Khamis, 9 Februari 2012

Karnival Mini-RTC di Kg Jelintoh, Kg Sg. Siputeh, Kg Batu 3 Temoh & Kg Pasir Salak sempena Pelancaran RTC Gopeng oleh YAB PM


Bersempena dengan pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Centre - RTC) Gopeng pada 18 Februari ini oleh YAB Perdana Menteri, empat buah kampung di negeri Perak telah dipilih untuk menganjurkan Karnival Mini-RTC.

Keempat-empat kampung berkenaan ialah:

1. Kampung Jelintoh, Gopeng - 11 Februari (Sabtu)
2. Kampung Sg. Siputeh, Selama - 12 Februari (Ahad)
3. Kampung Batu 3, Temoh - 14 Februari (Selasa)
4. Kampung Pasir Salak - 15 Februari (Rabu)

Karnival Mini-RTC ini akan diadakan di Medan Infodesa di setiap kampung berkenaan.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi memeriahkan Karnival ini. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah:



Kampung Jelintoh (9.00 am - 2.00 pm)
Kenduri rakyat
Pertandingan mewarna kanak-kanak
Pertandingan Aspek wanita - masakan gulai lemak ikan air tawar & kuih tradisional dari ubi kayu
Sukaneka rakyat
Cabutan bertuah
Ceramah kepenggunaan oleh KPDNKK
Klinik tanaman semula oleh RISDA
Pendaftaran ahli baru RELA dan JPAM oleh Kementerian Dalam Negeri
Saringan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan



Kampung Sg. Siputeh (8.00 am -  12.00 pm)
Ceramah Agama
Sukaneka rakyat
Pertandingan memasak dan gubahan
Pertandingan Futsal
Pertandingan mewarna
Mini PC Fair
Pertandingan beruk petik kelapa
Bengkel Multimedia Kreatif oleh MDeC
Ceramah Pendaftaran Syarikat oleh KPDNKK
Pendaftaran Rakan Agro dan Kor Tani oleh Kementerian Pertanian
Klinik tanaman semula oleh RISDA
Pendaftaran ahli baru RELA dan JPAM oleh Kementerian Dalam Negeri
Saringan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan


Kampung Batu 3 Temoh (9.00 am -  5.00 pm)
Penyampaian BR1M
Pertandingan mewarna
Pertandingan Aspek wanita - Gubahan bunga, makanan dan kuih tradisional & jahitan sulaman tangan
Bengkel Multimedia Kreatif oleh MDeC
Ceramah pengurusan koperasi oleh KPDNKK
Pendaftaran Rakan Agro dan Kor Tani oleh Kementerian Pertanian
Klinik tanaman semula oleh RISDA
Pendaftaran ahli baru RELA dan JPAM oleh Kementerian Dalam Negeri
Saringan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan



Kampung Pasir Salak (9.00 am -  5.00 pm)
Senamrobik
Sukaneka rakyat
Bengkel Keusahawanan ICT oleh MDeC
Ceramah kesedaran penggunaan tayar toreh oleh KPDNKK
Pendaftaran Rakan Agro dan Kor Tani oleh Kementerian Pertanian
Klinik tanaman semula oleh RISDA
Pendaftaran ahli baru RELA dan JPAM oleh Kementerian Dalam Negeri
Saringan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan


Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Karnival Mini-RTC ini.

Wassalam.

1 ulasan:

  1. Salam, Tahniah kepada MID yang dipilih sebagai mini RTC. Semoga memberi faedah kepada kemajuan MID yang terpilih tersebut.

    Kita berharap program mini RTC bukan bersifat sementara. Penduduk kampung pun harus sedar mini RTC untuk faedah diri mereka sendiri. Usahalah untuk memajukan MID-Mini RTC kite. Mentaliti bila ada peruntukan kerajaan baru bergerak aktif bukan tindakan yang bijak. Tolonglah majukan mini RTC-MID untuk anak cucu kita.

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...