Isnin, 24 Oktober 2011

Pengambilan Jawatan Baru dalam Perkhidmatan Awam dibekukan sehingga Januari 2012


Menurut kenyataan yang dikeluarkan dalam portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, pengambilan baru ke dalam perkhidmatan awam akan dibekukan sementara sehingga Januari 2012. Ia bagi menantikan pelaksanaan SBPA yang menggantikan SSM.

"Kerajaan dalam usaha melaksanakan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berkuatkuasa mulai Januari 2012. Sehubungan itu, surat tawaran kepada semua calon yang telah berjaya dalam temu duga bagi semua jawatan akan dikeluarkan setelah SBPA dilaksanakan pada Januari 2012"

Walau bagaimanapun, perlu difahami, yang dibekukan adalah pengambilan dan bukannya permohonan. Justeru, permohonan untuk berkhidmat dengan kerajaan melalui SPA boleh dilakukan seperti biasa di sini.


Notalalu:
181011 Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
111011 Nikmat Penjawat Awam dalam Bajet 2012: Bersyukurlah!
071011 Live Bajet 2012 di Notakanan

11 ulasan:

  1. ye betul..

    permohonan masih dibuka.. pengambilan saja dibeku.. apa makna buat tawaran tanpa ada duit..?

    kenapa..? mungkin boleh lihat kepada pembaziran kerajaan yg diterajui umno.. bagi tender kepada kroni2 dan kontraktor2 belaan umno.. rasuah umno berleluasa pula dalam kerajaan pusat.

    ini terbukti dengan laporan audit 2010 yang baru dikeluarkan.. habis duit pembayar cukai diseleweng untuk survival umno..

    sprm patut siasat.. pejabat peguam negara patut buka kertas siasatan.. tangkap mana2 individu @ syarikat yang bersubahat memporak perandakan negara dan mangsanya adalah rakyat..

    apa pendapat tuan..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya bersetuju kes ini bukan hendak membantu rakyat tapi membantu kayakan kroni2.

      Padam
  2. Tanpa Nama 8:06PM,
    Apabila undi dan kuasa mengatasi segalanya, nafsu dan akal tidak menjadi waras lagi. bacalah betul2 mengapa pembekuan itu dibuat. adakah ia ditutup selama-lamanya ataupun bersifat sementara untuk memberikan laluan kepada sistem baru? jika nak salahkan umno pun, jangan lah semberono. kan membodohkan diri namanya? kalau orang kata dasar pembangkang malaysia pendek akal marah pula. entahlah!

    BalasPadam
  3. memberi laluan kepada sistem baru..?

    ini jawapan tutup lubang dari pihak kerajaan saja.. hakikatnya masih banyak pejabat2 kerajaan memerlukan kakitangan tambahan dgn kadar segera. pelbagai sektor dan agensi banyak membuat rungutan kerja tambahan yg melebihi kerja hakiki. tuan boleh semak agensi spt JKM dan perguruan.

    untuk apa saya menuduh umno tanpa bukti..? sy faham jika tuan menyebelahi kerajaan ditunjangi umno.. saya juga sokong kerajaan yg sedia ada kerana ini adalah pilihan rakyat. tp sy tidak akan sokong sebarang penyelewengan yg dilakukan..

    saya melihat tuan banyak membuat kesimpulan atas apa yg saya katakan hanya atas kapasiti politik bukan kepentingan rakyat. ini terbukti byk post2 saya tuan membangkitkan 'undi', 'kuasa'' dll. apa kata tuan berfikir sejenak atas apa yg diisukan dan kita berbincang..

    pembangkang pendek akal..? ini satu kenyataan yg kelakar bg saya.. jika tidak ada pembangkang yg kuat, mustahil penyelewengan oleh audit akan terbongkar @ akan dibangkulsampahkan saja. tanpa pembangkang, polis zaman komunis xkn dapat rm3000 utk bajet 2012 setelah sekian lama merdeka. tanpa pembangkang anang anak langkau takkan dapat 'Datuk'. tanpa pembangkang gaji xkan naik. tanpa pembangkang harga minyak akan naik sewenangnya wlwpun harga dunia telah jatuh. tanpa pembangkang kita tak tahu ada pulau di sabah akan dijual. tanpa pembangkang kita tak tahu apa yg kerajaan buat dgn duit pembayar cukai..

    nak sy huraikan lagi peranan pembangkang di malaysia ini..?

    bagi saya umno lah yg pendek akal.. tersilap percaturan untuk kelentong rakyat yg sedar semua penyelewengan ini. umno pendek akal sebab terlalu banyak rasuah, byk menyebarkan fitnah, menghukum ahli akdemik yg suburkan ilmu pengetahuan, tidak mengambil tindakan kpd mereka yg putarbelitkan sejarah dan tidak mengambil tindakan terhadap kroni2 yg bersalah spt kes stadium runtuh di terengganu.

    ini semua yg saya tidak sokong.

    BalasPadam
  4. saudara, jika hendak menjadi jaguh mana-mana parti politik pun, fahamilah isu, jangan memperbodohkan diri.

    isunya di sini ialah kerajaan akan memperkenalkan SBPA bermula 1 Januari 2012. ia akan menggantikan SSM. dengan kata lainnya, ssm akan tamat pada 31 Disember 2011.

    seseorang yang dilantik dalam sektor awam akan menandatangani surat setuju terima berdasarkan skim yang berkuat kuasa.

    ini bermakna, sekiranya pelantikan baru dibuat SEKARANG (Oktober - 31 Disember 2011), mereka akan menandatangani persetujuan untuk berkhidmat dengan kerajaan di bawah SSM.

    Jadi, sekiranya ia berlaku, mereka sekali lagi akan terpaksa menandatangi opsyen pertukaran dari SSM ke SBPA pula pada 1 Januari 2012. ia juga akan memberikan implikasi kewangan dan masa. bukankah itu menampakkan kependekan akal pihak yang bertanggungjawab dalam urusan pelantikan jika melakukannya?

    Oleh itu, SPA mengambil pendekatan untuk menangguhkan pelantikan mereka yang telah berjaya dalam temuduga sebelum ini sehingga 1 Januari 2012. Dua bulan lagi, bukan 2 tahun lagi. bukannya SPA membatalkan pelantikan tetapi hanya menangguhkan, bagi membolehkan SBPA dilaksanakan terlebih dahulu.

    Dalam tempoh berkenaan (2 bulan) sekiranya tidak cukup kakitangan untuk buat kerja, ia sebenarnya perkara yang mahu dijadikan isu oleh orang politik. tahukah anda pelantikan Pekerja Sambilan Harian untuk tempoh maksimum 3 bulan boleh dibuat? Jadi, persoalan ini tidak timbul.

    sebenarnya, yang saya tujukan pendek akal itu adalah kepada saudara secara khusus kerana tidak tahu isu tetapi menceritakan mengenai perkara2 politik. tengok2lah ketika untuk politik. kalau main semberono tak ke memalukan diri? mmmmmm...

    BalasPadam
  5. hakikatnya semua isu yg berlaku pastinya ada kaitan dengan politik.. tuan tentu tidak lupa pemberian rm3000 kpd polis zaman penjajahan juga diselitkan dgn kenyataan politik juga oleh PM semasa persidangan di parlimen. takkan tuan tak tahu.. ini stail umno yg telah lama dipraktikkan sejak dulu..

    apa yg saya ingin tekankan di sini, apa pun sistem yang diubah, perkara pokok tentang pekerjaan di sektor kerajaan tetap menjadi isu yang panjang. staf yg tidak mencukupi, staf membuat kerja melebihi kerja hakiki dan pelbagai tekanan kerja lain tetap akan timbul.

    kerana apa? kerana kerajaan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung semua kakitangan yg bekerja terutama yg berstatus kontrak dan sambilan. sebab itu timbul pelbagai isu berkaitan.

    kenapa tidak mampu.? kerana kerjaan umno terlalu boros membazirkan wang rakyat. sila lihat laporan audit.

    sukacita diulangi sekali lagi, semua ini ada kena mengena dengan politik murahan umno untuk survival mereka.

    wlwpun tuan merasakan sy lari sedikit dari isu asal posting ini, saya ingin tuan melihat lebih jauh lg apa yg sebenarnya berlaku dalam sektor kerajaan dan posting ini sebenarnya berkaitan.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama 2:25, sama ada politik atau tidak sesuatu perkara, ia bergantung kepada persepsi yang dimainkan oleh pihak2 yang berkaitan. jelas, dalam perkara pembekuan ini, saudara cuba mempolitikkannya dengan menyalahkan umno sedangkan hakikatnya pembekuan tersebut untuk memberikan laluan kepada SBPA. nampak bagaimana hegemoni parti politik telah meresapi pemikiran saudara tanpa disedari?

    tahukah saudara di US jumlah penjawat awamnya ialah 1.8 juta dari 312 juta orang penduduknya? dari segi peratusannya hanya 0.57%.

    di Malaysia, kita ada 1.3 juta penjawat awam pelbagai lantikan dari 28 juta penduduk. Ia menjadikan 4.6%.

    secara puratanya, negara-negara dunia pertama dan yang menghampirinya mempunyai jumlah penjawat awam kurang dari 2% berbanding dengan jumlah penduduk.

    dengan 4.6% ini pun dikatakan tidak mencukupi untuk menampung perkhidmatan kepada rakyat kita, adakah mahu ditambah sehingga menjadi 50% penduduk malaysia berkerja di sektor kerajaan baru mahu dikatakan efektif?

    buka minda buka hati, lihat bagaimana dulu komputer dicipta sebesar bilik saiz hard disknya. jumlah yang besar itu hanya mampu menyimpan beberapa data, tidak sampai 1Kb. Hari ini, thumbdrive yang bersaiz sangat kecil, mampu untuk menampung berpuluh-puluh GB data. rupanya, saiz bukan penentu kepada keupayaan untuk menampung jumlah storan.

    itu belum dilihat lagi perkaitannya dengan perbelanjaan mengurus yang akan meningkat secara mendadak setiap tahun mengatasi perbelanjaan pembangunan. jika kerajaan mahu mengambil pendekatan popular untuk menjaga undi, pastinya dengan mudah 30 atau 40% rakyat akan dilantik sebagai kakitangan kerajaan.

    menguruskan negara bukan boleh sekadar sembang guna air liur, janji sana janji sini. sebab itu apabila menjadi pembangkang, amat mudah, hanya perlu kritik kerajaan dengan harapan rakyat menyokongnya. tetapi apabila dah pegang kuasa, baru tahu langit tinggi rendah. bukan hanya tidak tahu untuk laksanakan amanah, dasar2 yang dulunya dikritik dan dihina pun diteruskan. lebih hebat lagi, dipertahankan pula dengan alasan "untuk kepentinga rakyat". bukankah ia dibuat oleh kerajaan terdahulu?

    cukup2 lah berpolitik 24 jam. banyak lagi soal pembangunan negara yang perlu dilihat.

    BalasPadam
  7. tanpa nama geram jgk sye dgn kenyataan awk tu tapi sebenarnya mmg betul pn ape yg kerajaan buat tu adalah demi menyenangkan semua pihak...jgn hanya menyalahkan kerajaan sahaja....baru2 ni pihak pembangkang(DAP) mahu membuang segelintir kakitangan kerajaan jika sekiranya mereka memerintah....itu akan lebih menyusahkan segelintir rakyat malaysia pada mase ini dan pada mase akan dtg.lebih ramai anak2 melayu tidak mempunyai pekerjaan....so pikir2 lah ape yang hendak dicakapkan sebelum membuat kenyataan

    BalasPadam
  8. ape kena dengan mat tanpa nama kat atas sekali tu.Orang cerita topik lain ,dia cakap pasal lain.Ehhhh ehhhhhh.Tak faham soalan la tu!!!!.Kalau dia ambil SPM dapat la markah +++0000.Otak dah jumut kena cuci PR.

    BalasPadam
  9. Tanpa nama di atas memang tak faham topik. Kesian dia

    BalasPadam
  10. Yang pasti di Rompin rakyat sudah protes kerajaan.

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...