Selasa, 12 Februari 2013

Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan - Peluang menangi wang tunai setiap dua minggu!

Bermula hari ini, 12 Februari 2013, Notakanan akan berkerjasama dengan Kelab Warisan Malaysia (KERIS) untuk menganjurkan peraduan Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan.

Untuk makluman rakan pembaca, KERIS merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang bergerak di seluruh negara bagi menerapkan nilai-nilai kenegaraan di kalangan warga Malaysia. Suara KERIS boleh dicapai di suaris.wordpress.com. Ia sentiasa dikemaskini dan banyak membincangkan isu-isu semasa negara sama ada dari aspek sosial, politik dan ekonomi. 

Berbalik kepada peraduan Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan, ia akan diadakan dalam beberapa siri dan untuk siri yang pertama ini, hadiah wang tunai yang ditawarkan ialah sebanyak RM 100.00.


Syarat-syarat untuk menyertai peraduan ini adalah seperti berikut:
  1. Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia kecuali ahli Kelab Warisan Malaysia.
  2. Peserta diwajibkan untuk Like page Notakanan di Facebook atau menyertai tapak blog Notakanan di http://notakanan.blogspot.com.
  3. Peserta dikehendaki untuk menjawab dengan tepat 30 soalan mudah yang dikemukakan dan melengkapkan slogan dengan tidak melebihi 20 patah perkataan.
  4. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghantar satu borang peraduan sahaja.
  5. Borang penyertaan Siri 1 perlu dihantar melalui emel ke notakanan@gmail.com sebelum jam 12.01 pagi 23 Februari 2013.
  6. Hanya satu pemenang yang akan dipilih. Beliau akan dihubungi melalui telefon dan emel.
  7. Sekiranya tiada pemenang dalam Siri 1 ini, wang tunai akan dikumpulkan ke Siri 2.
  8. Keputusan peraduan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan oleh penganjur.
  9. Sebarang pertanyaan berhubung peraduan ini boleh dikemukakan secara terus pada ruangan komen blog ini atau di page Facebook Notakanan.

Borang peraduan Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 1 dalam format Microsoft Excel boleh dimuat turun melalui dua langkah di bawah:


 1. Klik URL berikut:


 2. Pilih File dan klik Download atau tekan Ctrl + S

Saya menantikan pemenang pertama peraduan ini. Selamat mencuba. :-)

RALAT: 120213 Borang Peraduan yang dinyatakan di atas adalah yang telah dikemaskini. Soalan sebenar bagi Nombor 16 (Menegak) ialah "Bapa Pembangunan" dan bukannya seperti yang dinyatakan sebelum ini. Bagi mereka yang telah muat turun borang terdahulu, ia tetap akan diterima cuma pembetulan perlu dilakukan pada Soalan 16 berkenaan. Kesilapan amat dikesali. 

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...