Rabu, 16 November 2011

Guru Sandaran, Pekerja Sambilan Harian dan Kontrak kekal dapat bonus menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil 10 Tahun 2011


Keresahan sebahagian rakan-rakan yang berkhidmat sebagai Pekerja Sambilan Harian sama ada mereka turut mendapat bonus kedua sebagaimana yang diumumkan YAB PM ketika membentangkan bajet 2012 lalu akhirnya terjawab melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 10 Tahun 2011.

Berdasarkan Pekeliling berkenaan, mereka yang menerima bonus pertama pada bulan Ogos lalu akan turut menerima bonus kedua ini. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan.

Cuma harapnya janganlah terkeliru dengan pernyataan di perenggan kedua Pekeliling yang menyatakan "Kadar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi bagi keseluruhan tahun 2011 yang ditetapkan adalah sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.00."

Sebulan gaji atau minimum RM1,000.00 itu bermaksud untuk satu tahun, bukan untuk apa yang akan diperoleh melalui gaji bulan Disember nanti. Separuh telah dibayar pada bulan Ogos dan tinggal separuh lagi yang akan dibayar kelak.

Pekililing Perkhidmatan Bil 10 Tahun 2011 berkenaan boleh dilayari di sini dan soalan lazim berkaitan dengannya boleh dilayari di URL berikut: http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2011/10/FAQ_pp102011.pdf

Wassalam.

Notakini:
051211 Pekeliling SBPA: Jangan biar penjawat awam ternanti-nanti

Notalalu:
181011 Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
241011 Pengambilan Jawatan Baru dalam Perkhidmatan Awam dibekukan sehingga Januari 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...