Pasca Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Stadium Merdeka semalam menyaksikan rantaian gambar disebarkan sama ada melalui twitter, facebook, blog mahupun portal berita. Refleksi ini adalah usaha di kalangan para penyokong DAP, PKR dan PAS bagi mengekalkan momentum kebencian terhadap Barisan Nasional menjelang PRU13.
Mereka tidak mahu kepuasan berpesta di Stadium Merdeka berakhir begitu saja. Ia perlu dikekal dan dipanjangkan ke seluruh pelusuk negara. Jika tidak, sia-sialah usaha yang dilakukan pasca PRU12 melalui siri-siri perhimpunan BERSIH, HIJAU dan OREN sebelum ini.
Namun, sama ada rakyat (lebih tepatnya pengundi) terkesan atau pun tidak dengan momentum himpunan jalanan berkenaan, malam PRU13 kita semua akan tahu.
