Sabtu, 21 Januari 2012

Benarkah Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan sudah lapuk?



Ada pihak mengatakan Seksyen 377A dan 377B Kanun Keseksaan sudah lapuk dan perlu dipinda kerana peruntukan berkenaan dilihat "menyusahkan" golongan homoseksual.

Sebelum menilai, elok dilihat peruntukan seksyen berkenaan:

Seksyen 377 Kanun Keseksaan dalam undang-undang Malaysia adalah berkaitan jenayah seksual luar tabii dan ia dipecahkan kepada beberapa seksyen dengan hukuman berbeza.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan, iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan, hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut atau dubur, hukuman ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan iaitu perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga dua tahun.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau, membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Melihat kepada peruntukan-peruntukan berkenaan, saya berpandangan, Seksyen 377 Kanun Keseksaan ini menggambarkan pendirian Malaysia (kerajaan) yang menolak kelakuan seks luar tabiee sama ada terhadap binatang, diri sendiri atau orang lain walaupun ia atas kerelaan ataupun tidak.

Ia turut membawa maksud bahawa kerajaan hari ini tidak menghalalkan sama sekali kewujudan golongan homoseksual di Malaysia. Juga yang amat penting, ia merupakan penegasan kepada kedudukan Islam sebagai Ugama Persekutuan.

Saya bersetuju bahawa pengamal homoseksual perlu dibantu agar kembali ke pangkal jalan. Tetapi, adakah perlu sehingga ke tahap peruntukan undang-undang yang MENCEGAH penularan gejala berkenaan dipinda agar ia "tidak menyusahkan"  mereka?

Undang-undang ini sebenarnya tidak lapuk, yang lapuknya (atau terlebih liberal sebenarnya?) adalah kelompok yang mahu mendapat sokongan dari kumpulan berkenaan.

Janganlah kerana undi dan kuasa, perbuatan homoseksual ini dihalalkan di bumi Malaysia. Kelak azab yang kunjung tiba.

Semoga Allah menjauhkan Malaysia dari dipimpin oleh kelompok-kelompok ini.

Wassalam.

5 ulasan:

  1. Tapi dalam kes Saiful lawan Anwar,
    Anwar bersalah. OK.
    Tapi Saiful yg membenarkan ia diliwat,
    setelah itu membuat laporan Polis,
    apakah boleh didakwa?

    BalasPadam
  2. Ulasan yg tidak sopan, seperti apa?
    Mencarut? Menuduh?
    Tiada kebebasan bersuara di blok ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen 12:39 lewat muncul,
      maka keluar komen 12:49.
      Batal setelah komen 12:39 keluar.

      Padam
  3. PANDUAN SOLAT JENAZAH GHAIB

    Diatas kepulangan TGH NIK ABD AZIZ BIN NIK MAT dan kaum muslimin yg telah kembali ke ramhmatullah, marilah kita memberikan penghormatan kpd beliau dgn menunaikn solat jenazah ghaib berikut :

    Setelah mengambil wuduk dengan sempurna

    1. Niat "sahaja aku solat jenazah lelaki ghaib 4 takbir krn Allah ta'la"

    2. Mngangkat takbir pertama dn membaca surah ALFATIHAH

    3. Mngangkat takibr yg ke2 dan membaca SELAWAT
    اللهم صلى على محمد وعلى ءال محمد

    4. Mngangkat takbir ke3 dan membaca DOA KHUSUS kpd almarhum

    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ،

    5. Mngangkat takbir yg ke4 dan sunat membaca DOA umum kpd seluruh arwah muslimin dn muslimat

    6. Memberi salam

    * sunat membaca doa selps solat jenazah

    * bagi muslimat dan muslimin yg tidak sempt/dapat solat berjemaah boleh menunaikan solat jenazah secara sendirian walau dlm rumh atau pejabt

    Wallahu'am.

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...