Rabu, 29 Februari 2012

Isu Lynas bakal mengurangkan lagi pelajar jurusan sains di IPT?


Majlis Penyelidikan Sains Kebangsaan pada 30 Januari lalu telah melahirkan kebimbangan mengenai jumlah pelajar aliran sains di IPT yang menunjukkan tren penurunan kemasukan sejak tahun 2007. Antara faktor penyebab kepada situasi ini menurut Prof Dr Halimaton Hamdan (Ahli Majlis) ialah pelajar merasakan pembelajaran bidang sains tidak berbaloi, sukar dan membosankan. Selain itu, kurangnya minat dan anggapan bahawa bidang sains tidak menjanjikan gaji yang lumayan dalam kerjaya juga turut mendorong kepada kemerosotan jumlah pelajar yang memilih aliran sains di IPT.

Berdasarkan kepada senario politik semasa khususnya isu kilang Lynas yang sedang hangat diperkatakan oleh pihak pembangkang, saya berpandangan ia juga bakal memberikan kesan kepada pemikiran pelajar untuk terus tidak memilih pengajian dalam bidang sains sama ada di peringkat sekolah atau IPT. Ini kerana para pelajar melihat elemen-elemen politik telah berjaya menenggelamkan kesarjanaan mereka yang "bergelumang" di dalam bidang berkenaan.

Bukti nyata yang dapat dilihat ialah bagaimana pihak pembangkang secara sengaja menolak pandangan yang diberikan oleh Dr. Che Rosli Che Mat, ahli Parlimen Hulu Langat dari parti PAS sendiri bahawa kilang Lynas yang bakal dibina di Kuantan adalah selamat, jauh lebih selamat dari menonton televisyen di rumah. Dr. Che Rosli yang merupakan seorang saintis nuklear bercakap bukan kerana dia dibeli BN atau mana-mana pihak tetapi beliau bercakap atas ilmu dan kebenarannnya.


Walaupun kelihatan Presiden PAS mahu menegakkan yang haq dalam isu ini apabila menyokong Dr. Che Rosli namun suara beliau ternyata tenggelam dengan kumpulan lain di dalam PAS yang cenderung untuk mengutamakan kepetingan politik (semata-mata untuk menjatuhkan BN) berbanding untuk mengutamakan kebenaran. 

Saya melihat ia berlaku akibat susutnya golongan ulamak di dalam kepimpinan tertinggi PAS. Berkata benar biarpun pahit, tetapi itu tidak bagi golongan liberal PAS yang menyajung PKR dan DAP. Sebab itu amat tidak menghairankan apabila Presiden PAS dilihat seolah tidak mempedulikan perhimpunan Hijau yang turut dihadiri oleh ribuan pengikut PAS sendiri. Ia sebenarnya menampakkan betapa pengikut PAS sekarang ini lebih cenderung untuk mempercayai anasir luar dari PAS berbanding pandangan Presiden sendiri. Situasi ini tidak berlaku ketika Allahyarham Fadhil Noor menjadi Presiden atau lebih tepat lagi ketika golongan ulama menguasai kepimpinan.

Bagi membuktikan kepentingan politik (semata-mata untuk menjatuhkan BN) lebih utama berbanding mengatakan yang benar dalam isu Lynas ini, lihat bagaimana Khalid Samad (golongan Anwarinas - gelaran Zulkifli Nordin) cuba menegakkan benang yang basah ketika sesi soal jawab bersama Dr. Che Rosli dalam satu majlis yang diadakan.


"Di celah sidang akhbarnya itu  ada wartawan yang bertanya Dr Rosli apa pandangannya tentang kilang Lynas. 


Ini ekoran kehangatan akan berlangsungnya Perhimpunan Hijau dimana PAS sedang sibuk menghasut ahlinya menyertainya.


Dr Rosli telah buat PAS ' angin' pada Ogos tahun lalu bila beliau membuat kenyataan menyuarakan pendapatnya bahawa kilang itu selamat.


Mungkin di luar dugaan Khalid...rakan Ahli Parlimennya itu tidak teragak-agak langsung ulangi pandangannya bahawa kilang itu selamat. 


Katanya kilang itu selamat jika diawasi dengan betul. Dr Rosli juga memberitahu beliau tidak akan turut serta dalam perhimpunan di Kuantan itu. Apapun katanya terserahlah pada orang Kuantan membuat penentuan mengenai kilang di Gebeng itu yang didakwa oleh Ahli Parlimen PKR Fuziah Saleh tidak selamat.


Cukup melucukan Khalid yang mungkin panas telinga mendengar komen Dr Rosli betul-betul di depannya itu terus kata pandangan Ahli Parlimen Hulu Langat itu adalah pandangan peribadinya bukan pandangan PAS atau pakatan pembangkang.


"Bagi PAS dan PKR...ia tidak selamat," kata mulut Khalid yang tidak ada kepakaran langsung dalam bidang itu.


Ada kalangan  wartawan yang hadir pada sidang akhbar itu kedengaran berkata," ini adalah salah satu jenaka politik yang boleh masuk buku sejarah." - Sumber Agendadaily

Apa yang berlaku ini bukanlah politik baru sebagaimana yang sering mereka utarakan ketika kempen PRU 2008. Politik Khalid, politik lama. Retorik lebih dari kebenaran. Isu Lynas sengaja dipolitikkan. Apa saja yang boleh memberi undi, semuanya akan digunakan ketika ini. Betul atau salah itu soal kedua.

Saya berharap agar para pelajar di sekolah dan IPT tidak melihat isu Lynas ini sebagai penghalang bagi mereka untuk memilih aliran sains sebagai bidang pengajian. Kesarjanaan Dr Che Rosli sebenarnya tidak tergugat dengan aliran pemikiran liberal segolongan pemimpin di dalam PAS. Yang tergugat sebenarnya adalah mereka yang tercabar dengan kenyataan Dr Che Rosli itu.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...