Ahad, 24 Februari 2013

Keputusan Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 1

Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan pembaca yang telah menyertai Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 1 bermula dari 12 hingga 22 Februari 2013. Peraduan ini adalah kerjasama dengan Kelab Warisan Malaysia yang dapat diikuti suaranya di suaris.wordpress.com.

Banyak sekali borang peraduan yang telah diterima dan kesemuanya telah saya teliti satu persatu bagi memastikan tidak berlaku kesilapan dalam proses pengadilan.

Secara keseluruhannya rakan-rakan peserta telah dapat menjawab kebanyakan soalan yang telah diberikan dengan tepat. Namun tiada yang dapat menjawab keseluruhan soalan.

Paling hampir memenangi peraduan ini ialah seorang rakan pembaca yang tersalah jawab dua soalan dari 30 yang diberikan. Ini bermakna peraduan bagi Siri 1 ini tiada pemenangnya.

Oleh itu, hadiah wang tunai Siri 1 berjumlah RM100 akan dikumpulkan dan dibawa ke Siri 2 yang akan menjadikan jumlahnya ialah RM200.

Borang Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 2 akan dimuat naik esok. Jadi jangan lepaskan peluang untuk memenangi RM200 tunai dengan menjawab 30 soalan dalam peraduan ini.

Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada rakan pembaca yang telah mencuba dalam Siri 1 dan peluang anda kini masih terbuka dalam Siri 2.

Wassalam.

Notalalu:

6 ulasan:

  1. kat mana kita boleh tengok jawapan sebenar peraduan silang kata ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. jawapan tidak diberi kerana soalan siri 2 sama :-)

      Padam
    2. salam nak tanya..
      yang tak sempat sertai siri 1, boleh terus sertai siri 2 tak?

      Padam
  2. no 13 melintang padia?

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...