Khamis, 13 Oktober 2011

Pertandingan Fotografi Sayangi 1Malaysia: Hadiah Pertama RM 20,000, Kedua RM 15,000. Guna kamera telefon pun boleh!


Apabila membaca iklan Pertandingan Fotografi Sayangi 1Malaysia di Utusan Malaysia, saya menjangkakan hanya mereka yang memiliki DSLR yang layak untuk menyertai pertandingan berkenaan. Rupa-rupanya, gambar yang diambil melalui kamera telefon pun boleh sertai.

Hadiah yang ditawarkan pula amat lumayan:



Syarat-syarat pertandingan dinyatakan pula teramatlah mudah:

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia kecuali jawatankuasa pertandingan dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia.

2. Penyertaan perlu terlebih dahulu dihantar ke facebook: Pertandingan Foto Sayangi 1Malaysia dan disertakan dengan NAMA PENUH, ALAMAT TEMPAT TINGGAL, ALAMAT EMAIL & TAJUK GAMBAR selewat-lewatnya pada 31 OKTOBER 2011. Penyertaan yang terpilih akan dihubungi melalui email untuk saringan seterusnya.

3. Peserta dibenarkan menggunakan sebarang jenis kamera digital termasuk kamera telefon dan juga kamera kompak.

4. Penyertaan mestilah foto terkini, yang belum pernah dipamerkan atau diterbitkan di mana-mana pameran, media cetak atau elektronik. Penyertaan juga mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta.

5. Suntingan atau pengubahan seperti brightness, cropping, softening atau sharpening dengan menggunakan sebarang perisian komputer ADALAH DIBENARKAN termasuk teknik manipulasi.

6. Interpretasi gambar atau visual setiap peserta terhadap konsep atau tema 1Malaysia adalah bebas dan selagi ia tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

7. Penggunaan ayat-ayat interpretasi, caption, watermark atau sebarang penggunaan tipografi adalah TIDAK DIBENARKAN.

8. Peserta adalah pemegang hak cipta foto masing-msing. Walaudemikian, Jabatan Penerangan Malaysia adalah berhak menggunakan foto setiap penyertaan untuk sebarang tujuan tanpa perlu memberitahu, menghantar notis atau membuat pembayaran kepada peserta.

9. Keputusan panel hakim yang dilantik adalah muktamad.



Amat mudah bukan? Apa yang menariknya, kita boleh menghantar sebanyak mana pun gambar di facebook berkenaan namun hanya satu gambar terbaik akan dipilih oleh panel. 

Untuk melihat gambar-gambar yang telah terpilih, sila kunjungi blog Sayangi 1Malaysia. Setakat nota ini ditulis, baru ada 80 gambar yang terpilih. 

Jadi apa tunggu lagi, mana tahu rezeki kita nanti. Jom tangkap gambar banyak-banyak. Tapi jangan ikut sedap tangkap saja, jangan lupa temanya:



Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...