Rabu, 10 Ogos 2011

Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan juga umum bonus Aidilfitri setengah bulan gaji


Selain penjawat awam Terengganu dan Pahang yang tersenyum girang hari ini, rakan-rakan penjawat awam di Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan turut sama merasakannya. BERNAMA melaporkan ketiga-tiga negeri berkenaan turut sama mengikut langkah kerajaan Persekutuan memberikan bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan mereka.

Ini bermakna, tinggal tujuh lagi negeri yang belum mengumumkan berita gembira kepada penjawat awamnya. Dan juga, Kelantan, yang ditadbir PAS, mengambil pendekatan berbeza berbanding Selangor apabila turut memberikan setengah bulan gaji.


Kerajaan Selangor sebelum ini awal-awal lagi mendahului kerajaan Persekutuan dalam mengumumkan pemberian bonus apabila pada 3 Ogos lalu, Menteri Besarnya melalui twitter mengumumkan kadar pemberian kepada Gred 54 kebawah sebanyak RM 500.00. 

Sebagaimana posting terdahulu, saya berpendirian kerajaan Selangor wajar menyamakan kadar bonus kepada penjawat awamnya sebagaimana kadar yang diberikan kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri lain.

Dengan pengumuman oleh kerajaan negeri Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan ini, jadual kadar bonus penjawat awam sempena Aidilfitri 2011 mengikut negeri berubah seperti berikut:


Kadar Bonus Penjawat Awam Sempena Aidifitri 2011 Mengikut Negeri
Negeri
Kadar Bonus
Tarikh Umum
Sumber
Selangor
RM 500.00 untuk Gred 54 kebawah
3.8.11

Persekutuan
Setengah bulan gaji & RM 500.00 untuk pesara

8.8.11
Terengganu
Setengah bulan gaji
10.8.11

Pahang
Setengah bulan gaji
10.8.11

Kelantan
Setengah bulan gaji
10.8.11

Perak
Setengah bulan gaji
10.8.11

Negeri Sembilan
Setengah bulan gaji
10.8.11

Johor
-
Belum
-
Kedah
-
Belum
-
Melaka
-
Belum
-
Perlis
-
Belum
-
Pulau Pinang
-
Belum
-
Sabah
-
Belum
-
Sarawak
-
Belum
-

Semoga tujuh lagi negeri yang masih atas perkataan "Belum" di atas segera membuat pengumuman menggembirakan kepada para penjawat awamnya.

Wassalam.

Notalalu:



Artikel dari BERNAMA:

KUALA TERENGGANU, 10 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan merupakan lima kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan untuk mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

"Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam," kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.


Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.


Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta.


Di KUANTAN, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.


Adnan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pemberian bonus itu satu pembaziran sebaliknya ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam membangunkan negara.


Di KOTA BAHARU, kerajaan negeri Kelantan akan turut membayar bonus setengah bulan gaji kepada 6,000 penjawat awamnya serta bayaran khas RM500 untuk para persara.


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan akan menanggung kos RM5 juta bagi membiayai pembayaran itu.


Langkah itu diharapkan dapat meringankan beban kakitangan kerajaan negeri bagi membuat persediaan menyambut hari raya Aidilfitri tahun ini, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Rabu.


Husam berkata mesyuarat itu turut meluluskan cadangan menswastakan projek pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu sejauh 69 kilometer dengan kos RM1.4 bilion.


Di IPOH, kerajaan negeri Perak hari ini juga mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.


Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas.


Beliau berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM6.5 juta.


Di SEREMBAN, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan kepada 4,800 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri Negeri Sembilan.


"Semua kakitangan termasuk yang berkhidmat dengan agensi milik kerajaan negeri akan menikmati bonus itu. Kita juga akan minta pihak berkuasa tempatan untuk memberikan bonus kepada kakitangan mereka," katanya.


Katanya pemberian bonus itu menyebabkan kerajaan negeri mengeluarkan belanja sebanyak RM4.8 juta.


-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...