Khamis, 8 Disember 2011

Pekeliling SBPA dah keluar. Portal JPA sesak teruk. Gunakan link berikut untuk akses



JPA telah mengeluarkan pekeliling SBPA hari ini. Dan seperti dijangka, portal mereka sesak teruk. Maklumlah, pejawat awam semua ternanti-nanti dengannya.

Pelik juga saya mengapa agensi-agensi kerajaan yang lain tidak memuatnaik SBPA serentak sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini. Tak sempat nak serentak agaknya :)

Apapun saya telah memuatturun pekeliling berkenaan dari laman web MAMPU. Lancar tiada masalah. Berikut URLnya. Jangan berlengah lagi. Cepat sebelum sesak :p


Berikut lagi satu URL bebas sesak yang ada dinyatakan senarai pautan agensi-agensi. Selamat membaca.


Juga ingin diingatkan, Lampiran C yang merupakan tangga gaji tidak disertakan bersekali di dalamnya. Mungkin JPA tengah revise nak naikkan lagi kot :p



Berikut  kenyataan media oleh KPPA semalam mengenai intipati pelaksanaan SBPA:


NOTA MAKLUMAN MEDIA

SEMPENA PELANCARAN PEKELILING SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) OLEH YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

- INTIPATI PELAKSANAAN SBPA -

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

5. peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);

8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;

12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;

13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15. pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;

16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan

19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
7 Disember 2011


Wassalam.
Notalalu:

9 ulasan:

  1. Kalau belum ada lampiran C tak boleh la nak decide terima ke tidak...

    BalasPadam
  2. susah juga nak menilai tanpa Lampiran C

    BalasPadam
  3. Lampiran C tidak akan muncul dalam laman web smpi bila2 pun. Jadual gaji dah masuk berstatus sulit!. Harap maklum. Rujuk wen SBPA.
    http://www.jpa.gov.my/index.html

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas makluman Abuya. tapi takkanlah jadual gaji sampai nak dijadikan sulit. tiada apa yang sulit sebenarnya. dalam SSM boleh akses tanpa halangan, mengapa agaknya ya SBPA disulitkan. agak pelik.

    BalasPadam
  5. terima kasih kerana berusaha memudahkan pencarian ini. namun, sy masih musykil jika sbpa ini tiada kemudaratan, mengapa mesti pilih. mengapa tidak di sbpa kan sahaja semua skali? mmm..... boleh pulak buat kite tertanya2... kalau ssm tak diperlukan atau memudaratkan masa depan, kenapa masih dikekalkan? untuk org yg bersyukur dgn rezeki yg ada ini, kite mmg tak kisah gaji berapa pun, tp kenapa kene pilih??????
    serba salah jadinye... saya ok je 2 2 tp kalau tak sign rugi, mesti la nak sign kan? sign je la! tp kalau sbpa memudaratkan... ha????
    sekarang persoalannya, kenapa mesti kene pilih????????????? tolonsg jawab.
    nanti kalau apa2 berlaku, senangje kan nak salahkan kite>>> ha sape suruh pilih? padan muke!!! (mane tau nak jadi gini?)
    tak perlu publish ye encik, sy just nak tau kenapa kene pilih? dari sini mungkin dapat jawapan yg mane wajar? -duniawi semata-mata
    maaf dan
    sekian.( cik lili)

    BalasPadam
  6. cuba tengok slideshare boleh terima tak ......

    BalasPadam
  7. cik lili,
    apabila seseorang pegawai dilantik sebagai penjawat awam, beliau akan dilantik berdasarkan skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa. sebagai contoh, katakan cik lili dilantik pada tahun 2009, jadi, ketika dilantik itu, cik lili jatuh secara automatik di bawah SSM.

    sekarang, kerajaan telah membuat keputusan untuk memperkenalkan SBPA mulai 2012. katakan saya dilantik pada Mac 2012. ini bermakna saya secara automatik akan dilantik di bawah SBPA.

    tetapi bagi kes cik lili yang telah menandatangani surat setuju terima untuk berkhidmat dengan kerajaan pada 2009, cik lili diandaikan sebagai bersetuju dengan terma-terma SSM pada ketika itu (gaji, elaun, kemudahan, peluang kenaikan pangkat dll).

    oleh itu, cik lili perlu diberikan pilihan (opsyen) sama ada mahu kekal dengan SSM atau memilih SBPA. bagi sesetengah kes, ada pegawai yang dilantik di bawah SSM tidak akan memilih SBPA kerana mungkin mereka merasakan peluang untuk kenaikan pangkat lebih baik berbanding dengan SSM, bukan SBPA. sebab itu ada juga hari ini mereka yang masih kekal dengan Sistem Saraan Baru (SSB) yang digunapakai sebelum SSM.

    Katakan pada 2020 kerajaan akan perkenal skim baru pula, ketika itu kita perlu memilih sekali lagi. dengan kata mudahnya, kerajaan cuba untuk menyediakan skim perkhidmatan terbaik untuk manfaat penjawat awam namun penjawat awam itu sendiri perlu memilih sama ada mahu kekal dengan skim ketika mereka dilantik atau beralih kepada skim yang baru diperkenalkan.

    sebab itu kita perlu memilih. :)

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama 1.03, slideshare apa ya saudara?

    BalasPadam
  9. Cuba teliti betul2 dan faham... Pekeiling SBPA.
    seperti di bawah m/s 37

    Pemakaian Kepada Pegawai Yang Tidak Bersetuju Menerima SBPA
    93. Perkara yang disenaraikan ini akan juga terpakai kepada pegawai yang tidak bersetuju menerima SBPA:
    93.1 Penjumudan Skim Perkhidmatan.
    93.2 Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar.
    93.3 Dasar Bekerja Dari Rumah.
    93.4 Program Transformasi Minda.
    93.5 Penilaian Prestasi.
    93.6 Pingat Perkhidmatan Cemerlang.
    93.7 Dasar Pemisah.
    93.8 Umur Persaraan Paksa 60 Tahun.
    93.9 Kebolehalihan.
    93.10 Pembayaran Pencen Kepada Pesara Pilihan Diawalkan.
    93.11 Pengiraan Faedah Persaraan Bagi Persaraan Atas Kehendak Kerajaan

    Persoalan nya , apa beza yang terima sbpa dan menolak sbpa.. bagi saya sama sahaja.. 11 item tu yang terkandung dalam sbpa.

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...