Pada 27 Julai lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam telah memuat naik ke portalnya Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2012 bertajuk Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2012. Pekeliling ini adalah untuk menjelaskan kelayakan dan tatacara pembayaran bonus kepada penjawat awam sebagaimana yang diumumkan oleh YAB PM sebelum ini.
Sebagaimana tahun lalu, syarat-syarat yang dinyatakan tidak jauh berbeza bagi pekerja tetap. Bagi pesara dan Pekerja Sambilan Harian yang bertugas sekurang-kurangnya 30 hari dari 1 Januari hingga 25 Julai, mereka akan menerima RM 500.00. Guru sandaran pula akan menerima kadar mengikut Elaun Bulanannya dan bagi kakitangan kontrak pula, sama ada contract of service atau contract for service, mereka akan menikmati kadar separuh dari gaji terakhir pada bulan Julai. Alhamdulillah, imbuhan ini akan dikreditkan ke dalam akaun pegawai pada 9 Ogos 2012.
Ada yang secara sinikal melihat pemberian ini sebagai Bonus Pilihanraya. Kenyataan sebegini dapat dibaca secara meluas di rangkaian media sosial dan blog. Mereka sebenarnya terlupa bahawa ini bukan kali pertama YAB PM memberikan imbuhan tahunan separuh gaji dengan minimum RM 500.00 di bulan Ramadan sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara. Tahun lalu perkara yang sama juga dilakukan. Malah lebih dari itu, dipenghujung tahun lalu juga diberikan kadar yang sama. Mungkin juga penghujung tahun ini YAB PM akan meneruskan tradisi ini : )
Jangan terlalu sinis untuk melihat pemberian ini dari aspek politik semata-mata. Bukankah Kedah, Selangor dan Pulau Pinang turut mengumumkan pemberian berkenaan? Itupun sejurus selepas YAB PM mengumumkan pemberian kepada kakitangan pusat. Lebih menarik lagi kadar yang diberikan dilihat seolah-olah mahu "kelihatan lebih" dari pemberian pusat. Bukankah itu tindak balas politik?
Selain itu, ada juga yang mengkritik pemberian ini sebagai tidak perlu kerana persepsi buruk mereka terhadap perkhidmatan awam. Bagi saya, persepsi itu bersifat subjektif. Tidak adil untuk menilai keseluruhan perkhidmatan awam dengan hanya berdasarkan beberapa pengalaman hitam yang dialami.
Terdapat juga kata-kata sinis yang menyatakan bonus ini hanya menghabiskan wang rakyat. Sebenarnya jika mahu melihat dari kacamata berkenaan, janganlah lupa, penjawat awam juga rakyat di negara ini. Penjawat awam juga pembayar cukai. Malah lebih dari itu, penjawat awam langsung "tidak berpeluang untuk lari" dari membayar cukai sebagamana dilakukan sesetengah pihak. Rekod gaji dan penyata pendapatan penjawat awam sentiasa terkemas kini di pihak LHDN : )
Raikanlah pemberian ini sebagai satu peluang untuk merancakkan ekonomi negara. Wang ini tidak akan ke mana-mana. Saya percaya, majoriti penjawat awam akan terus berbelanja di dalam negara.
Kepada rakan-rakan penjawat awam sama ada di pusat atau negeri-negeri, bersyukurlah dengan imbuhan ini. Ini tanda keprihatinan kepimpinan kepada kita.
Wassalam.
Notakaki:
Untuk membaca pekeliling sepenuhnya, ia boleh dicapai di sini atau sini. FAQ boleh di capai di sini atau sini.
Tahniah dan syukur alhamdulillah bagi yang mendapat bonus raya. Ini kerana saya antara penjawat awam yang malang tidak diberi bonus raya sehingga ke hari ini 8 OKTOBER 2012. knapa? Itu menjadi tanda tanya kepada diri saya sendiri. Bila ditanya kepada pihak yang berkenaan, jawapan: 'tiada peruntukan'
BalasPadamTanpa Nama 8 Oktober 2012 8:16 PTG, perkara ini tidak seharusnya berlaku jika saudara/i kakitangan Persekutuan. "Tiada Peruntukan" bukan satu alasan kerana agensi wajib sediakan. boleh dibawa ke peringkat lebih atas.
BalasPadamThat is a great news for all the people involved in the highlighted spheres. Also there might be new opportunities editing essays online free link for you. Great post, thanks for sharing!
BalasPadam