Ahad, 7 September 2014

JAWAPAN ASPIRASI BALIK PULAU TERHADAP TUDUHAN MENGHADANG BANNER PROGRAM HARI KELUARGA PKR

Sangat tidak wajar isu banner ini dikaitkan dengan Melayu.
Awal malam ini saya menerima mesej daripada beberapa orang rakan yang bertanyakan mengenai isu yang dibangkitkan oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama Mat Bond. Isunya ialah mengenai kain pemidang (banner) ucapan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara daripada Aspirasi Balik Pulau yang dikatakan sengaja dipasang bagi menghadang banner Program Hari Keluarga PKR yang akan diadakan esok di Kompleks Sukan Balik Pulau. Lokasi banner berkenaan ialah di hadapan KKTM Balik Pulau.

Apabila saya membaca posting yang dibuat Mat Bond dan komen-komen sinis yang dilontarkan kepada bangsa Melayu (menyasarkan kepada UMNO), saya rasa adalah perlu untuk dijelaskan senario yang berlaku kepada semua demi menjaga nama baik Aspirasi Balik Pulau.

Pertama sekali ingin dijelaskan bahawa Pertubuhan Aspirasi Balik Pulau merupakan sebuah NGO yang bersifat terbuka dan rentas kepartian. Kami sememangnya meraikan mana-mana pihak sama ada daripada parti politik UMNO, PKR, DAP, PAS, NGO-NGO atau orang perseorangan yang melaksanakan apa saja program dan aktiviti kemasyarakatan di kawasan Parlimen Balik Pulau.

Ini kerana manfaat yang akan diperoleh daripada program yang dianjurkan adalah untuk masyarakat Parlimen Balik Pulau sendiri. Semakin banyak program yang dibuat (tidak kira oleh siapa pun) makin banyak faedah buat orang Balik Pulau. Itu pegangan kami.


Forum Aspirasi Balik Pulau pada 21 Jun 2014
Sebagai bukti kami bersifat terbuka dan rentas kepartian, Aspirasi Balik Pulau turut menjemput Saudara Razaaim Azimi, Ketua AMK Cabang Balik Pulau dalam dua program yang kami anjurkan sebelum ini iaitu Forum Aspirasi Balik Pulau mengenai Hala Tuju Belia di SK Telok Kumbar dan majlis berbuka puasa di Pan Mutiara Batu Maung dalam bulan Ramadhan baru-baru ini.

Kedua-dua program berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO. Sayang sedikit apabila Ketua Pemuda PAS tidak berkesempatan untuk bersama-sama walaupun undangan telah dibuat.

Majlis berbuka puasa pada 18 Julai 2014
Apabila pihak PKR melalui Pusat Khidmat Penyelaras Kadun Pulau Betong menganjurkan Hari Keluarga Kadun Pulau Betong esok, kami sememangnya terbuka terhadap penganjurannya. Seperti yang saya perkatakan, ia akan memberi manfaat kepada penduduk di Kadun Pulau Betong jua.

Cuma sayangnya, apabila Mat Bond melalui postingnya mengeluarkan tuduhan yang tidak enak kepada Aspirasi Balik Pulau berkaitan isu yang dibangkitkan, kami berasa sangat terkilan.

Sahabat Aspirasi Balik Pulau mula menaikkan banner ucapan Kemerdekaan Negara di seluruh kawasan Parlimen Balik Pulau pada malam 28 Ogos 2014. Ini termasuk banner yang dinaikkan di hadapan KKTM Balik Pulau. Sebagai bukti, saya sertakan screen capture WhatsApp sahabat yang bertanggungjawab menaikkan banner tersebut pada malam berkenaan.

Screen capture gambar banner Aspirasi di KKTM yang dipasang pada
malam 28 Ogos. Ia dihantar kepada saya pada jam 00:06, 29 Ogos.

Memang satu kemestian kesemua gambar banner Aspirasi Balik Pulau yang dinaikkan akan dihantar kepada saya. Tujuannya adalah bagi mengesahkan banner berkenaan tidak menggangu papan tanda isyarat lalu lintas ataupun menutup banner yang dipasang oleh pihak lain.

Ketika sahabat saya memasang banner di KKTM pada malam 28 Ogos itu, sememangnya tiada banner lain yang dipasang di situ. Ia kekal sehingga hari ini. Jadi apabila Mat Bond melalui postingnya dan pemilik akaun Roslan Yaacob yang mengeluarkan komen menyatakan banner berkenaan baru dipasang hari ini apatah lagi dengan sengaja menghadang banner mereka, ia sangat tidak tepat.

Jika diamati kepada gambar yang dipostkan oleh Mat Bond, banner Aspirasi kekal konsisten terikat  di keempat-empat bucu sebagaimana dipasang oleh sahabat saya pada malam 28 Ogos. Banner Hari Keluarga PKR yang terletak di belakangnya pula hanya diikat di kedua-dua penjuru atas.

Saya berpandangan, banner Hari Keluarga PKR sebenarnya telah dipasang di hadapan banner kami. Oleh kerana di bahagian bawahnya tidak diikat, apabila angin bertiup, banner berkenaan  telah terpusing ke bahagian belakang.

Secara kebetulannya Mat Bond melalui kawasan berkenaan dan beliau ternampak lalu mengambil gambar dan menghebahkannya ke dalam facebook. Maka kami yang kelihatan bersalah dalam isu ini :)

Saya telah meminta Sahabat Aspirasi Balik Pulau untuk meninjau lokasi berkenaan sebentar tadi bagi mengesahkan pandangan saya dan ternyata, tali banner berkenaan tersimpul di belakang banner kami.

Banner kami telah dibuka oleh sahabat Aspirasi
Saya juga telah meminta sahabat saya untuk membuka banner kami bagi memberi laluan kepada banner mereka. Ini sebagai tanda bahawa kami bersikap terbuka terhadap program yang akan dianjurkan mereka esok.

Isu ini sebenarnya sangat kecil kepada kami berbanding dengan idea-idea bagi mempelbagaikan program dan pengisian pembangunan modal insan di Parlimen Balik Pulau. Namun, apabila ada komen-komen sinis yang dibuat susulan daripada posting Mat Bond itu, ia menyebabkan saya terpanggil untuk menjawabnya demi menjaga nama baik Aspirasi Balik Pulau.

Marilah kita bersama-sama memikirkan apakah lagi yang kita dapat lakukan untuk memajukan masyarakat di Parlimen Balik Pulau berbanding bagaimana cara untuk menjatuhkan pihak lain.

Berpolitik 24 jam tidak akan menguntungkan massa. Tinggal-tinggalkanlah politik lama. Ayuh kita hadam politik baru.
Wassalam.

“ASPIRASI BALIK PULAU: MEMANGKIN TRANSFORMASI, MENCETUS INSPIRASI”

MOHD ZAIRI BIN SAID
Pengerusi
Pertubuhan Aspirasi Balik Pulau

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum... sya juga terpanggil disini utk memberi pandangan dan sedikit hujah dlm isu yg dibicarakan di atas... drpd pengamatan sya,setelah dilihat fto yg dipostkan oleh mat bond didalam laman fb... seringkali sya melalui kawasan berkenaan... dan mendpti tiada pun pemidang @ banner hari keluarga oleh pihak yg berkenaan di pasang pda tempat tersebut... kerana jika diamati sdh pasti ada perbezaan... dri tarikh dan masa fto itu diambil.. tepuk dada tyalah dri anda....

    BalasPadam
  2. Apa nak gaduh2 benda kecik aje . Jom kita pii pekena teh tarik dulu.

    BalasPadam
  3. The banners of such subjects were really contrary to the views of some cultural communities. However, the dismantling them will not solve the problem.

    BalasPadam
  4. Di RIKA ANDERSON LOAN COMPANY, kami menawarkan semua jenis bantuan keuangan untuk semua individu, suku bunga kami adalah 2% per tahun. Kami juga memberikan saran dan bantuan keuangan kepada kami, klien dan pelamar. Jika Anda memiliki proyek yang baik atau ingin memulai bisnis dan memerlukan pinjaman untuk segera membiayainya, kami dapat mendiskusikannya, menandatangani kontrak, dan kemudian mendanai proyek atau bisnis Anda untuk Anda bersama dengan Bank Dunia dan Bank Industri.

    Kategori Bisnis

    Bisnis Merchandising.
    Bisnis manufaktur
    Bisnis Hibrid.
    Kepemilikan tunggal
    Kemitraan.
    Perusahaan.
    Perseroan terbatas.
    pinjaman pribadi.
    pinjaman investasi.
    Pinjaman Pinjaman.
    Kredit kepemilikan rumah.

    KONTAK PERUSAHAAN PINJAMAN:
    Situs web: rikaandersonloancompany.webs.com
    Email: rikaandersonloancompany@gmail.com
    Panggilan Pelanggan: +1 (323) 689-3663
    Obrolan Whatsapp: + 1-323-689-3663
    Facebook: Rika Anderson Alfreda
    Instagram: Rikaandersonloancompany.alfred
    Twitter: @LoanRika
    Kantor Pusat: 228 Park Ave S, New York, NY 10003-1502, AS
    Pajak / CAC /: 1095/0730/2028
    Mahkamah Agung Kabupaten New York, NY9016 34001

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...