Isnin, 1 Ogos 2011

Group mempromosi murtad di Malaysia: Mohon seluruh umat Islam laporkan kepada SKMM dan Polis

Di kala umat Islam bergembira dengan kehadiran Ramadhan bermula hari ini, saya berasa amat marah dan kecewa apabila membaca posting yang dibuat oleh seorang rakan mengenai satu group yang diwujudkan untuk mempromosikan murtad di Malaysia dan Singapura. 

Klik gambar untuk baca dengan jelas

Group berkenaan yang bertajuk Murtads in Malaysia and Singapore secara jelas dan berani menyatakan tanpa berselindung kenyataan berikut bagi menggambarkan agenda mereka:

"Kumpulan ini terbuka kepada mereka yang murtad dari Islam di Malaysia dan pihak-pihak yang ingin menyumbangkan sokongan moral kepada mereka yang murtad. Objektif kumpulan ini adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia."


Ia juga bukan sekadar mempromosikan murtad malah turut bersikap anti-kerajaan apabila mengeluarkan kenyataan berikut:

"Kerajaan Malaysia telah bertindak dengan menyekatkan laman web yang bertajuk Faith Freedom International (Kebebasan kepada Kepercayaan Antarabangsa) di alamat: http://faithfreedom.org/. Penggunaan Internet di Malaysia kini sedang dikawal dengan ketat. Mereka yang dijumpai dan dipercayai oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Islam di Malaysia menyalahgunakan Internet adalah mereka yang mengakses dan mengeluarkan maklumat yang tidak disetujui oleh matlamat pengislaman negara Melayu Malaysia. Kawalan ini telah melibatkan rakyat Malaysia yang hanya bersuara di Internet ditangkap dan dihukum dengan berat. Murtad telah difatwakan oleh kerajaan Islam di Malaysia sebagai ancaman keselamatan negara dan jenayah berat."

Jika admin dan ahli group ini merasakan tindakan Kerajaan Malaysia itu salah dan seluruh umat Islam harus diberikan kebebasan untuk murtad dengan menggunakan alasan kebebasan beragama seperti yang termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan, saya mohon mereka untuk membaca peruntukan berkenaan SEHINGGA HABIS dan bukan di Fasal 1 sahaja.

Perkara 11. Kebebasan Beragama
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.


Kewujudan group ini secara jelas bukan saja tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Ugama Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan) dan sensitiviti umat Islam di Malaysia malah lebih buruk lagi, ia boleh menjadi pencetus kepada pertelingkahan antara agama di negara ini. 

Kebencian terhadap Islam di dalam group berkenaan

Saya merasa sedikit terkilan apabila mendapati terdapat sebilangan ahli politik Malaysia turut menyertai group ini. Cuba semak sendiri, profile mereka ini sememangnya tulen, bukan palsu. Tambahan pula, mereka yang ingin menyertai group ini perlu request (Ask to join group). Bukankah itu tandanya mereka sememangnya berniat untuk menyertai group berkenaan?
 



 Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka

Ahli-ahli politik ini seharusnya mengajak rakyat Malaysia untuk menghormati Perlembagaan, menjaga sensitiviti umat Islam dan bukannya menunjukkan solidariti ke atas perkara yang mempromosiikan murtad sebegini. Apa pun alasan yang mungkin diberikan sama ada sekadar suka-suka, mahu mentarbiah atau mahu berdialog, kehadiran mereka ke group tersebut sungguh mengecewakan. Mereka memberikan mesej yang salah dengan menyertainya.

Kepada rakan-rakan sekalian, tidak perlu untuk menyertai group tersebut sama ada  untuk membantah atau berdialong dengan mereka. Tiada gunanya untuk mentarbiah kerana mereka telah set di minda untuk mempelopori usaha murtad di Malaysia apabila mengeluarkan kenyataan berikut:

"Jadi, marilah kita semua menjadikan tempat ini sebagai tempat pelindung kepada murtad-murtad di Malaysia dan menghulurkan bantuan and sokongan kepada mereka. Ini boleh menjadi tempat yang selamat penuh dengan dorongan dan sokongan kepada apa jua pilihan yang dibuat oleh mereka yang murtad. Tanggungjawab kita semua hanyalah untuk menerima mereka ini sebagai seseorang individu yang berhak membuat pilihan, dan juga menerima mereka sebagai individu yang berhak untuk hidup dan bebas dari hukuman Sharia Islam."

Saya telah melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kewujudan group ini di laman berikut http://aduan.skmm.gov.my dan merayu agar semua umat Islam lain di Malaysia yang prihatin agar turut berbuat demikian. Saya percaya, sekiranya SKMM menerima bantahan dan aduan sebegini dalam jumlah yang besar, pasti mereka akan mengambil tindakan yang pantas untuk menanganinya.


Dan juga, sekiranya berupaya, mohon adukan juga kepada pihak polis agar perkara ini ditangani secara tuntas dan berkesan. Saya akan melakukannya pada kadar segera.

Mohon panjangkan pengetahuan ini kepada rakan-rakan yang lain agar semua berhati-hati akan kewujudan agenda keji untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia. Semoga sedikit usaha kita ini akan memelihara iman dan Islam kita semua.

48 ulasan:

  1. MasyaAllah! menyedihkan & membimbangkan krn anak2 muda melayu kita sgt rapuh pegangan mrk terutamanya bila ibubapa sendiri gagal menjadi Muslim yg baik...

    BalasPadam
  2. Tahniah & terima kasih tuan diatas keberanian dlm mnegakkan kebenaran. Insyaallah akan sy susuli nti. fakta yg cukup menarik.

    BalasPadam
  3. Sebagai makluman, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Kembangan petang semalam berhubung perkara ini. Harapnya ia dapat diselesaikan dengan segera oleh pihak berkuasa.

    BalasPadam
  4. Tahniah atas usaha saudara. Moga Allah sentiasa merahmati saudara...moga mendapat kebahagiaan dunia akhirat InsyaAllah..

    BalasPadam
  5. just nak bagitau.. dalam group ni ramai golongan gay,mak nyah yang dulu aktif berdebat pasal agama di dalam forum g4m dan sekarang dikenali sebagai planetromeo yang telah disekat oleh skkm, diorg ni dah tak percaya pada agama sebab terlalu ikut dunia kebaratan sangat.. sekiranya kawan2, adik beradik lelaki korang minat akan lady gaga,madonna, bitney space atau artis2 perempuan tu.. hati2 lah.. kemungkinan besar mereka adalah golongan dua alam tersebut..

    BalasPadam
  6. sy sokong perjuangan awk....

    BalasPadam
  7. Tindakan saudara melaporkan perkara ini ke balai polis hanya menunjukkan kecetekkan saudara dalam menangani isu sebegini. Saudara harus sedar bahawa mereka juga manusia yang perlukan sokongan. Golongan murtad juga adalah manusia. Adakah penyelesaian yang terbaik bagi saudara ialah memasukkan kesemua mereka ke dalam ISA? Cara terbaik ialah mencari punca kepada ketidakpuasan hati golongan murtad ini. Berdiskusi secara rasional dan penerimaan. Kita tak boleh 'demand' toleransi. Kita kena mula kan dengan diri sendiri. Siapa saudara dan siapa saya untuk menentukan apa itu yang benar dan tidak. Melayu malaysia kebanyakkan terlalu "self righteous", terlalu merasakan diri mereka yang paling benar. Sebelum menuding jari dan berkobar-kobar menuding jari demi menegakkan kebenaran, bacalah Quran, dan tafsirnya dan sejarah2nya. Kebanyakkan mereka yang murtad, murtad kerana islam itu sendiri.

    BalasPadam
  8. Saya setuju dengan neutral...especially setuju sangat yg kebanyakan mereka yg murtad kerana islam itu sendiri, bukan kerana pengaruh luar. Jangan lah terlalu cepat melatah. Memang sgt tipikal bagi org seperti saudara, berakal cetek, self-righteous, dan selalu bergantung pada pihak berkuasa sebagai jalan penyelesaian, walhal org2 murtad tu bukanlah satu ancaman, jika difikirkan sedalam2 nya. Org seperti saudara ini lah yg mengancam hak berfikir dan hak menentukan cara hidup bagi orang2 lain yg tak semestinya bersependapat dgn saudara.

    Lagipun, laman facebook yg dilaporkan tu, sebenarnya tak ada langsung "mempromosikan" murtad di negara ni. Bukannya mereka menyeru supaya semua org Islam ikut serta, malahan siapa yg nak ikut serta tu harus diberi permission dulu melalui admin nya. Itu bukan promosi, kan? Ia hanya tempat utk mereka berinteraksi secara online, kerana kalau nak buat di luar memang dah tentu tak dapat, seudah tentu dapat kekangan dan tentangan keras oleh rata2 orang seperti saudara ni. Lagipun, berapa sangat lah members dalam group tu, kalau nak dibandingkan group2 Islamist yg lain, baik tempatan atau luar negara. So, saya fikir, berilah orang lain ruang, sepertimana saudara pun mahu ruang utk saudara sendiri berfikir dan berinteraksi. Janganlah impose ideologi saudara pada orang lain, sepertimana saudara tak suka ideologi orang lain dipaksa suap masuk ke minda saudara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju,,sangat...pndapat anda,,cer tanya,,,kenapa mereka ingin murtad,,dengar suara mereka,,,

      Padam
  9. Saudara neutral,
    terima kasih kerana memberikan maklumbalas dan saya percaya saudara juga mungkin merupakan salah seorang dari ahli kumpulan berkenaan memandangkan link blog ini telah dipastekan ke dalam Group berkenaan.

    Walaubagimanapun ingin dijelaskan, tindakan saya melaporkan perkara ini ke pihak polis dan skmm adalah kerana tanggungjawab saya sebagai seorang Islam dan tanggungjawab saya sebagai rakyat malaysia.

    Betul, golongan murtad itu manusia dan seharusnya kita berdiskusi dengan mereka. Soalnya, adakah mereka itu telah pergi berdiskusi dengan pihak yang berkenaan sebelum mengambil keputusan untuk murtad? Di negara ini kerajaan telah menyediakan begitu banyak saluran kepada umat Islam untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling sama ada di khususnya di JAKIM dan pejabat-pejabat agama negeri dalam pelbagai isu termasuklah murtad. Malangnya berapa ramai dari golongan yang ingin murtad ini (yang semestinya Islam) berdiskusi dengan mereka?

    Bagi saya, apa guna untuk berdiskusi dengan ahli group berkenaan jika telah tertanam di minda mereka "untuk hidup dan bebas dari hukuman Sharia Islam"? Niat mereka tidak lain hanya untuk menghina Islam dan Rasulullah serta mengharapkan agar ramai lagi yang menyertainya. Caci maki dan kata-kata kesat mewarnai goup tersebut. Saudara sendiri boleh melihatnya bukan? Adakah itu makna diskusi yang saudara maksudkan?

    Berbalik kepada tanggungjawab kepada Islam, saya wajib untuk mempertahankan akidah saya, keturunan saya dan rakan-rakan seIslam yang lainnya. Walaupun ada ulama yang berbeza pandangan mengenai hukuman terhadap murtad, tetapi yang paling masyhur adalah bunuh (sekiranya selepas diberi peluang masih menolak). Dalam konteks kita di Malaysia, saya atau sesiapa saja tidak boleh pergi membunuh orang lain atas alasan murtad kerana orang yang membunuh itu akan didakwa pula selepas itu. Jadi, adalah lebih baik saya melaporkan kepada pihak berkuasa (polis) untuk menangani isu ini.

    Dan juga, saya melaksanakan tugas sebagai rakyat Malaysia kerana telah jelas di dalam peruntukan Perkara 11 Fasal 4 Perlembagaan (rujuk posting di atas) bahawa kerajaan melalui undang-undang "boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam". Ini bermakna orang Islam di Malaysia boleh dikawal dan disekat dari murtad (keluar dan menganuti agama lain). Tidakkah saudara maklum mengenai peruntukkan berkenaan? dan semestinya pihak berkuasa yang boleh menguatkuasakan peruntukkan berkenaan adalah skmm dan polis. bukankah persamaan kita (walaupun bukan dari aspek pemikiran dan agama) sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati undang-undang yang ada?

    Sebenarnya tidak timbul mengenai persoalan sama ada saya atau orang Melayu Malaysia sebagai "self righteos" sebagaimana yang saudara perkatakan. Sebaliknya, apa yang dibuat itu adalah berdasarkan kepada peruntukkan yang ada. Jika tidak bersetuju dengan peruntukkan itu ubahlah. Pilih cara toleransi, bukan anarki. Bukankah itu adab dalam kepercayaan/agama saudara juga?

    Semoga saudara diberikan hidayah oleh Allah SWT.

    BalasPadam
  10. Saudara rasionalis,
    Seperti juga saudara neutral, saya mengucapkan terima kasih atas maklumbalas diberikan. Namun, saya tidak dapat bersetuju dengan saudara apabila mengatakan saya "mengancam hak berfikan dan menentu cara hidup orang lain". Saya langsung tidak menentang bagaimana cara orang lain untuk orang berfikir tetapi apa yang saya tentang ialah hasrat seorang Islam untuk murtad.

    Sebagaimana yang dijelaskan kepada saudara neutral, saya melapor kepada pihak polis dan skmm berdasarkan kepada peruntukkan perundangan yang ada. Saya tidak mahu memilih untuk menggunakan pendekatan yang boleh menghuru-harakan perpaduan dan keamanan negara. Perbezaan pendapat itu lumrah kehidupan apatah lagi kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum, berbilang agama, tetapi apabila membabitkan persoalan akidah umat Islam, saya tidak dapat berkompromi. Ini bukan bermakna saya menutup ruang perbincangan tetapi apa maknanya untuk berbicara dengan orang yang telah awal-awal lagi bertekad "untuk hidup dan bebas dari hukuman Sharia Islam"?

    Apabila saudara mengatakan group berkenaan bukan sebagai langkah mempromosi murtad ia merupakan satu kenyataan yang dangkal. Promosi bukan hanya bermakna mengwar-warkan tetapi juga meliputi usaha-usaha untuk menarik orang lain agar sukakan sesuatu. Jelas dan nyata group ini bertujuan untuk menghimpunkan mereka yang murtad dan seterusnya mempelopori usaha menarik lebih ramai lagi untuk murtad. Keberanian yang cuba ditunjukkan oleh kumpulan saudara itu adalah salah, sama ada dari aspek Islam mahupun perundangan negara.

    Dan sebagaimana yang telah dijelaskan, saya bukan menghalang ruang atau kotak pemikiran/ ideologi saudara dan rakan-rakan yang lain, cuma ruang yang saudara tuntut dan bentuk pemikiran yang saudara cuba pelopori itu merbahaya kepada akidah umat Islam di negara ini. Juga sekali lagi disebut, ia salah mengikut undang-undang negara ini. Sebab itu saya menolaknya.

    Jika saudara merasakan group itu wajar diberikan ruang untuk meluahkan perasaan mereka, saya juga wajar diberikan ruang untuk menyanggah apa yang mereka rasakan.

    Semoga Allah memberikan hidayah kepada saudara.

    BalasPadam
  11. Lebih baik di perangi ja.apa nak di doddoikan lagi..susah dah nak mengubat..degil berlaka semau nya...hidup dah tak percaya pada allah..dia nak bebas sangat ..perang aja mereka ini..apa mau biar mereka masih bermaharaja lela dengan aktiviti mereka.yang bakal merusakkan semua anak muda umat islam...aku tak rela..report dan halang block mereka dari masuk di malaysia...sekatan habisan .jangan kasi perluang..pergi mampus dengan kumpulan murtad ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg wajib di perangi,,,kan Islam tu sinonim dgn perang,,sejak dr dulu sampai kini,,,org arab nganggap perang satu hiburan,,sukan dlm islam pun,,bercirikan perang,,lawan pedang,mmanah,lumba kuda,,nnt bila pihak murtad tu kalah,,,kita akan dpt harta rampasan,,anak isterinya,,kita jdkan hamba,,yg boleh di setubuhi,,he3 best,,

      Padam
  12. "Saya langsung tak menentang bagaimana cara org lain utk orang berfikir tetapi apa yg saya tentang ialah hasrat seorang Islam utk murtad"

    Macam mana tu? Sekejap kata langsung tak menentang, lepas tu tak sempat ayat tu bernoktah, dah kata menentang pula? Jika seorang individu Islam berfikir utk murtad berdasarkan pertimbangan akal fikirannya sendiri, dan saudara menentangnya, bukankah itu bermakna saudara menentang cara individu lain berfikir?

    "Ini bukan bermakna saya menutup ruang perbincangan tetapi apa maknanya untuk berbicara dengan orang yang telah awal-awal lagi bertekad "untuk hidup dan bebas dari hukuman Sharia Islam"?"

    Itulah isunya, bagi saudara, perbincangan tu haruslah mengubah fikiran mereka, dan bagi mereka pula hanya toleransi dah memadai. Jadi, sama juga lah jika dikatakan, apa maknanya utk berbicara dgn orang yang telah awal2 lagi bertekad utk mengubah pendirian dan pemikiran kita. Perbezaannya adalah, satu pihak mempunyai pemikiran yg amat terbuka dan universal, tapi yg satu pihak lagi mempunyai pemikiran yg terhad pada "undang2" Islam.

    Saya bukan berniat utk memperlekehkan apa saudara percaya, cuma saya fikir kepercayaan agama dan spiritual adalah personal, hak individu. Tiada siapa yg patut menentukan apa orang lain patut percaya. Apa jadi pada ungkapan "tiada paksaan dalam Islam" yg sering diperkatakan? Jika pihak berkuasa mengambil tindakan pada mereka, tangkap, beri "kaunseling", disuruh kembali ke Islam, walhal pendirian mereka jauh dari itu, bukankah itu paksaan? Jadi, jika saudara rasa situasi tu "helpless", apa yg patut dibuat pada mereka ni? Bunuh? Buang negara? Atau apa saja yg bertentangan dgn hak asasi manusia? Sebenarnya, kerana sentimen "paksaan" dan "kekerasan" inilah yg banyak menjauhkan sesetengah orang Islam terhadap Islam itu sendiri. Apa yg betul bagi saudara, mungkin tidak logik pada org lain, jadi terimalah kenyataan itu. Apabila saudara melatah, itu lebih menunjukkan betapa insecure nya saudara ni. Sebenarnya, kalau ada sifat toleransi, saya yakin tak akan timbul rasa takut dan benci di antara dua pihak. Saudara tak perasan ke, golongan "murtad" ini selalu ada isu dgn Islam saja, bukan dgn agama lain? Walhal ramai juga mereka yg keluar dr agama2 lain. Ini kerana agama lain ada unsur toleransi, dan bukan kekerasan dan keganasan.

    "Jika saudara merasakan group tu wajar diberikan ruang untuk meluahkan perasaan mereka, saya juga wajar diberikan ruang utk menyanggah apa yang mereka rasakan"

    Saudara memang dah ada ruang tu, bukan saja online, malahan di luar tu pun banyak. Bezanya, saudara gunakan ruang tu utk impose tindakan keras terhadap mereka yg tak sependapat dgn saudara, dgn melibatkan pihak berkuasa. Mereka pula guna ruang utk berinteraksi secara online, kerana tiada medium lain yg lebih selamat, itu pun dah tak brapa selamat disebabkan oleh saudara. Sentimen saudara yg mengatakan bahawa murtad itu bahaya pada umat Islam adalah paranoia semata2.

    Unsur "bahaya" golongan murtad kepada umat Islam amat subjektif dan bersifat paranoid. Tapi unsur bahaya ideologi saudara pada golongan ini jauh lebih berbahaya, melibatkan keselamatan dan nyawa.

    Saudara perlulah terima, tak semua orang memerlukan agama sebagai penentu moral dan akal fikiran. Itu kenyataan, bukan saya reka. Janganlah dengan mudah mengaitkan perkara negatif pada mereka yg berpendapat berbeza dgn saudara. Mungkin saudara masih muda lagi, dan berniat baik, pada fikiran saudara. Saya tak akan cuba mengubah pendirian saudara, cuma, saya harap saudara pun tak perlu lah cuba mengubah pemikiran org lain supaya selari dgn saudara. Walaupun saudara acap kali mengatakan saudara bukan menghalang ruang dan pemikiran/ideologi, tapi memang jelas saudara contradict diri sendiri.

    Oh ya, saya bukanlah ahli group tersebut. :)

    BalasPadam
  13. Asslammualikum... bagus tindakan saudra.. mereka yang sebegini tidak boleh di biarkan... hapuskan... inilah perosak islam... jagn di slahkan islam.. sesungguhnya islam itu sempurna dan di pelihara Allah...

    Cuma orang yang jahil dan terlalu ikutkan nafsu shaja menyokong group ini... seharusnya golongan murtad ini di pancung kepalanya... Mudahan kita mati dalam keadaan mempertahankan islam...

    sesungguhnya azab allah amat dashat... jgn slahkan tuhanmu,kerana tuhan mu sendiri telah memberi peringatan kepadamu...yakni Al-Quran Kalamullah...

    BalasPadam
  14. Syed Muhammad Nabil3 Ogos 2011 4:16 PTG

    Teruskan perjuangan mu... jangan takut Allah membantumu...

    BalasPadam
  15. - "Saya langsung tak menentang bagaimana cara org lain utk orang berfikir tetapi apa yg saya tentang ialah hasrat seorang Islam utk murtad"

    - "Ini bukan bermakna saya menutup ruang perbincangan tetapi apa maknanya untuk berbicara dengan orang yang telah awal-awal lagi bertekad "untuk hidup dan bebas dari hukuman Sharia Islam"?"

    Apa yang saya maksudkan dari kedua-dua ayat di atas ialah saya terbuka kepada apa saja pandangan dan perbincangan selagi ia tidak merosakkan akidah umat Islam dalam soal mentauhidkan Allah. Saya melihat dari kacamata seorang muslim manakala saudara pula melihat dari sisi atheis/liberal. saudara melihat undang-undang Islam sebagai satu batasan, saya melihat ianya sebagai satu cara hidup.

    Saudara juga secara salah telah mentafsirkan pengertian mengenai "tiada paksaan dalam Islam" dan saya harap saudara bukan berniat dengan sengaja untuk melakukannya. sebenarnya, ayat berkenaan harus dimengertikan sebagai TIADA PAKSAAN UNTUK MENGAJAK ORANG BUKAN ISLAM MEMELUK ISLAM! ia sangat tidak tepat untuk dikaitkan dengan contoh yang saudara berikan. hujah berkenaan salah.

    Pandangan bahawa "tak semua orang memerlukan agama sebagai penentu moral dan akal fikiran" perlu disemak semula. Apatah lagi sebagai warganegara Malaysia yang berpegang kepada rukun negara, bukankah tersemat prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan itu yang pertamanya?

    Dan akhir sekali, secara tegas sekali lagi dinyatakan, saya tidak menghalang ruang dan pemikiran/ideologi sesiapapun selagi ia tidak merosakkan akidah umat Islam dan melanggar peruntukan perlembagaan.

    BalasPadam
  16. Nyata skali pandangan kita terhadap kebebasan utk berfikir dan menilai dgn akal fikiran yg waras adalah amat berbeza. Apa saja hujah logik yg universal drpd saya pasti akan disangkal oleh saudara berdasarkan hukum agama dan perlembagaan. Itu cara hidup yg saudara pilih, sebagai manusia saya hormat dan tak terlintas utk menyarankan saudara berubah. Tapi saya juga harapkan saudara consider cara dan pilihan orang lain.

    Pada awalnya saya beri pendapat dlm blog ini dgn harapan dapat menemui saudara di pertengahan jalan, yg sering dikenali sebagai persimpangan toleransi, di mana pemahaman kita berselisih, tapi masing2 boleh beri laluan antara satu dgn yg lain tanpa sekatan. Tapi sayangnya ini agak mustahil. Tak apalah, begitu ramai lagi orang seperti saudara yg pernah saya cuba berdialog tapi sering menemui jalan buntu kerana memang tidak wujud sifat toleransi itu.

    Oleh itu, semoga saudara dapatlah apa yang dihajati dgn tindakan saudara tersebut. Dgn sokongan yg padu dari yg lain, pasti sekatan itu berjaya, percayalah.

    Terima kasih sebab membalas komen saya dgn cara matang walaupun terbatas, saya hargainya. Cuma saya nak perbetulkan kenyataan saudara yg mengatakan saya salah tafsir pengertian "tiada paksaan dalam Islam". Saya tahu apa maksud pengertian itu, sepertimana yg saudara katakan, memang saya setuju, itu lah pengertiannya. Jadi, tak salah jika saya cuba praktikkan pengertian itu dalam situasi gridlock ini. Bukankah sesiapa yg denounce kepercayaan agamanya i.e. Islam, sudah secara automatik menjadi bukan Islam? Memang umat Islam terbatas dengan hukum Syariah, tapi dari segi logik, adakah seseorang itu qualify sebagai seorang umat Islam apabila dia sudah tidak percaya lagi akan ajaran tersebut?

    Saya dapat agak apa jawapan yg saudara akan berikan, dan perbicaraan ini akan go full circle and back again. Isu tetap berakar pada perbezaan pegangan dan pegangan masing2. Salah satu jalan penyelesaian yg aman adalah toleransi, tapi ini dah terbukti mustahil, especially bila berbicara tentang Islam, di mana2 pun di dunia ni.

    Jadi, semoga saudara berjayalah dalam usaha murni saudara itu, dan kita lihat jika ia akan mengubah pendirian/pemikiran orang2 seperti saya, yg saudara label atheist/liberal.

    Sebelum saya beredar, jika ada kelapangan, cuba hayati penulisan ini, berkaitan IQ and Religiosity:

    http://en.wikipedia.org/wiki/Religiosity_and_intelligence

    Saya tak salahkan saudara, saya faham mengapa saudara bertindak dan berfikir sedemikian. Bukan salah saudara, memang keupayaan mental dan intelligence memainkan peranan penting dalam kebolehan utk berasional.

    Sekian... :)

    BalasPadam
  17. bunuh jerr....

    BalasPadam
  18. salam,saya murtad,dan saya join grup tersebut,tapi takde pulak ajak sape nak murtad?anda biar betul?

    BalasPadam
  19. semoga golongan murtad kembali kepada islam kembali....

    BalasPadam
  20. Saudara rasionalis,
    Saya bersetuju bahawa kita tidak akan bertembung di titik pertemuan apabila berbicarakan persoalan yang menyentuh mengenai akidah seseorang muslim. Kebebasan dalam apa perkara sekalipun, ada hadnya. begitu juga dengan pemikiran.

    Berhubung dengan link yang saudara berikan, saya telah melihatnya dan ternyata, ia masih boleh dibahaskan berkaitan dengan metodologi yang digunakan dan latar belakang penyelidik itu sendiri. mungkin penyelidik-penyelidik itu juga sememangnya atheis dan telah merangka soalan untuk kajian-kajian berkenaan agar menyokong apa yang mereka percayai. saya tidak cenderung untuk membaca hasil kajian secara petikan kerana ia hanya akan menggambarkan apa yang dimahukan oleh orang yang memetiknya. :)

    Terima kasih atas segala pandangan yang saudara berikan dan maaf kerana saya tidak dapat bersetuju dengannya.

    Bagimu agamamu, bagiku agamaku, namun Allah tetap Tuhan yang Satu.

    Semoga saudara diberikan hidayah oleh Allah SWT

    BalasPadam
  21. tahniah atas tindakan saudara menentang geng murtad.

    kita akan perangi mereka dengan ketajaman pena kita.

    bantuan blogger lain akan diminta panjangkan perkara ini.

    sila rujuk artikel terbaru panglima tentang perkara ini yang baru diterbit sebentar tadi.


    tahniah dan teruskan perjuangan murni anda.

    BalasPadam
  22. hak & kebebasan manusia juga ada had & batasnya. tiada yg ada di alam maya ini yg tiada hujungnya. hatta nyawa sekalipun. dalam ruang lingkup Islam, sesiapa yg menjadi penganut kepada agama ini juga terbatas kepada hukum2 & larangan Islam. apa yg termaktub dalam hukum inilah yg wajib dilaksanakan oleh penganutnya. dalam isu murtad, bukan begitu mudah untuk meninggalkan agama sesuka hati. ada hukum & sekatan kepada org yg ingin murtad tersebut, berlandaskan hukum Islam, kerana individu tersebut pernah Islam. manusia dianugerahkan akal fikiran oleh penciptanya. jangan kerana kebebasan, hingga menjatuhkan nilai diri tidak lebih daripada haiwan. kebebasan tanpa batasan adalah perilaku haiwan sebab haiwan tiada akal untuk berfikir.

    BalasPadam
  23. Kalau betul sekadar tempat perbincangan golongan murtad, tak kan sampai caci-maki terhadap Islam, Rasulullah saw yang tersayang dan kuasa politik Islam di Malaysia?

    Grup ni bertujuan provokasi dan mencerca Islam dengan fakta yang salah. Bukan berhujah dengan baik dan adil atau untuk memahami.

    Laporkan, tangkap dan hukum. Selagi Islam bernafas di Malaysia, benda ni takkan mendapat tempat senang-senang.

    BalasPadam
  24. Bagi ku, Tuhan yang wajib disembah, tidak layak disembah.

    BalasPadam
  25. ini buktinya umat islam sendiri yang tidak berpegang pada jalanNya. sedikit demi sedikit Allah menarik kembali kegerunan pada orang kafir terhadap umat islam. dahulu mereka begitu gerun dengar nama Islam.....kini.... selamanya????

    BalasPadam
  26. dunia semakin hampir..sampai bila kita mesti berlembut?? Malaysia x sama seperti d indonesia cara mereka menanganinya..kalau d indonesia mungkin sudah berperang...

    BalasPadam
  27. La ilah muhammad laisa rasulullah6 Ogos 2011 8:44 PG

    Pak Zeri. Ape cerita sekarang? Sudah berjayakah laporan itu diterima oleh SKMM. Setahu saya SKMM, KDN, JAKIM, pihak PDRM semuanya sudah tidak peduli dengan kes Makcik Sitt Al-Wuzara dan golongan murtad-murtad lahanat menghina Islam di internet ini. Saya cadangkan Pak Zeri dan yang mengidam-idamkan untuk melancarkan jihad memerangi orang murtad di Malaysia bersabarlah. Sesungguhnya balasan itu terletak di tangan Allah, bukan di tangan kamu atau ulamak-ulamak Islam. Memang sudah ramai kami di Malaysia ini sudah lama murtad. Kalau sudah yakin bahawa Allah swt itu bukan tuhan dan Muhammad itu bukan pesuruh Allah, kami bukan lagi tergolong dalam kategori umat Islam. Maka, hukum Islam itu tidak patut dikenakan dan tiada gunanya untuk memaksa kami untuk kembali pada agama Islam ajaran palsu makhluk Arab Muhammad yang tidak waras ini. Kami tidak pun bertujuan untuk mempengaruhi umat Islam untuk murtad. Malah, kami hanya berfungsi sebagai ruang kepada yang memang tidak percaya pada ajaran Islam yang suka paksa-memaksa ini, untuk berkumpul dan merasa diri mereka ini tidaklah keseorangan. Jadi saya menyeru bahawa saudara berperihatin kepada kami, sesungguhnya kumpulan kami tidak bertujuan untuk membuat huru-hara di Malaysia. Kami hanya ingin hidup dengan aman dan menerima sokongan moral dari mereka yang senasib dan mereka yang berperihatin terhadap nasib kami.

    BalasPadam
  28. Masya Allah. Dulu aku ingat, Yahudi Illuminati Antarabangsa sepatutnya dah berjaya ambil-alih Malaysia dengan kekuatan politik pada peristiwa 13 Mei 1969. Alhamdulilah, tiba2 keluar pejuang Islam Melayu pertahankan negara dengan kekuatan ilmu parang terbang.

    Rupa2nya sekarang, Yahudi yang berpengkalan di Singapura tu gunakan kekuatan wang dan tarikan kebebasan hidup untuk menakluk negara melalui isu murtad pula. Bangkitlah bangsa melayu. Belajarlah tentang asal-usul bangsa kamu melalui blog seperti mistisfiles dan halamansrikandi tu.

    BalasPadam
  29. LA...SERTAI GROUP TAK SEMESTINYA SOKONG MURTAD. ALAMAK LU, OTAK MACAMANA BOLEH JAGA BLOG NI.AKU PUN NAK JOIN GRUP NI, BUKAN UNTUK MURTAD, SEKURANGNYA TAHU APA YANG MEREKA BUAT, APA YANG MEREKA LAKUKAN...KAU PUN JOIN GRUP TU, KALAU TAK MACAMANA KAU TAU DALAM GRUP ADA APA DAN SIAPA...ADUHAI, ZAMAN MCM NI PUN ADA YANG KALUT MACAM KAU LAGI...

    BalasPadam
  30. Apa tindakan SKMM dan KDN dlm isu ni? Sehingga hari ini page tersebut masih aktif. Kata2 menghina dan mencaci Allah SWT dan Nabi SAW terang2 ditulis di situ. Tak ada tindakan?

    BalasPadam
  31. wahai si melayu murtad..
    anda ada pilihan sendiri.. fikiran sendiri..
    tak mungkin anda murtad dgn sendirinya tanpa sogokan wang dan kebendaan..
    jgn tipu.. akui saja.. kebendaan mmg menjadi perkara utama dlm kehidupan kan?

    tapi ingatlah lama mana sgt anda akan hidup..?
    berapa sgt usia anda diberi tuhan?
    mungkin 10,20 tahun lg? esok atau lusa?
    saat anda diazab oleh Allah sejurus disaat sakaratul maut dan dikubur sejurus sebelum di neraka nanti janganlah pula kamu menyesal..
    kamu berhujah depan Allah kamu terdesak dan tiada pilihan..
    selagi anda bernyawa selagi itu anda mempunyai pilihan.. tapi jgnlah terlalu mudah meletakkan hukum yakni Allah menjauhi kamu sedangkan kamu sendiri yang lalai dan tidak mahu berusaha

    BalasPadam
  32. Kepada sang rasionalis:

    "Tiada paksaan dalam Islam" tuh bukanlah bermaksud tiada paksaan bg Muslim menukar agamanya, tp bermaksud tiada paksaan bg yg bukan Muslim utk memeluk Islam. tp kalau saudara dh jalani kehidupan ibadah sorg muslim cm solat dan berpuasa semua tuh dr kecik dan dididik dgn ilmu Islam (fardu ain, membaca muqaddam dan Quran) bermakna saudara dh mengakui keesaan Allah dan mengakui akan kewujudannya. Tp tiba2 bila meningkat dewasa atau melanjutkan pelajaran, saudara tiba2 nk ubah kenyataan yg saudara tak bersetuju dgn apa yg saudara buat sblm nih dan sblknya menukar pengakuan kpd tidak percayakan Allah dan menyembah selain Allah. Kalau dlm mahkamah dh gugur status jd saksi tuh psl bersaksi palsu atau terma kasar sedikit (maaf) munafik, tp kalau dlm mahkamah Allah (akhirat) nauzubillah.

    Hujah "Kebanyakkan mereka yang murtad kerana Islam itu sendiri" tuh pn amat dangkal dan tak boleh diterima pakai kerna seolah menunjukkan kita tdk bersyukur pd Pencipta yg kita dilahirkn dgn rahmat Islam dan Iman. Cth kalau kita dilahirkan sorg lelaki kemudian kita amat bencikan wanita atau sblknya dan mencintai/bernafsu pd sejenis, adakah kita dilahirkan sbg lelaki/wanita tuh pn nak salahkan Pencipta jugak? Atau diri sendiri? Diri sendiri yg tak mau berubah utk jd makhluk/insan yg terbaik, kenapa perlu salahkan takdir? Sbb itu lah jika wujud usaha utk menukar status jantina/agama pd identiti, benda tuh ditentang undang2 Islam dan perlembagaan negara Islam sbb Islam melindung hak lelaki dan wanita, ttp tdk termaktub pn hak homoseksual.

    Islam jg melindung hak2 Muslim dan Bukan Muslim dan bknnya hak Muslim-bertukar-Bkn-Muslim, sbb Islam tdk mengiktiraf kedua golongan ini pn ada hikmahnya. Bg golongan homoseksual, benda tuh menyekat kesinambungan ummat dan sunnah dan bg golongan murtad pulak golongan itu akan melakukan fitnah terhadap agama Islam yg pernah dianutinya (boleh tgk dlm komen grup tersebut berapa byk caci maki terhadap Allah dan RasulNya, sistem perundangan Islam dll).

    Sbb golongan murtad hukumnya dibunuh (selepas dianjurkan bertaubat) kerna jika mereka keluar Islam/riddah DAN memerangi Islam dgn fitnah, dr situ jatuhnya hukum tersebut kerana Islam agama yg unik yakni agama yg memelihara kesuciannya. Bkn murtad jek terus bunuh, tp JIKA tdk mahu bertaubat setelah diberi tempoh oleh penguasa DAN terus2an memfitnah (mencaci Allah/rasul dan mengada2kan kepincangan sistem dlm Islam) mmg hukumnya bunuh.

    Kalau Islam tak buat mcm nih, samalah agama Islam dgn agama lain yg berlembut pd penganutnya. Cth Barat dulu pn Katolik mereka menganjurkan tutup aurat, tp lihatlah bila mereka (Barat) yg menolak agama jdlah mcm kbykn bangsa Barat sekarang. Malahan India dan Cina pn agama mereka menolak judi, seks bebas dan arak, tp jika penganut sendiri yg menolak agama, jgnlah salahkan agama itu kembali. Sama lah dgn kita, jika kita dirundung pelbagai masalah, tp jika kita tak berbalik/rujuk pd agama jdlah kita org yg tak beragama.

    Sbb rahmat Islam dan Iman ini berlandaskan Ilmu dan Amal, sbb tuh la Islam ada kitab Quran dan ayat pertama adlh "Iqra" yakni "Bacalah", jd kalau kita sendiri yg asyk mencari ilmu Barat jdlah kita sperti Barat. Kalau nk jd Muslim sejati bykknlah mmbaca atau mencari Ilmu agama kita sendiri, bykkn membaca buku2 agama karya tokoh2/ulama Islam terkenal dr mengagungkan tokoh falsafah Barat yg hanya mewujudkan lebih byk teori/ilmu/istilah (cth 'ism) duniawi dan tdk laku sesen pn bila di akhirat (afterlife).
    [cont..]

    BalasPadam
  33. [cont..]
    Itu lah bezanya ilmu Islam dgn Barat, ilmu Barat hanya dipraktikkan di dunia tp ilmu agama Islam berguna serta diamalkan di dunia dan akhirat. Jgnlah diagung2kan sgt 'hak asasi manusia' tuh sbb itu semua agenda Barat utk 'equality' antara gender dan 'pluralism' antara agama, dlm Islam yg ada hya hak pd lelaki dgn wanita, Muslim dgn Bkn Muslim. Walaupun kita mempunyai 'bos' yg berlainan dlm satu 'syarikat', ttp harus diingt jawatan kita msg2 di tmpt tuh dan 'job description' kita tdk sama antara satu sama lain. Msg2 ada tujuan, msg2 ada matlamat. Kalau tujuan kita hidup di dunia adlh utk mencari keredhaan Allah dan menyiapkan diri utk Akhirat, insya'Allah kita selamat dunia dan akhirat. Tp kalau kita hidup takde tujuan dan matlamat, hanya sekadar kerja/gaji, cr harta, mkn/minum, mandi, seks dan kemudian mati seolah kita hidup tanpa pendirian.

    Bila buat semua tuh ats nama Allah dan Islam (ikut sunnah), baru hidup peroleh rahmat dan keberkatan. Seolah kita dpt 'gaji' (nyawa/rezeki) tuh tanpa dr sumbangan sesiapa pn, jd kalau kita buat semua kerana Allah baru ada nya berkat dan tanda bersyukur pd Pencipta atau 'pemberi gaji'. Sbb tuh la Islam itu adlh cara hidup, sistem dlm Islam itu sendiri mudah cuma kita yg menyusahkan dek kejahilan msg2 dan malasnya mencari ilmu agama. Bila dan byk mengkaji buku Barat dan malas mengkaji Quran tuh sendiri, membaca buku agama atau mendengar kuliah2 agama jdlah kita jauh dr Islam tuh sendiri dan berfikir cara kebaratan/sekular.

    Ilmu nih mcm hidayah, malas mencari mmg tak dpt lah tuh yg dok jd sekular dan tolak agama sendiri. Bila asyk mengkaji kitab Barat, lgla kita dok bandingkan ngn agama sendiri dan naluri manusia nih pulak lebih suka memilih benda2 mudah dan berlandaskan logik akal (nafsu) mcm ajaran sesat gak (tak pyh tutup aurat, tak pyh solat).

    Dan yg terakhir jika hujah "Golongan murtad berbahaya adlh paranoia", ingin saya tegaskan disini jika sorg Muslim keluar Islam atau melakukan riddah dan kemudian memfitnah seperti mencaci Allah/rasul, memperlekehkan undang2 shariah seperti membuat kritikan terhadap kaedah penutupan aurat dan ibadah lain yg diwajibkan, memperolokkan undang2 jenayah Islam kononnya kejam dan tdk berlandaskan hak asasi manusia, mengutuk saudara Muslim yg lain adkh itu bkn dinamakan FITNAH? sbb itulah Islam memerangi golongan murtadin yg memfitnah Islam dgn hukum bunuh, jika hukum Islam sendiri dh termaktub sebegitu dan khalifah2 besar dahulu malancarkan perang terhadap puak2 nih jd adkh bkn t'jwb kami sbg Muslim utk menjaga kesucian agama kami serta memelihara akidah para saudara Muslim yg lain? Sesungguhnya kesemua Muslim adlh bersaudara, tp jika dh keluar Islam dan memfitnah Islam itu bknlah layak digelar saudara lg bahkan layak digelak musuh Islam.

    Cth jika ada sorg Muslim keluar Islam atau menukar jantina secara terang2an dan penuh publisiti, dan diluluskan mahkamah sebuah negara Islam yakni Malaysia khususnya adkh itu bkn petanda akan ada lg (atau beratus) yg bakal mengikut jejak langkahnya? Makin ramai golongan murtad naik turun mahkamah ats dasar hak asasi manusia dan makin ramai golongan gay/lesbian dan maknyah tampil ke dpn menuntut hak perkahwinan sejenis dan penukaran jantina, adkh itu bkn digelar BERBAHAYA lg? lainlah kalau saudara mungkin terlalu kebaratan utk melindungi agama Islam sendiri, kesuciannya dan anak cucu keturunan kita pd masa dtg?
    [cont..]

    BalasPadam
  34. [cont..]
    Saudara mungkin percaya dgn konsep 'mencegah adlh lebih baik dr mengubati' bkn? Jgnlah sekadar menggunakan logik akal semata2 utk menafsirkan agama, ttp gunalah agama bila berfikir. Kalam Allah pn boleh disalah tafsirkan jika hanya menggunakan logik akal, sbb tuh utk menafsir Quran perlukan ilmu dan kaedah2nya. Toleransi dlm agama tdk wujud, hanya wujud dlm bangsa. Mana boleh "aku sembah apa yg kau sembah", sbb itulah persoalan akidah lebih dititik beratkan dlm Islam berbanding akhlak kerna jika akidah rosak maka rosaklah akhlaknya.

    Bg saya jikalau saya (nauzubillah) terdetik keraguan sikit pn ttg kewujudan Allah, nabi dan rasul, kitab Quran, syurga dan neraka, hari kiamat, hari akhirat, siksaan kubur, para malaikat, pembalasan/nisab dosa dan pahala serta qada dan qadar nescaya saya lebih memilih kematian sbg sorg Islam kerna saya yakin dgn agama ini lebih dr agama lain. Dan 'keyakinan' saya yg sikit itulah yg Allah gambarkan sbg 'sebesar biji sawi' dan ia dinamakan 'Iman'. mudah2an, insya'Allah moga Allah memberi rahmat dan keberkatan kpd saudara dan Muslim yg membaca entry ini. Amin

    Sincerely,

    Free-but-limited Thinker

    BalasPadam
  35. astaghfirullah... betul apa yg datuk harussani zakaria ckp psl lebih 100k dh murtad...

    BalasPadam
  36. Izinkan saya perbetulkan andaian (yang begitu yakin) salah satu entry "Tanpa Nama" di atas yg mengatakan saya murtad kerana sogokan wang dan kebendaan. Saudara, apa yg dibaca di dada akhbar kebelakangan ini adalah isolated cases. Kesahihan berita tersebut masih boleh dipertikai kerana faham-faham saja lah, akhbarnya pun media nasional yg tidak neutral. Saya rasa perkara ini ramai yg boleh setuju, media akhbar memang tidak neutral dan sering "bias". Anyway, saya tiada menerima sebarang sogokan wang mahupun kebendaan, bukannya saya murtad masuk Kristian atau agama lain pun. Memang saya dah ambil keputusan utk tidak mempercayai Tuhan, kerana saya yakin Tuhan (sepertimana yang digambarkan dalam semua agama, bukan Islam sahaja) itu bukan suatu entiti yg benar2 wujud. Itu berdasarkan pemikiran intelektual saya sendiri, berdasarkan apa yg saya belajar dan pengalaman hidup selama ni.

    Some people believe in tooth fairy, some believe in Santa Claus, in ghosts, some also believe in Loch Ness monster or Bigfoot, and of course some people believe in God. I just don't believe in all these because I am confident these are all the products of human fear of the unknown combined with wild imaginations.

    In fact, kalau saya disogokkan wang utk kembali ke Islam sekalipun saya tak mahu, kerana saya tak mahu tipu diri sendiri. Lagipun, bagi saya, jika Islam itu satu agama yg benar dan diangkat ke satu darjat paling tertinggi, maka kenapa perlu rasa "insecure"? Kenapa rata2 imej agama Islam ini terlalu low self-esteem dan terlalu paranoid? Kenapa cepat mahu menghukum mereka yg menggunakan akal fikiran sendiri?

    Ada di antara kamu yg kata dalam kehidupan ni sudah tentu kita diberi pilihan, rugilah kalau tak pilih Islam. Bukankah itu satu contradiction? Saya dah pun buat pilihan saya, tapi hanya kerana pilihan saya tak sama seperti kamu, adakah ia beri kamu hak utk membantah pilihan saya?

    Saya tak memperkecilkan atau membantah apa saja pilihan orang lain dan cara hidup yg disenangi masing2, cara kamu itu hak kamu, begitu juga dgn saya. Tak perlu nak banding2 kan dgn Barat, kerana perbandingan itu sendiri secara tak langsung menggambarkan "inferiority complex". Barat ke Timur ke, sama saja, manusia biasa yg boleh berfikir. The more you fear them, the better their reputation gets, if you really think about it. :)

    Jika dah lebih 100k orang Islam yg murtad dalam negara saja, sudah tentu ada sesuatu yg tak kena dalam agama Islam. Jika ia begitu benar dan suci, masakan penganutnya ingin keluar? Cuba fikir situasi ini from the other perspective juga. Jangan lah terlalu "bias".

    Remember, a healthy debate is impossible when one side claims to be the right one.
    And if u noticed, I never claim that I am right, I just said I made my decision based on my own intelligence and experience. :)

    BalasPadam
  37. Dunia dah semakin akhir zaman...nauzubillah....Semoga Allah melindungi sahabat2 di atas semua...Kembali la kepada Dua Kalimah Syahadah...Mudah2an kalian diberi hidayah oleh - Nya...Amin..

    BalasPadam
  38. kepada rasionalis..
    adakah anda yakin anda sudah menghayati agam islam sebetul2nya? sebab sorang yg beragama islam akan brpegang teguh pada 5 rukun islam iaitu:

    1.mengucap dua kalimah syahadah
    2.solat 5 waktu sehari semalam
    3.berpuasa pada bulan ramadhan
    4.membayar zakat
    5.pergi haji jika mampu

    jika saudara sudah menghayati kelima lima rukun tersebut,insyaAllah saudara xakan jadi seperti apa yg saudara jadi sekarang ni

    BalasPadam
  39. inilah yang dikatakan terlalu besar pengaruh zionis/illuminati yang berjuang akan "kebebasan berfikir", "rasionalist", "do what you want to do", "just do it", "believe in yourself" dan lain-lain lagi kata-kata "pemberi semangat". for me, it is only so-called "motivational quotes". but the minds who spread these words are greater than your mind.

    minta maaf jika ada yang tersinggung. saya tidak pasti bagaimana ingin memberitahu saudara yang telah keluar dari Islam ini dengan lebih jelas. jika disuruh membaca dan menghayati Islam, Al-Quran dan Al-Hadis, sudah tentu tidak tercapai akal saudara kecuali dibimbing sebaiknya. kerana ia terlalu luas dan ilmu manusia hanya setitik buih berbandingkan selautan ilmu Pencipta. mungkin ada baiknya kita mengikut trend masa kini, yang lebih suka menonton video, animasi, membaca sesuatu yang mudah difahami. saya sarankan tontonilah video "The Arrival".

    ia merangkumi hampir 50 episod. rentetan-rentetan aktiviti puak zionist/illuminati dalam menghapuskan agama suci kami. mereka sedang bertungkus-lumus menguasai dunia. habiskan kesemua episodnya, dan kemudian tafsirlah sendiri. saya harap masih terbuka pintu untuk kembali. saya yakin, jika anda tidak beragama, anda mempunyai PEMIKIRAN yang sama seperti mereka. nauzubillah.

    BalasPadam
  40. ya, ada suatu masa dulu saya buat 5 rukun islam tu..Rajin buat. Lama2 saya boleh fikir sendiri. :)

    BalasPadam
  41. Sahabat sekalian, terima kasih atas maklumbalas. Posting terkini saya menceritakan mengenai maklumbalas SKMM dan langkah2 yang boleh kita ambil untuk menutup group berkenaan. Mohon rujuk di:
    http://notakanan.blogspot.com/2011/08/6-langkah-mudah-untuk-laporkan-group.html

    BalasPadam
  42. Saudara rasionalis,

    Saya ingin bertanya saudara beberapa persoalan..

    Puak atheism, anti-Ciptaan ni selalunya menyerang agama dengan hujah 'agama adalah sebuah doktrin'. Bagaimana pula dengan 'doktrin' mereka yang baharu dibentuk? Kemudian mereka dengan tidak semena-mena mencipta 'kumpulan' untuk berfahaman seperti mereka? Tidakkah itu satu bentuk 'doktrin baharu' yang mengajak penganutnya mempunyai acuan pemikiran yang sama? Tidakkah mereka memerhatikan 'kerencaman' dalam keagamaan itu sendiri?

    Dan kata penutup dari saya buat golongan atheis/agnostik..

    Sebelum manusia mula mempersoalkan kewujudan Tuhan, perkara pertama yang perlu manusia soal ialah tujuan kelahirannya di dunia.

    Remember: Yes, we live only once but you die forever and when you died, you still to be buried as a Muslim in a Muslim cemetery (or perhaps you'd only prefer an 'Atheist cemetery'?). May Allah guide you (and us all too) or may the force be with you, you make your choice!

    Sekian, assalamualaikum..

    BalasPadam
  43. salam..kami disini memperjuangkn untuk memprotes group2 seumpama ini lah di facebook..insya Allah akan kami share kan tulisan anda ini di group kami.. sila join group kami untuk membela dan menjaga akidah umat islam.insya Allah
    http://www.facebook.com/#!/groups/252236421467232/

    BalasPadam
  44. Tanpa Nama 4:19, terima kasih atas makluman. Saya akan sertainya.

    BalasPadam
  45. good point varg.pada mereka, mereka adalah para pemikir/intelek yg berjaya merungkai dan memahami rahsia kejadian. walhal mereka hanyalah part-time rationalist; iaitu apabila diri mereka yg manja dgn kesenangan dan kebebasan itu rasa tersepit dan terkongkong oleh undang2 dan larangan, mereka memberontak dan cuba rationalise/membenarkan tindakan2 mereka utk meninggalkan agama.
    sape2 pun blh jd rationalist. but then it comes to a matter of true of false rationale.jgn fikir org yg beragama tidak boleh bersifat rationalist.

    BalasPadam
  46. inilah dunia akhir zaman...yang jelas salah cuba ditegakkan kononnya atas nama hak kemanusiaan. Buatlah pilihan yang terbaik sebab hasilnya kita akan terima samada kekal di dalam syurga atau masuk neraka selama-lamanya. Hidup hanya seketika, kalau rasa seronok menipu diri sendiri dan yakin dengan doktrin palsu, well...up to you. Saya rasa bangga menjadi hamba allah selama-lamanya.

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...