Jumaat, 28 September 2012

Live Bajet 2013 di Notakanan


Berikut merupakan sebahagian daripada intipati secara langsung Bajet 2013 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Tekan kekunci F5 atau klik pada tajuk posting / NOTAKANAN untuk kemaskini.

- Bajet 2013 merupakan manifestasi Janji Ditepati atas kepercayaan rakyat selama 55 tahun.

- Peruntukan 201.9 billion untuk Peruntukan Mengurus 49.7 billion untuk Peruntukan Pembangunan

- 208.6 billion pendapatan dijangka bagi tahun 2013

- Fokus tingkat taraf hidup rakyat, perbelanjaan berhemah, kurangkan defisit dengan matlamat keseluruhan kesejahteraan rakyat.

- Tema Bajet 2013: Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji ditepati

- 5 fokus utama.

Isnin, 6 Ogos 2012

Negara atasi politik: Wujudkan perspektif positif terhadap Malaysia di luar negara


Baru-baru ini saya berkesempatan untuk berbicara bersama sekelompok mahasiswa bertuah yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat Master dan PhD ke luar negara. Salah satu ingatan yang saya sampaikan kepada mereka ialah betapa pentingnya untuk menjaga imej Malaysia ketika mereka berada di perantauan.  Imej Malaysia bermaksud imej diri mereka sendiri, sama ada yang dapat dinilai oleh mata kasar mahupun mata hati. 

Warga Malaysia yang berada di luar negara atas apa kapasiti sekalipun merupakan DUTA KECIL negara, sama ada mereka mahu ataupun tidak. Orang luar, terutamanya yang tidak pernah ke negara ini, akan menilai Malaysia berdasarkan kepada pembawaan dan corak pemikiran yang dipamerkan mereka. Jika baik pembawaan diri dan penceritaan yang disampaikan, maka baiklah persepsi Malaysia di mata orang luar. Jika sebaliknya, maka Malaysia akan dilihat dari sisi yang negatif.

Isnin, 30 Julai 2012

Pekeliling Bonus Raya: Pekerja Sambilan Harian, guru sandaran dan kakitangan kontrak turut nikmati imbuhan


Pada 27 Julai lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam telah memuat naik ke portalnya Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2012 bertajuk Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2012. Pekeliling ini adalah untuk menjelaskan kelayakan dan tatacara pembayaran bonus kepada penjawat awam sebagaimana yang diumumkan oleh YAB PM sebelum ini.

Sebagaimana tahun lalu, syarat-syarat yang dinyatakan tidak jauh berbeza bagi pekerja tetap. Bagi pesara dan Pekerja Sambilan Harian yang bertugas sekurang-kurangnya 30 hari dari 1 Januari hingga 25 Julai, mereka akan menerima RM 500.00. Guru sandaran pula akan menerima kadar mengikut Elaun Bulanannya dan bagi kakitangan kontrak pula, sama ada contract of service atau contract for service, mereka akan menikmati kadar separuh dari gaji terakhir pada bulan Julai. Alhamdulillah, imbuhan ini akan dikreditkan ke dalam akaun pegawai pada 9 Ogos 2012.

Khamis, 21 Jun 2012

Tanggungjawab berat menanti Ketua Setiausaha Negara baru, Dato' Sri Dr Ali Hamsa


Berkuatkuasa Ahad ini, 24 Jun 2012, seluruh penjawat awam akan dipimpin oleh ketua yang baru, Dato' Sri Dr Ali Hamsa selaku Ketua Setiausaha Negara yang akan menggantikan Tan Sri Sidek Hassan. Dato' Sri Dr Ali, anak kelahiran Kluang, Johor ini merupakan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). UKAS merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menggembling kolaborasi di antara pihak swasta dan kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan negara.

Seiring dengan jawatan baru sebagai Ketua Setiausaha Negara pertama yang dilantik di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib (Tan Sri Sidek walaupun pernah disambung perkhidmatan oleh Najib, beliau mula dipilih sebagai KSN oleh Pak Lah), semestinya tanggungjawab yang dipikul amat berat.

Beliau akan memegang status sebagai "orang kepercayaan Najib paling utama" dalam pentadbiran Perdana Menteri Keenam itu. Apatah lagi beliau dilantik ketika Parlimen bakal dibubarkan bila-bila masa. Ini menjadikan beliau secara tidak langsung memikul harapan besar Najib bagi memastikan rakyat, khususnya penjawat awam, terus menerus memberikan sokongan terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan selama ini.

Selasa, 1 Mei 2012

BERSIH 3.0: Anwar nodai perjuangan A. Samad Said!


A. Samad Said bukan marhaen biasa, beliau sasterawan negara. Sasterawan berjuang di alamnya, dengan cara tersendiri. Sasterawan berjuang dengan pena, puisi dan lenggok susuknya. Saya percaya, "DUDUK, BANTAH", slogan BERSIH 3.0 lahir dari idea beliau. 

Puas saya mencari di ruang maya ini "kelibat" Pak Samad ketika BERSIH 3.0 berlangsung namun wajah-wajah kebobrokan peserta yang menguasai. Mujur terjumpa catatan langsung Malaysiakini pada hari kejadian. Ternyata, Pak Samad melaksana apa yang diperkatakan. Beliau berpegang kepada apa yang dijanjikan. Pak Samad DUDUK, BANTAH pada hari kejadian!

Isnin, 2 April 2012

Memahami maksud Jadual Gaji Minimum - Maksimum

Bagi menjelaskan pelaksanaan kenaikan gaji kakitangan awam sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB PM pada 8 Mac 2012, JPA telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2012 bertarikh 30 Mac 2012 bertajuk Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatam Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

Tajuk pekeliling tersebut sudah cukup untuk menjelaskan bahawa apa yang dinikmati oleh penjawat awam melaluinya adalah kenaikan gaji semata-mata dan ia belum meliputi penambahbaikan terhadap Sistem Saraan Malaysia. 

Melalui pekeliling berkenaan, Jadual Gaji Matriks SSM telah digantikan dengan Jadual Gaji Minimum Maksimum. Ini bermakna tangga gaji tahunan setiap pegawai tidak lagi statik (matriks) sebagaimana sebelum ini.

Contoh Jadual Gaji Minimum Maksimum

Jumaat, 16 Mac 2012

Satu Amah, Satu Kerja: Jangan sampai jadi seperti SBPA!


Gila. Itu reaksi pertama saya apabila membaca laporan akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star yang memetik laporan BERNAMA bahawa amah dari Indonesia yang akan dibawa masuk ke negara ini bemula dari bulan hadapan akan hanya melaksanakan satu tugas pembantu rumah sahaja. 

Dinyatakan, amah-amah yang akan dibawa masuk ini akan dilatih dalam empat bidang khusus iaitu sebagai tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah. Mereka hanya akan menjalankan tugas sebagai "pembantu rumah" dalam bidang yang dilatih sahaja. Tidak lagi multi-tasking. 

Juga, gaji minimum yang perlu dibayar ialah RM 700.00 bagi setiap amah untuk setiap bidang. Demikian menurut kata-kata pegawai dari Indonesia yang bertanggungjawab dalam perjanjian bagi penghantaran amah Indonesia ke Malaysia.

Ini bermakna, sekiranya rakyat negara ini ingin mendapatkan "pembantu rumah" dari Indonesia yang dapat melaksanakan tugas sebenar sebagai pembantu rumah, kita perlu menggaji empat orang amah bagi melaksanakan tugasan yang berasingan. Ia akan menjadikan jumlah gaji yang perlu dibayar sekurang-kurangnya RM 2,800.00. Biar betul!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...