Selasa, 18 Oktober 2011

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas

Sudah semestinya semua penjawat awam amat menantikan maklumat-maklumat lebih jelas mengenai intipati SBPA yang menggantikan SSM. Selain maklumat mengenai penambahbaikan gaji, kakitangan kerajaan pasti ingin mengetahui bagaimana peluang untuk naik pangkat. Adakah lebih mudah berbanding SSM, ataupun sebaliknya?

Mungkin dek kerana terlalu banyak panggilan yang diterima dari kakitangan kerajaan berkaitan dengan SBPA, satu posting ringkas di portal JPA telah dibuat pada 14 Oktober lalu.

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen.

Jika dilihat kepada Laman Web Parlimen Malaysia, Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen, Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung dari 3 Oktober hingga 1 Disember 2011 manakala Dewan Negara pula dari 7 Disember hingga 22 Disember.

Ini bermakna, sekiranya JPA memilih untuk menantikan Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) meluluskan sepenuhnya Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012, penjawat awam perlu menanti sehingga Dewan Negara tamat bersidang pada 22 Disember untuk mengetahui intipati di dalam Pekeliling SBPA.

Namun, jika JPA hanya memegang kelulusan dari Dewan Rakyat, tanpa menantikan kelulusan Dewan Negara, maka seawalnya pada 1 Disember ini Pekeliling berkenaan akan dihebahkan. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada tarikh kelulusan Dewan Rakyat dan kata putus akhir dari JPA :)

Agaknya, apa lagi yang terkandung di dalam SBPA ya?

Sama-samalah kita nantikan.

2 ulasan:

  1. mudah-mudahan sistem gaji sbpa dapat menyenangkan semua pihak.....

    BalasPadam
  2. Bajet dah lulus 23/11/2011 jam 10.30 pm

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...