Rabu, 24 Ogos 2011

Jawapan rasmi SKMM terhadap aduan group mempromosi murtad di facebook


 Klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas

Saya telah menerima surat jawapan rasmi dari pihak SKMM berhubung aduan mengenai kewujudan group mempromosi murtad di facebook. Surat berkenaan ditandatangani oleh Pemangku Pengarah Kanan, Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri SKMM bertarikh 16 Ogos 2011.


Sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam posting terdahulu, di dalam surat jawapan ini, SKMM memaklumkan mereka "telah melaporkan penyalahgunaan profil tersebut kepada pengendali laman Facebook." Respon atau pendirian "pengendali laman facebook" berhubung laporan SKMM itu tidak pula dinyatakan.

Selain itu, SKMM juga tidak menyatakan faktor yang menyebabkan mereka tidak dapat menyekat group berkenaan sebagaimana yang dijelaskan oleh pegawai SKMM yang mengendalikan aduan saya.

Di perenggan terakhir, dinyatakan, "Pihak kami berharap penjelasan di atas dapat menyelesaikan isu yang disuarakan oleh tuan". 

Bagi saya, isu berkenaan sebenarnya belum selesai selagi group berkenaan tidak ditutup atau disekat. Namun, saya memahami ketidakupayaan SKMM untuk menangani perkara ini kerana ia di luar kemampuan mereka. 

Walaupun demikian, saya amat berharap agar SKMM akan mencari jalan untuk membolehkan mereka menyekat group, page atau profail yang melanggar peruntukan undang-undang di dalam facebook tanpa terlalu bergantung kepada Admin penyedia perkhidmatan berkenaan. Jika ini dapat dilakukan, pasti imej SKMM selaku badan yang bertanggungjawab terhadap pemantauan perkhidmatan telekomunikasi dan internet di negara ini akan meningkat dan lebih dihormati.

Berhubung laporan kepada pihak polis pula, saya belum dimaklumkan mengenai status semasa siasatan mereka terhadap group berkenaan. Saya percaya, pegawai penyiasat yang berkenaan sedang menjalankan tanggungjawabnya. Cuma mungkin ia belum lengkap lagi untuk tindakan seterusnya.

Saya memohon sekali lagi kepada rakan-rakan yang masih belum melaporkan kepada Admin Facebook mengenai kewujudan group berkenaan agar berbuat demikian dengan mengikuti enam langkah mudah seperti di bawah. Tidak sukar, tak sampai seminit pun.

Langkah 1
Pastikan anda telah log-in ke akaun Facebook. Klik URL berikut http://www.facebook.com/groups/117676498244829/ untuk ke group bernama Murtads in Malaysia and Singapore.

Langkah 2
Scroll page group berkenaan ke bawah sehingga jumpa perkataan Report Group seperti dalam gambar berikut dan klik perkataan Report Group tersebut.

 

Langkah 3
Selepas paparan seperti di bawah muncul, pilih perkataan Hate speech dan Targets a religious group. Seterusnya klik Continue.


Langkah 4
Selepas paparan seperti di bawah muncul, Check (tandakan) pada kotak ayat Message the administrators of this group dan kotak ayat Report to Facebook.
Seterusnya, klik Continue.


Langkah 5
Selepas paparan seperti di bawah muncul,  Check (tandakan) pada kotak nama Elias Hakimi. Inilah orangnya yang menjadi Administrator group berkenaan.
Seterusnya, klik Continue.


Langkah 6
Selepas paparan di bawah muncul, klik Continue.


Mesej berikut akan muncul sebagai tanda report anda telah dihantar kepada Administrator Facebook dan Administrator Group berkenaan.


Pohon juga agar dipanjangkan kepada rakan-rakan Facebook lain sama ada dengan publish URL blog ini di wall, emelkan kepada mereka, masukkan artikel ini di blog atau apa saja kaedah yang bersesuaian asalkan ribuan pengguna Facebook Muslim yang ada di Malaysia dapat mengambil tindakan ini.

Wassalam.

Notalalu:
09.08.11 6 langkah mudah untuk laporkan group mempromosi murtad di Malaysia kepada Admin Facebook. Mohon laksana dan sebarkan! 
01.08.11 Group mempromosi murtad di Malaysia: Mohon seluruh umat Islam laporkan kepada SKMM dan Polis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...