Selasa, 16 Ogos 2011

Politik Pulau Pinang: Imbasan Keputusan Pilihanraya Umum 2008 & 2004


Seorang rakan dari Kelantan bertanyakan pandangan saya mengenai rentetan isu-isu berkaitan umat Melayu Islam  di Pulau Pinang seperti larangan perarakan Maulidur Rasul, khatib menggantikan doa YDPA kepada Ketua Menteri, wang judi untuk warga emas, pilihanraya masjid dan terkini, larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di waktu subuh. 

Bagi menjawab persoalan tersebut, saya memilih untuk tidak menyatakan secara langsung kepadanya sama ada menyokong ataupun tidak tetapi sebaliknya saya menceritakan mengenai real politik dalam kerajaan Pulau Pinang hari ini berbanding kerajaan dulu. Di akhir perbincangan, beliau hanya menangguk-angguk berulang kali tanpa berkata-kata.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini bermakna, Majoriti Mudah di Pulau Pinang ialah 21 kerusi dan Majoriti 2/3 ialah 27 kerusi.



Secara ringkasnya, Majoriti Mudah ialah jumlah kerusi yang perlu dimenangi oleh sesebuah parti politik jika ingin menjadi kerajaan tunggal di Pulau Pinang dan Majoriti 2/3 pula ialah jumlah kerusi yang diperlukan bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan yang memerintah untuk memudahkan pindaan Undang-undang Tubuh / Perlembagaan Negeri sewaktu pengundian. Sekiranya tiada sesebuah parti politik yang mampu mencapai Majoriti Mudah secara tunggal, mereka boleh membentuk kerajaan campuraan dengan parti-parti lain dengan mencukupkan jumlah kerusi menjadi 21.


 
Kerusi yang dimenangi parti-parti politik

Dalam PRU 2004, daripada 40 kerusi yang dipertandingkan, BN menyapu 38 kerusi dan pembangkang ketika itu hanya memenangi dua kerusi dengan masing-masing satu dimiliki oleh DAP dan PAS. Peralihan kuasa di peringkat pusat daripada Tun Mahathir kepada Tun Abdullah merupakan antara faktor utama BN berjaya mencapai kemenangan besar ketika itu.

Pada PRU 2008 pula, kerusi BN bukan saja berkurangan malah parti berkenaan gagal untuk mempertahankan Pulau Pinang apabila DAP, PKR dan PAS memilih untuk membentuk kerajaan campuran. BN melalui UMNO hanya memenangi 11 kerusi (daripada 14) berbanding DAP 19 (menang di semua kawasan), PKR 9 dan PAS mengekalkan kubu kuat tunggal mereka di Permatang Pasir. Parti-parti komponen BN (Gerakan, MCA, MIC) tewas sepenuhnya dalam PRU ini.

Antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan kerajaan campuran ini ialah pembebasan Anwar Ibrahim, perhimpunan BERSIH dan HINDRAF, penggunaan media baru secara meluas, kritikan Tun Mahathir terhadap Tun Abdullah serta isu campurtangan "Tingkat 4" dalam pentadbiran PM.



 
Jumlah kerusi yang menyokong kerajaan dan pembangkang

Lanjutan daripada itu, secara ringkasnya, kerajaan BN yang memerintah dari tahun 2004 hingga Mac 2008 mempunyai sokongan sebanyak 38 kerusi dan pembangkang pula 2 kerusi. Kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS yang memerintah dari Mac 2008 hingga hari ini pula  mempunyai 29 sokongan dan pembangkang pula 11. Dari aspek kekuatan sokongan, ternyata kerajaan BN sebelum ini lebih kuat berbanding kerajaan campuran sekarang. Namun, harus diingat, kekuatan inilah merupakan antara faktor yang melekakan BN sehinggakan parti-parti komponennya, selain UMNO, tewas sepenuhnya.


Pecahan etnik yang menyokong kerajaan dan pembangkang

Daripada aspek pecahan etnik yang menyokong kerajaan pula, BN pada 2004 mempunyai 22 orang wakil Cina, 14 orang wakil Melayu dan 2 orang wakil India. Pada 2008, kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS mempunyai 20 orang wakil Cina, 4 orang wakil India, 4 orang wakil Melayu dan seorang wakil Singh.

Jadi secara ringkasnya, perbezaan di antara wakil Melayu (baca Islam) dengan wakil Bukan Melayu dalam kerajaan BN 2004 dan kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS 2008 adalah seperti berikut:

Jumlah wakil Melayu Islam dan wakil Bukan Melayu Islam dalam kerajaan

Jelas dapat dilihat perbezaan ketara dari aspek wakil Melayu dan Bukan Melayu dalam carta di atas. Kerajaan BN 2004 mentadbir dengan 24 wakil Bukan Melayu dan 14 Melayu manakala kerajaan campuran 2008 pula mentadbir dengan 25 wakil Bukan Melayu dan hanya 4 wakil Melayu. Ini bermakna, pada 2004, perbezaan di antara Melayu dan Bukan Melayu ialah 10 kerusi tetapi pada 2008, perbezaannya amat besar iaitu 21 kerusi.

Jurang perbezaan ini sebenarnya amat mempengaruhi corak pentadbiran kerajaan yang memerintah, sama ada yang diketuai oleh Koh Tsu Koon dulu, atau Lim Guan Eng sekarang ini. Saya berpandangan, jurang yang lebar ini sebenarnya memudahkan Lim Guan Eng dan barisan Exconya mencorakkan pentabdiran Pulau Pinang tanpa terlalu mengambil kira kepentingan orang Melayu Islam kerana suara 4 wakil Melayu (3 PKR + 1 PAS) pasti akan tenggelam dengan suara 25 orang Bukan Melayu! Faktor inilah yang menjadi penyebab isu-isu berkaitan Melayu Islam sering berbangkit dan dibangkitkan di negeri Pulau Mutiara ini. Sadis bukan?


 Jumlah wakil etnik yang dilantik sebagai Exco

Daripada aspek pemilihan Exco dalam kerajaan negeri pula, kerajaan BN pada 2004 meletakkan 6 orang wakil Cina, 4 orang wakil Melayu dan seorang wakil India. Namun, oleh kerana kekurangan wakil Melayu dalam kerajaan campuran 2008, wakil Cina ditambah 2 menjadi 8 orang, Melayu dikurangkan 2 meninggalkannya menjadi 2 dan tempat seorang wakil India dikekalkan. Situasi ini menampakkan sekali lagi suara orang Melayu pasti tenggelam dalam mesyuarat-mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri!


Jumlah wakil parti yang dilantik sebagai Exco

Dan, sesuatu yang agak menghairankan saya dalam pelantikan Exco oleh Lim Guan Eng ialah mengapa beliau tidak melantik ADUN PAS untuk menjawat jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam sebaliknya diberikan kepada ADUN PKR (Abdul Malek Kassim)? Bukankah ini menunjukkan seolah-olah DAP tidak mengiktiraf PAS sebagai "rakan yang baik" di peringkat negeri? Adakah ini juga akan dilaksankan sekiranya mereka memerintah di peringkat Pusat?

Saya melihat, Lim Guan Eng gagal memahami isu-isu setempat khususnya berkaitan orang Melayu Islam kerana beliau bukan berasal dari negeri tersebut. Lim Guan Eng hanya membawa pakaian dan tinggal di hotel ketika kempen PRU 2008, beliau tidak mempunyai rumah di sana. Hanya apabila menang dan dilantik sebagai Ketua Menteri, barulah beliau menetap di Pulau Pinang.

Bagi saya, walaupun pelantikan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri harus diterima kerana ia adalah kehendak majoriti pengundi di Pulau Pinang, namun, ia juga seharusnya memalukan anak-anak Pulau Pinang (termasuk diri saya sendiri!) khususnya dari DAP, PKR dan PAS. Tidak adakah wakil dari DAP, PKR dan PAS anak jati Pulau Pinang yang layak untuk dilantik mentadbir negeri sendiri sehinggakan terpaksa melantik orang dari luar?

Bukan itu saja, separuh dari wakil rakyat DAP adalah mereka yang diimport dari negeri lain. Ketiadaan roh Penang Kia dalam kerajaan negeri (sama ada Melayu, Cina atau India) menyebabkan pelbagai isu-isu berbangkit dan dibangkit tidak akan dapat diselesaikan dengan mudah dan ia pasti akan berterusan. Sadis bukan? 

Selain dari faktor-faktor yang dinyatakan di atas, perlu juga difahami, dalam politik, pihak yang sedang berkuasa akan mencuba apa saja untuk mengekalkan kuasanya dan lawannya pula akan berusaha apa saja untuk mengambil alih kuasa daripada mereka. Dan selepas diperoleh, ia akan cuba dikekalkan pula dengan apa saja cara, sebagaimana yang dilakukan oleh lawan mereka sebelumnya. Itulah kitaran sebenar politik yang sukar menampakkan kesudahannya.

Di akhir perbualan saya dengan rakan tadi, saya mengajukan dua soalan kepadanya untuk menduga pandangannya dengan apa yang saya perkatakan;

"Dalam konteks Pulau Pinang, setuju kalau aku kata, amat berbaloi mengundi pembangkang (DAP, PKR, PAS) untuk menjatuhkan BN?"

Beliau menjawab, "Ya, amat berbaloi!"

"Kalau untuk kemaslahatan umat Melayu Islam?"

Tiada apa-apa yang terkeluar dari mulutnya, hanya kepala diangguk-anggukkan. Mungkin hanya itu jawapan yang mampu diberi.

31 ulasan:

  1. syabas krn memberikan penjelasan terperinci kedudukan politik pp hari ini. diharap pengundi2 melayu Islam pp lepas ini akan berfikir panjang2 sblm memilih wakil mrk krn nasib anak cucu anda semua bergantung kpd pilihan anda...

    BalasPadam
  2. Bila terjatuh... kite rasa sakit, sedih,dan berazam untuk cuba dan cuba lagi sehingga berjaya..itu lebih manis dari manisnya kurma itu...:)

    BalasPadam
  3. taniah bro... dari segi data baru org melayu PR faham... mereka hanya benci pada UMNO. malangya melayu PP yg akan terus terpinggir....

    BalasPadam
  4. saya rasa mungkin perbualan tuan tu bukan dengan penyokong PR yang 'terbuka' mindanya..

    utk soalan tuan "Kalau untuk kemaslahatan umat Melayu Islam?"
    ye, saya akan tetap undi PR di pulau pinang demi umat Islam..
    sejak LGE ambil alih, elaun guru kafa naik, elau imam naik, tender terbuka untuk semua..
    masa BN dulu hanya jaga kroni2. adakah undi BN akan memberikan kebaikan kpd Islam dan melayu PP..? kalau BN menang pun yg jadi CM adalah gerakan, bukan umno.
    tiada masalah walaw PKR jadi exco jaga agama asalkan dia tahu keperluan umat Islam. isu pembesar suara tu, tuan boleh rujuk apa kata Dr Asri. sila bagi pandangan berdasarkan ilmu, bukan emosi perkauman anutan umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ASTAGHFIRULLAH tuan....cube tanya ulama PAS ape hukum undi pemimpin kafir????

      Jangan kerana bencikan parti UMNO/BN tuan sanggup gadaikan maruah ISLAM dengan memilih kafir sebagai Pemimpin atas dasar dia adalah calon PR.......pikir2kan.....

      Padam
  5. mempunyai exco agama dari PKR adalah lbh baik dari ada menteri umno yg hanya jadi pak turut kpd isu2 murtad, judi halal, buang bayi.. menteri2 umno yg jg agama hny diam membisu demi kepentingan kocek2 umno melebihi kemaslahatan umat islam malaysia. ulamak2 umno hny bertelingkah dan saling menyalahkan sesama sendiri, isu terbaru dr muhammadi mengatakan ulamak2 umno adalah pengganas dan komunis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. You are one stubborn moslem...Still not opening your eyes to who are the real 'enemy' here.

      Padam
  6. Tanpa Nama 3:45, pernyataan saudara "sejak LGE ambil alih, elaun guru kafa naik, elau imam naik, tender terbuka untuk semua" pasti akan mengembirakan LGE. ini yang dimahukannya. orang Melayu Islam PP menghisap manisan yang diberikan :) apabila saudara menyatakan "masa BN dulu hanya menjaga kroni2", pasti senyuman LGE sebenarnya makin melebar.... saudara perlu faham, seperti yang diperkatakan oleh penyokong PR apabila PM mengumumkan pemberian-pemberian kepada rakyat, semua itu adalah gula-gula politik, gula-gula pilihanraya :)
    sebenarnya, sy cuba untuk mengajak pembaca menilai dari aspek realiti kerusi yang dimiliki oleh orang melayu di pulau pinang. cuba saudara baca semula penulisan saya, temui atau tidak, apa beza bertuankan KM DAP dan KM Gerakan? sy beri hint sedikit... cuba bandingkan jumlah kerusi Melayu Islam :)
    berkaitan wakil PKR menjadi exco agama, apa yg saya bangkitkan ialah mengapa tidak diberi kepada pas? adakah wakil pas yang sememangnya menang sejak dulu lagi di permatang pasir tidak pernah dihargai atau diiktiraf sebagai sekutu PR di PP? bg sy, malanglah kalau begitu. ketika pru unit amal dikuda untuk menjatuhkan bn tetapi ketika dapat kuasa, pas langsung tidak diajak untuk mempraktikkan pentadbiran negeri kebajikan. dan, ia bukannya mengenai persoalan pembesar suara.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama 4:16, saudara sedang berada di "frekunsi" mana? mohon "tune semula channel" supaya berada di saluran yang betul dan pembaca lain dapat menilai. terima kasih :)

    BalasPadam
  8. ya sy setuju dengan tuan, LGE senyum dan rakyat pun senyum.. sy dapat lihat LGE melaksanakan kata2nya untuk cuba mempraktikkan cara pemerintahan Khalifah Umar.. mungkin tuan rasa ini lawak jenaka, tp inilah hakikatnya bila DAP cuba mendekati Islam. mereka ada perubahan demi perubahan positif.
    bg sy tuan, lbh baik ada kerusi melayu yg sikit di PP daripada ada byk kerusi melayu pun tp melayu tetap terpinggir.. suara apa yg umno bawa dulu untuk bela melayu..? hakikatnya sejak dlu melayu PP semakin membawa diri ke Kulim dan SP.
    sekurang2nya suara melayu di PP skrg, LGE dengar dan ambil peduli.
    bagaimana tuan kata PAS tidak diberi tempat utk praktikkan negeri berkebajikan di PP..? tuan sudah semak berapa ramai pemimpin PAS diberikan jawatan dalam GLC negeri dan ahli2 majlis PBT..?
    tuan tahukah berapa peruntukan utk pembangunan Islam di PP..? mungkin ini homework yg menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya-Allah kau ampunkanlah kami semua......

      HARAM hukumnya memilih kafir menjadi pemimpin.....umat ISLAM lebih rela berpecah dan bergaduh hanya kerana mengejar kesenangan dunia semata2......

      Padam
  9. mengenai 'frekuensi' mana tu, sy mohon maaflah klw tak sesuai dibahaskan di sini..:)

    BalasPadam
  10. pemerintahan Khalifah Umar bukan hanya berteraskan kata-kata atau slogan. ia mesti berteraskan tindakan. malangnya tindakan LGE tidak mencerminkan permerintahan Khalifah Umar. sebagai contoh, perobohan gerai-gerai haram, mengapa kebanyakannya yang Melayu Islam sahaja diambil tindakan sedangkan yang bukan Melayu Islam dibantu siap tutup jalan lagi. bukankah ini sudah mencerminkan double standard. adakah dengan menggunakan nama Khalifah Umar dan bersekutu bersama PAS sudah menggambarkan DAP mendekati Islam. politik amat pelik, agama adalah agama. parti politik adalah parti politik. mengapa disamakan agama dan parti politik?

    betul umno dulu tidak mampu atau mungkin alpa dulu untuk membela Melayu Islam ketika mereka berkuasa hingga ramai yang ke Kulim dan SP. sekarang yang berkuasa adalah PAS pula. apa tindakan PAS untuk menanganinya? tangan dan timun telah ada di tangan. perit bukan memegang kuasa?

    saudara mengakui bahawa pemimpin2 pas diberikan kedudukan di dalam GLC, PBT macam mat sabu di PBA. sedarkah, dulu kedudukan ini diduduki oleh orang umno, sekarang orang pas. apa beza pas dan umno atau lebih tepat apa beza orang-orang politik? bukankah mereka diberikan kedudukan untuk menjaga kepentingan exco2 khususnya ketua menteri? sebab itu sy tegaskan, pas perlu tuntut kerusi exco. suara exco lebih berharga dari suara ahli lembaga pengarah yang dibayar untuk menjaga kepentingan politik. kira-kira, darab darab, tak kemana juga melayu islam PP. kelompok itu juga yang dapat gula-gula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. skrg dh 2013 pun masih melayu PP ke Kulim dan SP... LGE tetap menjalankan projek rumah mahal... boleh dtg sendri ke Balik Pulau kaw majoriti melayu, rumah semua RM400 keatas... apa pun melayu tetap rugi.. dan lebih rugi jika diperintah DAP... gerai melayu cepat je MPPP roboh.. gerai Cina kat Air hitam dibina atas jambatan, tepi jln sampai menggangu lalu lintas masih beroperasi sampai skrg ni... dan masih beroperasi.... xpayah la ckp pasal mcm Khalifah Umar... 1/100000000000 pun xde...

      Padam
  11. Tanpa Nama 11:36, bukan tidak sesuai tetapi isu berkenaan jauh tersasar dari penumpuan artikel mengenai kerusi di PP.

    BalasPadam
  12. sebelum saya nak teruskan kemusykilan2 lain di posting ini, sy ingin tanyakan kpd tuan..?
    adakah tuan setuju politik dan agama perlu diasingkan spt yg dinyatakan oleh tuan di atas..

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama 7:55, di mana saya menyatakan "politik dan agama perlu diasingkan"?

    BalasPadam
  14. apakah maksud tuan ini "politik amat pelik, agama adalah agama. parti politik adalah parti politik. mengapa disamakan agama dan parti politik?"

    soalan kedua..
    pd pendapat tuan, mana satu yg lbh baik..?
    1. politik dan agama perlu selari..?
    2. politik dan agama perlu diasingkan..?

    BalasPadam
  15. Islam adalah agama. tak perlu mendaftar dengan mana-mana pertubuhan. PAS, UMNO, DAP, PKR, SNAP atau apa saja siasah yang berdaftar dengan ROS adalah parti politik. semuanya adalah parti politik, bukan agama! berbeza!

    3. politik tidak melanggar agama!

    BalasPadam
  16. ya..Islam tak perlu daftar, tapi sebuah parti perlu berdaftar mengikut undang2 negara.. ia adalah sah di bawah undang2.. adakah tuan menyalahkan kerajaan sekarang kerana membenarkan pendaftaran atas nama Islam.. mcm mana tuan boleh ada buah fikiran spt ini..? apa rujukan tuan..? bagaimana pertubuhan spt bank Islam, jim, sister in islam, universiti islam etc.?

    jadi, tuan tidak setuju politik@siasah perlu selari dengan Islam..? spt yg tertera pada no 1.?

    BalasPadam
  17. saya berpandangan, saudara telah didoktrin untuk melihat pas sebagai agama. hegemoni yang dibentuk bermula dengan PASTI nampaknya telah berjaya mempengaruhi pemikiran. sebab itu sy tidak hairan apabila sesetengah golongan terutamanya artis seperti bob lokman apabila menyertai pas, mereka digambarkan sebagai telah insaf, telah menemui jalan benar, telah kembali ke siratulmustaqeen, dan sebagainya yang menggambarkan seolah-olah beliau baru memeluk Islam. sedangkan hakikatnya, bob lokman atau sesiapa sahaja termasuk tun M sekalipun jika menyertai pas, mereka menyertai parti politik, bukannya baru memeluk agama islam. inilah kecelaruan yang dimainkan untuk kepentingan politik. sy tidak perlu menyertai pas untuk menjadi seorang islam dan sy tidak perlu menyertai umno untuk menjadi melayu. saudara juga begitu. fahamilah, agama adalah agama. parti politik adalah parti politik. jadi, tidak timbul persoalan mengenai pendaftaran bank islam, jim, sister in islam atau apa saja perkara yg ada nama islam itu. kerana ia telah jelas, bank islam adalah bank. universiti islam adalah universiti. sister in islam adalah ngo dan parti islam semalaysia adalah parti politik. semua ini bukannya agama!

    saudara sebenarnya lebih untuk melihat kepada pengistilahan. analoginya begini, satu ketika dulu, slogan pas adalah membangun bersama islam. hakikatnya slogan berkenaan adalah salah dan memalukan islam. ini kerana islam sebenarnya telah tinggi berada di tempatnya sendiri, yang perlu membangun adalah insan itu sendiri. jadi seharusnya insan itu membangun menurut islam bukannya bersama-sama islam yang tempatnya telah tinggi dan suci di sisi Allah swt. jadi, apabila saya menyatakan politik tidak melanggar agama, apapun siasah yang dipilih sama ada demokrasi, sosialis, umno, pas, dap, pkr, ia mestilah tidak melanggar batasan agama dan dalam konteks orang islam, tidak melanggar peruntukan2 islam. bukalah mata dan lihat dunia dalam konteks yang lebih luas. sebab itu jika saudara fahami dalam penulisan2 sy, jarang diulas perkara yg tidak berkait. bukan semua orang akan faham.

    BalasPadam
  18. tuan..
    pandangan tuan yg mengatakan sy telah didoktrinkan utk melihat PAS sebagai agama adalah salah sama sekali. PAS menbawa islam dalam perjuangannya.. PAS mendidik ahli2nya tentang islam.. pemimpin PAS bercakap berlandaskan islam.. pelbagai medium spt PASTI, pondok, sekolah agama yg dibuat PAS adalah untuk mendidik masyarakat dgn cara islam..

    saya rasa byk pandngan tuan pada perenggan satu adalah kecelaruan yang perlu diperbaiki.. sedikit penjelasan kpd tuan, PAS bukan agama, tapi PAS membawa agama dalam politiknya.. sifirnya mudah.. nk makan, kena baca doa (ikut agama), nak buang air kena baca doa dan ada etikanya dlm agama etc..

    ya, sepatutnya tidak timbul persoalan tp persoalan ini ditimbulkan oleh tuan yg disebut spt ini "Islam adalah agama. tak perlu mendaftar dengan mana-mana pertubuhan. PAS, UMNO, DAP, PKR, SNAP atau apa saja siasah yang berdaftar dengan ROS adalah parti politik. semuanya adalah parti politik, bukan agama! berbeza!".

    adakah tuan maksudkan parti politik tidak boleh siring dengan agama..?

    kenapa tuan ingin katakan slogan PAS 'membangun bersama Islam' memalukan dan salah..?

    bagi saya, tuan telah banyak terpengaruh dengan agenda melayu bawaan umno sbg perjuangannya sehingga melupakan islam sebagai cara hidup.. sy tak nafikan doktrin ini sudah lama dibentuk umno sehingga lbh 50 tahun.. mmg akan ada kesulitan jika PAS berkuasa sekalipun, ia akan memakan masa.. saya tak katakan melayu itu salah, tp melayu perlu membangun bersama islam.. cina dan india muslim juga perlu membangun bersama islam.. islam untuk semua.. sebab itu skrg tuan blh lihat, DAP juga mula ingin belajar islam.. tidak seperti umno yg langsung tidak membawa mca dan mic mendekati islam setelah lbh 50 thn menjadi kawan sekomponen.. islam semakin jauh melalui umno kerana lbh mementingkan agenda melayunya..

    BalasPadam
  19. zairi, tak payah layan la penyokong haprak pas tu. bukan dia nak faham pun ayat ko. dia putar belit ada la. dah jelas beza ko bagi agama ialah agama, parti politik ialah parti politik. tapi dia belit juga. soh dia belajar ilmu politik dulu. melalut-lalut.

    BalasPadam
  20. Abang Zairi memang betul, saya suka orang yg mcm Abang ni sebab segala isu dan perkara yg dibahaskan
    adalah relevan dan mampu menyedarkan masyarakat tentang perbezaan antara PARTI POLITIK dan AGAMA. dan kepada si keras kepala tak payah layan, 'species' PURE PAS nie susah sikit. They are 'tough nuts to break'.

    BalasPadam
  21. salam, terima kasih atas detail yang anda berikan di sini...sangat membantu melawan dakyah dari penyokong pembangkang...

    berkenaan LGE bagi macam2 pada orang islam...harap penyokong pembangkang tu boleh fikir:

    1. taktik sama digunapakai lee kuan yew...pakai songkok utk tarik minat melayu, sekarang terus up jadi khalifah...

    2. tanah wakaf dulu pergi ke MAIIP sekarang pergi ke SSI...

    3. target DAP adalah persekutuan...masa peringkat negeri bagi gula2 supaya apa?

    silalah fikir ya...dan baca perjuangan dap yang ada tulis dalam perlembagaan dia ya...salam :)

    BalasPadam
  22. DAP mula mengenal Islam tu yg skang mintak nk pakai kalimah Allah..baru ade kuasa sket..mcm2 mintak...itu lah ini lah..terajang maut mintak x?

    BalasPadam
  23. Mohd Zairi, kenyataan anda mengenai masuk pas seperti masuk Islam tu benar. Bagi mereka Pas dan Islam tu sama so sapa yg tak sokong Pas tu...?
    DAP yang duk cakap "quran thumping motherfucker"
    DAP yang tunjuk fuck pada konvoi permaisuri agung
    Itulah sebenarnya wajah mereka di sebalik kepura puraan yang ditonjolkan kononnya Islamic friendly

    BalasPadam
  24. 2004 kerusi um no banyak..tapi bagi jugak kat Cina...perintah p.pinang...sekarang bru bising dpt kat dap.eloklah bagi melayu pinang sedor.. time menang 2004 kenapa melayu x ambik ye..ye...confiuss

    BalasPadam
  25. terima kasih tuan atas ulasan pembahagian kerusi dan kuasa di negeri pulau pinang, Orang melayu pulau pinang harus membuka mata, kuasa kita semakin terhakis, dengan banyak kerusi BN sebahagian pembangkang negeri ini amat menyukarkan perjuangan, mari kita rakyat pulau pinang beralih angin menyokong PR, dengan peningkatan kerusi yang banyak untuk PAS dan PKR di pulau Pinang tak pasti sedikit sebanyak suara dan bilangan kita akan didengari, jika BN mengunakan formula kongsi kuasa antara UMNO, Gerakan, MIC dan MCA, apalah salahnya konsep yang sama juga kita gunakan untuk PKR, DAP dan UMNO, Percayalah wahai rakyat Pulau Pinang, tiada satu kemudaratan bila kita beralih angin menukar sokongan, jangan jadikan diri kita ini sebagai fix deposit atau kain buruk kepada parti politik yang tertentu, BERANI BERUBAH dan beralih UNdi akan menjadikan kuasa memilih dan undi kita sangat dihormati....perkara yang sama sudah berlaku di Pulau Pinang, BN yang dahulunya gah terlena dibuai mimpi pada tahun 2004, akibat terlalu lalai bermimpi,akhirnya BN tersungkur menjunam di Penang, Sekarang baru segala gerak kerja yang kemas dan teratur disusun oleh BN di Penang........dan jika PR juga dibuai lena mimpi, perkara yang sama akan terjadi kepada PR..Sejarah tidak pernah menipu.....jangan biarkan orang politik menjual beli harga diri kita,

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...