Khamis, 11 Ogos 2011

Pekeliling Bil 8 Tahun 2011: Pekerja Sambilan Harian dan guru sandaran juga dapat bonus!


Susulan dari pengumuman bonus oleh YAB PM, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2011: Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi 2011 bertarikh 9 Ogos 2011 bagi menerangkan pelaksanaannya.

Pekeliling ini menyatakan, selain dari pegawai berjawatan tetap, mereka yang berstatus sementara, Pekerja Sambilan Harian, contract of service, contract for service dan guru sandaran turut layak untuk mendapat imbuhan dari kerajaan ini. Selain itu, beberapa lagi kategori perjawatan yang layak turut dijelaskan dalam pekeliling tersebut.


Berita ini pasti menggembirakan rakan-rakan yang tergolong dalam kategori-kategori tersebut. Sebelum pekeliling ini dikeluarkan, ramai beranggapan mereka yang berstatus tetap dan kontrak sahaja yang akan menerima bonus, namun ternyata pihak kerajaan turut prihatin kepada setiap kakitangan yang berkhidmat untuknya.

Rakan-rakan saya yang bertugas sebagai Pengurus Medan Infodesa KKLW di seluruh negara (berstatus PSH) pasti akan bersyukur dengan maklumat ini. Mereka akan turut menerima RM 500.00. Namun, ia tertakluk kepada syarat "kontraknya telah berkuat kuasa sekurangkurangnya genap satu (1) bulan pada 8 Ogos 2011."

Bagi rakan-rakan yang bertugas sebagai guru sandaran pula, mereka akan mendapat separuh dari kadar Elaun Bulanan atau minimum RM 500.00. Bagi lain-lain kategori pula, kadar kelayakan dan kaedah pengiraan boleh dibaca di dalam pekeliling berkenaan.

Soalan lazim (FAQ) mengenai Pekeliling tersebut boleh dilayari di URL berikut: http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2011/08/faq_pp082011.pdf

Semoga pengumuman ini akan menceriakan rakan-rakan yang tergolong dalam kategori yang dinyatakan.

Wassalam.

Notalalu: 
10.08.11 Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan juga umum bonus Aidilfitri setengah bulan gaji  
10.08.11 Bonus Aidilfitri untuk penjawat awam Terengganu dan Pahang pula
08.08.11 Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam sempena Aidilfitri 2011

6 ulasan:

  1. Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa link ke Pekeliling yang dimaksudkan tidak boleh diakses. Benar! Selepas saya semak rupanya portal JPA (www.jpa.gov.my) down sekarang ini. mungkin sebab ramai sangat yang tengah akses untuk lihat pekeliling tersebut. Rasanya pihak JPA sedang meneliti dan memperbaiki masalah teknikal berkenaan.

    BalasPadam
  2. Sebagai makluman, pekeliling berkenaan dan portal JPA telah boleh dilayari :)

    BalasPadam
  3. huh! mrk akan kata tu tanggungjawab kerajaan pusat & hak mrk jugak krn mrk bekerja utk rakyat!

    hak mrk utk maki hamun kerajaan pun tetap dituntut walaupun Islam melarang!

    BalasPadam
  4. klu psh mula 3hb 7 2011 dpt
    x bonus?

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama 22 Ogos 11,
    Kalau genap sebulan berkhidmat sebelum tarikh pekeliling tu dikira dapat.

    BalasPadam
  6. didapati PSH yang renew contract pada bulan julai tidak layak menerima bonus.RM560 telah ditarik balik daripada PSH yang terlibat.Atas alasan mereka seperti baru dilantikan pada bulan tersebut.
    Cth: Mereka yang tamat perkhidmatan pada 27 Julai 2011 dan menandatangani kontrak semula pada 28 Julai tidak layak menerima bonus

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...