiaddin bin Yassin tapi dikenali dengan Tan Sri Muhyiddin.

      Padam
  9. Harap2 yang selalu mengkritik, mempercayai fitnah dan memaki hamun ini mohonlah jadi petugas SPR di PRU14. Baru boleh komen yg bernas. Saya 4 PRU menjadi Pen Pegawai Pengurus sejak 1999. Memang rasa lucu tengok komen2 oleh mereka2 yang tak tahu hujung pangkal perjalanan pilihan raya di Malaysia. Main hentam saja tanpa menyelidik fakta, atau baca sekerat sahaja kenyataan SPR.

    Untuk makluman, petugas2 SPR ni bukan semua pro BN. Di kalangan Ketua Tempat Mengundi, Kerani Pengundian, Penyelia Pusat Mengundi, Penunjuk Arah Pusat Mengundi di sekolah2 Pusat Mengundi sebahagian besar adalah guru2 sekolah. Di kalangan guru2, majoriti penyokong PR. Takde masalah sebab guru2 ini faham petugas SPR ini kena bersifat berkecuali semasa menjalankan tugas.

    Yang dakwa perjalanan undi pos, undi awal dan undi biasa tak dipantau oleh parti PR, dinasihatkan supaya 'google' Ejen Pilihanraya, Ejen Undi Pos, Ejen Tempat Mengundi, Ejen Pemerhati Barung, Ejen Mengira Undi.

    Kemudian download pdf file Buku Panduan Calon, Ejen Tempat Mengundi, Ejen Mengira Undi, Panduan Pengeluaran Undi Pos dll. Dah download tu, baca la sampai habis.

    Masalah orang Melayu ni malas membaca. Suka dengar cerita saja. Kalau betul, takpe. Kalau yang fitnah, percaya bulat2. Lepas tu, keluar lah maki hamun kepada SPR. Tak pasal2 dapat dosa.

    Wassalam!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malas membaca itu penyakit yang perlu kita sama-sama atasi. Benar apa yang dikatakan.

      Padam
  10. berkenaan perkara yg tuan Mohd Zairi sebutkan "Borang Pengisytiharan Identiti" adakah menjadikan pengundi pos itu tidak rahsia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nombor siri dan nama pada kertas ada dicatat dalam Borang berkenaan. Namun proses pengiraan undi pos di hadapan ejen-ejen calon parti yang bertanding ketika Sampul A yang mengandungi kertas undi dibuka, Borang berkenaan tidak lagi digunakan. Langkah-langkah undi pos saudara/i boleh baca di pautan berikut:

      http://www.pru13.gov.my/default.pengundi.00.post4.php

      Cuma secara peribadi, saya percaya penjelasan di dalam pautan berkenaan agak tidak tersusun. Elok kalau dijelaskan dalam carta alir untuk memahamkan orang ramai memandangkan langkah-langkah dalam undi pos agak teknikal.

      Padam
  11. terima kasih untuk penerangan tuan

    BalasPadam


  12. Borang Keutamaan B mengandungi Borang 2 iaitu Perisytiharan Identiti serta 2 Sampul A warna putih (kertas undi Parlimen) dn warna merah (kertas undi Negeri).

    No siri di Borang 2 ini dibandingkan dengan no siri di Sampul A yang mengandungi Kertas Undi. Kalau sama, Sampul A yg mengandungi kertas undi akan diterima utk proses selanjutnya.

    Kertas undi masih rahsia sebab ia terkandung dalam sampul A.
    Borang 2 dimasukkan dalam dulang Borang 2.
    Sampul A masuk dalam dulang Sampul A.
    Selepas selesai, Borang 2 dimasukkan dlm sampul surat khas yg kemudian dimeterai dgn perekat keselamatan. Ejen drpd parti yg bertanding akan tandatangan atas perekat keselamatan ini.

    Lepas tu, akan disediakan peti undi kosong yg dimeteraikan di hadapan ejen parti. Lubang atas peti undi dibiarkan terbuka utk masukkan kertas undi nanti.

    Seterusnya, sampul A dibuka dan petugas akan bandingkan no siri di Sampul A dgn no siri kertas undi. Kalau sama, kertas undi dimasukkan dalam peti undi. Sampul A yg kosong dimasukkan dlm dulang Sampul A. Proses yg sama hingga selesai.

    Kesimpulannya, Borang Pengisytiharan Identiti bukan bertujuan utk tahu seseorang pengundi siapa sb masa dibandingksn no siri, kertas undi masih dalam Sampul A.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama25 April 2013 5:38 PTG boleh rujuk penjelasan yang baik ini.
      Terima kasih Cameron atas penjelasan lanjut.

      Padam
    2. Sama2. Mcm yg sdr Zairi katakan, pengurusan undi pos agak teknikal, dan penjelasan saya di atas pun terlalu ringkas. Cuma kesimpulannya, jangan lah pengundi bimbang. Kerahsiaan undi tetap dijaga.

      Padam
  13. tapi masalahnya dalam semakan daftar pengundi ada pertindihan nama. Contohnya yang ini 490715065137 + 490715065161 + 490715065233... tolong semak kat daftar pemilih dan buat penjelasan tentang ini admin ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih. SPR sebenarnya telah menjelaskan mengenainya di paparan berikut:

      http://www.pru13.gov.my/default.berita.utama.php?news_id=74

      Penjelasan Cameron di bawah juga tepat mengenai isu berkenaan. saya akan cuba jelaskan dalam bahasa mudah dalam artikel mendatang.

      Padam
  14. Untuk makluman semua, pengenalan diri kepada pengundi atau identifier yang digunakan untuk merekod senarai pengundi di dalam Daftar Pemilih ialah nombor kad pengenalan dan bukannya nama. Ini kerana SPR menyedari bahawa, jika menggnakan nama sebagai identifier pengundi dalam Daftar Pemilih akan menyebabkan kekeliruan kerana memang ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza. 

    Bagi kes Ab Rapar bin Awang, semakan SPR mendapati hanya ada tiga nama yang ejaan nama yang sama dalam Daftar Pemilih SPR. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga nama itu mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza, gambar dan cap jari mereka juga berbeza. 

    Sebagai contoh, bagi ejaan nama Ismail bin Ibrahim terdapat 1,507 nama dalam Daftar Pemilih, Fatimah binti Abdullah (1,401 nama), Fatimah binti Ismail (1,377 nama), Fatimah binti Ahmad (1,377 nama) Ismail bin Ahmad (1,368 nama), Azizah binti Ahmad (1,039 nama).Berdasarkan nama-nama ini, semakan SPR mendapati nombor kad pengenalan 12 angka mereka adalah berbeza dan gambar pada kad pengenalan mereka juga berbeza yang menunjukkan bahawa mereka adalah individu yang berbeza, hanya ejaan nama sahaja yang sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sekali lagi Cameron. menjadi masalah apabila ramai yang tidak maklum penggunaan kad pengenalan yang nombornya unik oleh SPR. kita perlu terus bantu spr untuk jelaskan

      Padam
    2. Maaf tuan Zairi sebab menyibuk je kat blog tuan. Kadang2 terpanggil dan gatal tangan untuk sama2 menjawab. Hehe!

      Padam
    3. Tiada masalah Cameron. Silakan. Sangat dialu-alukan.

      Padam
  15. Ermm.. Bagaimana pula dengan pemindahan pemilih ke luar kawasan pengundian sedangkan para pengundi sendiri tidak pernah berbuat demikian ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Luar kawasan pengundian bagaimana yang saudara/i maksudkan? boleh jelaskan sedikit?

      Padam
  16. http://harddemocracy.blogspot.com/

    Mohon lawat blog ini...sharing :)

    BalasPadam
  17. sebagai contoh, pengundi sememangnya org johor dan telah mengundi di tempat asal tetapi tiba2 dua PRU kebelakangan ini telah ditukarkan di negeri lain. boleh saudara terangkan kekeliruan ini? walhah pengundi tidak pernah memohon pertukaran tempat.

    BalasPadam
  18. Memang betuila ada yg undi awai, tetapi secara undipos, adalah untuk petugas pilihanraya yg akan bertugas pada hari itu, yg tu pun puak pembangkang x paham paham.kepala otak dah diracun dgn buruk sangka dan perut busuk, asyik nak buat fatnah je

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama 4:45 PTG

    Ada kemungkinan pengundi pernah isi Borang A (Pertukaran Alamat) tetapi lupa beliau berbuat demikian. Alasan saya berpandangan begitu ialah "tiba2 dua PRU kebelakangan ini telah ditukarkan ke negeri lain". Maksudnya, sebelum PRU 2008 pun nama dah bertukar ke negeri lain, kena tak cepat2 lapor kpd SPR kalau didapati perkara ini berlaku? Kenapa tunggu hingga tahun 2013?

    Untuk pertukaran tempat mengundi, alamat di kad pengenalan perlu dikemaskini. Contoh, seorang pengundi di Johor Bahru, dan alamat dalam kad pengenalan ialah di Johor Bahru juga. Sekiranya beliau bertukar ke Ipoh dan memohon pertukaran tempat mengundi, tetapi tidak membuat perubahan alamat di Kad Pengenalannya (masih Johor Bahru), SPR akan menolak pertukaran tempat mengundinya, iaitu akan tetap kekal di Johor Bahru.

    Oleh itu, dakwaan mengatakan bahawa tempat mengundi asal dengan mudah ditukarkan ke negeri lain (tanpa kebenaran pengundi, dan pengundi sendiri tidak mengubah alamat di Kad pengenalannya) tidak akan berlaku.

    Saya rasa Tanpa Nama 4:45 PTG memberikan satu contoh 'imaginasi' atau hanya mengambil sahaja tuduhan tidak berasas drpd laman web PR.

    Kalau betul (itu pun kalau betul) berlaku, kan lebih senang buat aduan kepada SPR sendiri dan minta pihak SPR betulkan. Apa yang susah sangat?

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...