Memaparkan catatan dengan label YB Anwar Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YB Anwar Ibrahim. Papar semua catatan

Isnin, 6 Ogos 2012

Negara atasi politik: Wujudkan perspektif positif terhadap Malaysia di luar negara


Baru-baru ini saya berkesempatan untuk berbicara bersama sekelompok mahasiswa bertuah yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat Master dan PhD ke luar negara. Salah satu ingatan yang saya sampaikan kepada mereka ialah betapa pentingnya untuk menjaga imej Malaysia ketika mereka berada di perantauan.  Imej Malaysia bermaksud imej diri mereka sendiri, sama ada yang dapat dinilai oleh mata kasar mahupun mata hati. 

Warga Malaysia yang berada di luar negara atas apa kapasiti sekalipun merupakan DUTA KECIL negara, sama ada mereka mahu ataupun tidak. Orang luar, terutamanya yang tidak pernah ke negara ini, akan menilai Malaysia berdasarkan kepada pembawaan dan corak pemikiran yang dipamerkan mereka. Jika baik pembawaan diri dan penceritaan yang disampaikan, maka baiklah persepsi Malaysia di mata orang luar. Jika sebaliknya, maka Malaysia akan dilihat dari sisi yang negatif.

Selasa, 1 Mei 2012

BERSIH 3.0: Anwar nodai perjuangan A. Samad Said!


A. Samad Said bukan marhaen biasa, beliau sasterawan negara. Sasterawan berjuang di alamnya, dengan cara tersendiri. Sasterawan berjuang dengan pena, puisi dan lenggok susuknya. Saya percaya, "DUDUK, BANTAH", slogan BERSIH 3.0 lahir dari idea beliau. 

Puas saya mencari di ruang maya ini "kelibat" Pak Samad ketika BERSIH 3.0 berlangsung namun wajah-wajah kebobrokan peserta yang menguasai. Mujur terjumpa catatan langsung Malaysiakini pada hari kejadian. Ternyata, Pak Samad melaksana apa yang diperkatakan. Beliau berpegang kepada apa yang dijanjikan. Pak Samad DUDUK, BANTAH pada hari kejadian!

Khamis, 16 Februari 2012

Senyum, tak perlu kata apa-apa :)



Terlalu ramai yang komen gambar di atas melebihi teguran Mufti Perak.
Daripada pemacak bendera sehingga Ketua Umum semuanya tak putus kata.
Semalam, mufti jumpa PM, penjelasan diberikan. Selesai.
 

Gambar-gambar di bawah bagaimana pula? Ada sesiapa nak komen?
Mungkin pemacak bendera boleh mulakan?

Komen saya, senyum sajalah... tak perlu kata apa-apa :)

Jumaat, 6 Januari 2012

Jawatan PM: Mengapa mesti dia? Orang lain tidak layak?


Agak janggal apabila Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk melantik PM sementara jika Anwar dipenjarakan sekirannya mereka berjaya membentuk kerajaan pusat dalam PRU13. Jawatan itu akan diberikan kepada Anwar kembali apabila beliau dibebaskan kelak. Macam yang isterinya buat di Permatang Pauh tu :)

Saya tidak pasti sama ada kenyataan yang dikeluarkan Anwar melalui Malaysiakini itu bersifat peribadi atau telah diputuskan sepenuhnya oleh pimpinan tertinggi PR. Namun sebagai Pemimpin Agung PR, semestinya apa yang dibicarakan Anwar akan menjadi polisi gabungan berkenaan.

Jika ditelili kenyataan Anwar itu, ia menampakkan dua pegangan PR utama ketika ini dan ia akan kekal sehingga PRU 13 yang bakal menjelang:

1. Tiada orang lain yang layak untuk menjadi PM melalui gabungan PR. Hanya Anwar yang layak.
Hal ini menunjukkan bahawa PR sebenarnya tidak memperjuangkan isu-isu nasional atau melihat kepentingan negara melebihi kepentingan individu. Ini kerana sekiranya PR benar-benar berpegang kepada apa yang mereka perjuangkan, soal mengenai siapa yang akan menjadi PM tidak seharusnya timbul. Mengapa perlu ada PM sementara yang menjadi boneka untuk mengikut telunjuk Anwar dari penjara? Ke mana Malaysia hendak dibawa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...