Sabtu, 2 Februari 2013

Panduan Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

 Kredit Gambar Utusan Online


Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) merupakan inisiatif yang dijana oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia. Ia sebenarnya telah dimulakan pada tahun lalu dan hasil dari kejayaan program perintis di Pahang itu telah mencetuskan idea untuk dipanjangkan ke seluruh negara.

Pelancaran BL1M secara rasmi telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri di Kedah, Khamis lalu. Beliau menjangkakan 500,000 orang akan mendapat manfaat darinya.

Menariknya BL1M ini, ia merupakan inisiatif yang datang dari parti politik secara langsung, bukan bermula dari pihak kerajaan seperti inisiatif-inisiatif 1Malaysia yang lain. Sebab itu tidak perlu pelik mengapa borang pra-pendaftaran BL1M perlu di hantar ke pejabat UMNO atau parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain.

Sebelum memohon BL1M ini, perlu difahami bahawa ia adalah langkah dari pihak SHEB bagi mengurangkan kadar bayaran yang perlu dijelaskan peserta kepada Institut Memandu iaitu dari RM350.00 hingga RM380.00 kepada hanya RM199.00 sahaja.

Maknanya, setelah memohon secara online dan membayar RM199.00 peserta masih perlu mengikuti ujian-ujian yang dijalankan oleh JPJ. Bukan selepas daftar dan bayar terus dapat lesen. Tidak, bukan begitu.

Untuk memohon BL1M, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi terlebih dahulu:

1. Warganegara Malaysia berumur antara 17 - 40 tahun pada atau selepas 1 Januari 2013.
2. Belum memiliki sebarang lesen memandu sama ada motorsikal, kereta, lori atau bas.
3. Permohonan untuk lesen motorsikal B2 sahaja.
4. Sihat tubuh badan.
5. Bayar RM199.00 (Money Order atas nama "MY E.G. SERVICES BERHAD") semasa program pendaftaran dijalankan.

Berikut merupakan 9 langkah yang saya ringkaskan agar lebih jelas difahami oleh pemohon.

LANGKAH 1:
Setelah syarat 1 hingga 4 dipenuhi, pemohon boleh mengisi borang pra-pendaftaran secara atas talian di URL berikut:

atau


Jika dilihat kepada kedua-dua borang ini, wujud perbezaan pada borang permohonan terutamanya dari aspek pemilihan kawasan ujian.

Bagi laman BL1M, pemohon perlu terlebih dahulu memilih Negeri dan Parlimen tempat tinggal semasa bagi memudahkan proses penetapan Institut Memandu yang berdekatan dengan mereka.



Berbanding dengan laman My EG, pemohon perlu memilih Negeri dan Daerah lokasi untuk menduduki ujian BL1M.

 

Walaupun dua borang ini berbeza formatnya namun ia tidak akan memberikan kesan memandangkan penyelarasannya akan dibuat oleh pihak My EG. Pemohon boleh menggunakan mana-mana borang yang mereka rasakan selesa.

Jangan lupa mencetak borang yang telah selesai diisi. 

Bagaimana dengan pemohon yang jauh di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai talian internet? Mereka boleh mendapatkan borang dari pejabat parti-parti komponen Barisan Nasional di seluruh negara untuk diisi secara manual.

Perkara penting yang harus diingat ialah pendaftaran ini dibuka hanya dalam tempoh dua minggu dari tarikh perasmian. Justeru, pastikan mereka yang layak dan berminat tidak melengah-lengahkan pendaftaran ini.

LANGKAH 2:
Setelah mengisi borang secara online, pergi ke Pejabat Pos berhampiran dan buat Money Order atas nama "MY E.G. SERVICES BERHAD" berjumlah RM199.00.

Bawa Money Order berkenaan dan cetakan borang pra-pendaftaran bagi yang mendaftar secara online ke pusat pendaftaran yang dinyatakan di dalamnya.

Jika mengisi secara manual, kembalikan ke pejabat parti komponen Barisan Nasional tempat borang berkenaan diambil. 

LANGKAH 3:
Semak status pendaftaran anda untuk mendapatkan lokasi Institut Memandu yang ditetapkan. Semakan boleh dibuatkan melalui URL berikut:


atau

Calon mendaftarkan diri ke Institut Memandu yang ditetapkan dan menghadiri Kelas Penilaian Pemandu. 

LANGKAH 5:
Duduki Ujian Teori Berkomputer.

Markah lulus untuk ujian ini adalah 42/50 dalam tempoh 45 minit. Jika gagal, calon dibenarkan untuk mengulangi ujian ini sebanyak dua kali secara percuma. Jika gagal lagi, calon dikehendaki mengikuti ujian lisan JPJ. 

LANGKAH 6:
Calon menduduki kursus Pra-L untuk mendapatkan lesen L di Institut Memandu. 

LANGKAH 7:
Calon mengikuti kelas memandu praktikal selama 8 jam di litar Institut Memandu.

LANGKAH 8:
Calon menduduki ujian JPJ. Sekiranya lulus, calon akan memperoleh lesen P.

LANGKAH 9:
Calon akan menerima lesen P dalam majlis yang akan dimaklumkan kelak.


Itulah sembilan langkah sebagai panduan untuk permohonan BL1M ini. Moga ia membantu dalam permohonan rakan sekalian.

Pengakhirannya, elok diingatkan semua agar jangan tertipu. AWAS! Tiada urusan tunai yang terlibat dalam proses BL1M ini. Juga tiada bayaran tambahan yang perlu dibuat kepada mana-mana pihak kerana tiada agen yang dilantik untuk menguruskan urusan BL1M ini sama ada oleh pihak SHEB atau MY EG.

Juga sekali lagi diingatkan, tempoh pendaftaran hanya dibuka dua minggu. Jangan berlengah untuk memohon. Melepas nanti menyesal tak sudah ;-)

Wassalam.

95 ulasan:

  1. Balasan

    1. salam.. mcm mne nk mohon utk tukar tmpat ambil kelas dan ujian memandu?, sbb sy krje di kuantan, tp sy dh ddftarkn utk belajar mmndu di trgnu.

      Padam
    2. hubungi pejabat umno di mana tuan berdaftar.

      Padam
  2. kalau lepasan spm nak isi dekat column " masih belajar " tu ..
    "YA" atau "TIDAK" ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas bantuannya . lagi satu, saya nk tanya.
      kalau saya dah hantar register online tu , tapi saya tak print . macam mana saya nak dapatkan borang yg lengkap tu semula untuk saya print ?

      Padam
    2. Dapatkannya dari link berikut:

      http://bl1m.myeg.com.my/bl1mWeb/PublicSearchForm.zhtml

      Padam
    3. kenapa bila saya print out, ade column yg diisi dgn " NA " . ape maksudnya tu ?

      Padam
    4. NA maknanya Not Available. tiada maklumat

      Padam
    5. tapi saya dah isi maklumat tu.. macam mana ni ?/

      Padam
    6. Jangan risau. asalkan ada lokasi pendaftaran. bawa terus ke sana dan betulkan secara manual

      Padam
    7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    8. seterusnya,, saya tak berapa paham tentang pembayaran RM199 tu..
      bayaran dibuat semasa pendaftaran ataupun mesti dibayar sebelum program bermula ?

      Padam
    9. kena bayar dulu kemudain bawa money order berkenaan ke lokasi pendaftaran. rujuk langkah 2 di atas.

      Padam
  3. Salam. Saya dah daftar and dah bayar.. Saya nak tahu, bila.start class memandu tu sebab mac saya kena balik dungun utk semester baru.. Boleh ke kalau daftar kat sel tapi.buat kat dungun sekiranya saya ingin menukar tempat belajar memandu tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Kelas dijangka akan bermula sebaik saja selesai tempoh daftar 2 minggu yang diberikan. Saya cadangkan saudari ke tempat pendaftaran yang dinyatakan dalam surat dan tanya mereka berapa lama masa diambil untuk ikuti ujian hingga selesai. Lain tempat lain tempoh sebab bergantung kepada jumlah permohonan, jumlah institut memandu yang ada dan tenaga pengajarnya. jika makan masa sehingga mac sewaktu semester dah mula, mohon untuk ambil kelas dan ujian di dungun.

      Padam
  4. bl1m ni ikut tarikh lahir atau ikut tahun lahir ? soalnya saya ni belum lagi 17 kalau ikut tarikh lahir tapi kalau ikut tahun, saya dah genap sebab saya lahir tahun1996. Saya masih belum isi borang tu sebab saya takut saya tak memenuhi syarat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikutkan syaratnya:

      1. Warganegara Malaysia berumur antara 17 - 40 tahun pada atau selepas 1 Januari 2013

      Ini bermakna saudara/i tidak memenuhi syarat. Walaubagaimanapun, saya cadangkan saudara/i tetap memohon. tak rugi mencuba. mana tahu kuota masih ada tapi orang yang layak tak mohon, mungkin saudara/i akan terpilih. tapi kena faham, jika tak dapat memang sebab tak penuhi syarat ya :-)

      Padam
    2. okey. terima kasih. tapi yang masih saya takutkan ialah ,adakah nama saya akan kena blaclist kalau mengisi borang ini dengan tidak cukup syarat ?

      Padam
    3. jangan risau. tidak akan diblacklist. :-)

      Padam
    4. Terima kasih banyak-banyak. :-)

      Padam
  5. Selepas buat money order kat pejabat pos kena hantar kat mana pulak resit money order tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bawa ke lokasi pendaftaran yang ditetapkan untuk ashraf. lokasi tersebut ada dinyatakan dalam surat yang dicetak.

      Padam
  6. saya dh mohon tp x print lagi.. mcm mne saya nak print??

    BalasPadam
  7. salam..sy dh isi form tapi xde info tentang tempat pendaftaran..ruangan yg tertulis 'TEMPAT MENDAFTAR' tu kosong..so mcm mane nak tau kt mne sy ptt bwk form and money order..ty

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. jika begitu, bawa ke pejabat UMNO Bahagian saudara/i untuk mendaftar.

      Padam
  8. sy dh mohon mlalui online...money order tu nk bg kt spe plak??? nk kne hntr kt tmpt pendaftaran jgk ke???

    BalasPadam
  9. Klau bt secara manual pla mcm mna? Kna byr trus ke kaunter ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau buat manual pun perlu buat money order. tiada urusniaga tunai dalam urusan

      Padam
  10. Untung la sape yg x buat lg...aq dlm proses nk dpt lesen L..benda ni baru nk ade.rugi aq...byr mhl

    BalasPadam
    Balasan
    1. rezeki mereka. Insyaallah, nanti masa kita pula :-)

      Padam
  11. kalau dh isi borang manual,, n dh buat money order.. nak hantar surat 2 di alamat mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bawa borang berkenaan bersama money order ke pejabat pendaftaran terdekat. boleh ke pejabat umno bahagian di mana saudara/i tinggal.

      Padam
  12. saya ada terbaca mengenai flow proses BL1M di website BL1M. Disitu ada dinyatakan boleh buat pembayaran secara online. Maka tidak perlu la buat money order atau bagaimana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. selain tarikh tutup dilanjutkan ke 1 Mac, pembayaran melalui online dan kad kredit juga diterima sekarang ini sebab ada pejabat pos yang kehabisan money order. maka saudara/i boleh gunakan mana-mana kaedah yang disebut.

      Padam
  13. saya nak tanya macam mana nak tahu tempat pendaftaran untuk membuat lesen tersebut sebab semasa saya semak tiada pun mengatakan tempat utuk mendaftar
    LAGI SATU KALAU TERSALAH ISI MAKLUMAT PADA BORANG MACAM MANA UBAH ATAU BIARKAN???

    BalasPadam
    Balasan
    1. tempat pendaftaran ialah di pejabat umno bahagian tempat anis tinggal. jika ada kesalahan bawa borang itu dan pinda ketika mendaftar di tempat pendaftaran.

      Padam
    2. saya daftar online jadi saye perlu print borang tersebut dan bawa bersama money order ke pejabat umno ke ..

      Padam
  14. boleh x kalau bayaran dilakukan secara online? ke mmg kena scara money order jugak?

    BalasPadam
  15. kenapa nak bayar online dia loading lama ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ramai yang gunakan perkhidmatan tersebut

      Padam
  16. Nak taye bila tarikh tutup utk prmohonan lesen ni?

    BalasPadam
  17. Salam , sya buat money oder tapi sya tak tahu alamat penerimanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Atas nama my eg

      Padam
    2. Salam;bila lesen akan dijalankan?

      Padam
  18. urmmm nk tny..bwu dftr online...tp rnie da last...xcmpt nk byr...mcmne yek...tlglh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Segera bayar. Masih diterima kerana telah daftar

      Padam
  19. Nie tuk motorsikal kn.....
    Tuk kreta?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup motorsikal sahaja. kereta belum dicadangkan lagi :-)

      Padam
  20. Salam...nk tanya,saya sudh mndftar,byr mlalui online,ttapi bila sya bole dtmptkan di institut mmndu dn mulakn kelas??adakah bole mula dlm bulan mac ni jga??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hafiz akan dihubungi secara langsung nanti mengenainya. berkaitan bila mula tertakluk kepada kekosongan tempat pembelajaran masing-masing.

      Padam
  21. assalam , na tanye ni..saye da daftar online tapi blom bayar.so saye kena guna money order dn bawak borang pra pendaftaran kan
    1) borang pra pendaftaran tu yang kita isi mase register mula2 tu ke ?
    2) kalau saya sebagai pelajar di tanjung malim, tapi saye punye tmpat pdaftraan tu di slim river . bagaimana na hadiri kelas sedangkan saye ade final exam.atau saye bole memilih tarikh untuk kelas dan ujian2 lesen ini ?
    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. segerakan pembayaran, guna online pun boleh.
      1. ya, borang berkenaan.
      2. lokasi institut memandu boleh dibincang ketika pendaftaran.

      Padam
  22. salam :) . saya sudah mendaftar . dah sudah di terima . tetapi saya sedikit keliru dengan -Warganegara Malaysia berumur antara 17 - 40 tahun pada atau selepas (1 Januari 2013)... birthday saya bulan 10 ? so. masa sekarang saya masih 16 . bulan 10 baru saya genap 17 ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam haziq. Kalau ikutkan syaratnya:

      1. Warganegara Malaysia berumur antara 17 - 40 tahun pada atau selepas 1 Januari 2013

      Ini bermakna haziq tidak memenuhi syarat. Walaubagaimanapun, saya cadangkan tetap memohon. tak rugi mencuba. mana tahu kuota masih ada tapi orang yang layak tak mohon, mungkin akan terpilih. tapi kena faham, jika tak dapat memang sebab tak penuhi syarat ya :-)

      Padam
  23. assalamualaikum,,,,saya dah daftar and permohonan sye dah berjya,,,,tpi mcm mana sye nak taw dimana sye boleh mlkukn ujian???sye sudah semak status tp pade penempatan institut memandu tu masih diproses...macam mane tu ya??macam mne sye boleh mndptkn mklumat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. Putri kena tunggu sampai sistem maklumkan. hanya dari situ boleh tahu.

      Padam
  24. Saya sudah register tetapi sampai sekarang belum sempat bayar....adakah sya terlalu lambat untuk bayaran.Semapakah saya untuk membuat bayaran.Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. pembayaran akhir seharusnya dibuat pada 11 Mac 2013. Walau bagaimanapun cuba saudara/i kunjungi Pejabat UMNO berhampiran untuk buat rayuan. Kalau kuota masih ada mungkin mereka akan pertimbangkan.

      Padam
  25. salam.saya dah register dah.cuma belum print.dan sy nk tamay bila start class memandu sbb sy akn habis semester tak lama lagi.tarikh tu pihak yg tetapkan atau kita yg pilih.terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. Adakah pembayaran telah dibuat. tarikh akan diberi.

      Padam
  26. salam..sy baru shj semak borang on9 sy tu...sy dah isi yg sy masih menuntut,tp knp dia kluar TIDAK. adakah penyertaan sy gagal?? sy juga ad tulis yg saiz bajuu sy S,tp kat situ tulis M..mcm mana ni...knp mcm byk salah je..saya dah pun buat money order..dan bila start class sbb sy masih lg ada di kolej..terima kasih yaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. Jangan bimbang sebab itu saya rasa masalah yang wujud di database. Asalkan maklumat penting seperti nama dan nombor kad pengenalan tidak berubah. telah ada kelas yang telah mula.

      Padam
  27. salam,sy dah mendaftar tp belum lagi membuat bayaran..,adakah sy terlalu lewat??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, saudara/i sangat lewat. cuba kemukakan rayuan di pejabat umno bahagian.

      Padam
  28. pejabat umno bahagian mana2 sahaja kew boleyh??............

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergi yang berdekatan dengan tempat tinggal saudara/i

      Padam
  29. good evening...saya dah hantar wang rm.199 dengan borang...bulan februari..hari bulan 21...pekerja di umno tanjong penang....bagitau sama saya...dalam 3 minggu anda boleh tahu penempatan institude....tapi sekarang dah sebulan lebih..pun dalam status saya tulis penempatan institude sedang di proses yang itu sahaja....

    BalasPadam
    Balasan
    1. good evening. adakah saudara/i telah membayar menggunakan wang tunai? sepatutnya transaksi tidak melibatkan tunai. berkaitan dengan institut, kiranya dalam sistem belum nyatakan lagi statusnya, elok saudara/i semak dengan pejabat umno lokasi dihantar borang berkenaan. takut-takut berlaku keciciran.

      Padam
  30. macam mana saya boleh di tahu tempat institut saya?? adakah bl1m hantar surat untuk saya...atau adakah bl1m akan call saya....kerana dah sebulan lebih pun...dalam status saya tujuk...tempat institude diproses...so lama saya sudah tunggu pun tak dapat respon's apa pun??? sekian terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saudara/i hubungi mereka atau terus ke pejabat umno bahagian terdekat untuk dapatkan maklumat berkenaan.

      Padam
  31. salam..saya nak tya sekarang dah kumpulan ke berape????

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummusalam. tak menentu saudara/i. bergantung kepada bahagian anda

      Padam
  32. salam.. mcm mne nk mohon utk tukar tmpat ambil kelas dan ujian memandu?, sbb sy krje di kuantan, tp sy dh ddftarkn utk belajar mmndu di trgnu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. tuan kena hubungi pejabat umno bahagian tuan yang terdekat.

      Padam
  33. Salam. saya nak tanya. sy dah buat pndaftaran semua. .mcm mana sy nk tahu latihan 2 di buat ? adakah dye akan hantar surat atau terus col je ? sbb no sy dah kena block

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. dia akan sms. saudara/i cuba semak dalam sistem berkenaan statusnya.

      Padam
  34. salam kalau sya terlepas untuk pergi kursus pda tarikh yg ditetapkan... adakah sya tidak dpat mengulangi kursus pda tarikh lain....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. Boleh, smskan masalah saudara/i ke talian ini: 018-8011111

      Padam
  35. assalam...sya bru shja semak status permohonan sya...tpi sdah tlpas trikh yg tlh dttpkan utk sya prgi ke institut mmndu itu...adakah duit yg dh dbyr akan burn????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Saudara/i sms kan masalah berkenaan kepada nombor ini dan mohon untuk dipanggil semula ke institut memandu 018-8011111. Sms sahaja, jangan telefon.

      Padam
  36. salam..saya mendapat sms menyatakan bahawa pada 29/4 saya perlu menghadiri ujian berkomputer.. sebelum saya mendaftar saya telah menyatakan tidak boleh menghadiri kelas/ujian pada hari bekerja.. Dan pada hari tersebut saya berada di singapore atas urusan kerja. boleh ke kalau ujian komputer ditunda pada hujung minggu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. saudara/i perlu maklumkan kepada urus setia mengenai masalah berkenaan. sms ke nombor ini: 018-8011111

      Padam
  37. Salam.. Kalau nk ambil ujian lisan jpj brapa kne byar ???

    BalasPadam
  38. Salam...kalau gagal ujian komputer, nak bt macamana ek?..nak kena daftar semula ker?

    BalasPadam
  39. mohd afif bin ramli29 Mei 2013 pada 5:50 PTG

    Asalamuallaikum.saya telah menduduki ujian komputer sebanyak 3 kali dan sudah bertanya pada tempat sya ambik ujian dia kata untuk kali ke4 kene bayar rm17 inggit.sedangkan dlam tu sepatut nya lisan jpj,mana stu yang betol.

    BalasPadam
  40. Salam sye nk tye klau sye dh lulus amik ujian komputer kna bwa ke keputusan 2 skali?

    BalasPadam
  41. Assalamualaikum.. sy dh 4kali buat ujian komputer BL1M tp xlepas2.. kali ke 3 sy wat ujinnkomputer mrkahnya 41 n satu markah nk lulus then kali ke empat sy cuba lagi ttiba markahnya turun 36? Sy pliklah. Adkh komputer disitu rosak? Kwn sy senang je nk lulus. Sy ni nk spm sbr je dugaan. :'(.
    Tarikh last 15/11/2013 n sy g lagi tp tutup plak. Mcm mn dgn BL1M sy? Xkan dh terbatal? Tolonglah reply immediately. Thanks.

    BalasPadam
  42. slmt petang.....sya dah lulus test komputer...lpas ni apa pula..saya org bintulu..sya nak tanye pra l kat mana ambik...?

    BalasPadam
  43. Bukan warga negara boleh ikut ka BL1M ni?

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...