Isnin, 5 Mei 2014

Sekretariat Mahasiswa Aspirasi Balik Pulau akan dilancarkan Ramadhan ini

Insya Allah, Pertubuhan Aspirasi Balik Pulau akan mewujudkan Sekretariat Mahasiswa Aspirasi Balik Pulau yang akan menghimpunkan mahasiswa dan mahasiswi yang berasal dari kawasan Parlimen Balik Pulau. Pelancarannya akan dibuat di Pulau Pinang pada bulan Ramadhan nanti ketika kebanyakan IPT sedang cuti semester.

Tujuan Sekretariat Mahasiswa ini diwujudkan adalah bagi menyediakan platform kepada mahasiswa dan mahasiswi Parlimen Balik Pulau untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan ketika mereka masih menuntut di menara gading. Selain itu, ia juga bagi menghimpunkan golongan pemimpin masa hadapan Parlimen Balik Pulau di bawah satu naungan yakni Aspirasi Balik Pulau.

Sekretariat Mahasiswa ini akan cuba untuk menghimpunkan seramai mungkin mahasiswa-mahasiswi dari Parlimen Balik Pulau mengikut institusi pengajian dan seterusnya mewujudkan rangkaian sesama mereka agar ia memudahkan urusan pembelajaran. Kumpulan mahasiswa-mahasiswi di setiap IPT ini akan diketuai oleh seorang Pengerusi yang akan merancang secara bersama program-program yang dapat dijalankan di institusi pengajian mereka.


Apabila mereka pulang ke Parlimen Balik Pulau setiap cuti semester pula, antara aktiviti yang dapat dijalankan secara bersama ialah program motivasi di sekolah-sekolah di seluruh kawasan Parlimen, kelas pembelajaran kepada anak-anak yang memerlukan, gotong royong kebajikan, sukarelawan program-program kemasyarakatan dan pelbagai lagi.

Wadah ini juga akan digunakan bagi membantu mahasiswa-mahasiswi yang menghadapi sebarang masalah ketika mereka sedang melanjutkan pengajian.

Menjadi harapan saya penubuhan Sekretariat Mahasiswa ini akan dapat mencapai tiga hasrat berikut:

1.  Melahirkan mahasiswa-mahasiswi dari Parlimen Balik Pulau yang aktif berorganisasi dan prihatin kepada komuniti;

2. Melonjakkan jumlah anak-anak dari Parlimen Balik Pulau yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi; dan

3. 100% mahasiswa-mahasiswi dari Parlimen Balik Pulau di IPT lulus pengajian mereka.

Justeru, bagi adik-adik mahasiswa dan mahasiswi yang berasal dari Parlimen Balik Pulau, anda semua diseru untuk menyertai Sekretariat Mahasiswa Aspirasi Balik Pulau ini. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Ia terbuka kepada semua peringkat pengajian.

Bagi menyertainya, anda boleh emel (notakanan@gmail.com) atau PM saya di Facebook (Mohd Zairi Said) maklumat berikut:

Nama:
No. Kad Pengenalan:
Alamat di Parlimen Balik Pulau:
No. Telefon:
Institusi Pengajian:
Bidang Pengajian:
Tahun/Semester Pengajian:

Insya Allah, anda akan dijemput untuk bersama-sama dalam majlis pelancarannya nanti.

Jika bukan kita yang mulakan jalan ini, siapa lagi?

ASPIRASI BALIK PULAU: MEMANGKIN TRANSFORMASI, MENCETUS INSPIRASI

Wassalam.

6 ulasan:

  1. Tahniah. Satu platfom terbaik bagi mmbntu glongan student lebih rapat dgn msyarakat mlalui program dan aktiviti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas sokongan saudara.

      Padam
    2. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI


      Padam
  2. cm best ja..batch 93 smkseri bp jum join ramai2..hampa pun ramai dh msok IPTA, elok kita msok nie..bole gather blek smbil tu buad aktiviti.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amirul dan rakan-rakan yang sedang belajar dialu-alukan. Kita akan laksanakan pelbagai program menarik di kawasan Parlimen kita.

      Padam
  3. Waahh...best dan proaktifnya En Zairi... Semoga dipermudahkan semua urusan yang baik2 ni... :)

    -Nadot BTN May 2013 ;)

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...