Jumaat, 8 Februari 2013

Aku Janji Pelaksanaan Resolusi Kursus Transformasi Pengurus Mini RTC Zon Utara Siri 2


Bertempat di De Baron Resort Langkawi, Kursus Transformasi Pengurus Mini RTC Zon Utara Siri 2 telah diadakan dari 4 hingga 7 Februari 2013. Kursus ini merupakan kesinambungan dari empat kursus terdahulu yang diadakan bagi Zon Pantai Timur, Tengah, Utara Siri 1 dan Malaysia Timur.

Ia diadakan bagi menjelaskan kepada para Pengurus Mini RTC mengenai peranan yang perlu mereka mainkan setelah Medan Infodesa di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dinaiktarafkan sebagai Mini RTC. Mini RTC merupakan pelengkap kepada kewujudan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).


Berakhirnya kursus ini menandakan semua Pengurus Mini RTC di seluruh negara telah dijelaskan mengenai skop dan tanggungjawab baru mereka dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif RTC dalam skala yang lebih kecil. Moga pertemuan singkat 4 hari 3 malam ini akan membantu para Pengurus sekalian dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat luar bandar.

Rakaman ini merupakan aku janji bagi pelaksanaan resolusi yang dicapai dalam kursus berkenaan.  Ia dilafazkan di hadapan Pengurus Besar KEDA, YBhg. Dato' Haji Arpan bin Shari.

Berdasarkan kepada janji yang dibuat, tiga bulan adalah tempoh kritikal kepada mereka untuk memberikan impak segera setelah menghadiri kursus ini.

Semoga usaha murni kita ini akan berjaya menterjemahkan hasrat Kerajaan untuk memastikan masyarakat luar bandar turut memperoleh tahap pendapatan perkapita USD15,000.00 sebagaimana yang disasarkan pada tahun 2020 sebagai Negara Maju Berpendapatan Tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...