Jumaat, 9 Disember 2011

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) seliaan Sekinchan Ikan Bakar kini dilancarkan


Alhamdulillah. Satu lagi sinergi mulia kerajaan - swasta untuk meringankan beban rakyat akibat tekanan kenaikan harga barang.

Apa yang menariknya mengenai KIR1M ini, ia menawarkan barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayuran pada harga rendah sehingga 40 peratus berbanding harga pasaran. 

Jangan pula selepas ini Tony Pua dan Nurul Izzah ada pihak yang tampil untuk mengelirukan pengguna dengan mengatakan harga barangan di KIR1M ini tidak semurah seperti yang didakwa sebagaimana yang mereka lakukan kepada KR1M. Perlu difahami, harganya rendah sehingga 40%, bukan semua barang harganya 40% rendah dari pasaran.

Harapnya banyak lagi pihak swasta akan tampil untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi membantu rakyat. Taukeh-taukeh yang dah lama mengaut kek ekonomi negara seharusnya terkehadapan dalam usaha sebegini.

Mydin muncul dengan idea Kedai Rakyat 1Malaysia, Sekinchan Ikan Bakar dengan idea Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia. Lepas ni apa pula ya?

Moga banyak lagi kemudahan untuk rakyat di bawah jenama 1Malaysia diperkenalkan.  



KUALA LUMPUR: Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan hari ini, menawarkan barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayuran pada harga rendah sehingga 40 peratus berbanding harga pasaran. 

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif, berkata kedai inisiatif Restoran Ikan Bakar Sekinchan (RIBS) itu harus dicontohi pihak swasta lain dalam membantu kerajaan meringankan beban rakyat. 

 "Kerajaan akan membantu pihak swasta dalam hal ini seperti mendapatkan bekalan pada harga berpatutan melalui agensi kerajaan yang berkaitan," katanya selepas pelancaran kedai yang terletak di Plaza Centrum, Setiawangsa, di sini. 

Beliau berkata, kementerian juga sentiasa memantau kualiti produk di kedai itu yang turut memasarkan barangan industri kecil dan sederhana. Sementara itu, pemilik RIBS dan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, Datuk Jamal Yusof, berkata pihaknya mensasarkan untuk membuka 33 cawangan kedai itu di seluruh negara, termasuk tiga yang akan dibuka dalam masa terdekat di Bandar Mahkota Cheras, Setapak dan Bandar Permaisuri. 

 "Walaupun kami menawarkan barangan pada harga jauh lebih murah, kualitinya tetap dijaga. Setiap hari kami akan pastikan barangan jualan adalah segar. Kedai itu beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 10 malam,” katanya. - BERNAMA

Wassalam.

Notakaki: Kredit gambar untuk blog Yunus Badawi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...