Memaparkan catatan dengan label Pulau Pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulau Pinang. Papar semua catatan

Selasa, 18 Mac 2014

Karnival Pendidikan Parlimen Balik Pulau 2014 pada 22 Mac (Sabtu) di KKTM Balik Pulau


Bersempena dengan pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 pada 20hb ini, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Balik Pulau dan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya akan menganjurkan Karnival Pendidikan Parlimen Balik Pulau 2014 pada 22 Mac 2014 (Sabtu) bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau. 

Pameran ini dijangkakan akan bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Ia digerakkan dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Barat Daya, Majlis Amanah Rakyat Pulau Pinang dan Gabungan Aspirasi Balik Pulau.

Setakat saya menulis artikel ini, sebanyak 22 institusi pengajian telah bersetuju untuk menyertai pameran dan akan memberikan taklimat kepada para hadirin mengenai peluang-peluang yang ditawarkan mereka. Berikut merupakan institusi-institusi yang telah mengesahkan penyertaan setakat ini.

Isnin, 17 Februari 2014

Koleksi gambar Pertandingan Memancing Aspirasi Balik Pulau 2014


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah, Pertandingan Memancing Aspirasi Balik Pulau 2014 telah berlangsung dengan jayanya Sabtu lalu, 15 Februari 2014 di Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Balik Pulau.

Selaku Pengerusi Pertandingan, secara peribadi saya amat berpuas hati dengan sambutan peserta dan pengunjung yang hadir di sekitar Kem Bina Negara Balik Pulau dan sepanjang pantai Pasir Panjang pada hari berkenaan. Dianggarkan lebih daripada 500 orang menghadirkan diri.

Pertandingan memancing ini merupakan program sulung yang dianjurkan oleh Gabungan Aspirasi Balik Pulau. Ia merupakan satu gerakan yang cuba membawa pendekatan baru dalam mengaktifkan kawasan Parlimen Balik Pulau dengan program dan aktiviti yang pelbagai dalam mendekati masyarakat. Paling penting sekali ialah Gabungan ini membawa aspirasi yakni apa yang dimahukan oleh komuniti di kawasan ini. Insya Allah saya akan perkatakan dengan lebih lanjut mengenai Gabungan Aspirasi Balik Pulau dalam artikel yang lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...