Jumaat, 6 Januari 2012

Jawatan PM: Mengapa mesti dia? Orang lain tidak layak?


Agak janggal apabila Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk melantik PM sementara jika Anwar dipenjarakan sekirannya mereka berjaya membentuk kerajaan pusat dalam PRU13. Jawatan itu akan diberikan kepada Anwar kembali apabila beliau dibebaskan kelak. Macam yang isterinya buat di Permatang Pauh tu :)

Saya tidak pasti sama ada kenyataan yang dikeluarkan Anwar melalui Malaysiakini itu bersifat peribadi atau telah diputuskan sepenuhnya oleh pimpinan tertinggi PR. Namun sebagai Pemimpin Agung PR, semestinya apa yang dibicarakan Anwar akan menjadi polisi gabungan berkenaan.

Jika ditelili kenyataan Anwar itu, ia menampakkan dua pegangan PR utama ketika ini dan ia akan kekal sehingga PRU 13 yang bakal menjelang:

1. Tiada orang lain yang layak untuk menjadi PM melalui gabungan PR. Hanya Anwar yang layak.
Hal ini menunjukkan bahawa PR sebenarnya tidak memperjuangkan isu-isu nasional atau melihat kepentingan negara melebihi kepentingan individu. Ini kerana sekiranya PR benar-benar berpegang kepada apa yang mereka perjuangkan, soal mengenai siapa yang akan menjadi PM tidak seharusnya timbul. Mengapa perlu ada PM sementara yang menjadi boneka untuk mengikut telunjuk Anwar dari penjara? Ke mana Malaysia hendak dibawa?

Mungkin juga Anwar terpaksa mengeluarkan kenyataan sebegini bagi menjawab kata-kata sinis Datuk Hassan Ali semalam yang menyatakan Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang jauh lebih layak dari Anwar? Apa pun, jelas menampakkan pegangan PR (baca PAS, PKR dan DAP) bahawa meletakkan Anwar sebagai PM adalah jauh lebih penting berbanding menjaga kepentingan rakyat.

2. Mahkamah boleh dimanipulasi untuk mengangkat Anwar sebagai PM.
Kenyataan Anwar yang mengatakan beliau tidak bercadang untuk dipenjarakan terlalu lama membuktikan bahawa PR akan memanipulasi segala ruang yang ada untuk membebaskan beliau. Tindakan ini semestinya amat bertentangan dengan janji-janji manis yang ditawarkan kepada rakyat kononnya untuk membersihkan sistem kehakimanan negara yang kononnya "kotor dan busuk" di bawah pentadbiran BN. Bukankah tindakan manipulasi mahkamah untuk membebaskan beliau ini juga merupakan salah satu tindakan "kotor dan busuk"?

Contoh yang diberikan sebagaimana berlaku di Turki yang meminda undang-undang untuk membolehkan Erdogan kembali menyertai politik menampakkan bagaimana Anwar mahu menghalalkan tindakan yang bakal dilakukan PR. Agak pelik, orang yang tuduh orang lain memanipulasi mahkamah, telah bertekad awal-awal lagi untuk memanipulasinya juga. Hebat sungguh!


Nampaknya tekad PR untuk meletakkan Anwar sebagai PM amat bulat apabila laporan berkenaan menyatakan:

"Anwar turut mengakui bahawa usaha untuk memilih perdana menteri sementara itu mungkin berdepan masalah memandangkan tokoh berkenaan hanya akan mengisi jawatan tersebut buat beberapa ketika."

Jika ditakdirkan Allah PR menang dalam PRU akan datang, pilihlah PM yang bersifat kekal, bukannya sementara. Apa guna Malaysia mempunyai PM boneka, yang hanya mahu menjayakan agenda seorang individu. Biarkan saja Anwar dengan masalah peribadinya. Rakyat tak perlu diheret ke jalan atau ke penjara.

Wassalam.

16 ulasan:

  1. ada masalah ke DS Anwar Ibrahim jadi PM..?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama 9 Jan, kalau majoriti ahli parlimen pilih dia, tiada masalah. negara demokrasi. persoalan yang dibangkitkan di dalam artikel, mengapa mesti pakatan lantik PM sementara jika anwar di penjara? kenapa tak boleh lantik PM "kekal"? nik aziz, hj hadi, lim guan eng atau karpal singh tidak layak? kalau anwar mati bagaimana? adakah masih mengharapkan "rohnya" juga? malaysia "hidup" bukan atas individu.

    BalasPadam
  3. jika dah majoriti pilih, kena ikut majoriti walau di penjara. bukan tak pernah berlaku. dalam PKR pun, masa DSAI di penjara dan DSWA jadi presiden, PKR tetap berjalan mengikut perancangan anwar. tiada masalah. jika sekalipun DSAI mati, carilah pengganti. apa masalah..?

    itula..jgn terlalu buat persepsi negatif kepada PR.. xkan roh pulak nk memerintah.. yg lepas tu lepas lah..

    apa kata tuan ulas skit pasal kontroversi shahrizat dan jamil khir. ingin juga sy berdiskusi di sini.. ok x.. baru nmpk balance skit blog tuan nih..

    atau blog tuan ni memang penyokong tegar umno/BN..?

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama 10 Jan, mohon tuan membaca semula tulisan artikel saya di atas. adakah saya menyatakan anwar ibrahim tidak boleh menjadi PM? tuan juga tidak memahami senario. dalam perlembagaan mana boleh orang yang berada di penjara menjadi PM? PM mesti ahli parlimen. dan orang yang di dalam penjara atau baru keluar penjara tidak boleh menjadi ahli parlimen untuk sekian tempoh yang ditetapkan. soalnya di sini bukan anwar boleh jadi PM atau tidak tetapi SEKIRANYA ANWAR DIPENJARA, mengapa perlu melantik PM SEMENTARA? adakah PR sememangnya akan hancur berkecai sekiranya anwar mati dek kerana tiada orang yang boleh memimpin? itu isunya!

    shahrizat dan jamil khir kita ulas dalam artikel lain. tiada masalah.

    BalasPadam
  5. perlembagaan hanyalah buatan manusia. apatah lagi kes perak berlaku pun umno boleh melanggar perlembagaan. (rujuk majlis peguam dan prof aziz bari).

    sy nampak ada 2 isu di sini:
    satu anwar dipenjara dan kedua anwar mati. sy rs yg kedua tu hnyalah keresahan tuan saja yg sukar terima anwar bebas. ckuplah tuan katakan anwar di penjara, dan tidak sampai mendoakan anwar mati. bersangka baiklah.

    PR bukanlah perjuangan semata2 utk anwar. kes anwar hny sebilangan kecil dari perjuangan PR yg lebih besar iaitu utk rakyat. lebih besar lagi utk menjatuhkan BN kerana BN lah yg buat rakyat marah. PR berpadu tenaga kini untuk mencapai matlamat tersebut iaitu menjatuhkan BN dan membentuk kerajaan baru. anwar ke, nik aziz ke, lim kit siang ke yg tingalkan PR..ramai lg anwar, nik aziz, lim kit siang baru akan lahir.

    asalkan bukan umno (ABU)..

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama 11 Jan, sekali lagi saya katakan. bacalah semula ulasan artikel berkenaan. fahami apa yang disampaikan. tak perlu pusing2. fahami isu sebenar artikel. dipenjara atau mati itu hanya andaian. baca dan fahami maksud sebenar. terima kasih.

    BalasPadam
  7. saya dah baca.. sy fhm mksd tuan.. sy fhm mksd tuan seolah2 ingin memberikan salah faham kpd anwar dan PR amnya.. ini perangai biasa org2 umno..

    kita bncg di luar skop sebentar.. mengenai kes liwat.. pd pengetahuan tuan, adakah liwat ini salah hny pd lelaki..? bgmna jika meliwat isteri?

    adakah meliwat isteri tanpa rela dibenarkan dalam undang2..?

    BalasPadam
  8. cuba tuan jelaskan apa hujah saya yang mengatakan "seolah2 ingin memberikan salah faham kpd anwar dan PR amnya"? saya bukan bermaksud "seolah-olah", itu ada gambaran dari sikap yang terpapar dari laporan Malaysiakini.

    tuan bertanya, "bgmna jika meliwat isteri? adakah meliwat isteri tanpa rela dibenarkan dalam undang2..?"

    Jawapan saya, dalam Islam, meliwat isteri sama ada rela atau tidak adalah haram, apatah lagi meliwat orang (lelaki atau perempun) lain. jadi ia salah.

    di dalam undang-undang, ia adalah salah! isteri boleh melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan diambil terhadap suami. skop apa yang cuba diutarakan?

    BalasPadam
  9. terima kasih atas pndngn tersebut. sy rasa tuan juga patut mengupas kelakuan org umno juga yg terlibat dlm kes liwat ini. pengakuan ini diakui oleh isteri pemimpin umno tersebut di media perdana. sila rujuk: http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2010/1/5/mstar_mahkamah/20100105142809&sec=mstar_mahkamah

    apa yg sy nk utarakan di sini, kerajaan umno/bn kini mengambil pendekatan bias kpd sistem pengadilan dan kehakiman negara. jika org umno salah, dilepaskan atau diberi hukuman yg ringan. berlainan dgn PR. ini yg rakyat sgt meluat dan bukannya kes anwar semata2.

    ini kerana blog tuan hny memberi pndgn lebih hentam PR dari umno/BN sendiri. jika tuan ingin mengupas suasana politik negara dengan adil, lbh molek menceritakan kedua2nya sekali dan kita berdiskusi..

    BalasPadam
  10. tuan berpandangan sedemikian kerana tuan tidak faham sistem perundangan negara kita. dalam kes anwar, dia dihadapkan ke mahkamah tinggi atas tuduhan jenayah (melakukan liwat). dalam konteks jenayah, ia dianggap "anwar lawan rakyat Malaysia". oleh itu, penghakiman di mahkamah tinggi di buat dalam konteks "negara vs anwar". sekiranya saiful memilih untuk membawa ke mahkamah sivil, ia akan dinyatakan sebagai "anwar vs saiful". perbicaraannya akan menjadi berbeza. untuk pemahaman, elok baca tulisan Tan Sri Nordin Kardi di sini: http://penapakdin.blogspot.com/2012/01/memahami-keadilan-untuk-saiful.html

    kembali semula kepada contoh yang tuan berikan, bekas isteri berkenaan membawa kesnya ke mahkamah syariah. diulangi, mahkamah syariah. dan tuntutannya pula adalah untuk fasakh! bukan atas nama jenayah! mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman liwat kerana ia bukan bidang kuasanya. elok jika tuan nasihatkan wanita berkenaan membawa kes berkenaan ke mahkamah sivil agar suaminya dapat dikenakan tindakan.

    BalasPadam
  11. "negara vs anwar" yg tuan tafsirkan juga telah mendefinisikan ini adalah kerja2 tgn ghaib dlm kerjaan umno.. tmbahan pula saiful ada kaitan dgn pegawai khas Najib (bukti bergambar). bg sy ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan anwar dan melenyapkan karier politik beliau utk menentang umno.

    berlainan dengan apa yg berlaku td pada isteri seorang pemimpin umno yg tuan juga setuju mengatakan ia adalah salah dan melanggar undang2 iaitu diliwat tanpa rela. umno juga blh mengambil tindakan yg sama terhadap ahlinya itu.

    berkenaan Tan Sri Nordin sy blh katakan begini sja la.. beliau juga akan mengambil pendekatan utk memenangkan saiful dan umno khususnya. tp sy tidak akan lupa bagaimana beliau terkena dengan DSAI masa debat satu ketika dahulu. ia suatu yg memalukan sbg org kuat umno.. rakyat masih ingat.. tuan boleh buat carian mengenainya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni org PR mmg selalu cakap mcm anwar

      Padam
  12. Astagfirullah. Tuan, maaf saya cakap, fahamilah istilah-istilah perundangan bagi maksud "negara vs anwar" untuk berbahas. untuk makluman tuan, bagi semua kes jenayah yang dikendalikan peguam negara, sememangnya konatasinya "negara vs tertuduh". kes khir toyo, "khir toyo vs negara". kes ling liong sik "ling liong sik vs negara". ini bukan tentang sesiapa. sebab itu saya minta tuan baca dan fahami intipati tulisan Tan Sri Nordin untuk memahaminya dengan mudah (amik contoh O.J Simpson dalam konteks perbezaan mahkamah jenayah dan sivil). mengapa perlu dikaitkan tangan-tangan ghaib, konspirasi dan perbahasan di antara anwar dengan shabery? bukankah kita sedang bicarakan tentang "isteri pemimpin umno" yang tuan bawakan terdahulu? yang mana satu tuan nak bicarakan?

    BalasPadam
  13. kesimpulannya saya ingin bicarakan tentang tulisan tuan mengenai kontroversi pemimpin2 umno pula.. spt "khir toyo vs negara", "ling liong sik vs negara" daripada hny menyentuh dan mempertikaikan PR. ingin juga saya melihat tuan membuat kajian terperinci mengenai pemimpin2 umno yg rasuah, seleweng dll. kecuali tuan merasakan umno yg terbaik, ia tidak mengapa.. terima kasih kerana meluangkan masa utk diskusi ini..

    BalasPadam
  14. Inyaallah dalam artikel2 lain. sy memilih untuk berfokus. cuma agak janggal tuan menilai pola pemikiran saya hanya berdasarkan satu artikel atau beberapa artikel yg dibaca di sini. apa pun terima kasih di atas kesudian memberikan maklum balas.

    BalasPadam
  15. CintakanPerpaduanUmatIslam27 Januari 2012 5:35 PTG

    Bro Zairi, tak guna kalo berbahas dengan manusia yang terlalu taksub dengan parti.. kerana manusia2 yang terlalu taksub ni agama pun sanggup digadaikannya.. sy secara ikhlas menyokong artikel bro zairi... terbaik...

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...