Sehari selepas usaha mereka mencipta isu kononnya Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menipu rakyat telah dipatahkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Pakatan Rakyat tampil dengan tiga individu yang sama untuk melemparkan tohmahan terbaru terhadap KR1M.
Menurut laporan Sinar Harian, YB Tony Pua (DAP), YB Nurul Izzah (PKR) dan YB Dzulkefly Ahmad (PAS) mendakwa produk KR1M tidak berkualiti tetapi lebih jahat dari itu, Malaysiakini melaporkan ketiga-tiga ahli parlimen PR itu mendakwa susu segar yang dijual KR1M mempunyai virus E-Coli. Tony Pua mendakwa perkara berkenaan telah disahkan melalui ujian oleh makmal yang dilantik mereka.
Apa yang menariknya, Pua tidak pula mahu mendedahkan nama makmal yang terlibat apabila didesak wartawan. Persoalan timbul, adakah mereka benar-benar pasti makmal berkenaan telah mengikuti prosedur yang betul ketika ujian dilakukan? Juga, adakah orang yang mengendalikan ujian berkenaan mempunyai tauliah? Mungkinkah juga mereka sebenarnya telah kawtim terlebih dahulu dengan makmal berkenaan?
Umum mengetahui E Coli adalah virus yang boleh memudaratkan kesihatan
sehingga boleh membawa maut. Berita ini pasti akan menyebabkan rakyat
akan berfikir beberapa kali sebelum mengunjungi KR1M. Dan ia sudah semestinya akan mengurangkan jumlah pengunjung dan pendapatan KR1M.
Mengulas perkara ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membidas PR kerana tidak mengemukakannya kepada pihak Kerajaan tetapi memilih untuk mencari populariti. Ismail Sabri seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia menyatakan PR sebenarnya "berniat jahat dan berterusan memburuk-burukkan Kedai Rakyat dengan pelbagai fitnah"
Katanya lagi, "Inilah jahatnya pembangkang, apabila kerajaan sediakan alternatif
terbaik untuk mendapatkan produk murah kepada rakyat, mereka buat
pelbagai cerita bohong. Mereka tidak mahu rakyat beli di kedai yang
murah."
Tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan PR ini menampakkan ia adalah satu usaha terancang untuk memberikan imej yang buruk dan seterusnya membangkrapkan KR1M. Sudah pasti usaha ini disokong (atau juga mungkin ditaja?) oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati atau lebih tepat lagi merasa rugi dengan kewujudan KR1M. Pihak-pihak ini sudah pasti akan memberikan balasan kepada PR sama ada secara langsung atau tidak ketika pilihanraya umum yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Mungkin tulisan Zaini Hassan di dalam ruangan Cuit-Cuit pada 14 September 2011 yang lalu wajar direnung semula dalam menilai perkara ini. Berikut petikan dari artikel berkenaan:
TAIKUN besi The Lion Group, Tan Sri William Cheng dalam ruangan Bisnes Utusan Malaysia semalam mempertikai kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kedai itu yang mula mendapat sokongan rakyat kini dianggap oleh William boleh menjejas peruncit biasa, yang mungkin ditujukan kepada peruncit berbangsa Cina.
Kita semua tahu Kedai Rakyat 1Malaysia itu cukup hebat ideanya. Itulah kedai yang menjual barangan murah (konsep seperti pasar raya No Frills di Kanada) yang mampu dibeli rakyat marhain, yang rata-ratanya masih terdiri daripada orang Melayu dan India.
Selama ini pekedai-pekedai (yang dimaksudkan oleh William Cheng) menjual barangan dengan harga yang ada kalanya tidak masuk akal, sehingga ada yang berani menyorok bagi memberi tekanan supaya kerajaan menaikkan harga barangan tertentu.
Saudara saya yang menjalankan kedai runcit di Labu Besar, Kulim dan Tunjang, Jitra juga pernah mengadu, harga borong yang diperolehnya berbeza harga dengan pekedai lain yang sebangsa dengan pemborong itu.
Jadi, peruncit Melayu itu hanya akan untung kecil saja atau tak untung langsung jika harganya terpaksa diselaraskan dengan kedai pesaing tadi.
Apakah William Cheng sedar perkara-perkara itu?
Dalam ulasannya mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia itu, beliau dipetik sebagai berkata, langkah (kerajaan) itu sedikit sebanyak menjejaskan operasi peniaga-peniaga runcit kecil di bawah naungan Gabungan Dewan Perniagaan Perindustrian Cina (ACCIM).
Dakwa Cheng, kerajaan perlu berlaku adil dengan membekalkan produk harga patut yang sama kepada 30,000 kedai runcit sedia ada.
Kata Cheng, harga produk di kedai 1Malaysia adalah 30 hingga 40 peratus lebih murah berbanding yang ditawarkan oleh kedai runcit biasa. ‘‘Sekiranya perkara ini tidak dibendung, perniagaan kedai runcit (ahli-ahli ACCIM) akan terjejas.”
Saya enggan komen panjang, biarlah pencetus idea hebat Kedai Rakyat 1Malaysia itu, iaitu Perdana Menteri sendiri menjawabnya.
Ini pula reaksi Ibrahim Ali,
seorang ultra Melayu...?
(DATUK Ibrahim Ali menghantar reaksi ini bagi menjawab kenyataan William mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia dan cadangan pemindahan Lion Group ke Indonesia. Saya siarkan penuh SMS keras beliau dengan suntingan).
Itulah gambaran golongan mereka yang sangat pentingkan diri dan kadang kala bersikap melampau.
Mereka hanya pentingkan segolongan peniaga, tapi bagaimana kepentingan orang ramai termasuk kaum Cina dan India yang berpendapatan rendah.
Nampaknya golongan ini langsung tidak ada pertimbangan wajar terhadap kepentingan majoriti rakyat.
Setiap hari dan masa ugut kerajaan. Mementingkan golongan peniaga kumpulan tertentu atau puak kapitalis minoriti yang kaya raya sahaja adalah satu langkah yang karut.
Oleh itu kerajaan mesti teruskan Kedai Rakyat 1Malaysia.
Cadangan Lion Group mahu pindah ke Indonesia adalah satu ugutan yang tidak perlu dilayan. Negara Malaysia bebas dan ada dasar serta undang-undang sendiri.
Kerajaan mesti melihat kepentingan negara dahulu sebelum kepentingan satu dua individu korporat yang tamak.
Kepentingan mereka lebih penting daripada kepentingan negara dan rakyat.
Baru-baru ini RIM melaporkan Malaysia terus menjadi destinasi pelabur gergasi dunia. Satu pergi banyak lagi yang akan datang. Yang penting kerajaan mesti TEGAS dan tidak mudah tunduk kepada ugutan.
Pada mereka, Dasar Affirmatif mesti ditolak, tapi Dasar Perlindungan untuk mereka mesti diteruskan. Betul-betul double standard dan bersifat jahat.
Umat Melayu Islam, bumiputera dan semua kaum yang daif mesti bersatu untuk mempertahankan kepentingan negara dan keharmonian hidup serta menentang dasar untuk kumpulan minoriti yang berpengaruh.
Bagaimana pula dengan peniaga-peniaga makanan yang hanya mampu adakan gerai bergerak atau gerai tepi jalan untuk berniaga dengan harga barang melampau.
Apa tinggal untungnya.
Sebab itu gerai tepi jalan terpaksa menjual nasi campur dengan harga RM5 untuk tengah hari.
Nak untung RM1 pun payah.
Kalau 100 bungkus dapatlah RM100 sehari. Upah pembantu RM30 paling murah sehari untuk seorang. Petrol kurang-kurang RM20. Dapatlah RM50 bersih sehari. Sebulan RM1,500. Bayar van RM700. Sewa rumah atau bayar pinjaman rumah RM500. Baki RM300. Elektrik dan air RM100. Baki RM200.
Cukup ke tanggung anak sekolah rendah atau menengah?
Rasanya tidaklah perlu saya mengulas lagi. Cukup sampai di sini.
Wassalam.
Notalalu:
111111 Benarkah harga barang Kedai Rakyat 1Malaysia mahal dan menipu rakyat seperti dakwaan Pakatan?240611 Masyarakat berbilang bangsa serbu Kedai Rakyat 1Malaysia!
produk kr1m ditarik buat sementara waktu..
BalasPadamhttp://www.malaysiakini.com/news/181563
lagi produk kr1m yang disarann ditarik balik setelah kajian dibuat..
BalasPadamhttp://www.malaysiakini.com/news/181479
Tanpa Nama 9:25 & 9:54,
BalasPadamIni bukti KR1M mengutamakan kepentingan pengguna. Tony Pua sepatutnya secara terus menghubungi Mydin untuk penambahbaikan malangnya, sidang akbar diadakan lebih bertujuan politik dari menjaga kepentingan rakyat.
adakah ini masih bermakna KR1M masih mengutamakan kepentingan pengguna.?
BalasPadamarahan supaya produk kr1m ditarik balik dari pasaran oleh Menteri Kesihatan Malaysia.
http://www.malaysiakini.com/news/182219
adakah produk ini projek mee segera buatan umno yang belum diluluskan oleh kementerian..?
yang rugi dan sakit adalah orang2 melayu miskin@tak mampu.. jgn terus tertipu oleh mainan umno..demi meraih satu undi utk PRU akan datang.
Ya! inilah buktinya KR1M mengutamakan kepentingan pengguna. Malah kementerian kesihatan tanpa ragu-ragu untuk menarik sos tiram yang kadar proteinnya rendah.
BalasPadamjika kerajaan mahu bermain politik, perkara berkenaan akan terus dinafi tanpa perlu membuat apa2 ujian pun. tapi kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat. sebab itu kebenaran didedah, bukan separuh dedah, separuh simpan macam sesetengah pihak.
dan juga ini terbukti, fitnah yang dibuat terhadap susu formula dan lain-lain produk oleh Tony dan Izzah adalah bertujuan politik.
soalnya sama ada ia produk mee segera, mee bandung atau mee udang sekalipun, apa pihak yang saudara sokong itu buat dan laksanakan usaha untuk kebajikan rakyat khususnya dalam menyediakan harga barang keperluan yang rendah di jajahan2 yang dikuasai mereka?
usaha KR1M ini dipolitikkan sedangkan umum mengetahui, bila KR1M wujud, yang ruginya siapa? mereka inilah yang menaja tony dan nurul izzah untuk menyerang KR1M. selagi KR1M tidak ditutup, selagi itulah tony dan nurul izzah akan menjadi proksi untuk menyerangnya.
amat malang, di negara luar, pembangkangnya akan cuba untuk memberikan alternatif terhadap inisiatif yang dibuat kerajaan. tetapi di malaysia, segala yang dibuat kerajaan itu salah. bukankah elok jika kerajaan selangor buat Kedai Rakyat Selangorku, kerajaan kelantan buat Kedai Rakyat Kelate dan Pulau Pinang buat Kedai Penangites. lepas tu buktikan produk-produk yang ditawarkan lebih baik dari KR1M. minta pihak yang menaja tony pua dan nurul izzah itu untuk berikan sumbangan produk mereka ke kedai-kedai berkenaan. kenapa tak buat begitu? bukankah kerana mereka lebih gemar bermain politik?
walaupun tohmahan demi tohmahan dilontar kepada KR1M namun bilangannya semakin ditambah dari hari ke hari. harapnya KR1M satu hari nanti akan berupaya menjadi produk negara (melalui produk2 IKS yang dijenamakan) dan dieksport pula ke luar untuk bersaing dengan jenama antarabangsa. kerajaan memandang jauh kehadapan, tapi orang-orang seperti saudara memilih untuk berpolitik sepanjang masa. amatlah malang jadinya.
bukan 1, tp 13 produk KR1M tak ikut spesifikasi peraturan kawalan makanan 1985 - Menteri Kesihatan.
BalasPadamhttp://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/12/3/mstar_berita/20111203160322&sec=mstar_berita
mungkin rakyat boleh berfikir skrg.. MCA atau DAP yg nak jg tauke2 cina ini..
nmpaknya MCA mengambil kesempatan ini utk menutup periuk nasik peniaga melayu (UMNO)..