Selasa, 11 Oktober 2011

Nikmat Penjawat Awam dalam Bajet 2012: Bersyukurlah!


Dalam melihat kesediaan kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan untuk membantu rakyat menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu tahun hadapan dalam Bajet 2012, ada juga yang berpandangan sinis (termasuk segelintir penjawat awam yang menentang kerajaan) bahawa ia adalah Bajet Pilihanraya Umum ke 13 dari BN. 

Secara peribadi, saya berpandangan, sama ada ia Bajet Pilihanraya ataupun tidak, yang akan memperoleh nikmatnya adalah rakyat kebanyakan, termasuk juga mereka yang skeptikal itu. Jadi, Bajet 2012 sebenarnya bukan satu isu politik, melainkan ia mahu dilihat dari sisi berkenaan.

Dalam posting ini saya sekadar ingin memetik dan berkongsikan "nikmat-nikmat" yang diberikan oleh   YAB PM kepada penjawat awam (tidak kira sama ada mereka itu penyokong kerajaan ataupun tidak) dalam Bajet 2012. Semoga ia meningkatkan lagi azam kita untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat.

Berikut merupakan "nikmat-nikmat" yang dimaksudkan:


1. Pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
"SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja."

Antara elemen SBPA ialah:

i. Exit Policy untuk penjawat awam berprestasi rendah
"Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan."


ii. Struktur gaji diperbaiki
"Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit."


iii. Pengurangan tempoh kenaikan pangkat secara time based untuk Guru  
"Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai." 


iv. Kenaikan Gaji Tahunan antara 7 hingga 13 peratus mengikut gred
"Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus."


2. Kadar Pencen naik 2% setiap tahun kepada Pesara
"Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji."


3. Had Umur Pesaraan dinaikkan ke 60 tahun dari 58
"Ternyata, penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka. Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru.


4. Bantuan Yuran Pengajian secara Separuh Masa
Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa. Pada tahun 2012, Kerajaan dengan kerjasama IPTA akan menawarkan 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana dan 500 lagi peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuklah para guru dengan peruntukan sebanyak 120 juta ringgit. Kita akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda. Untuk tujuan ini kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 80 juta ringgit bagi tahun pertama. Kita yakin, dengan pendekatan ini, para penjawat awam dan para guru, secara keseluruhan perjalanan kerjaya mereka akan bertambah baik dengan peluang kenaikan pangkat yang lebih cerah. 


5. Bantuan RM 3,000 one-off kepada kakitangan JASA dan KEMAS yang tamat kontrak
"Kerajaan juga tentunya menghargai khidmat dan jasa kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang berjumlah seramai 4,300 orang. Bagi membantu golongan ini meringankan kos sara hidup, Kerajaan akan memberi bayaran khas sebanyak tiga ribu ringgit secara one-off.


6. Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi RM 600 bagi Pegawai Perubatan Siswazah dan Kenaikan Elaun On Call antara RM 30 - 80
"Kerajaan juga memahami beban kerja pegawai perubatan di mana mereka bertugas berterusan melebihi 45 hingga 120 jam seminggu. Situasi ini sememangnya tidak kondusif untuk mereka memberi rawatan berkualiti. Oleh yang demikian, Kerajaan telah memperkenalkan jadual kerja luwes atau fleksi Pegawai Perubatan Siswazah, di mana waktu kerja di jadual semula kepada purata 60 jam seminggu. Bagi menggantikan Elaun Luar Waktu Bekerja Biasa, Kerajaan memperkenalkan Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi sebanyak 600 ringgit sebulan berkuat kuasa 1 September 2011. Bagi pakar dan pegawai perubatan, Kerajaan juga bersetuju menaikkan elaun on-call semalaman antara 30 hingga 80 ringgit berkuat kuasa pada tarikh yang sama."


7. Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM 500 dan Pesara Pencen RM 500
"Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara Kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit bagi pesara Kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara Kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak 4 bilion ringgit."
  

SELAIN dari nikmat yang diterima secara "langsung" sebagai penjawat awam, turut diterima juga nikmat-nikmat "tidak langsung" yang lain. Antaranya ialah:

8.  Pemansuhan Sepenuhnya Yuran Sekolah
"Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran 24 ringgit 50 sen bagi sekolah rendah dan 33 ringgit 50 sen bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful. Ingin dimaklumkan bahawa, mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan."
 

9. Pemberian Subsidi Makanan Asas
"Pertama: Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal 2 ringgit 40 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 60 sen atau 25 peratus dari harga sebenar;


Kedua: Bagi setiap kilogram gula, harga asal 2 ringgit 50 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 30 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 20 sen atau 8 peratus dari harga sebenar;


Ketiga: Bagi setiap kilogram minyak masak, harga asal 4 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 50 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 2 ringgit 25 sen atau 47 peratus dari harga sebenar; dan


Keempat: Bagi setiap kilogram tepung gandum, harga asal 1 ringgit 90 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 35 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 55 sen atau 29 peratus dari harga sebenar."


10. Pemberian Subsidi Petrol dan Gas Memasak
"Pertama: Bagi setiap liter petrol RON95, harga asal 2 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 90 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 85 sen atau 31 peratus dari harga sebenar;


Kedua: Bagi setiap liter diesel, harga asal 2 ringgit 66 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 86 sen atau 32 peratus dari harga sebenar; dan


Ketiga: Bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak, harga asal 48 ringgit 2 sen, rakyat hanya bayar 26 ringgit 60 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 21 ringgit 42 sen atau 45 peratus dari harga sebenar."


11. Pemberian Subsidi Elektrik
"Selain itu, Kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi bil elektrik berjumlah 20 ringgit sebulan dan ke bawah yang telah dilaksanakan sejak 2009. Pemberian subsidi ini melibatkan peruntukan 150 juta ringgit dan seramai 1 juta isi rumah akan mendapat manfaat."


12. Suntikan Percuma Imunisasi HPV
"Bagi membolehkan lebih ramai wanita untuk mendapatkan kemudahan imunisasi, Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) yang akan dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perancang Keluarga Negara di seluruh negara. Kos imunisasi ini adalah 150 ringgit bagi tiga suntikan. Untuk tujuan ini, peruntukan 50 juta ringgit akan disediakan pada tahun 2012."


13. Pemberian One-Off Tunai
i. RM 500 kepada isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
"Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;"


ii. RM 100 kepada setiap pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
"Kedua: Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Memandangkan bantuan ini disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana, atas dasar kebertanggungjawaban sosial, terpulanglah kepada budi bicara penjaga atau ibu bapa yang berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas semuanya, langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta ringgit. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional; dan"


iii. RM 200 baucar buku pelajar IPTA, IPTS, Matrikulasi dan Tingkatan 6
"Ketiga: Pemberian baucar buku bernilai 200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 260 juta ringgit."


JIKA dilihat satu persatu peruntukan yang diberikan oleh YAB PM kepada kakitangan kerajaan sama ada secara langsung atau tidak, kita seharusnya bersyukur kerana telah dilantik untuk berkhidmat (kepada rakyat) dengan kerajaan. 

Hakikatnya, ramai yang memiliki kelayakan dan mahu bekerja kerajaan namun kerana tiada rezeki, mereka terpaksa memilih kerjaya lain. Walaupun bekerja dengan kerajaan tidak menjanjikan kemewahan, namun keselesaan dan kemudahan yang dimiliki cukup untuk menjanjikan kebahagiaan dalam hidup.

Kepada penjawat awam yang sering mengatakan pemberian-pemberian kerajaan melalui Bajet 2012 ini sebagai "tanggungjawab kerajaan", bukankah ia membuktikan kerajaan hari ini bertanggungjawab kerana melaksanakan "tanggungjawab kerajaan" itu?

Jika di swasta, menghina dan memaki hamun majikan akan diberikan notis 24 jam, tetapi dalam kerajaan, menghina dan memaki hamun pemimpin dan dasar kerajaan 24 jam, hujung bulan tetap dapat gaji, hujung tahun tetap dapat bonus. Bertuah bukan?

Kepada semua rakan-rakan penjawat awam yang amat tinggi tahap skeptikelnya, sudah-sudahlah mempertikaikan, bersyukurlah! Jom jalankan tanggungjawab kita sebagai pelaksana.


Notalalu:

10 ulasan:

  1. bro, tuju pada siapa tu heheheh

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama 5:34, kepada mereka yang makan cili hehehe

    BalasPadam
  3. Mantap bro... pinjam utk disebarkan.

    BalasPadam
  4. untuk double Y tiada hak cipta, silakan bro heheh

    BalasPadam
  5. btl 2 ramai penjawat awam xbersyukur..de je xpuas ati. sedangkan kt luar sana ramai yg nk kje gov tp xdpt..patut ye bg mereka yg selalu xpuas ati dgn gov, berhenti je gi keje swasta.tgk mcm mn nasib ble kdg2 tiap bln xdpt gaji, co.bankrup, ssh amik loan dll.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama 11:34, harapnya pengambilan baru melalui SBPA akan menilai perkara ini agar mereka yang benar2 mendokong dasar sahaja akan dilantik. harapnya begitulah.

    BalasPadam
  7. Kami yang bekerja swasta macam mana pulak? ni drp kes sy k... boleh bagi pandangan tak??

    8. Pemansuhan Sepenuhnya Yuran Sekolah (anak belum bersekolah)

    9. Pemberian Subsidi Makanan Asas (kalau makan kat luar, takde lah kan..hihihi)

    10. Pemberian Subsidi Petrol dan Gas Memasak (Related)

    11. Pemberian Subsidi Elektrik (Related)

    12. Suntikan Percuma Imunisasi HPV (Anak baru berumur 4 tahun.. not related)

    13. Pemberian One-Off Tunai

    i. RM 500 kepada isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah (Yup.. sy tergolong... tp, semua rakyat ke atau utk yg bekerja dgn kerajaan jerr??)

    ii. RM 100 kepada setiap pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 (not related)

    iii. RM 200 baucar buku pelajar IPTA, IPTS, Matrikulasi dan Tingkatan 6 (not related)

    ## erm... hanya ada beberapa je yg related dgn saya... maka, beruntunglah org keje ngan gomen ni yerrr...

    12 Oktober 2011 1:47 PM
    Kami yang bekerja swasta macam mana pulak? ni drp kes sy k... boleh bagi pandangan tak??

    8. Pemansuhan Sepenuhnya Yuran Sekolah (anak belum bersekolah)

    9. Pemberian Subsidi Makanan Asas (kalau makan kat luar, takde lah kan..hihihi)

    10. Pemberian Subsidi Petrol dan Gas Memasak (Related)

    11. Pemberian Subsidi Elektrik (Related)

    12. Suntikan Percuma Imunisasi HPV (Anak baru berumur 4 tahun.. not related)

    13. Pemberian One-Off Tunai

    i. RM 500 kepada isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah (Yup.. sy tergolong... tp, semua rakyat ke atau utk yg bekerja dgn kerajaan jerr??)

    ii. RM 100 kepada setiap pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 (not related)

    iii. RM 200 baucar buku pelajar IPTA, IPTS, Matrikulasi dan Tingkatan 6 (not related)

    ## erm... hanya ada beberapa je yg related dgn saya... maka, beruntunglah org keje ngan gomen ni yerrr...

    BalasPadam
  8. Mama ArissaSofea jgn asyik xpuas hati jer....nampak tidak adil jer..pernah ker pekerja kerajaan ni merungut biler pekerja swasta dapat bonus berbulan2 tiap tahun...dengan angpowlah...nampak pekerja kerajaan dapat macam2 kerana diumumkan dan disiarkan pada semua sedangkan apa yang pekerja swasta dapat dari sesuatu company xdisiarkan....bersyukurlah dengan ap yang ada...

    BalasPadam
  9. terbaik tuan,

    kita mmg patut bersyukur dengan rezeki yg dikurniakan oleh Illahi.

    kerja tetap kena kerja dengan ikhlas dan mesti menyokong dasar kerajaan dalam melancarkan sistem yang dirancangkan dari dulu sehingga sekarang. ini untuk kebaikan rakyat lain juga yg perlukan khidmat kita untuk penambahbaikan dalam kehidupan mereka.

    kerajaan dan parti sememangnya berbeza tuan.. mungkin sesetengah penjawat awam yg tuan katakan 'menentang' kerajaan tu, mereka tidak berbuat demikian hakikatnya. mereka tidak boikot kerja2 mereka dalam kerajaan. mereka berkelayakan utk bekerja di dalam sektor ini. mereka ditemuduga oleh pegawai2 atasan sekurangnya gred 52@54.

    mereka terbukti berdedikasi dan berpengetahuan spt dlm resume dan ada yg pernah mendapat anugerah kecemerlangan dalam sektor kerajaan. mereka ikhlas dlm kerja mereka.

    yg patut diambil tindakan adalah pegawai2 yg menyokong kerajaan tetapi melakukan kesalahan serius spt baru2 ini pegawai SPRM yg menyamun rakyat, polis yg melanggar SOP dan pelbagai pegawai2 lantikan politik umno yg menyalahgunakan kuasa terhadap rakyat. ini belum masuk lg staf2 bawahan yg mnyebabkan pelbagai karenah birokrasi. mereka inilah sebenarnya yg tidak menyokong dasar2 kerajaan yg 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'..

    bagi saya mereka tidak melawan kerajaan.. tetapi melawan parti.. menyokong parti adalah pilihan individu, bukan paksaan dalam ssbuah negara demokrasi..

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama 2:03, sebab itu semua perlu memahami beza antara kerajaan dan parti politik. saya percaya, exit policy yang akan diperkenalkan akan melihat kepada perkara berkenaan.

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...